"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 09, 2008

Harussani: Orang politik tidak tekan mufti

Institusi mufti di negara ini "tidak pernah ditekan" oleh pemimpin politik kerajaan dan isu ini tidak pernah berbangkit dalam muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, kata seorang mufti berpengalaman.

"Selama 24 tahun saya menjadi mufti, tidak ada (tekanan). Saya bebas mengeluarkan pandangan," kata Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria kepada Malaysiakini.

"Di negeri-negeri lain pun, setahu saya tidak (kes tekanan)."

Diminta mengulas dakwaan wujud "permainan politik" sehingga menyebabkan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meletakkan jawatan hujung bulan ini, Harussani berkata "saya tidak tahu."

Harussani, yang juga ketua Majlis Mufti Malaysia, berkata beliau sekarang tidak lagi mengeluarkan banyak kenyataan kepada media bukan kerana tekanan politik.

"Bukan saya tidak keluarkan pandangan. Tetapi tidak ada orang yang datang bertanya. Kalau setiap hari orang datang bertanya, setiap harilah saya berikan pandangan," katanya.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) bagaimanapun menganggap perkembangan di Perlis itu sebagai "pengulangan" kes-kes tekanan pemimpin politik terhadap institusi mufti seperti yang terjadi pada bekas mufti Selangor Datuk Ishak Baharom dan Harussani sendiri.

Yang Dipertua PUM Dr Wan Salim Wan Mohd Nor berkata insiden ini menunjukkan kurangnya pengiktirafan terhadap institusi ulama di negara ini.

Ishak tidak disambung kontraknya selepas mengulas isu ratu cantik yang disertai gadis Islam pada 1990-an, sementara Harussani ditegur berhubung pandangannya sambutan bersama Aidilfitri tidak boleh diraikan bersama perayaan hari kebesaran bukan Islam tahun lepas.

-malaysiakini

TP - Betoi ka? aku macam tak caya je... memang la tak pernah kene tekan direct dari depa... tapi bila teguran hangpa depa buat tak dengaq je, tak ke ter"tekan"?