Sabtu 18hb. Oktober, 2008 sampai 22hb. Oktober, 2008, aku tak dapat nak update weblog ni macam biasa sebab... atas sebab-sebab yang munaSabah dan Sarawak, aku akan berada di Universiti Putra Malaysia tempat aku main guli dulu-dulu.
Dulu masa mula-mula aku tinggal kat serdang dulu, Universiti ni depa panggil Universiti Pertanian Malaysia, tak tau macam mana boleh jadi Universiti Putra Malaysia aku tak tau...
Aku buat apa kat sana?
Oleh sebab harga bahan bakar dah tak macam 6 bulan dulu, maka hasil pendapatan bulanan aku amat-amat tidak memuaskan. oleh itu aku pun mula nak meniaga secara kecil-kecilan untuk tampung duit subsidi minyak kepada KERAjaan...
Aku ni jenis manusia yang prihatin pada KERAjaan.aku tau KERAjaan tengah susah, jadik aku tak nak susahkan KERAjaan dengan mintak subsidi yang bukan-bukan walaupun aku tak mampu.
Aku perasan yang tiap kali aku isi minyak, aku jugak memberi subsidi pada KERAjaan (cilaka sungguh KERAjaan nih).
Aku dah merapu ni... sebenarnya aku ambik 1 gerai dekat UPM sempena Pesta Konvokesyen UPM yang ke berapa entah... aku meniaga kat sana. ingat nak jual Sup Gearbox...
Korang kalau nak makan sup Gearbox, korang carik la gerai aku dekat Koperasi UPM.sape-sape yang turun Pesta Konvo UPM & kenal aku, tegur-tegur la oi...
Pasal weblog ni pulak... kalau aku ada masa aku cuba update... ada geng janji nak supply PC, Laptop dan jugak Internet kat sana... kah kah kah kah kah... tak la... sape nak kasik semua tu?
Kat sana ada CC ke? kalau ada best jugak kan?
Aku ingat nak carik student yang kena perambat keluar dari asrama tu la... ingat nak interview depa sikit apa cerita sebenarnya... media perdana ni bukan boleh harap sangat pun kan?
Jadik mintak tolong la pada student-student UPM yang terbaca blog ni, kalau hangpa boleh bawak aku jumpa 2 orang individu berkenaan untuk diambil keterangan depa tanpa ditapis dan diedit ceritanya mengikut apa yang keluar dari mulut depa, tolong-tolong la kontek-kontek aku...
Amende??? no hp aku? hangpa tengok kat atas belah kanan tu ada no hp aku...
Callo..!
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hohoho..nanti aku pi melawat hang! nanti aku try kontek member2 aku kot2 ada org kenal budak 2 org tuh..sian depa !
salam PERISIK....
Kalau ada masa aku gak nak kesana nak kena soup gearbox hang, rindu kat soup utara no....
PS* Aku tak pernah jejak kat UPM, setakat amik sain pertanian aje masa form 1, belajar pertanian,....hampeeeh
salam,...
hang niaga kat mana???
nak jumpa bule???
aku bule bwk hang jumpe bdk2 2 orang tu...
sampai kene hack ....dahsyat tul....
asal air milo kat sana rs air paip? air paip pun jual rm1.50?
nasi ayam pakai perasa je.. uish, kaya la peniaga2 lps ni..
Post a Comment