IPOH, 17 Okt (Bernama) -- Gerakan menyifatkan keputusan kerajaan mengharamkan pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai tidak wajar kerana langkah itu akan menutup sepenuhnya isu-isu yang diutarakan kumpulan berkenaan selain menimbulkan masalah lain.
Timbalan Presidennya Datuk Chang Ko Youn berkata walaupun banyak tindakan yang dibuat oleh Hindraf sebelum ini amat tidak sesuai tetapi kerajaan mesti mencari jalan bagi memberi laluan kepada mereka untuk bersuara.
Kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan itu adalah berhubung keadaan ekonomi, tahanan ISA, hak asasi kemanusiaan dan kawasan tapak ibadat yang merupakan perkara asas tuntutan badan bukan kerajaan yang lain, katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan Perak di sini hari ini.
Chan berkata berkata dengan pengharaman itu, kumpulan ini akan mencari saluran lain untuk bersuara dan berkemungkinan menubuhkan satu pertubuhan baru bagi menyampaikan niat yang sama.
"Untuk itu, kerajaan harus mengambil langkah proaktif bagi mengelak mereka berkompromi dengan parti pembangkang dalam mencari jalan untuk mencapai hasrat dan cita-cita mereka...sepatutnya diadakan satu dialog...supaya semua masalah yang dihadapi mereka dapat diselesaikan," katanya.
Beliau mencadangkan kerajaan memberi laluan kepada badan itu didaftarkan.
Menteri Dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam berkata kerajaan mewartakan Hindraf sebagai pertubuhan haram kerana kegiatannya bertentangan dengan Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1996 dan ia boleh memudaratkan keselamatan awam, keamanan, ketertiban dan nilai-nilai moral negara ini.
Dalam perkembangan lain, Gerakan meminta kerajaan negeri Perak supaya tidak menjadikan sambutan Deepavali yang menjelang tiba sebagai "pentas" politik.
Chang yang juga Pengerusi Gerakan Perak berkata tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat memasukkan logo parti pada kain-kain pemidang di sekitar bandar raya ini sempena meraikan Deepavali adalah tidak wajar.
"Dulu mereka pernah meminta agar kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan agama tetapi mereka kini melakukannya secara terang-terangan," kata Chang, juga bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment