"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 17, 2008

Harga Petrol Dan Diesel Diturunkan 15 Sen Seliter Berkuatkuasa 18 Nov

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengambil keputusan untuk mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa mulai esok, 18 November.

Harga runcit untuk petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada EN2.00 seliter daripada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan 15 sen kepada RM1.90 sen seliter dan harga diesel dikurangkan 15 sen seliter kepada RM1.90 seliter, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos, sebagaimana janji Kerajaan untuk menurunkan harga runcit petrol jika ada penurunan dalam pasaran dunia.

Beliau berkata Kerajaan berharap para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, supaya orang ramai mendapat manfaat yang sepenuhnya.

Beliau berkata para pengguna juga diharapkan akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walau pun harga telah turun, selaras dengan hasrat Kerajaan memastikan penggunaan tenaga yang efisien.

9 comments:

ephol said...

harga barang....?? kelmarin pegi pasar malam TBM kajang, harga ayam rm7 sekilo... semalam pasar malam bndr tek kajang, harga ayam rm7.50 sekilo....

aloha2 said...

kita gelar dia menteri 15 duit @ 15 sen

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/2008/11/menteri-15sen.html

Anonymous said...

haaa...tol.lupa pulak pasal tol.bila pulak tol nak turun.kalau agak-agak dah boleh turun tu,harga tol pun ikut turun la sekali.dapat la mengurangkan sikit beban pengguna lebuhraya.

buat peniaga pulak,kalau dah tiba masa untuk turunkan harga maka turunkanlah.jangan sampai dah kena boikot baru nak turun harga.

Anonymous said...

Shahril Samad = Menteri 15 kupang...

Anonymous said...

Memang kerajaan turunkan harga minyak sikit-sikit tapi setelah beberapa kali penurunan, harga kini hampir kepada harga asal minyak sebelum naik 70 sen dulu. Kita harus bersyukur atas penurunan ini. Jadilah orang yang bersyukur.. Tak rugi pun.. Sekarang ni kita tunggu harga tol turun pulak...

Unknown said...

The new pump price for RON97 is now RM2 per litre while RON92 will be sold at RM1.90 per litre. Diesel will be at RM1.90 per litre.

now i'm waiting for the the price of goods to be reduced.govt have to monitor "bad business people" who are reluctant to reduce their price.some NGO had also sperheaded the campaign to boycott any outlets that refuse to lower their price.

Anonymous said...

Biar pun berkali-kali harga minyak petrol/disel turun, mengapa kos sara hidup rakyat masih membebankan..? Semuga kerajaan akan sentiasa prihatin terhadap rakyatnya...?

Unknown said...

Alahai..Mahyudin...kau tunggulah..berita tol tu gah je...walaupun untung mencecah lebih 1 billion tau....bukan satu juta...!!!Dan minyak naik bukan 70 sen tapi 78 sen..lu jangan jadi seperti akbar harian..selalu memberikan berita yang sipi2...

Anonymous said...

SELAMAT MALAYSIA
Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
“U” Punya Bapa YIP KUM FOOK melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
“U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
“U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
Sekian, Terima Kasih.
YANG BENAR,
RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
GOMBAK, SELANGOR

SAVE MALAYSIA
MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
"U" Your father YIP KUM FOOK do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
"U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
"U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

Thank you,
THE TRULY,
People Who Love Malaysia
Gombak