Umno bahagian Gua Musang hari ini mencalonkan gandingan Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Shahrir Samad untuk bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden Umno.
Pencalonan itu dibuat dalam mesyuarat perwakilan bahagian tersebut yang berlangsung di Dewan rakyat Bukit Cekati, Gua Musang pagi tadi.
Ini merupakan pencalonan pertama yang diperolehi oleh Tengku Razaleigh yang sebelum ini telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden - rujuk malaysiakini
Tahniah buat Tengku Razaleigh Hamzah atas pencalonan pertama yang diperolehi.tapi para penyokong Ku Li tak perlu terlalu gembira dengan pencalonan ini kerana anda perlu maklum akan "politik dalam UMNO" tidak mudah dijangkakan.
Telahan awal aku dalam posting [ini] nampaknya tersasar.aku jangkakan Ku Li tidak akan dicalonkan hatta dicawangan naungannya sendiri sebab "politik dalam" UMNO tidak mudah dijangkakan.
Setakat ni 106 bahagian Umno termasuk Gua Musang telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing dan Gua Musang adalah bahagian tunggal yang telah mencalonkan Ku Li sebagai calon presiden.
Baki 85 bahagian lagi masih punya masa sehingga 9hb.November,2008 untuk mengadakan mesyuarat bahagian masing-masing dan adakah lagi bahagian-bahagian UMNO yang lain bakal mencalonkan Ku Li selepas ini?
Ku Li masih memerlukan sekurang-kurangnya 58 pencalonan lagi untuk melayakkannya mengambil bahagian dalam pemilihan presiden Mac tahun depan.kalau Ku Li gagal untuk mendapatkan kuota yang melayakkannya bertanding maka berulanglah lagi sejarah tahun 2004.
Andaikata sejarah 2004 berulang lagi 10 November ini, maka perlulah Ku Li memikirkan kembali kedudukannya didalam UMNO.
Samada mahu meneruskan "perjuangan yang ditolak" didalam UMNO, atau menyambung "perjuangan" didalam mana-mana parti yang semakin mendapat tempat dihati rakyat.
Apa kata Pakatan Rakyat kiranya Ku Li berminat?
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Saturday, November 01, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
UMNO memerlukan manusia yang "agrasif" dan "putih"
Post a Comment