Dalam posting “Peringatan kepada ahli-ahli Majlis”,
Ahmad Kamal said:
Takkan celik-celik mata tak ada cerita yang positif sikit. Takkan sepanjang hidup kisah orang tak betul, orang rasuah. takada langsung ka orang UMNO yang baik dan orang PR semua nya baik ka?
Terima kasih Tuan Haji. Dan bukan Tuan Haji sorang saja yang bercakap dengan nada macam tu, tapi ramai lagi yang cakap macam tu.
Khairy pun pernah kata bloggers-blogger ni beruk. Syed Hamid kata, bloggers ni penabur fitnah. Tok sah kata Umno…Hj. Hadi dan Ustaz Nasha pun pernah ugut nak saman bloggers kerana menabur fitnah. Dan sekarang Tuan Haji pulak merungut.
Pasai apa jadi macam tu?
Sebelum pilihanraya ke12, semua maklumat-maklumat yang tersembunyi dibawah tikar BN, dibongkar oleh bloggers dan webmasters. Semua penyelewengan dan penindasan yang dilakukan oleh BN dibongkar oleh bloggers dan webmasters. Apa tujuannya? Hanya lah untuk menimbulkan kesedaran kepada rakyat tentang apa yang berlaku dan mengajak rakyat berfikir untuk memilih pemimpin yang baik untuk memimpin negara, untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.
Dan kita berjaya diPerak..dengan menumbangkan Umno/BN. Tetapi apabila Pakatan Rakyat mengambil alih, kita mahukan pembaharuan. Kita mahukan pemimpin kita lebih baik dari pemimpin dulu. Kita mahukan perubahan sistem kehidupan..bukan buang Umno dan gantikan dengan Pas/ PKR.
Bloggers bukan ada kepentingan dalam parti atau kerajaan. Bukan ada jawatan dalam parti..dan kalau ada pun bukan nak rebut balak atau pasir. Kita mahukan pembaharuan kepada yang lebih baik. Kerja bloggers macam kerja gila. Ada yang kena ancam, ada yang kena boikot..ada yang kena kutuk…tapi dapat apa?
Tengok Albanjari, cenangau, Telok Bakong, Seri iskandar, matcomot, aloha, Kulup Sakah, republik kata…apa yang depa dapat? Dan kita tak mintak apa-apa pun..cuma kita mahu sesuatu yang lebih baik. Dan kita bukan hanya pandai cakap belakang macam Jebon Kuala…sebaliknya kita sedia bersemuka.
Dalam konteks Perak..selepas mengambil alih…apa yang telah dilakukan?
Pernahkah kepimpinan Negeri berjumpa dengan para bloggers untuk menerangkan apa yang telah dibuat oleh kerajaan negeri? Cerita-cerita yang tak baik…kita boleh dapat dimana-mana. Apa yang aku tulis bukan aku dapat dari kerajaan negeri…tapi dari rungutan rakyat marhaen. Orang jumpa aku tiap-tiap hari komplen macam-macam. Dan apa yang aku tulis adalah suara rakyat bawahan.
Tapi cerita yang baik..sapa nak bagi tau? Pernahkah setiausaha akhbar MB panggil blogger bila nak buat press conference, untuk menerangkan perkara-perkara baik dari kerajaan negeri? Tak pernah! Kalau aku tau pun…aku tak boleh masuk PC sebab tak ada kad media. Yang boleh masuk ialah wartawan NST, Utusan, BH.. lepas tu komplen akhbar-akhbar ini putarbelit kenyataan! Sedangkan bloggers yang banyak membantu kerajaan yang ada hari ini untuk berkuasa…sapa pun tak peduli.
Aku komen dalam blog Setpol MB…dia buat tak tau. Aku tanya dia tak jawab! Habis…apa cerita baik dari kerajaan negeri yang boleh aku tulis?
Aku minta Ahli Majlis buat briefing sebelum dan selepas mesyuarat Ahli Majlis…supaya kita boleh bantu memberikan idea…sampai sekarang depa buat tak tau. Sebaliknya..kata kita nak campurtangan…seolah-olah depa tak tau buat kerja.
Bila aku kutuk…bila aku kritik…aku bukan buat secara sembunyi. Sapa yang tak puashati tentang apa yang aku tulis atau cakap…boleh jumpa aku. Kalau aku salah…perbetulkan. Boleh dikatakan…ramai dari tukang komen dalam blog ini aku dah jumpa secara bersemuka. Sebab aku bukan saja-saja nak kutuk…tapi mahu memperbaiki keadaan. Itu saja yang aku mau.
Dan aku bukan takat tulis dalam blog, tapi aku cuba pi jumpa pemimpin negeri. Tapi pasai aku tak dak jawatan dalam parti, bukan ahli perniagaan yang boleh tangkap kontrek, bukan tauke balak yang boleh bagi komisyen…sapa nak jumpa aku?
Dan aku tak boleh nak buat sorang-sorang. Aku perlukan bantuan dari ramai blogger-blogger kat sini …kalau nak bantu la. Bukan nak bantu aku, tapi sekurang-kurangnya menderma idea bagaimana nak bantu kerajaan negeri untuk faedah rakyat.
Kalau nak bantu kerajaan negeri…mula-mula kita kena tau apa masalah kerajaan negeri, baru kita boleh bagi idea penyelesaian. Mungkin pemimpin kita masih sibuk dengan jawatan dalam GLC, nak tubuk syarikat tukul besi, dok bincang pasai konsesi sampai tak ada masa nak fikirkan tentang program-program untuk rakyat.
Dan hari tu, aku pun kata…nak tunggu ahli politik…aku tak berapa harap. Aku lebih mengharapkan aktivis-aktivis masyarakat, terutama para tukang blog dan tukang komen, untuk sama-sama bertanggungjawab sekiranya kerajaan gagal memenuhi janji-janji kepada rakyat. Kita tak boleh kutuk pemimpin saja…sebab kita yang pilih depa. Tapi macam mana?
Aku dah bincang dengan matcomot, Ibn Hamzah, Manjungmari, Ofisboy Tkt 4, Mamamat, Pengasas, untuk mengadakan satu Konvensyen Bloggers Perak. Kita buka kepada semua bloggers Perak yang mahu membantu kerajaan negeri Perak. Kita bantu MB dengan memberikan idea…takat yang kita mampu. Tok sah fikir sama ada Pas, PKR, DAP atau Umno. Kita duduk sama-sama..bincang tentang bagaimana untuk membangun Perak. Kalau fikir macam mana nak menjatuhkan kerajaan negeri…tak payah datang pun tak apa.
Tapi pertama sekali kita kena dengar apa MB nak cakap, apa Exco nak cakap, apa yang depa mahu kita lakukan…kemudian baru boleh kita merancang.
Aku dah jumpa Pengarah Penerangan negeri dan dah bincang perkara ini. Dan dia bersetuju untuk menjemput semua bloggers…yang ada blog dan yang tak ada blog,..untuk bertemu dan berbincang. Dan dia dah dapat persetujuan dengan MB untuk hadir memberikan keynote adress.
OK..ini jemputan terbuka kepada semua bloggers..untuk hadir ke Majlis Taklimat dan Penerangan dan diuruskan oleh Urusetia Penerangan Negeri.
Tapi hanya untuk mereka yang berani memperkenalkan diri. Yang ikhlas untuk membangun rakyat. Kalau datang nak aku suruh jolok permohonan balak..tok sah datang.
Dan jangan kata kita hanya pandai menyalak dalam blog..ruang sudah disediakan.
Sedia? Kalau sedia semua maklumat ada disini dan daftar lah dalam borang yang disediakan. Aku nak tau…berpa ramai yang nak datang supaya senang menyediakan makanan. Kalau tak register…masih boleh datang..tapi nak makan kena pergi Kluang Cafe,,kena cekup BPR aku tak tau.
Terbuka kepada semua bloggers Perak, anak-anak Perak yang ada diluar Perak dan mereka yang berminat untuk membantu Perak.
Sila pergi kesini - http://go-perak.rentaprevolusi.com/
-Perak Express
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Saturday, November 01, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
This is surprising. PR turned UMNO in Perak?
Post a Comment