"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 27, 2009

40 Ahli PAS Sertai UMNO? - malaysiakini

Reactions: 
Dalam keadaan heboh dengan berita ADUN UMNO keluar partinya keluar berita picisan dan mengelirukan mengenai Ketua Pas Cawangan Musai, Bukit Baru, di sini bersama-sama 40 ahli cawangan itu hari ini menyerahkan borang keanggotaan menyertai UMNO, demikian seperti dilaporkan Bernama.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sdr. Mohd Sofi Abdul Wahab ketika dihubungi menjelaskan siapakah Ismail Tumpang yang mewakili kumpulan yang menyerahkan borang keanggotaan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada majlis di Kampung Musai.

Sofi mengesahkan bahawa Ismail adalah seorang bekas ahli UMNO yang pernah masuk PAS suatu masa dulu dan dia adalah dalam kategori ahli yang bermasalah serta sudah lama tidak membayar yuran keahlian.

Mengenai cawangan yang di dakwa 40 bersamanya masuk UMNO, Sofi menafikan ianya tidak ujud kerana di situ tidak adapun cawangan PAS yang aktif seperti didakwa Ismail. Ismail juga bukannya Ketua Cawangan seperti didakwanya. Sekaligus menafikan berita tersebut.

-CINA ISLAM

Penjelasan berkaitan (sebelumnya)

ALI BODOHKAN RAKYAT MELAKA DAN DIRI SENDIRI ~ Ref Malaysiakini


Ternyata tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggembar-gemburkan berita 41 orang ahli PAS dan seorang Ketua Cawangan PAS memperlihatkan ketidakcerdikan beliau. Di samping itu beliau cuba memperbodohkan rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Melaka.

Ali Rustam lupa bahawa rakyat Malaysia kecuali orang Umno sudah cukup faham dengan permainan media pengampu seperti Utusan Meloya (Utusan Malaysia).

Seperti yang saya postingkan di dalam Blog ini semalam, Ismail Tompang (Senin Tompang) adalah ahli PAS yang sudah lama keluar PAS dan berminat untuk menyertai Umno. Sudah bertahun-tahun beliau tidak membayar yuran, malah tindak-tinduknya juga sudah lama diketahui oleh PAS Kawasan Bukit Katil.Beliau adalah bekas ahli Umno yang mempunyai kepentingan diri. Sentiasa bertukar parti yang disokongnya semata-mata kerana mencari habuan. Beliau pernah cenderung kepada DAP dan PKR kemudian berpatah balik menyertai Umno.

Jadi tidak perlulah dirisaukan orang seperti ini tempat yang paling sesuai untuknya ialah bersama Ali Rustam. Jumlah 40 orang lagi ahli PAS yang ikut jejak langkah Ismail adalah tidak benar kerana ahli di cawangan yang sudah lama mati inipun tidak sampai seramai itu. Mungkin Ai Rustam mengirakan jumlah tersebut dengan bayang-bayang sekali. Kalau adapun 40 orang mungkin ianya bukan ahli PAS tetapi penyokong Umno atau orang yang tidak berparti.

Saya hairan bagaimana calon Timbalan Presiden Umno cuba memperbodohkan rakyat. Dalam sedar atau tidak sedar beliau memperlihatkan ketidakcerdikan beliau sendiri.

6 comments:

Zubli Zainordin said...

Wah!

Sandiwara untuk kendurkan dentuman durian, kebatu-bataan Bota kah?

Kacamata apa Ali pakai?

bekas tahanan reman said...

ALIR GUSTAN !
aku ingat ko pi panggil CPO selangor tangkap 41 penyamun tarbus tu bawa masok dalam lokap dan bunoh mereka esok pagi pagi ko panggil DR haiwan (binatang) buat post mortem, lepas 2 jam ko dan CPO selangor panggil press dan istihar mereka mati kerana bergadoh sama sendiri kerana berebut jawatan timbalan peresiden UMNO, mat tooyib mati,moh yee ding mati tapi ko sorang hidup,

aku ingat ko tak menang punye kerana ko telah di sumpah oleh seluruh rakyat kelantan termasuk HUMNNO kelantan, ko contoh seorang pemimpin yang hati busuk dengki kesumat, satu pesan ku jangan pijak lagi bumi kelantan !!!! kalu terjumpa dengan aku, aku bbidah mu.

Anonymous said...

Taktik pak ali nak tunjuk dia yang terhebat utk jd tpm. org pas melaka pun tunduk dgn dia konon. Ceh, taktik budak tadika.

Anonymous said...

40 ahli yang hilang dari parti PAS, sebenarnya sudah dibeli oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Harga dinilai mengikut berat dosa seseorang 1kilo bersamaan RM50.00.

40 ahli itu akan dijadikan penyamun tarbus jikalau ali menang bertanding. Kalau ali gagal mereka akan jadi pencacai.

havoc said...

hehe...Ali Baba & 40 Penyamun..hehe
cerita baru ni...smbung babak cter P.Ramlee..sona Labu Labi...

semuatatakpunya said...

Halo LATUK SELInggit MatAli KETAM,

Wa mao cadang lu bagi itu LATUK pada itu olang PAS masuk UMNO, itu Ismail Tempang. Lu bagi LATUK sama dia lagi atak untung dali lu bagi sama itu BANGLA ma.... Lepat itu aaaa.. itu LATUK Ismail Tempang punya pengikut boleh sama-sama masuk itu tumpayan boleh belakun dalam itu pelem ALI KETAM sama ampat puluh penyamun... Tapi lu ALI KETAM paling busat punya PENYAMUN... cakap manyak musuk, mulut manyak musuk, hati manyak musuk semua pun manyak musuk....

Wa cina pun tatak ini macam punya musuk. wa tatak cakap musuk pala olang Islam, wa tatak marah itu PAS, wa tatak takut itu HULUD, wa tatak benci PR, wa tatak anti Milayu, semua tatakpunya... aiya, lu pikiaq la sendili ma......