"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 23, 2009

SPRM didakwa tekan Madam Low ekoran dakwaan rasuah terhadap MB - malaysiakini

Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa menekan Pemangku Pengurus Besar PKNS, Madam Low Siew Moi membuat pengakuan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan beliau menyumbangkan lembu-lembu untuk dikorbankan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Menurut sumber Siasah, Madam Low dipaksa berbuat demikian dalam soalsiasat SPRM yang dibuat hampir empat jam baru-baru ini ekoran laporan oleh Gerak.

Turut disiasat adalah tiga lagi pemimpin kanan anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang lain.

Baru-baru ini, Gerak membuat aduan kepada SPRM terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid telah menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.
Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Dalam aduannya, Mohd Nazree mendakwa Abdul Khalid telah membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak itu juga mendakwa, mereka menerima dokumen minggu lagi dari seorang individu yang bekerja dengan agensi kerajaan negeri terbabit - Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd.

Aduannya diterima oleh Pengerusi SPRM Selangor, Mohd Shamsuddin Yusof di Plaza Masalam, Shah Alam pada jam 10.45 pagi.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid menolak dakwaan itu dan sedang menimbangkan untuk menyaman Gerak kerana memfitnah beliau.

-SIASAH

10 comments:

Anonymous said...

Citer BPR paksa nie dah biasa dengar.. Cuma jarang didedahkan...

Anonymous said...

Topeng perak,
Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus lebih berminat mencari kesalahan Tan Sri Khalid.

Sekarang ni dia dah bawa surat keistana pulak minta sultan campur tangan.

Apa pandangan anda terhadap tindakan GERAK itu..? Kelihatan wajah Khir "penyapu" bertambah berseri diatas tindakan GERAK.

Tindakan GERAK seolah-olah cuba mengalih perhatian rakyat dari pemimpin UMNO yang didakwa oleh mahkamah kerana rasuah, kepada pemimpin PKR yang dituduh salah guna kuasa.

"lawan tetap lawan"

ediannuar said...

jgn layan sgt GERAK nie.... balaci ezam tu.

Anonymous said...

betul tu..jgn layan... kalu berani, seret la MB Pahang.. tu lagi bnyk makan suap... dok tala kat pemimpin PR jek.. takyah la nak tunjuk GERAK ni bersih...

tok iskandar said...

Kerajaan Pakatan Rakyat perlu berhati-hati kerana ada musuh dalam selimut dalam jentera kerajaan negeri yang makan upah dengan umno untuk jatuhkan kerajaan pakatan rakyat seperti kes lembu korban itu.
khir toyo cuba jadi jaguh dalam isu ini untuk memenangi jawatan ketua pemuda umno sedangkan umum tahu dialah yang mengamalkan rasuah

tok iskandar said...

GERAK jadi anjing umno

Anonymous said...

hello.... gerak ni tau dan boleh kesan kes kat negeri yang di bawah pemerintahan PR je ke???
nampak gayanya negeri yang lain tu tak ada rasuah ke???? saya ingat kita hantar pulak laporan rasuah salah guna kepercayaan kat sprm terhadap gerak

Anonymous said...

MB lama tu pulak yang lebih2..masa dia tu ok ke....he he

Anonymous said...

SPRM kakitangan nya sesetengah nya dari PDRM nasib baik Madam Low tak di bunuh macam KUGAN, sebab Madam Low tak ada penyakit ashma atau paru paru berair, hai hai hai SPRM PDRM, SPRM PDRM,SPRM PDRM, kah kah kah .

Anonymous said...

Entah ya ke tidak Madam Low ditekan oleh SPRM. Janganlah buat tuduhan melulu tanpa ada bukti yang kukuh. Saya yakin SPRM hanya menjalankan tugas. Desakan yang didakwa hanyalah dibuat untuk menambahkan kekeruhan yang ada di dalam kerajaan BN.