"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, April 15, 2009

Kenyataan Media MB Selangor berkenaan Keputusan Status YB Elizabeth Wong - malaysiakini

SHAH ALAM : Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat keputusan untuk menawarkan YB Elizabeth Wong agar kembali meneruskan tugas beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.

Justeru itu, jika YB Elizabeth menerima keputusan ini, beliau akan diminta kembali dari cuti untuk meneruskan perkhidmatan beliau kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Selangor mulai esok.

Kerajaan Negeri juga berpendapat keputusan ini adalah wajar dan adil setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta perkembangan mutakhir siasatan polis yang sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.

DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah diberi taklimat tentang keputusan ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Selangor, saya menjujung kasih ke atas pendirian Tuanku untuk tidak mencampuri urusan politik serta memberi kepercayaan penuh kepada Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan yang adil dan terbaik.

Perlu ditekankan disini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor memandang serius isu moral dan akan senantiasa memastikan pimpinan Negeri menjunjung prinsip ini. Oleh itu, jika ada sebarang bukti yang kukuh, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun demikian, pendirian ini juga harus di imbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang dan Kerajaan Negeri amat serius mempertahankan hak ini.(tamat)

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

1 comment:

Anonymous said...

wahai sahabat sekalian,

jangan lah kamu menghina bahasa melayu dengan menggunakan ayat-ayat yang agak kasar. kita semua cintakan negara kita, tetapi patut kita meludah ke langit. Tidak guna perarakan ppsmi jika kita sendiri memperbodohkan bahasa kita. kita boleh peribahasa atau kiasan untuk menyatakan sesuatu pendapat. Seharusnya kita mencontohi ahklak Nabi Muhammad s.a.w yang begitu mulia. Sekarang zaman teknologi, jika mereka terdapat bukti, awal-awal mereka letak di youtube dan polis untuk menangkap mereka yang bersalah. tetapi ini semua adalah fitnah. Jangan lah kita memcontohi mereka, jika terdapat sebarang bukti kita letak kan di youtube dan hebah kan dalam laman web ini.