"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, June 30, 2009

Kekayaan Kelantan, Jangan Nafikan Hak Rakyat Dengan Kuasa Politik

Sumber - newsforwarder®™

Selalunya manusia jadi kreatif, rajin, sanggup menebalkan muka atau berkerja lebih masa bila dalam keadaan terdesak dan ketiadaan wang untuk hidup. Bagi mereka yang berfikiran singkat sanggup melakukan kerja-kerja keji untuk memenuhi kebutuhan hidup, termasuk mencuri, merompak, menipu dan meminta-minta, mengemis.

Apakah ini lumrah dan fiil hidup manusia? Bila waktu senang, berduit leka dan lupa untuk menoleh ke belakang. Hidup senantiasa optimis seolah kesenangan dan kebahagiaan akan berpanjang sampai ke akhirat. Kekayaan juga membuat manusia bongkak, ego dan sombong.

Apabila kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak sebanyak RM1 billion, apakah ia menunjukkan kerajaan Kelantan pada masa ini dalam situasi terdesak. Sumber kewangan Kelantan sudah tandus dan kantong perbendaharaan negeri sudah mulai susup?

Ataupun tindakan itu menandakan betapa kreatif dan cekapnya kerajaan Kelantan dalam berikhitar mencari dana untuk negeri. Atau kebijaksanaan kerajan Kelantan berfikir dalam mendapat hak-haknya ke atas kerajaan Pusat? Saya melihat begitu, tuntutan itu wajar kerana itu adalah hak kerajaan Kelantan. Sekiranya alasan tuntutan itu benar maka wajar Kelantan mendapat imbuhannya.

Alasan yang dikemukakan ada logiknya. Bagi rakyat Kelantan pasti akan menyokong seratus peratus kerana ia membawa kebaikan kepada mereka. Apa yang diucapkan pemimpin itu, itulah yang mereka pegang walaupun buktinya kabur. Kelantan boleh menerima royalti minyak sebanyak 5% seperti mana di negeri-negeri yang digezetkan sebagai negeri-negeri pengelur minyak seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak. Ketiga-tiga negeri itu menerima royalti minyak sebanyak 5% setiap tahun.

Soalnya kini apakah Kelantan telah dikelasifikasikan sebagai negeri perundustrian minyak? Pihak kerajaan Kelantan telah mengemukakan bukti, bahawa negeri itu adalah negeri yang disenaraikan dalam negeri pengeluar minyak. Pernyataan bukti itu menurut seorang Exco Kelantan ialah berdasarkan peningkatan Pengeluran Kasar Dalam Negeri (KDNK) Kelantan yang naik mendadak sehingga mencecah ke angka 22.4% di mana sebelumnya hanya 1% saja.

Kenaikan ini menurut Exo berkenaan ialah kerana Kelantan seolah-olah disenaraikan sebagai negeri industri minyak. Selain dari bukti itu menurut Exco berkenaan, beberapa plantar mencari gali minyak yang beroperasi di sekitar pantai Kelantan juga dinamakan dengan nama-nama Melayu, Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen melambangkan ianya milik syarikat Malaysia.

Setakat ini itu saja alasan dan bukti bagi menunjukkan Kelantan sebagai negeri industri minyak. Betulkah Kelantan telah menjadi negeri perindustri minyak? Ataupun ianya dalam peringkat cadangan pihak Pusat akan memasukan Kelantan sebagai negeri minyak selepas aktiviti industri berkenaan benar-bnar wujud dan nyata di wilayah Kelantan? Yang jelasnya kini pendaratan minyak masih belum berlaku lagi di Kelantan.

Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed telah membuat penjelasan berhubung dakwaan dan tuntutan kerajaan Kelantan itu. Menurut Mustapa usaha cari gali dan mengeluarkan minyak yang dilakukan sekarang ini di luar kawasan pantai Kelantan. Katanya ianya dilakukan dalam kawasan bertindih antara Malaysia dengan Thailand. Adapun tuntutan dan dakwaan Kelantan itu sebagai helah politik saja bagi memburukkan kerajaan Pusat.

Jadi katanya kerajaan Kelantan tidak berhak dan layak menerima royalti sebanyak 5% setahun.

Sebenarnya hujah yang dikemukakan oleh kerajaan Kelantan dan Mustapa itu belum muktamad. Siapa benar dan siapa tersasar tidak dapat ditentukan secara tuntas, hanya dengan berpandukan kepada kenyataan lisan dan andaian tanpa mengemukakan bukti-bukti bertulis. Tanpa bukti bertulis dari kedua pihak ia menampakkan isu royalti 5% itu sebagai isu politik semata-mata menjelang pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai nanti.

Dilihat kepada pertikaikan itu bukan senang untuk kerajaan Kelantan mendapat imbuhan itu. Kerajaan pusat telah memberi isyarat jelas bahawa mereka tidak akan akur dengan tuntutan itu. Kerajaan negeri Kelantan rasanya telah pun merasai akan kesukaran itu.

Kenyataan terbaru Exco Kelantan yang mengatakan isu itu akan diselesaikan secara diplomasi dan tindakan undang-undang menjelaskan kerajaan Kelantan faham bahawa tuntutan itu hanya sebagai angan-angan sahaja dan bukan gampang menjadi kenyataan. Apa yang disuarakan itu percubaan pertama dengan harapan manalah tahu kalau-kalau kerajaan Pusat mamai dan rasa gerun dengan gertakan politik ia akan melunasinya.

Mungkin apa diharap oleh kerajaan Kelantan dengan keadaan UBN semakin lirih sekarang ini mereka akan melayani tuntutan itu untuk tidak dilihat kejam di mata rakyat. Tuntutan itu juga lebih ke arah membuktikan sejauh mana slonga 1 Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri akan direalisasikan di Kelantan.

Namun hakikatnya bukan semudah itu. UBN telah menyedari lama sebelum ini bahawa wang dan kekayaan adalah benteng mereka mempertahankan kuasa. Kalau pun benar kerajan Kelantan berhak menerimanya ia mustahil dilaksanakan, kecuali ada arahan mahkamah. Dalam perang piski ini kerajaan pusat juga bukan cetek dalam bermain politik. Mereka juga ada perkiraan untung rugi kepada masa depan politiknya.

Cadangan untuk membincang secara diplomasi itu adalah cara terbaik. Ia satu tindakan yang sangat praktikal dan menyenangkan. Dalam hubungan ini kerajaan Kelantan boleh menggunakan alasan wang itu diperlukan untuk membantu rakyat. Sebaliknya sekiranya proses itu terpaksa menerusi undang-undang seperti mana dirancangkan ia sesuatu yang sulit. Tindakan itu juga menyebabkan kerajaan Kelantan terpaksa menghabiskan banyak wang untuk membayar peguam dan juga menanggung kos perbelanjaan proses berkenaan.

Apa yang pernah dilakukan oleh kerajaan Pas Terengganu terhadap Petronas mungkin boleh dijadikan iktibar. Kerajaan Pas Terengganu pernah membawa isu royalti minyak ke mahkamah yang berakhirnya dengan kes itu digugurkan apabila kerajaan Terengganu kembali semula ke tangan UBN.

Justeru cara paling baik ialah menerusi proses diplomasi? Saya yakin kalau cara ini diguna ia akan membawa kejayaan dan lebih efektif. Kerajaan pusat rasanya tidaklah degil sangat untuk memberi hak kepada rakyat Kelantan. Adalah zalim amat kalau kerajaan Pusat untuk terus mendera rakyat Kelantan sedangkan apa yang wujud adalah hak mereka secara mutlak.

Dalam keadaan inilah saya mengenangkan kepada sesuatu yang sudah pun terlucut kini. Betapa kalau usaha mendamaikan antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri dilaksanakan, masalah ini tidak berbangkit lagi. Jika ada hubungan baik antara keduanya rakyat Kelantan akan mendapat manfaatnya. Sudah pasti tuntutan royalti 5% itu tidak perlu menerusi ruang media ataupun dibawa ke mahkamah.

Tetapi sayang, kerajaan Kelantan tampaknya lebih suka untuk terus berbalah dengan kerajaan Pusat. Kerajaan Kelantan melihat dan yakin mereka berjaya diperingkat nasional menerusi persepakatan dengan DAP dan PKR. Apa yang mereka fikir kalau Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan, mereka bukan saja bakal memperolehi royalti 5% itu tetapi hak-hak dan pendapatan lain juga yang lebih lumayan dari itu.

Kerana demikian sikap kerajaan Kelantan, maka rakyat Kelantan kena tunggu beberapa waktu lagi sebelum dapat menikmati royali minyak berkenaan. Itupun kalau tertakdir Pakatan menang dan menguasi kerajaan Persekutuan.

Bagaimana pun pada saya kedua pihak, Pas dan UBN tidak perlu menghukum rakyat dengan nafsu politik mereka. Sewajarnya dalam keadaan hari ini kalau kedua pihak mengambil pendekatan untuk membangun Kelantan secara bersama tanpa menghakiskan identiti masing-masing. Langkah ini mungkin baik bagi Pas kalau sekiranyan mereka benar-benar terdesak kini.

Sudah sampai masanya kedua pihak meletakkan kepentingan rakyat di atas segala kepentingan peribadi dan politik kepuakan. Janganlah menganiaya rakyat yang tidak berdosa kerana semata-mata ingin memenuhi nafsu politik sampai tidak tahu sempadan kehidupan dunia dan akhirat!

4 comments:

Unknown said...

Salam,Pada pendapat aku selagi kerajaan pusat dikuasai umngok dan kuncu2 nya selagi itulah kelantan takkan dapat royaliti atau apa2 bantuan.Kerana senjata mereka adalah duit.setiap kali pilihanraya wang akan di taburkan.kalau kelantan diberi royaliti tak ada peluang mereka nak buat mcm tu lagi.kemiskinan rakyat keuntungan mereka.

Anonymous said...

maksudnya kat sini pas kena menyembah amnu untuk dapatkan royalti minyak???

wahhh.. hebat jugak ye... sembah pencuri supaya bagi balik barang yang mereka curi...

kirim salam laaa... kami orang orang kelantan la!!!

dari tegak bertimpuh... baik rebah merempuh!!!

kalau tidak kat dunia... kami tuntut kat akhirat saja... dari semua orang yang memberi kuasa kepada BN berbuat zalim kepada rakyat!!!

ini macam orang malaysia.. hanya kerana nak merdeka.. sanggup sembah british... dan ikut undang-undang british.. sudahnya... hukum al-quran tidak dapat dijalankan di negara nih!!!

joostspring said...

topeng...

mu demam ko?

Topeng Perak Unmasked said...

joostspring - tak demam... saje nak umpan... kau ingat bongok2 UMNgOk tu nak baca ke artikel panjang macam ni..?

Hahaha..!