"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 10, 2009

'Demo lagi,Segerakan mansuh PPSMI'!!!-Malaysiakini

Dari:Malaysikini


Bagi memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seorang Sasterawan Negara mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan.

anti ppsmi rally 070209 tear-gasBercakap kepada Malaysiakini malam ini, Datuk A Samad Said menyatakan "tidak begitu senangnya" dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012.

"Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI," katanya.

Beliau diminta menjelaskan lebih lanjut kenyataan awalnya di akhbar web PAS yang menyebut "demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya."

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," Harakahdaily hari ini memetik A Samad sebagai berkata dalam satu wawancara.

gmp protest 310108 samad saidSatu demonstrasi besar diadakan 7 Mac lalu, diketuai antaranya oleh A Samad sendiri, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda campur tangan membatalkan dasar tersebut yang sentiasa dibantah sejak ia diperkenalkan.

A Samad (foto kiri), yang juga penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dilaporkan berkata "tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan."

Pengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata tokoh sastera itu lagi, bersifat "mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan juga pilihanraya umum ke-13."

"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.

NONE"Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu," A Samad dipetik berkata.

"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika perdana menteri keempat dahulu (Tun Dr Mahathir Mohamad) mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa perdana menteri keenam (Datuk Seri Najib Razak) perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?"

GMP pula menganggap pengumuman kerajaan semalam bermakna "mulai 2010 semua pelajar baru Tahun Satu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun (depan) dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya."

"Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda," kata Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad.

"GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti."

anti ppsmi math and science education in english school childrenUntuk menangani kelemahan penguasaan Sains dan Matematik sewaktu PPSMI dilaksanakan, menurut satu kenyataannya hari ini, GMP menggesa Kementerian Pelajaran "mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka" setaraf dengan mutu dua mata pelajaran tersebut sebelum 2003.

Dr Hassan juga mengumumkan satu majlis Sambutan Pemansuhan PPSMI yang akan diadakan di Stadium Baru Bandar Bangi pada 9 malam 19 Julai ini.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula dilaporkan berkata pengumuman ini bertujuan menjaga "kepentingan kroni" yang membekalkan peralatan pengajaran dan pembelajaran PPSMI.

"Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolahan akhir tahun ini. Maknanya tahun hadapan, dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan.

"Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, laptop dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Menyifatkan pengumuman itu "tidak boleh dipercayai", Mahfuz juga bimbang keputusan terbaru kerajaan itu tidak akan dilaksanakan "memandangkan dasar kerajaan sering bertukar".

Beliau dilaporkan berkata, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihanraya umum akan datang, pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan.

"Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Dr Mahathir enam tahun lalu," Mahfuz dipetik berkata.

14 comments:

Unknown said...

Woooii..hangpa nak kena paham laa..
Buakn senang nak buat segera2 satu perkara tu..Naik harga minya tu boleh laaa sebab benda tu hanya melibatkan rakyat biasa. Tapi benda ni melibatkan orang2 besaq/Jaws besaq2..Yang ada sesetengahnya atas nama bini2 depa??? Kalau dah dapat contract sampai lagi 3 tahun...tup tup pi dok sekat tengah jalan...nangis lah depa..lagu mana nak pi shoping juta2 kat luar negara nanti...Simpati laa sama dgn jaws2 besaq ni,,ok!!!
Jgn suka buat demontrasi nanti habis lah pulak air coca-cola FRU tu..Kan membazir tu namanya...hhmmm

Anonymous said...

zali ngok and the gang barua umno..la..la...la...

Anonymous said...

Tak habis-habis berperasangka buruk dengan dakwaan yg bukan-bukan , orang yg tak menyebelahi mana-mana parti pun boleh paham situasi tersebut , tambahan pulak yg mengajar PPSMI , kalau nak menulis kerana hanya nak menyanjung parti & menuntut apa saja yg terbenak dalam hati tanpa mengikut acuan semasa lebih baik buat cerita komik aje senang orang paham

Anonymous said...

Diorang ni dah buat kontrak dengan kroni pasal untung 40 juta tu... sekali nak mansuh, sure la tak puas hati... so ambik jalan tgh tangguhkan ke 2012 sementara nak bagi untung kat kroni ni... kalau rakyat mudah lupa (biasanya melayu), tak payah mansuh pun takpe...

tgk, word verification yg aku dapat pun "tendler", bunyi mcm tender dah hahahaa

Anak Lenggong said...

NI LAA BANGANG NYA PUAK TOPENG PERAK NI...NAK HAPUS KAN TERUS MEMANG LA TAK BOLEH SEBAB YANG MENNGGUNG AKIBATNYA ADALAH PELAJAR YANG BELAJAR PPSMI NI MEREKA DAH BIASA DENGAN PENGAJIAN DIDALAM BAHASA INGGERIS...SEBAB TU LAH DIBAGI TEMPUH SEHINGGA 2012 IAITU SETELAH GOLONGAN PELAJAR INI HABIS TEMPOH PENGAJIAN..SEBAB TU LAH DITEMPOH TERSEBUT PENGAJIAN PPSMI DIBUAT DALAM DWI BAHASA(MELAYU DAN INGGERIS)..SEBENARNYA PUAK tp NI BUKAN TOLOLL TETAPI SENGAJA BUAT JADI BANGANGG DEMI UNTUK AGENDA POLITIK..MEREKA SAJA BUAT ISU...KATA RAKYAT YANG TAKMAU PPSMI TETAPI CUBA LIHAT POOL DALAM BLOK DR MAHATHIR KEBENYAKAN IBUBAPA SUKA PPSMI DITERUSKAN..

KAHAAKKK PPUUIHHHH...BANGANG PUNYA TP..SEBAB TU LA KO ASYIK DOK LALOK JEE

Anak Lenggong said...

AnWAR OBSES BERBAHASA INGGERIS
1. PPSMI akan kembali ke bahasa Melayu 2012. Menjelang tarikh pelaksanaan sepenuhnya, pelbagai langkah akan dibuat agar kepentingan semua dipelihara. Kerajaan tidak hipokrit apabila akui bahawa PPSMI tidak gagal sepenuhnya. Apa pun, tahniah kerana mengakui dasar yang diperkenalkan itu perlu penambahbaikan dalam pelaksanaannya.

2. Pembangkang pun tumpang sekaki dalam menaikkan ‘rating’ isu ini. Mereka akan mendabik dada kononnya merekalah yang membuatkan kerajaan merubah dasar yang dibuat oleh kerajaan sendiri. Sementara itu mereka akan terus menempelak pula nanti kerana usaha kerajaan yang menumpukan penambahbaikan Bahasa Inggeris. Apakah cukup merubah pengajaran dalam Bahasa Melayu sementara Bahasa Melayu terus diabaikan. (asyik bangkang je..)

3. Ketua Pembangkang amat hipokrit dalam isu ini. W/pun ini tampak remeh, tapi sebagai ‘pejuang bahasa’ kononnya, AnWAR perlu laksana apa yang dikata. Sepanjang perbicaraan kes liwat beliau yang lalu, AnWAR begitu teruja menggunakan Bahasa Inggeris. Barisan pendakwaraya tika itu mencadangkan perbicaraan dalam Bahasa Melayu, namun ditolak AnWAR dengan mengatakan Bahasa Melayu tidak cukup kuat untuk beliau berhujah!

4. AnWAR juga menggunakan Bahasa Inggeris mengendalikan mesyuarat pakatan pembangkang. Kit Siang, Guan Eng, Sivarasa, Tian Chua, Khalid Samad juga selesa menggunakan ‘medium’ Inggeris mengutarakan pendapat mereka dalam mesyuarat. Sebagai ‘Pejuang bahasa’ (kononnya la) AnWAR perlu mendidik mereka agar menggunakan Bahasa Melayu. Barulah Sivarasa, Wee Choo Keong, Zaid Ibrahim boleh bertutur Bahasa Melayu dengan baik. Dengan Syed Husin pun AnWAR lebih banyak bertutur dalam Bahsa Inggeris w/pun Syed Husin lebih selesa berbahasa melayu!

5. AnWAR juga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu dalam keluarganya. Nurul Izzah sehingga hari ini berucap dalam Bahasa Melayu seperti ‘terjemahan dari teks Inggeris’. Semua anak-anak AnWAR terdidik dalam penggunaan bahasa Inggeris secara maksima. Dua anak bongsu AnWAR bersekolah di Sekolah antarabangsa di Mont Kiara yang tentunya menggunakan ‘medium’ Inggeris. Wan Azizah juga cukup bangga dengan loghat ‘Irish’ hingga bergulung-gulung lidah bila bicara dalam bahasa Inggeris.

Adalah menjadi hak AnWAR bagaimana mahu mengatur keluarganya, namun setiap kali AnWAR mendakwa dirinya pejuang Bahasa Melayu, saya tersenyum sinis melihat ‘lakonan’ AnWAR. Saya hanya melihat beliau berbicara menggunakan Bahasa Melayu setiap kali berceramah di tempat umum, bermesyuarat dengan pimpinan PAS (itupun diselitkan juga frasa-frasa Bahasa Arab yang dihafal) dan bicara melalui telepon dengan Nik Aziz dan Hj. Hadi.

Isunya mudah, bagaimana hendak melihat Lim Kit Siang berbicara Bahasa Melayu dengan baik jika AnWAR sebagai ketua mereka tidak menunjukkan contoh yang baik. Apakah nanti jika mereka berkuasa, perbahasan di Parlimen akan dibenarkan dalam Bahasa Inggeris (melalui pindaan undang-undang). Sebagai manusia bermaruah, AnWAR perlu mengotakan apa yang dikatanya. Merenung kata-kata Rendra yang juga sahabat AnWAR, “kata-kata tanpa pelaksanaan adalah khianat kepada perjuangan”. Ada benarnya juga AnWAR telah khianat kepada perjuangan yang telah diasaskannya sebagai pejuang bahasa…….

Sang rimau kumbang said...

hahaha buat anak lenggong yang bangga sangat dengan PPSMI tuh...

apa beza pool dengan poll ek...
minta anak lenggong perincikan lagi pasal 'pool' dr M tuh...ahahaha..

lagi satu... 'pool' yang dibuat oleh si madey tu ko ingat bole pakai ke...kajian macam tu bole signifikan ke...ko penah dengor pasal 'bias' tak...

'pool' tu dibuat secara online....dah konfem masyarakat bandar (yang ada kemudahan IT) dan mereka yang berkemampuan untuk dari kawasan pendalaman (yang ada kemudahan IT) aje yang boleh mengundi dalam 'pool' tu....

adakah 'pool' tu mengambil kira pandangan dan pendapat beribu ribu lagi ibu bapa yang tiada akses rangkaian internet....sebab tu lah 'pool' ni sebenarnya sampah dan tidak ada nilai ...hanya luahan rasa madey dan segolongan manusia yang beria ia nak kekalkan PPSMI macam ko tuh anak lenggong...

kredibiliti keputusan 'pool' tu pon boleh kita ragui kerana keputusan tuh boleh diubah ubah oleh pihak tertentu (ayat common utusan ni) tanpa melalui apa apa audit check dari pihak ketiga yang neutral...untuk memastikan keputusan 'pool' itu benar benar soheh tanpa diubah oleh tangan tangan ghaib mengikut citarasa mamak madey...

Anonymous said...

La ni tak boleh dihapuskan lagi ppsmi sebab orang tua mahadey ada lagi mungkin tahun 2012 dia dah jalan baru boleh hapus terus.La ni pun dia dah membebel dah.Kalau dia tak mati lagi masa tu nanti,kena tunda ke tahun 2020 pulak lah..sekian,harap maklum.

sang rimau kumbang said...

lagi satu...

apa kejadahnya la ko tulis pasal anwar panjang panjang tu.... takde kaitan langsung...bukan anwar yang pegi drafkan dasr PPSMI tuh...
bukan dia yang dapat kontrak berjuta juta hasil perlaksanaan PPSMI tuh...
takde point la ko tulis tuh

Aku Anak Penoreh said...

Bodohlah kita bercakap dgn org2 Pakatan Rakyat yang hanya nak cari salah orang bukannya nak menyelesaikan masalah. Korang ni pada korang Anwar ni macam MALAIKAT kan...maksum..Bodohlah korang ni! Buat PPSMI nak demo, batal pun nak demo...korang ni tak cehck ke pemimpin2 Pakatan Rakyat tu yg hantar anak dia orang ke sokolah2 mana? Depa ni hantar anak mereka belajar di Sekolah Antarabangsa lepas tusambung kat Melbourne buat degree...balik tergagap2 cakap Melayu...Si Samad said ni pula kononnya pejuang bahasa..Apa yg dia pejuangkan selain drp syair2 dan dia sendiri tak mengembangkan kesusasteraan Melayu dia pun melainkan utk dia cari makan jer!!!!Anak dia belajar kat Melbourne beb!!!

PIKIRLAH WAHAI PEMBANGKANG YG BUTA HATI!!!!!Errr..korang ni terror tak speaking English yeah!!!

CUPING MERAH said...

OOOO...NK LAKSANAKAN SENANG2 JE YE..
BILA NK HAPUSKAN MACAM2 HELAH LA pulak..
KLAU DAH TK RETI NK MEMERINTAH TUKAR JE KAT PR...DALAM MASA 7HARI DAH BOLEH SETTLE..

BENDA KECIK MACAM TU PUN SUSAH KE?
MACAMANA NK LAKSANAKAN BENDA2 YANG LEBIH BESAR..
BONGOOKK UMNGOOOK!!!

Anonymous said...

kesimpulannya umnogok memang ler bongok n bangang!!!

menteri2 bn=bngok buat keje cambudak tadika. ade ke patut perkara besar cam ppsmi ni blh buat tanpa ada perancangan yg rapi. tanpa membuat perbincangan dgn pelbagai pihak. kalau dah bangang tu x kemana la, org tetap akan nampak kebangangan puak2 umngok nih.

puak umngok x abis2 nak nafikan, dasar ppsmi dilaksanakan adalah kerana kroni2!!! supply buku teks, laptop, projektor n macam2 lg...

kalau blh bro tp tlg cari maklumat pasal harga barang ppsmi yg ditawarkan oleh supplier pada sekolah!!!

Anonymous said...

Bangang punya pencacai umno.Bangga sangat ngan bahasa inggeris penjajah tu pegi le duduk negeri omputeh.Takyah makan nasik jadi je mat saleh walaupun kulit hitam legam..Perkasakan bahasa melayu disemua jabatan terutamanya swasta.Kalau dah semuanya utamakan b.melayu,apa gunanya lagi b.English.Boleh belajar utk pengetahuan kerana ianya bahasa antarabangsa tapi tak perlulah dikorbankan pendidikan kanak2 sekolah.Jepun,korea,perancis,jerman dll yang maju pun guna bahasa sendiri.Tahniah pr dan pencinta bahasa sekalian kerana pertahankan bahasa melayu agar tak senasib dgn bahasa jawi dulu.

Anonymous said...

tahiniah pada penyokong UMNO yang menyokong PPSMI....

pool dengan poll pon tak tau beza cakap banyak pulak...

tula nak tau maksud pool dengan poll bukannya dengan belajar melalui sains dan matematik...tapi belajar perkayakan vocabulary BI tuh...baru la boleh bezakan pool dengan poll...pastu praktis buat ayat untuk kdua duanya...heheh