"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 10, 2009

100 Hari Ketuai KERAjaan: Najib Gagal Ilham Idea Sendiri.

Esok genap 100 hari Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Banyak dasar-dasar baru yang diperkenalkan beliau kononnya bertujuan untuk memacu ekonomi negara.

Malangnya, dasar berkenaan tenyata diceduk daripada idea asal dan hujah yang telah dikemukakan oleh Pakatan Rakyat kepada kerajaan tanpa sebarang penelitian dan kajian yang terperinci.

Dalam erti kata lain, Najib dengan bangga mengumumkan dasar yang dicuri daripada idea pemimpin Pakatan Rakyat namun mengimplimentasikannya dengan cara yang berbeza.

Ahli Parlimen Selayang, William Liong berkata, tiada apa yang boleh dibanggakan sepanjang 100 hari tempoh pentadbiran Najib kerana beliau gagal mengemukakan pemikirannya yang tersendiri.

"Beberapa pengumuman telah dibuat tetapi ia bukan idea baru.

Ia adalah idea yang dimaklumkan oleh PR, kehendak rakyat untuk membuat perubahan.

Apa yang diumumkan adalah apa yang PR kata kerana kita tidak boleh secara tiba-tiba membuat perubahan tanpa persedian.

“Ya (dia ceduk dari PR). Kita tanya apa idea original yang dia ada?," katanya yang ditemuramah di Dewan Annex Bangunan SUK Selangor.

Menurut beliau, cadangan yang diberikan PKR, Pas dan DAP sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu agar kerajaan meliberalisasikan ekonomi kini digunapakai Najib dengan menamakannya Dasar Liberalisasi Ekonomi.

Kata William lagi tindakan tergesa-gesa Najib mewujudkan dasar tanpa persetujuan rakyat dan tanpa kajian terperinci terhadap perubahan corak ekonomi dunia yang telah berubah amat merbahaya kepada keutuhan ekonomi negara terutamanya para peniaga tempatan.

“Hari ini kerajaan BN bawah pimpinan Najib hendak liberalisasi beberapa sektor antarnya sektor perkhidmatan. Sektor pekhidmata amat penting 55% GBP daripada sektor perkhidmatan dan 57 % pekerja di bawah sektor berkenaan.

Kalau buka pintu dengan tiba-tiba, soalannya adakah syarikat-syarikat yang ada di bawah sektor ini sudah bersedia bersaing dengan multinasional?.

"Pada hari ini kita belum sedia, maknanya polisi dan dasar yang dihujah oleh PR adalah berbeza dengan apa yang dicadangkn oleh Najib.

Walaupun seperti sama tetapi implimentasinya tidak sama.

PR kata nak tukar pada agenda ekonomi baru dimana akan beri bantuan pada yang memerlukan, tidak mansuhkan sekali gus tanpa ada bantuan.

Apa yg kita ada hari ini, kita kata BN buka semua apa akan jadi?," katanya.

"Pada hari ini ada krisis kewangan, untuk buka ia sangat bahaya. Pelabur asing akan datang dan bawa kapital dan teknologi mereka dan peniaga tempatan kita tidak mampu untuk bersaing.

Mereka akan bawa peguam mereka, akauntan dan agensi pengiklanan mereka.

Akhirnya mereka akan datang, Najib kata ekonomi akan pulih tetapi mereka akan membawa pulang wang berkenaan.

Keuntungan akan dihantar pulang ke negara mereka.

Pemberi perkhidmatan tempatan, SMI kita dan pekerja kita dalam bahaya," katanya.

William berkata masalah berkenaan timbul kerana ia merupakan dasar yang diambil dari Pakatan Rakyat tanpa memikirkan cara terbaik untuk diaplikasikan dan tanpa membina infrastruktur.

Menurutnya lagi, BN memperakui implimentasi DEB telah gagal namun tindakan menggantikan dasar berkenaan tanpa program kukuh bukanlah langkah bijak sebaliknya merupakan satu kelemahan pentadbiran mereka.

Kegagalan BN mewujudkan program kukuh untuk membantu rakyat dengan perlaksanaan Dasar Liberalisasi Ekonominya tidak akan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

"Hakikat DEB untuk basmi kemiskinan dan perkara ini BN akui, dasar implimentasi sudah gagal.

PR bila hujah dasar ekonomi agenda baru kita kata mesti ada a firmative action program. Kerana mereka sendiri telah mengakui bahawa lepas 52 tahun Kaum Melayu masih yang termiskin.

Kaum Cina, India Kadazan masih miskin.

Kalau kita buka tanpa a firmative program bagaimana mereka dapat meningkatkan kehidupan mereka?.

"Beberapa program mesti diadakan untuk bantu mereka dan saya mendapat apa yang diumumkan oleh PM tidak langsung ada estimete tidak ada 1 program yang cukup.

Hanya ada Ekuinas tetapi ekuinas hanya 1 venture capital untuk menolong perniaga Bumiputera yang ada potensi.

Tapi pekerja dimana program untuk tolong mereka? "Ini adalah kelemahan 1 dasar yg dipanggil needed reaction untuk memenangi semula populariti support.

Umumkan 1 dasar dengan tiba-tiba, dimana kerajaan belum follow thru belum being thru the proses.

Dimana kita tukar satu dasar tetapi tidak ada satu dasar untuk gantikan kelemahan," katanya.

Kerajaan menurut William perlu mencontohi Jepun yang menaikkan gaji golongan buruh bagi meningkatkan produktiviti dan menjamin kehidupan yang lebih selesa.

Sekiranya kerajaan gagal, pasaran buruh tempatan akan lembab kerana perlu bersaing dengan buruh asing yang akan menjadi pilihan pelabur dan majikan.

"Kita nak naikkan value added industri.

Ditunjuk oleh negara Jepun dan australia tahun 60an keluarkan rice cooker, lowcost produk.

Hari ini mereka telah berkembang buat komputer, high technology, di mana pekerja mereka gaji naik untuk mengadakan produktiviti yang lebih dan kehidupan lebih mewah.

"Kita hendak ikut negara ini kalau tidak 50 tahun kerja kita sama. Bandingkn hari ini gradute yang keluar dapat gaji RM1500 RM1800 20 tahun lalu gaji sama.

Maknanya kehidupan rakyat turun sebab 20 tahun dulu 1 botol air 20sen 1 nasi lemak 20 sen.

Hari ni roti canai dah RM1.20 sebab itu tidak boleh adakan pekerja gaji rendah nak bagi rakyat naik taraf hidup.

"Kalau tidak dan kalau tak buat pada hari ini kemasukn pekerja asing 2.5 juta bagaimana pekerja kita tidak akan dapat naikkan gaji dan nak naikan standard of living kita.

Kita tak bagi mereka masuk majikan x ada pilihan," katanya.

William berkata, tindakan Najib mewujudkan Ekuinas bagi menggantikan FIC tidak akan berjaya menarik pelabur seperti yang didakwa selagi beliau tidak menghapuskan rasuah, birokrasi dan menjamin keselamatan negara.

Katanya, Najib tidak seharusnya mengatakan FIC gagal memainkan peranaannya kerana kegagalan berkenaan berpunca daripada kelemahan kerajaan menyalahgunakan FIC.

"Implimentasi yang terpesong FIC telah disalahgunakan, bagaimana salah guna? Kerana rasuah kerana kita ada birokrasi yang lemah ambil masa buat keputusan.

Keselamatan di negara kurang, kehakiman kita, rakyat dan pelabur asing kurang keyakinan. Ini punca rakyat kurang keyakinan pada institusi-institusi.

"Bukan FIC yang diadakan sahaja maslah ini berpunca, kalau kita tidak ada keazaman politik untuk tukar dan naikkan kepercayaan rakyat pada institusi kehakiman, polis dan sebagainya.

Pelabur asing dan tempatan takkan datang. Sebab tak selesai dan tak ada penawar yg tepat. "Ubat yang salah mansuhkan FIC bukan ubat yang betul untuk naikkan hak kebebasan kehakiman ada kan polis yang berkesan adalah ubat yang betul.

Ini adalah masalah needed reaction untuk memenangi popular support," katanya.

Tambah beliau tindakkan Najib meningkatkan jumlah pegangan ekuiti asing di negara ini sehingga 70% memperlihatkan beliau tidak membela nasib rakyat terutamnya kaum Melayu apabila Najib sendiri mengakui kini hanya ada RM2 bilion IPO di tangan kaum Melayu.

"Kita hendak PM yang bela Malaysia dan rakyat, kalau bela US itu tugas Obama dan orang asing yang lain.

Apa yang kita hendak, penting pertahan dan bela rakyat Malaysia,"katanya.

Menurutnya ekonomi negara akan menerima impak yang sangat teruk sekiranya pelabur asing yang melabur di atas liberalisasi ekonomi ini menarik semula pelaburan mereka.

Katanya, kerajaan seharusnya memikirkan dasar yang baik untuk rakyat dan ekonomi negara kerana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga negara.

"Efek teruk. Kita tengok pada masa ni negara-negara dah buka pintu mereka.

Bank-bank orang asing masuk mereka hanya ada 1 motif untuk mendapat keuntungan.

Mereka tidak akan tolong penduduk, bantu ekonomi tempatan, hanya ada 1 motif dapat keuntungan dan bawa balik pada negara mereka.

Bila suprime ada, stock market akan jatuh kerana fund manager akan jual saham mereka untuk ambil wang balik.

"Kalau kita bukak semual ekonomi kita pada masa ini dan mereka dah pegang saham, akan jual saham mereka x peduli dan saham kita akan jatuh.

Ini ialah satu insident yg kita hendak jaga.

"Sudah pasti hari ini satu dasar yang salah sebab itu kita x boleh ikut ape yang dikatakan dengan tidak tengok dengan teliti.

Kita kena tahu pada hari ni the rule of game dah bertukar.

Mengapa kita hendak bukak? tidak boleh, mereka kata buka untuk untungkan mereka sendiri.

Kita hendak bela negara sendiri kena fikir apa yang baik untuk rakyat kita dan ekonomi kita sendiri kerana orang asing xkan bela kita, ni kita kena jaga," katanya.

Sumber: Anjung Info

16 comments:

Anonymous said...

Sumbangan calon PAS di http://dedahmanekurai.blogspot.com/

Casa Saujana Home & Property said...

Mahathir pn da xyakin ngan Najib..tnggu masa Najib akan dihina oleh mahathir seperti era pak lah dulu

http://pahlawanrakyat.blogspot.com

Anonymous said...

100 hari merupakan langkah permulaan yang pertama...untuk sampai ke ribuan langkah kejayaan.Teruskan dato' Seri kami rakyat yang menggunakan akal dan fikiran tanpa dibantu seperti mereka tetap bersama dato' seri

KEPIMPINAN DATO'SERI NAJIB BEGITU TERSERLAH terbukti 100 hari RAKYAT SENTIASA DIUTAMAKAN

terima kasih dato' seri

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
CikguYati said...

cikgu2 kat skolah pn dah bising pasal ape??


cadangan nk bawa masuk cikgu luar negara bg mengajar dalam Bahasa English dan 16% cikgu dlm malaysia..


yg kesian nya...gaji yg ditawarkan pada cikgu2 luar tu...2 kali ganda gaji cikgu di malaysia...

yg jadi mangsa...murid skolah...kenapa???

1.cikgu yg dtg dari luar tu..adalah cikgu yg reject di negara mereka...

2.pastinya cikgu2 itu akan memakai pakaian seksi2 dan sukar bg pelajar menumpukan perhatian pada masa belajar...heheh ;p

3.pelajar yg lemah mungkin akan ketinggalan dan sukar untuk mengejar balik apa yg dia x paham..


4.moral pelajar akan berkurang setiap kali datang ke kelas dan belajar dengan cikgu2 luar ini.. ;p


yg ke 5 aku x tau psl aku x bape igt masa cikgu2 dok terang kat bilik mesyuarat tadi ^_^V


soo...smpi sini saja saya rasa nk berkongsi dengan anda semua fakta yg cuba dibincangkan dalam bilik mesyuarat pagi tadi...di
SMK xxxx xxxxx Perak... :D

Anak Melayu said...

Dahlah bodoh si TP ni pahtu guna pulak kata2 si Babi William Oii yg memang terkenal sbg Taukeh Rumah Urut dan Kedai Kuda di Ampang dan Selayang. Alngkah malangnya umat Melayu dan Islam andai ada lagi orang2 Melayu bangang macam TP ini yg masih menggunakan kata2 si Babi Perosak Negara sebagai kata2 fakta..Ooo memang geng2 Pakatan Rakyat sudah buta mata hatinya!

100 hari bersama PM yg banyak perubahan. Begitu juga dugaan dan ujian membersihkan nama baik beliau sendiri yg dikotorkan oleh org2 takde keje spt ko TP.

Dugaan masalah kejatuhan ekonomi DUNIA (bukan ekonomi Malaysia)...harap faham EKONOMI DUNIA,,,

Penularan wabak Epidemik seluruh DUNIA iaitu H1N1.

Beliau juga berjaya bersama pemimpin2 dunia yg lain menelesaikan masalah spt kes Blok Ambalat.

Menangani masalah ekonomi dgn baik walaupun banyak dugaan yg diterima. Kalau si DSAI jd PM sudah tentu IMF lah jawabnya.

Menangani masalah rakyat dgn baik sehingga banyak kes2 terpencil berjaya diselesaikan spt perumahan generasi ke-2 Felda yg telah dimulakan di Felda Lenga, menangani masalah JKM dan birokrasi dlm perkhidmatan awam.

Any komen.....atau memang ko akan kata PM tak buat kerja lagi? Oh malang sungguh rakyat Malaysia ada rakyat macam ko. Aku ingat kalau ko tak suka, baliklah ko TP ke Negeri Cina bersama Si William itu. Jangan menyusahkan kami lagi di TANAH AIR NENEK MOYANG kami ini..Malaysia!

CUPING MERAH said...

aku syorkan TP cedok je artikal dari blog pencacai umngok..dan tampal kat sini..

pastu pencacai umngok kat sini hentam habis-habisan tampa usul periksa.. pastu kita pakat2 ketawa..kah!..kah!

bodoh punya pencacai umngok!!

aku said...

ini realiti kawan mai kat blog ni pakat tengok ada manusia ajaib perosak manusia ada kat sini!!

tugas yang dikhas untuk dia ni ialah buatlah apa saja tulis apa cara sekalipun sama ada cedok artikel orang atau upah orang atau curi penulisan orang .asalkan bila org baca dia akan marah dan boleh maki UMNO dengan lancarnya

aku hairan hang TP hang ni memang manusia ajaib abad ini semua artikel hang cedok org lain punya/lepas tu hang racun orang suruh maki umno..orang hang pun kencing sana kencing sini hamPAS tak betui semua..kebanyakan hamPAS ni main agakkan,ikutan dan syaitan

terima kasihlah aku ucapkan kpd semua geng pembela rakyat yang cuba sedaya upaya repair otak org2 macam topeng Perak ni...harap2 otak dia kembali cergas semula dan tersenarai kembali dalam 8 multiple inteligent//

oppss terbatuk pulak aku.."nasib baik tak pakai kopiah hijau kalau tak terjatuh pulak kopiah tu"!!


"orang aku dok cari budak topeng Perak ysmg dikataksn dok berkeliaran di manik urai bukan apa saja nak kenal dgn manusia ajaib ini. gambar dia pun telah diedarkan..bersama tulisan wanted "kalau jumpa budak ni ajak saja dia ke masjid jemaah bersama"

semoga budak ini insaf dan tidak fitnah org lagi..budak ni aku rasa tak tahu bahawa fitnah satu dosa besar dan nerakalah tempatnya bagi mereka yang suka memecah belahkan masyarakat...

Anonymous said...

Takde mende yg boleh dibanggakan dgn pm baru ni.Baru 100 hari dah macam2 masalah dibuatnya.Merampas negeri Perak,menghapuskan 30%kuota bumiputera,beri biasiswa pelajar melayu pada bangsa lain,buat undang2 sekat kanak2 bukan islam masuk islam,selain dituduh terlibat kes Altantuya.Untuk kebanggaan melayu dan islam belum kita nampak lagi.

Anonymous said...

Untuk kawan2 disini malas sy nak komem pm baru..ada akal fikir ..ada mata tgk ..ambilah pengajaran drp ini .. http://www.youtube.com/watch?v=5cJQi3s1W1M

Anonymous said...

sila pilih yg manakah yg salah?

[A] perdana menteri
[B] menteri perdana
[C] prime minister
[D] kesemuanya salah

mangchikla said...

bang wartamaya dan MT dah kene image hack...

Anonymous said...

DAP lebih Islamik dari UMNO, sebab tu PAS senang kerja dengan DAP dari UMNO.

Anak Lawin Papulut said...

Kejayaan Najib..ialah

Hapuskan kuota 30% BUMIPUTRA dalam FDI...lepas nie nak beli saham di BSKL kena la bersaing..barulah Melayu boleh maju......Melayukan banyak modal....maklumlah Melayu....bangsa Cina India dan warga asing silalah melabur sekarang.Labur rebutlah cepat-cepat

Hapuskan biasiswa untuk bangsa Melayu....wujudkan biasiswa Nasional...mana-mana anak Melayu yang sederhana mesti berusaha dengan gigih kerana ini konsep satu Malaysia.Semua bangsa boleh memohon sekarang...anak Melayu dah sama dengan taraf dengan pelajar India serta Cina...maklumlah dulu biasiswa untuk bangsa melayu dah dihapuskan.....cepat-cepat pelajar melayuyang selama ini juara mat rempit...salahguna dadah,pil,gam,gengterisme,biadap tiada akhlak,tak suka sembahyang,minum arak,hisap rokok dll cepat-cepat insaf kerana bangsa lain akan rebut biasiswa ini nanti.

Liberalisasikan 27% sektor awam...buka pelaung kepada semua bangsa....... maklumlah DEB dah gagal target nak 30% pemilikan bumiputera hanya dapat 18%

Konsep One malaysia....blogger dan pencacai umno dalam kes perak..panggil Cina komunis...panggil cina pengkhianat...Adun Sg Rapat (umno le) dlam dun perak kata ..kalau jumpa india dan ular..bunuh india dulu....

itulah kejayaan najib sebenarnya..tahniah le....

bodik said...

ANAK MELAYU...tp bkn anak ISLAM. Najib ko kata baguiiih!!!...mata ko betui buta dan hati ko dah hitam mcm dakwat sotong. ko x kenal yg mana pemimpin yg soleh dgn yg x soleh. pemimpin yg mencapai kejayaan adalah yg berpandukan Al Quran dan Hadis nabi SAW. Apa yg najib dah buat???...memuliakan hukum kerajaan dan menghina hukum Allah?...bg lesen judi dan arak atau menentang judi dan arak?...memakan duit rakyat dan mengumpulkan kekayaan yg haram bersama kroni2 nya. Adakah Najib bersama pemimpin2 umno yahudi lain mengikuti 100 peratus cara nabi mentakbir negara???...adakah nabi dan sahabat2 nya jadi pemimpin islam...duduk d rumah besor???.
Lg 1 aku nak tanya puak2 umno yahudi ni...kalaulah nabi dan sahabat2 baginda ada d zaman sekarang adakah mereka akan mengumpul kekayaan mcm puak2 umno ni???...adakah nabi bersama sahabat nya duduk d rumah banglo yg ada kolam renang dan berkereta besor????...apa jawapan puak2 ni. mungkin ada yg jwb dulu zaman nabi seba kekurangan dan skg moden...siapa yg ckp mcm tu mmg bahalol dan tolol le...sb nya kalau nabi nak kaya pada zaman itu dah lama kaya dr najib dan kenkawannya...sb malaikat pernah offer nak jadikan bukit uhud sbg emas. cuba malaikat offer kat puak2 umno haram jadah ni???...apa jawapan deme???

Anonymous said...

kerajaan laki bini najib...tahniah,100 hari perintah bini sudah tutup aurat ka?