"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 10, 2009

PPSMI: RM40 Juta Setahun Untuk Siapa Selama Ni..?

Lama sangat dah aku dok fikir-fikir kenapa masa lulus PPSMI dulu boleh je buat secara tergesa-gesa, lepas tu bila nak tarik balik lepas "GAGAL", makan masa sampai lebih dari 6 tahun...

Rupa-rupanya sebab melibatkan kos sebanyak RM40 JUTA SETAHUN..!

Agak-agak korang la, bajet sebanyak tu masuk dalam poket kroni sape..?

Tunggu... sikit hari nanti terdedah la... yang selama ni dok MASYUUUK je mesti bukak mulut sebab lepas ni akan MISS SORU...

Pemansuhan PPSMI jimat kos RM40 juta: Sumber - mStar Online.

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang berkuat kuasa 2012, mampu menjimatkan perbelanjaan kira-kira RM40 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi.

27 comments:

zali said...

TiPU...TiPU...
untuk sapa lagi 40 juta kalau bukan untuk orang melayu...

di cilok dari :
http://mysrimuara.blogspot.com/

kesan perjuangan pas, pkr dan dap dalam isu ppsmi :

menyebabkan kakitangan khidmat awam guru yang suami isteri menerima elaun ppsmi akan ditarik semula. maka jika guru tersebut berada di tahap DG 29 ke DG 34 maka ia akan kehilangan hampir antara RM 300 ke 600.

inilah namanya negara kebajikan rakyat yang mereka perjuangkan sehingga hak orang lain di ambil.
apakah kerajaan BN akan teruskan tindakan di atas ?

itulah rentetan perbualan blogger sebentar tadi dengan beberapa orang pegawai kanan kerajaan.

kesian melayu...

Anonymous said...

Najib kata polisi nak kembali ke BM ni memerlukan peruntukkan RM5 billion!

WOW!

ko tak nak komen ke?

Nizar_Ryza said...

zali.. mu cikgu ker?

mu ingt rmi kr dpt elaun tu

majoritinya cina n india yg dpt...
elokla mansuh..

50% je cikgu yg ajar math science dpt elaun tu.. yg lain ajar buta je..

elok tamatkan utk hentikan ketidakpuasan hati n masalah memilih2 dlm pemberian elaun

aku said...

hangpa tau kerana apa PPSMI dibatalkan??? kerana rakyat.rakyat berhak memperolehi manfaat dari pembatalannya dan selepas satu abad baru mereka sedar kepentingan PPSMI.Pada masa itu sudah terlambat..

bagi aku PPSMI memacu minda melayu yang dibawah tempurung ini..
Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu..untuk kita berjaya diperingkat global

UMNO dibawah kepimpinan YAB dato' Sri najib tun Razak arif tentang kepentingan PPSMI tapi beliau sanggup mengutamakan rakyat dalam masa yang sama beliau tetap memperkasakan B.Inggeris sbgai bahasa ilmu dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan ibunda.

alamak!!! terjatuh pulak serban putih hijau ni..

Anonymous said...

Hidup UMNO!

Makan duit rakyat!

ambo said...

ambo nok cerito ko adik kakok semuo kisoh negaro kebajikan hok pAS nok perjueke...
iaitu negaro kebajike keno ko demo....perbodo rakyat!!!ambo perit doh nok sokong PAS

adik kakok sekalie ambo beli rumoh di kpg dekat kota bharu.pd tahun 90an.sebab anok ko ramai dan besar ambo pinje pitih dge bank rakyat wat sambung joke dapur rumoh..pado julai 2008
cubo adikkakok rasoke prasaan ambo ni dohlah kerja pakat rendah nok wat tamboh dapur pinje dge bank..bilo dok tgoh buat bandaran (MPKB) mari nok sita rumoh ambo.katonyo keno wat plan lain sambung rumoh..dulu dan berhenti dari buat kalu tidok dio nok rampas semuo kakas wat rumoh hok ambo beli..

disebabkan takut ambo berabih pitih wat plan rumoh pah tu amnbo terkejut dan mace tok percayo bilo ambo di denda 20 kali cas sebab wat rumoh dapur tanpo izin..dekat dge rm3000 pah tu ambo tanyo bandaran nok wat rayuan bulih ko? bandaran suruh ambo bayar seribu dulu kmudian baru bulih wat rayuan...MPKB kserupo lanun!!

adik kakok rumoh ambo pah ko hari ni tok siap dok ralit naik turun pjabat bandaran..dge keadaan anak yg ramai dan dapur yg tok siap penuh dge besi2 dan batu bata dan frame tingkap dan pintu ambo sekeluarga hidup dge tertekan...

inikoh dio negaro kebajikan hok PAS nok wat...

Unknown said...

woi ambo.....dmo ni tau dok duklh mano2 pun klu smbung umoh tnpo kebenarn mmg ler kno same...bkenyo negeri di bwh kerajaae pas jah....negeri hok BN pgg pun supo gok...
tlg tgk dunio luar gok lah wei.......

ambo said...

baru sudoh jmaat!!
ambo tahu tapi kasihan belaslah ko ambo den dendo jange sapa cekek daroh... hok negeri BN merintoh dendo cumo lima ratus jah kalu ikut keluasan dapor ambo...
maaf ke ambo! ambo tok panda nok politik sbab ambo hidup susoh....
koputer internet ni pun ehsan anok sdara hok ajar ambo

Anonymous said...

dtg blog aku psl ppsmi hahahah

era pasca blog


-baginda-

Anonymous said...

bodoh punya Zali....
dok kira duit elaun utk guru je..
nasib anak2 dipaksa fail sains dan matermatik hang tak pikiaq.. nie lah melayu bangang.. eh bukan... zali bangang .. bodos... tongos... bahalos.... khaqq... tuissssss...

mask_rider

Anonymous said...

Ni lagi satu bangang si Ambo...
apa kaitan renovate umah hang ngan negara berkebajikan... dah ada undang2 tu.. ikut saja le... undang2 tu org buat ade kebaikan dia.. mana tau sat lagi dah siap... runtuh plak... hang marah sapa plak... kalu macam tu.. hang takleh marah peragutla sebab depa ragut nak beli dadah... dah hilangkan ketagih... kita kena jaga kebajikan depa sebab depa mencuba sedaya upaya nak hilang ketagih... bodos punya AMBO

maskrider

aku said...

kekawan semua yang aku hormati en ambo cakap tentang hak kemanusiaan rakyat,golongan bawahan macam dia yang terindas tak kenal siapa2 dan dia nak dibantu yang hang kata dia bodo tu sebab apa? kesianlah kat dia....

aduh1!! jatuh pulak kopiah hijau ni...aku tak tau sebab apa asal cakap je jatuh kopiah cakap je jatuh kopiah

Anonymous said...

ini la amno,jimat 40 juta ..pkfz berbillion skandal siapa nak tanggung?insenerator di semenyih 750 juta hangus jadi sampah...siapa tanggung...cikgu yg ajar maths science dlm bh inggeris dan budak2 yg tak luluslah tanggung sampai anak cucu....amno beres

TokBatin X said...

Na' menyelesaikan masaalah gaduh2 nih, senangjer.. suruh jer tok2 garu, tok2 kuali2 PAS, sembayang hajat. Doakan supaya semua adun2 dan ahli2 parlemen Msia ' cepat mati'... dan kemudian bolihlah kita adekan PRU yang baru.

budak kampung said...

Memang saya setuju sangat ia dimansuhkan. Bukan salah subjek Matematik dan Sains yang menyebabkan saya tidak pandai berbahasa Inggeris, tetapi matapelajaran bahasa Inggeris itu yang sepatutnya diubah cara penyampaiannya. Ini berdasarkan pengalaman saya sebagai budak kampung, langsung tak tahu bahasa Inggeris waktu sekolah. Tetapi bila masuk ke Universiti barulah saya belajar bahasa Inggeris, rupa-rupanya senang sahaja. Pandai pensyarah tu mengajar. Terima kasih saya tidak akan lupa jasamu.

Unknown said...

Dulu pun ada ramai pelajar kita yg pergi lanjutkan pelajaran ke oversea..tak dak masalah bahasa pun..???
Kalau terhegeh-hegeh sangat nak baiki BI tu kenapa tak ditambah masa subject BI tu?
Subject muzik tu buat ape kejadahnya??? Gantikanlah dgn BI atau ajarkan subject 'songeh/muzik tu' dalam BI..
Kenapa harus korbankan subject utama???
Tu laaa ..kalau sesuatu planning adasesuatu yg dapat ...imbuhan...lupa masalah bangsa..tapi itu lah yg selalu si-SALAKkan sentiasa dimedia. Lebih2 lagi diperhimpunan agung puak2 ni.
Inilah hasilnya bila perancangan pakai ikut sedap kepala sendiri sahaja bukan nya nak dengar buah fikiran bijak-pandai melayu. Itu lah 'stail pentadbiran' orang yg membenarkan raja2 melayu disaman rakyat. Namun itulah yg di'kipas' sepanjang masa dulu.

Anonymous said...

betul tu budak kampung...
aku dulu SPM dapat 7 dlm english.. mate 1 sains 2... sekarang dah jadi Senior Engineer kat Kilang Jepun... masib baik dulu tak belajaq dalam bahasa inggeris... kalu tak... english 7, mate 8 , sains 9... menoreh getah la aku....

Buat si "aku" yang jugak bodos... undang2 mana ade kira golongan bawah ka.. atas ka... tepi ka... salah tetap salah... kalu cam tu org miskin boleh mencuri la... sebab depa golongan bawahan... aku heranla manusia akhir zaman... kalu kena tang dia... semua nak bagi betoi... walaupun dia tau benda tu salah... bodos... bodosnyeee

maskrider

Pensyarah Muda Penang said...

Salam kepada semua ,sejak kewujudan PPSMI jelas pencapaian bangsa Melayu khasnya dan orang cina dan India merosot teruk.Kawasan bandar mungkin tidak menjadi hal tetapi kawasan kampung..ramai ANAK-ANAK Melayu yang ketingalan...BI memang bahasa ilmu..tetapi sejak sekian lamanya orang Jepun dan Korea memacu ekonomi mereka dengan bahasa mereka sendiri..sehingga menguasai ekonomi dunia ..memang hebat...sayangnya sebelum 2003 kita sudah melahirkan puluhan ribu jutera,doktor dan lain-lain kerjaya kolar putih yang belajar bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik....

Kedua..sdr Zali anda memang kurang membaca serta mengambil tahu hal pendidikan...sebenarnya kewujudan PPSMI elaun pengajaran memang dikuasai oleh orang cina dan India..malahan elaun turut meliputi BUDDY SUPPORT SYSTEM...guru BI(majoriti Cina dan India) membantu guru BM untuk mengajar bahasa Inggeris...tetapi sayang langkah ini menyukarkan guru kerana sudah terbeban dengan pelbagai kerja perkeranian dan tugasan lain yang mencabar.Peruntukan PPSMI bukan sahaja melibat elaun...tetapi juga peralatan untuk mengajar...semuanya hampir majoritinya dikuasai oleh sayrikat bukan bumiputera dari buku rujukan sehinggalah ke software untuk mengajar...jadi bagaimana sdr boleh mengatakan guru akan kehilangan duit PPSMI...nampaknya sdr sudah buat serkap jarang seperti juga blogger yang menjadi rujukan sdr.

Kedua....nampaknya kita perlu faham bahawa bukan mudah untuk menguasai bahasa Inggeris jika.Kajian demi kajian termasuklah dari bijak pandai bangsa Melayu menyatakan bahawa kalau hendak menguasai bahasa Ingeris sepatutnya lebih sesuai untuk subjek kemanusiaan seperti sejarah dan geografi,Ini kerana pengajaran sains serta bahasa inggeris meyebabkan pelajar terpaksa belajar 2 perkara,pertama konsep sains dan matematik( ini mesti dikuasai) dan satu lagi istilah serta bahasa inggeris(maksud ayat dan perkataan ) itu sendri..memang sukar sekali..senang bagi kita orang luar ..tetapi terbeban bagi guru dan majoriti pelajar.

Pensyarah Muda Penang said...

Jadi tanggapan sdr Aku ...memang salah sebenarnya..siapa kata dengan bahasa melayu kita akan menjadi katak dibawah tempurung....sepatutnya peranan DBP diperjelas dan diperluaskan.Pengalaman saya melawat sekitar UK termasuklah di Perancis..kebanyakan buku ilmiahnya ditulis di dalam bahasa Perancis....tidak menjadi hal untuk pemindahan teknologi,ini kerana sejak sekian lamanya Malaysia memang menggalakkan FDI.proton sebagai buktinya ialah pemindahan teknologi....percaya atau tdak sewaktu diperingkat awal kewujudan kereta nasional...ramai jurutera kita belajar bahasa Jepun untuk menguasai ilmu permotoran pada waktu itu..jadi siapa di bawah tempurung sebenarnya sdr?

Nasib anak bangsa kita sebenarnya memang diperjudikan sejak kewujudan PPSMI...lebih sesaui bahasa Ingeris diajar pada waktu pengajaran BI sendiri,disamping subjek kemanusiaan itu sendiri...penterjemahan amat penting buat negara...kehebatan sumber manusia dijepun bukan kerana kehebatan mereka menguasai bahasa Inggeris tetapi kerana banyaknya buku teknologi dan sains di dalam bahasa Jepun itu sendiri....

Satu lagi...silibus matematik di malaysia sebenarnya memang sukar berbanding di UK dan US...memang lebih sesuai dengan pengajaran bahasa melayu.....

Untuk memantap bahasa Inggeris ajarlah di dalam subjeknya sendiri..malahan kewujudan EST( English For Science And Tecnology) sebagi satu subjek turut membantu.....

Malahan saya sendiri pernah berbual dengan pemeriksa kertas,dari kalangan guru...memang kelulusan markah minimum untuk subjek PPSMI memang agak rendah...contohnya begini...bagaiman jika Matematik tambahan 20/100 sudah dikira lulus?.Sedangkan mengikut guru berkenaan bagi subjek SPM markah lulus minimumnya ilah 30/100.Apakah level bangsa kita hanya bergantung kepada markah yang sebegini rendah??? Malahan bagi kertas yang beliau semak kata guru berkenaan hampir 98% menjawab di dalam bahasa melayu....jadi bagaimana dengan peruntukan selama ini tidak membazirkah? Siap dengan elaunnya..siap denga buku rujukannya serta CD,Laptop serta LCD dan juta peralatan lain..walhasil pelajar masih bercakap bahasa melayu dan menjawab di dalam bahasa melayu?

Anonymous said...

Bijakkah Kementerian Pelajaran kita?

1. Satu tindakan yang bijak daripada Kerajaan.

2. Kerajaan melalui Menteri Pelajaran, Dato' Seri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada 8 Julai 2009 bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012. Matapelajaran Sains dan Matematik akan diajarkan menggunakan bahasa ibunda pelajar masing-masing.

3. Tindakan ini bijak kerana boleh menyambung kelangsungan politik UMNO dengan mendapat sokongan orang-orang Melayu di kampung pedalaman yang hanya boleh bercakap dan faham dalam Bahasa Melayu.

4. Dan bijak kerana boleh menyambung kelangsungan politik Barisan Nasional dengan mendapat sokongan segelintir orang-orang bukan Melayu di bandar-bandar besar yang tidak suka dasar PPSMI ini kerana taksub dengan bahasa ibunda masing-masing.

5. Bijak kerana Kerajaan mendengar keluh kesah segelintir warga pendidik yang malas. Malas hendak belajar Bahasa Inggeris walaupun mereka boleh dengan segala kemudahan dan peralatan yang disediakan. Malas untuk mendidik anak-anak kita menggunakan bahasa utama Sains dan Teknologi.

6. Bijak juga kerana kita mendengar rengekan segelintir anak-anak Melayu yang manja di kampung-kampung kerana mereka tidak faham bila diajar Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Merengek untuk mendapat A dalam matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah di kampung tetapi mati minda apabila berpindah ke Universiti atau Matrikulasi dan kelu lidah di majlis-majlis ilmu untuk berkongsi pendapat dan pengetahuan dengan bangsa-bangsa asing.

7. Keputusan telah pun dibuat. Lagipun, kerajaan telah memaklumkan keputusan ini berdasarkan kajian menyeluruh yang dibuat selama 6 tahun. Mesti banyak fakta dan data telah diterima oleh Kementerian.

8. Tapi, fakta apa? Dan data siapa?

9. Ini kerana jika kita rajin membaca tulisan-tulisan pembaca akhbar Utusan Malaysia (golongan pembaca Melayu dari bandar dan kampung) dan akhbar The Star (golongan pembaca Cina, India dan Melayu dari bandar), kita dapat rasakan satu sokongan padu terhadap dasar PPSMI ini. Ini menunjukkan juga pihak akhbar amat mendokong dasar ini.

10. Jadi di mana silapnya? Adakah Kementerian mendengar maklumat dari pihak yang salah dan berkepentingan, seperti contoh, pihak yang menjuarai isu memartabatkan Bahasa Melayu tetapi tidak membuat apa-apa ke arah itu?

11. Tanya saja kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Apa peranan mereka untuk memartabatkan keilmuan di dalam Bahasa Melayu selama 50 tahun Malaysia merdeka? Berapa banyak buku-buku ilmiah dan bukan ilmiah yang diterbitkan oleh mereka di dalam Bahasa Melayu?

12. Tanya saja kepada pihak IPTA. Berapa banyak pula buku ilmiah yang diterbitkan di dalam Bahasa Melayu yang boleh diguna pakai oleh budak-budak Melayu di kampung-kampung untuk mempelajari ilmu Sains dan Teknologi.

13. Ataupun adakah suara rakyat yang diluahkan melalui akhbar-akhbar tidak dihiraukan oleh kerana mereka ini hanyalah rakyat biasa yang sudah boleh sedikit sebanyak berbahasa Inggeris hasil pelaksanaan dasar PPSMI tersebut?

14. Bijakkah Kementerian Pelajaran kita?

Anonymous said...

aku sokong hang pensyarah muda penang... Org berilmu macam hang nie la dialu alukan untuk lontarkan comment yang boleh buka minda kita semua (otak kiri & otak kanan biaq terbuka dan berjalan)... ada fakta...
bukan macam Zali bodos... Ambo... Aku... comment ikut kepala lutut depa ja... akai takdak... magkuk hanyun...


maskrider

james said...

ko x payah cerita banyaklah anon, apa german,france,italy,holland,russia,india,pakistan,jepun,korea,taiwan,spain, dan byk lagi negara kalau aku nak sebutkan nanti x cukup plak, telah menhasilkan ramai saintis dan pakar matematik sehingga ada menjadi kuasa nuklear dgn bahasa ibunda mereka. Kenapa malaysia x blh? kalau tidak byk buku2 ilmu dlm bahasa malaysia, perbayakan, itu ler yg kerajaan kena buat bukan tukarkan bahasa.

Anonymous said...

zali tuh dok kira duit ringgit ja.
UmNGOKK..kan mata duitan !!
tak pikir soal masa depan dan nasib generasi akan datang terutama anak bangsa. Nak berjaya dlm English, pulun la belajar m-pelajaran English.
Ambo..nak ubahsuai rumah kena la ikut peraturan. ada prosuder yg perlu dipatuhi. kalau ikut saluran mgkn akan selesai. jika di bawah BN, mgkn hulur2 skit boleh selesai. Betoi ka zali & the gang ?

Tun Bangsat said...

Penyokong PPSMI,

Korang setuju tak kerajaan ajar kelas Agama dalam English?

CUPING MERAH said...

mete2 la pah nok buat negaro kebajike..suko2 mu jo nok sambung joke..
baso bodoo..
walaupong negara kebajike kito kena patuh nge unde2 tokleh suko2
ho kalu lagu tu ambo nok jual dadah ha..

Anonymous said...

zalingok,

aku xpernah lg tgk org umngok yg bongok cam zali nih.

cakap ikut sedap mulut jek.cari maklumat btl2 la zali, jgn main tibai je... jelas sangat nampak kebangangan ko yg memang dah semulajadi bangang tuh.

lain kali, kalau dah tau bangang,dengar la cakap org yg cerdik2 cam bro TP nih!!!

ms kecik xnak mampus dah besar nyusahkan mak bapak!!!

kenamengena said...

saudara aku tu pun bg komen pun dlm bahasa melayu.katak bawah tempurung btol la.lg satu sbb apa kopiah hijau putih yg slalu hang pakai tu selalu jatuh? sebab time hang bg komen tu hang slalu tidoq..lalok.dah pegi minum ayaq ketum bg stim skit.kahkahkah