"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 03, 2009

Rombongan Tinjau Pelantar Minyak/Gas Cakerawala

Sekadar pemberitahuan kepada para pengunjung dan pembaca website http://perisik-rakyat.com/.

Website ini kemungkinan tidak akan dikemaskini selama beberapa hari (mungkin 2-3 hari) bermula esok kerana saya akan menyertai rombongan Kerajaan Negeri Kelantan ke Pelantar Minyak/Gas di perairan laut Kelantan.

Rombongan ini akan disertai oleh lebih kurang 60 orang peserta dikalangan EXCO, Ahli Parlimen, pihak media dan juga blogger. kami difahamkan bahawa pihak penganjur (Kerajaan Negeri Kelantan) juga akan membawa Juru-Ukur Khas yang akan menentukan kedudukan sebenar Pelantar Minyak/Gas tersebut.

Semoga perjalanan yang akan kami tempuhi dirahmati dan dilindungi oleh-Nya. selamat pergi dan selamat kembali.

Segala laporan perjalanan, gambar-gambar, rakaman video aktiviti sepanjang expidisi tersebut akan dilaporkan di website ini sebaik sahaja kami pulang.

Terima kasih dan harap maklum.

12 comments:

Anonymous said...

Asalamualaikum... Saya doakan semuanya selamat nanti demi untuk tujuan murni.Satu pesanan juga sebagai panduan dan petua dari saya sewaktu belayar menaiki kapal nanti berhati-hatilah,takut2 ada yg pening2 mabuk laut.untuk mengelak juga mengurangkan rasa mabuk laut nt pastikan perut jangan kosong sblm belayar,kalau perut rasa lapar,makanlah jgn biar perut kosong nt masuk angin dan boleh serta mudah menyebabkan kita rasa pening dan rasa mabuk laut.Ada juga petua elok utk d buat..sewaktu kapal belayar cubalah tangkap percikan ombak air laut yg naik ke dek kapal dgn tapak tangan lalu d sapukan ke muka serta d rasa sedikit kemasinan air laut itu dgn lidah kita,dimulai dgn Bismillah dan Selawat ke atas Nabi Muhamad S.A.W.
InsyaALLAH dan mudah2an akan terhindar dari rasa pening2 mabuk laut nt.
Sekali lg saya mendoakan agar semua ahli rombongan yg akan pergi ke Cakrawala selamat pergi dan kembali.Pengalaman saya,d kwsn platform Cakrawala angin dan arus agak kuat d sebelah sana.
Semoga niat murni semua membawa berkat jua nanti.
Ikhlas dari saya seorang Pelaut.

Anonymous said...

Pergi la. Bawa la sesapa yang handal2. Jika benda yang bukan hak kita, walau ke hujung dunia kita pergi, seramai mana pakar2 yang di bawa pun ia tetap bukan hak kita. Jangan mencerca jika apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Yang HAK pasti berdiri, Yang Batil Pasti Jatuh!

Anonymous said...

Asyik duk pedo teropong usaha orang lain saja nih...

Dah berapa lama perintah Negeri Kelantan, masakan takder idea ori demi untuk membangun Negeri tu dengan usaha sendiri?

Cubaler tarik pelabur sendiri.

Pelabur

Anonymous said...

Nak tarik pelabor camane nye,bila negara luar nak buat pelaburan kena jumpa kerajaan pusat dulu.Mereka pun katalah jgn pegi melabur kat kelantan,tak untung kononnya.Baik melabor kat negeri2 umno perintah.

Anonymous said...

Nak tarik pelabor camane nye,bila negara luar nak buat pelaburan kena jumpa kerajaan pusat dulu.Mereka pun katalah jgn pegi melabur kat kelantan,tak untung kononnya.Baik melabor kat negeri2 umno perintah.

Anonymous said...

Ke laut nanti berdoa la yang baik2 ye... takut sumenya kena telan ombak pasal selalu buat perkara yang Allah tak suka. Meraung anak bini....

Anonymous said...

Terang dan nyata, minyak yg dikorek tu berada antara sempadan kelantan-thailand.Kenapa dirampas hak royalti yang sepatutnya diberi.Bekas penasihat petronas Tengku Razali pun suruh kembalikan wang royalti tu.Begitu juga dgn Zaid ibrahim dan ketua pembangkang Datuk Alwi.Patutlah petronas kaya raya,untung berpuluh bilion setahun sampai buat bangunan klcc.Bonus pekerja dia boleh bagi sampai 4 bulan.Tapi minyak tak boleh jual dgn murah pulak.

Ulangan said...

hmmm ... statement tu lah juga dok ulang-ulang oleh para anony umno, katanya "yang hak pasti berdiri, yang batil pasti jatuh", orang nak mengesahkan perkara itu, geng umno yang dijemput tak mau pulak pergi, yang satu lagi tu pulak kata "dok teropong usaha orang lain", usaha orang lain apanya, semua tu guna duit rakyat malaysia bukannya duit umno, mesti ingat duit kerajaan adalah duit rakyat bukannya duit umno, lagi satu idea kerajaan negeri ada tapi tak boleh buat sebab perkara berkaitan dengan minyak dan gas dimonopoli oleh petronas, petronas pun hak rakyat juga !

Anonymous said...

Berhati-hati, zaman sekarang apa pun boleh jadi. Elakkan kena Sabotaj,...

Anonymous said...

yela..takut jgk korg yg pegi tu kena sabotaj...skrg mcm2 boleh jd...pastikan semuanya dlm keadaan selamat...

Anonymous said...

emm..mampus lah umno kali ni..nak kelentong apa lagi,kerajaan kelantan dah pegi tengok sendiri dah minyak tu dok kat mana..abihlah kau Najib..Jadi hitamlah bibir tu..

Anonymous said...

Sekarang telah pun terbukti kebenaran.Dan yang batil telah jatuh.Hak rakyat miskin telah digunakan dengan sesuka hati pemimpin umno.Tentu ada alasan lain pulak yang nak diberi oleh orang umno.Tak mengapa tetapi yang hairannya tu walaupun benar orang umno tak nampak lagi kebenaran.Yang bohong itulah yang jadi pedoman hidupnya.Semoga Allah membuka mata hati mereka dan hidayah kebenaran akan dicampakkan kejiwa mereka.Amin.