"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 22, 2009

Kedatangan Orang Bukan Islam ke Rumah Terbuka PAS Menyedihkan

Reactions: 
Ini berita gembira kepada “Geng-Geng” Terengganu dan Fraksi UMNO yang menguasai PAS sekarang. Usaha mereka memurnikan PAS dari pengaruh “Cina” dan “India” telah berjaya. Hasil dari tindakan agen mereka di Selangor dalam isu SELCAT dan “Kepala Lembu”, sokongan orang bukan Islam kepada PAS telah JATUH KETARA SEKALI.

Apabila PAS mengatakan PAS lebih suka menyokong pegawai kerajaan yang korup berbanding SELCAT kerana pegawai2 kerajaan ini adalah MElayu dan SELCAT dipimpin Cina, maka pengundi Cina mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari PAS.

Dalam isu “Kepala Lembu” pun, pimpinan2 PAS PUsat “SENYAP SUNYI TAKDA ORANG”, maka pengundi India pula merajuk kepada PAS.

Pengundi Cina dan India Telah Meninggalkan PAS

Petanda pertama adalah pilihanraya Bagan Pinang di mana PAS kalah di SEMUA PETI2 UNDI CINA dan INDIA. Petanda kedua adalah Hari Terbuka PAS Pusat sempena Hari Raya Aidil Fitri di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibilang dengan jari. Tidak seperti tahun lepas di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibanggakan, tapi tahun ini kedatangan mereka amat memalukan PAS.

Kalau tiada tindakan drastik dari PAS, akan ada lagi petanda-petanda susulan dari orang bukan Islam yang akan berakhir dengan PAS kalah di kebanyakan kerusi yang akan dipertandingkan.

Saya tidak terkejut kerana semenjak menang lagi pada 2008, kepimpinan PAS Pusat telah mengambil sikap anti-Cina dan anti orang bukan Islam. Dato Hasan Ali telah sewenang2nya memainkan isu perkauman bermula dari isu perlantikan Madam Low sebagai Pengerusi PKNS (walaupun selepas itu beliau berjaya ‘cover’).

Selepas itu beliau mengamuk pasal isu arak dengan membuat kenyataan tanpa mengira sensitiviti kaum di Selangor dan menyuruh Ronnie Liu letak jawatan. Selepas itu dalam isu Kepala Lembu dan Kuil S23 yang beliau ambil keputusan untuk BERDIAM DIRI SAHAJA walaupun jelas telah berlaku penghinaan kepada agama Hindu tanpa provokasi.

Malahan dalam isu pembunuhan Teo Beng Hock juga telah melihatkan sikap Hasan Ali dan Presiden PAS berdiam diri seribu bahasa. Presiden PAS lebih rela mengeluarkan kenyataan berkenaan wabak H1N1 dari mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan pembunuhan kejam Teo. Hari ini, setelah ada laporan dari dr patalogi dari Thailand pun, Presiden serta Hasan Ali membisu seiribu bahasa.

Kemuncak “pengkhianatan” PAS kepada orang bukan Islam adalah apabila Hasan Ali menyokong pegawai2 kerajaan dan menghentam SELCAT yang cuba untuk menyiasat salah guna kuasa dan korupsi melibatkan para pegawai kerajaan.

Polisi Anti Cina dan Anti Orang Bukan Islam serta Polisi Hidup Melayu Fraksi UMNO Mula Membuahkan Hasil

Apabila PAS dibawa ke arah menguatkan Melayu dan membuang “PAS for ALL” seperti sekarang ini, maka secara otomatik orang bukan Islam lari dari PAS. Ia adalah proses yang semulajadi dan tidak dapat dibendung lagi.

Pemimpin-pemimpin PAS yang berasal dari Terengganu ini lupa, sebagaimana mereka lupa pada 2004 dahulu, bahawa kemenangan PAS adalah natijah dari sokongan orang bukan Islam dan bukan MElayu dan bukan sokongan orang Melayu.

Geng2 Terengganu sebelum 2004 beriye-iye mengatakan bahawa kemenangan mereka 1999 adalah atas penerimaan rakyat Terengganu pada mereka. Malahan, dalam ucapan-ucapan tertutup mereka, dengan bangga mereka berkata rakan-rakan dalam Barisan Alternatif tiada hak untuk mempersoalkan polisi Terengganu kerana kerajaan PAS Terengganu adalah kerajaan PAS dan bukan Barisan Alternatif.

Hasilnya, pada 2004, PAS Terengganu tersungkur menyembah bumi. Dari kerajaan yang menguasai 2/3 DUN, mereka hanya tinggal 4 kerusi DUN yang mereka menang dengan majoriti tipis.

Geng Terengganu Mahu Mengekspot Kekalahan Mereka ke Seluruh Malaysia
Sekarang ini, “geng2” Terengganu yang menguasai Presiden sekali lagi melupai siapa yang memenangkan PAS. Mereka membiarkan agen2 mereka melakukan perkara2 yang menggugat perasaaan dan sensitiviti kaum2 yang memenangkan PAS.
Mereka ini mengawal PAS dengan bergantung kepada jubah Presiden rela mengekspot kekalahan PAS Terengganu ke seluruh Malaysia demi memastikan mereka terus kekal mengusai PAS, Harakah dan sebagainya.

Malahan, Timbalan Presiden PAS secara terbuka menyatakan sokongan kepada tindakan Hasan Ali yang jelas merugikan PAS dan merugikan perjuangan Islam.

Imej PAS sekarang adalah PAS mengharamkan beer tapi menghalalkan korupsi. Jadi, apa sebab orang Cina mahu menyokong PAS. Dan kegagalan PAS memperjuangkan HAK (bukan keistimewaan) orang India dalam isu kuil S23 pun menjauhkan orang India kepada PAS.

Fraksi UMNO dan Geng Terengganu Tidak Menyayangi Parti, tapi Hanya Kepentingan Mereka
Kepentingan parti adalah yang terakhir dalam minda mereka. Biarlah PAS kalah seribu pilihanraya pun, mereka tetap dengan cara mereka dan mereka akan pastikan PAS tunduk kepada kehendak dan kemahuan mereka.

Mereka mengawal PAS dengan bergantung kepada jubah Presiden rela mengekspot kekalahan PAS Terengganu ke seluruh Malaysia demi memastikan mereka terus kekal mengusai PAS, Harakah dan sebagainya.

Mereka jugalah dibelakang idea “Kerajaan Perpaduan” yang sangat-sangat tidak praktikal dan tidak ada kebaikan kepada rakyat negara ini.

Syabas. Orang bukan Islam sudah meninggalkan kita. Dan orang Melayu pun tidak akan datang kepada PAS kerana kalau hendak memperjuangkan Melayu, mereka lebih baik menyokong UMNO

Tulang Besi

56 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah. PAS perlu kembali perjuangan asal tanpa perlu berkompromi dgn puak2 ini. Kalau tidak PAS sama jer dgn UMNO. Ketegasan Dr Hassan amat membanggakan. Melayu Islam bangga dgn pemimpin yg tidak pandai bermuka2 dan nak jaga undi hingga sanggup bersetongkol dgn pauk2 kafirin ni. Permainan puak2 ini sudah kita faham sudahlah ekonomi hak mereka cuma tunggu utk memonopoli kuasa ajer. Setelah berjaya mendpt kuasa kita tunggu dan lihat lah. Persahabatan akan diketepikan kerana perjuangan bangsa mereka akan diutamakn. Tunggu ajer lah. Sememangnya Islam amat suci berbanding MELAYU tapi ia selalu diambil kesempatan oleh puak2 ini. Dan pencacai2 pun melalak apa guna semangat Kemelayuan.
Kita tunggu PRN kat Perak kalau betul akan jadi kenyataan. kalau PAS dapat menambah majoriti alhamdulillah tapi kalau meosot dan majoriti DAP semakin bertambah maka terimalah balasan atas kebodohan melayu sendiri. Apa guna jawatan MB ehsan kalau sekadar jd melukut tepi gntang ataupun jadi kuda kpda DAP. Dr Zamri dicerca saban hari tapi beliau mewakili majoriti Melayu Islam diPerak. Mungkin Melayu lebih rela diperlembukan oleh DAP kat Perak... mungkinnnnnn TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRRR

matstimketum said...

salam semua,
anon 6.20, jangan samakan pengundi perak dengan pengundi negeri lain. mengapa mendewakan dr zambry yang tergagap hendak menjawab soalan dr agus dalam siri hujah selasa lepas. datanglah ke negeri perak untuk melihat keadaan sebenar. mungkin saudara sendiri rakyat perak yang telah buta hatinya pada keadilan sejagat. siasat dan fikir dan jangan bergantung kepada berita yang disampaikan oleh media perdana sahaja.

encikzam said...

biarlah kalah n x dpt sokongan org bukan Islam pun.pun,yg penting kita umat Islam dah brjuang habis-habisan, agar x berhutang di akhirat..apalh gunanya jika PAS berjaya mentadbir Mesia tp dibonekakan oleh org2 kafir yg ada udang d sebalik batu.PAS perlu berdiri atas kaki sndiri dan aku x nmpak faedah dr hasil gabungn.hanya nmpak ada org2 di sblah blakng yg tungu nak amik peluang.Ingat agenda kita masing2 x sama.

adf55650 said...

Salam sdra matstimketum,
Apa yang dikatakan oleh anon tu banyak benarnya. Saya rakyat Perak dan mengundi di Perak. Saya tidak nampak sebarang keadaan yang dikatakan elok untuk Perak dibawa oleh PR untuk Melayu, dan jauh sekali untuk ISLAM. Seperti kata anon, ISLAM itu suci dan murni tetapi telah dicemari oleh PAS. Kalu sdra kata saya buta hati, bolehkah sdra sebagai org yang mengaku mendokong ISLAM bukakan supaya saya tidak buta lagi? Terangkan secara behemah agar saya fahami. Kalu sdra hanya melalak tanpa hujah bermakna sdra yang buta hati.
t.kasih

Anonymous said...

salam,
aku sokong hassan ali utk melaksanakan undang2 arak tp yg bodohnya orang2 PAS mcm x belajar agama walaupon nama lebai... ada ka kalah kat bagan pinang undang2 arak yg hendak dikuatkuaskan itu dijadikan alasan kalah ...bukankah itu boleh membawa kpd kemurtadan kalau dihalusi secara mendalan dlm bab tauhid , bodoh nak laksanakan hukum tuhan kena jaga hati orang kapir...

macai...

HambaAllah said...

Woi anon!!
Aku pon melayu jugak ngok!!
Kalau selagi orang mcm Dr Hassan ada dlm PAS,mintak maaf...PRU13 nanti PAS BOLEH BUNGKUS!!

matstimketum said...

salam semua,
lupakah kita pada dakwah islamiah. bolehkah kita berpuas hati dengan keadaan sekarang ini. mana praktiknya berjihad dalam islam. ingatlah setiap orang islam akan ditanya diakhirat apakah dakwah yang telah kamu lakukan semasa didunia ini.dapatkah kita menikmati keredhaan allah diakhirat kelak?

Anonymous said...

La la la la la la..."terimalah daku seadanya" kata org bercinta...kalu tak nak terima sudah..kan kawin kan susah...ka ka ka.

ikutlah sunnah said...

dah kata dah PR ni banyak masalah...belum takbir negara lagi...
lebih baik join parti kmponen BN..
tengok PM baru...keperibadiannya kebanyakkannya mirip kepada sunnah nabi..perjuangan nya memperjuangkan islam sejati ke persada dunia..
tuhan telah buktikan di PRK bagan pinang..BN menang 90%.rakyat menerima kembali BN & menolak 99.9% PR.hanya BN yang mampu mentakbir Malaysia dengan jayanya...syabas dato seri Najib..jasamu dikenang...

* pemuda wawasan 2020

bekas pemuda UMNO no more said...

* najib bukan ikut sunnah nabi...tapi ikut BABI...
PRK bagan pinang sekadar peringatan daripada Allah swt kepada PR ..
baru menang 2x dah sorak 1 dunia...

PerisikSesatHilangKompas said...

Respect..saya terhadap PAS masih ada,jika PAS keluar dari pakatan lebih banyak menafaatnya dan jangan lari dari konsep dan prinsip asal perjuangan...

Sebab apajua perjuangan,hanya satu perjuangan yang tidak berubah dari awal hingga ke akhirnya iaitu mengembangkan dan menegakkan syair Islam

Kalau Pas dalam Pakatan Pembangkang apa bezanya dengan parti yang diterajui oleh melayu/Islam ???

Dari Rakyat Kepada Rakyat said...

KITA SELAKU ORANG PAS BERJUANG BUKAN UNTUK MEMERINTAH KERANA ITU URUSAN TUHAN YANG MENETUKAN.yANG PALING PENTING BAGI KITA IALAH BERJUANG DAN DENGAN PERJUANGAN ITU DI HARAP KITA AKAN BERLEPAS DIRI DARI SOAL DI AKHIRAT.KITA BERJUANG SAMADA MENANG ATAU SYAHID.
JIKA KITA MEMERINTAH ADAKAH KITA YAKIN AKAN LAKSAKAN HUDUD??INI MUNGKIN UJIAN ALLAH SUPAYA KITA PERKEMAS TARBIYYah.Adakah anda semua sanggup menggadai maruah dan agama kerana terlalu ingin kemenangan..INGATLA KEMENANGAN X KAN DAPAT DITUKAR DENAGN ISLAM YANG DI PERJUANGKAN OLEH PAS.KALAH MENANG URUSAN ALLAH .CUKUP LAH KITA SEKADAR BERJUANG.....

Anonymous said...

salam
semenjak PR pegang beberapa negeri, maka PAS boleh menguasai masjid dgn agak bebas, Dr Haron Din dan ulama2 yg lain boleh berdakwah dengan bebas, tanpa sekat, pi ler mana2 negeri yg PR pegang, namun apakah ini boleh dilakukan jika BN kembali memerintah. Agama itu asas, pemerintah itu pengawal, barang yg tiada asas akan runtuh dan barang yg tiada pengawal akan sia-sia

Anak Lenggong said...

Alaaa..kesian sungguh dengan puak pak lobai berjanggut sejemput ni..baru nak ngaku kemenangan PAS hanya disebabkan undi daripada bangsa asing...sedar laa bahawa didalam setiap pilihanraya kecil bermula daripada Bkt Gantang..peratusan undi melayu terhadap parti angguk sahaj dah berkurangan..orang melayu dah mula sedar bahawa perjuangan pas bukan berteraskan islam tetapi perjuangan mereka sama sahaja dengan orang bn tiada bezanya...bila belum berkuasa pandai lah bercakap tetapi bila dah dibagi kuasa umpama berok dapat bunga jee..tak reti nak buat pebenda pun ..cuma menjadi balaci kepada si cina kapir...

Kah kah kah...aku anak perak dan sering balik kesana dan aku lihat banyak perubahan yang berlaku..rakyat memang mengharapkan sinizar tu bungkus..orang melayu ni walupun terasa marah dengan perbuatan golongan istana tetapi pabila sultan sebagai penaung orang melayu dicaci dan dicerca..sebagai orang melayu akan berasa hati...so sedar lah pak lobai ooiii...berpijak lah dialam nyata dan jangan dok berangan seperti mat jenin..nanti jatuh kebawah jee..

Tulang Besi said...

Blogger Anak Lenggong said...

Alaaa..kesian sungguh dengan puak pak lobai berjanggut sejemput ni..baru nak ngaku kemenangan PAS hanya disebabkan undi daripada bangsa asing...sedar laa bahawa didalam setiap pilihanraya kecil bermula daripada Bkt Gantang..peratusan undi melayu terhadap parti angguk sahaj dah berkurangan.
.

Masa kat Permatang Pasir undi Melayu bertambah

Tulang Besi said...

Anonymous PerisikSesatHilangKompas said...

Respect..saya terhadap PAS masih ada,jika PAS keluar dari pakatan lebih banyak menafaatnya dan jangan lari dari konsep dan prinsip asal perjuangan...
.

Kalau PAS kekal dalam PR, apa prinsip Islam yang PAS langgar?

adf55650 said...

PAS kalu tidak dalam PR pun dah langgar prinsip ISLAM. Memfitnah, maki hamun, mengkafir sesama Islam tu pun dah langgar prinsip Islam.
PAS bukan Islam.

adf55650 said...

Raja ikut Babi? Bukan ke PAS yang ikut BABI? Banyak makian PAS hanya mencerminkan diri sendiri.

Anonymous said...

betul tu adf5650 , umno jer satu2nyer parti yg boler beri kesenagan pada kitaaa, boler ambikk rasuahh,
berjudii, berzinaa, makan babi , minum todii sampai mamposs, raba pompuan, rogoll dan bunuhh mcm3 lagii laa
kiraa umngok ni mg besttt laa
parti sial semalaysiaa mcm ko laa adf5650
bodohh ponyaa orggg

XPEMUDA UMNO PARIT said...

Salam for all..
Di M'sia ni ada 2 ja parti melayu yg ahlinya beragama Islam.Kalau UMNO kata mereka pun Islam..kenapa tolak islam dan hukumya,kedua..kenapa tolak PAS yg hendak menegakkan dan menguatkan siar ISLAM dibumi M'sia ini.Cukupkah Islam kita sekadar zahir shj,pada keturunan atau pada nama.
Kukuhnya agama,maka kuatlah bangsanya..makmurlah negara.

Anonymous said...

UMNO dengan mitosnya...hanya UMNO yang boleh memerintah negara selama-lamanya...balik buka buku sejarah la balik...mana ada 1 kerajaan yang kekal selama-lamanya...even dalam tamadun islampun bertukar-tukar...selepas nabi, 4 khalifah, muawiyah, abbasiyah...bukan UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam...PAS pun memperjuangkan Islam....cuma pendekatannya berbeza-beza..cuma jika diteliti..perjuangan UMNO ni lebih kepada harta dunia semata-mata...tu sebabnya kalau kita tengok pemimpin2nya banyak kontraktor...untuk perut semata2..tu yang rasuah susah nak bendung..yang lagi tak tahan tu nak apa2 bantuan/pinjaman mcm TEKUN tanya dulu UMNO ke...kalau bukan jangan mimpi dapat bantuan...aku taula sebab dah kena..ini katanya pegang amanah...tu yang aku kecewa sangat dengan UMNO ni...sebab asyik jaga periuk nasi geng2 dia ja...orang macam aku ni..UMNO bukan..PAS bukan..ibarat melukut di tepi gantang...tapi Allah tu maha kaya...aku tak de la merempat...malah lebih senang drp orang2 UMNO yang sanggup telan badge..hidup dan mati dalam UMNO katanya...astaghfirullah...meremang bulu roma aku mendengar...cuma aku nak ingatkan pada orang2 UMNO dan PAS..berjuang itu tuntutan agama..tapi mestilah pada yang HAK...jangan sampai Islam & orang Melayu hina di tanah air sendiri...pada orang PAS..istiqamah..perjuangan di jalan Allah ini walau tidak menang di dunia...insyaallah mendapat keredaanNya...yang penting di sana bukan di sini...pada orang2 UMNO cubala berubah ke jalan yang benar...tiada guna menang sorak kampung tergadai...

Pro-UG# said...

DR Hassan umpama Pahlawan Salahuddin Alyubi menyatukan pemimpin-peminpin Islam sehingga dapat merampas kembali Baitumaqdis. Usaha Bersatu patut sisokong...Dr Hassan telah memandang perkara ni dengan makrifat.

Hidup UG.

hmm... ye la tu.... said...

oi mulut jaga sikt... lepas nie kome tak de kampung serta rumah lagi dah punya kaLau ada la satu parti tu memerintah... entah2 negeri pun hilang di jual kat singapura...!!!! hahahaha......

AntiBeerN said...

Biarlah bukan Melayu nak tinggal PAS ke, nak bersama PAS ke itu PAS punya cerita. Menang dan kalah adalah sesuatu yg biasa dalam PAS. Cuma org UMamakNO je yg tak boleh terima kekalahan... akan cuba sedaya upaya utk merampas walau dengan cara yg tak betul...

Lagipun, buat apa pencacai BeerN nak sibuk pasal urusan PAS? Urusan BeerN tu banyak lagi yg nak kena perbetul.
1. Penyelewengan dana awam semakin menjadi2 sebagaimana laporan audit negara. Laporan tahun 2007 dulu pun takde tindakan diambil...
2. Pemimpin rasuah masih menjadi pilihan hati pencacai BeerN...
3. Kat Terengganu tu tak habih lagi gaduh sesama BeerN...
4. Isu PKFZ & skandal2 lain yg melibatkan parti kafirun MCA, MIC tak settle lagi...
5. Isu Perak dengan kerajaan haramnya tak kesudahan...
6. Lain2 lagilah. Tak larat nak tulih lah semua kebejatan geng2 UMamakNO nih..

Jadi pecacai sekelian... jangan dok sibuk jaga tepi kain orang. Kain sendiri yg terlondeh sampai nampak spenda tu... kasi tampal dulu.

ATAUPUN GENG UMamakNO NI MEMANG SUKA TGK YG TAKDAK KAIN LANGSUNG DAH TU...

macam si Zali Redtube... hahaha...

AntiBeerN said...

Geng kepala lembu UMamakNO sekelian..

Korang memang tattat kepada raja & sultan kan? Tak menderhaka kepada sultan kan?? Haaaa... ini bakal sultan dah bertitah. Apa lagi... laksanakanlah. NANTI DERHAKA PULAK KEPADA SULTAN!!

PEMANGKU RAJA KELANTAN MINTA PETRONAS BAYAR ROYALTI PETROLEUM

KOTA BAHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.

Baginda bertitah berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.

"Pengeluarannya adalah sebanyak 5.4 peratus setahun dan mengikut catatan itu pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005.

"Kerajaan negeri hendaklah meneruskan usahausaha bagi mendapatkan royalti berkenaan seperti kehendak perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas,".

Baginda bagaimanapun yakin di bawah prinsip dan semangat persekutuan, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang mengkehendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.

Apa kata kita dapatkan pendapat Awang Adek & Tok Pa... Ingat. JANGAN DERHAKA KEPADA BAKAL SULTAN!!

Tulang Besi said...

Anonymous Pro-UG# said...

DR Hassan umpama Pahlawan Salahuddin Alyubi menyatukan pemimpin-peminpin Islam sehingga dapat merampas kembali Baitumaqdis. Usaha Bersatu patut sisokong...Dr Hassan telah memandang perkara ni dengan makrifat.
.
Tapi Salahuddin Ayubi menyatukan jugak Kristian Arab dari Syria dan MEsir dalam tentera beliau.

Ada ke Hasan Ali mcm tu?

encikzam said...

selagi pemimpin2 UMNO x pandai nak baca kutbah or imam solat,maaf le aku nak pangkah.yg akhirat pun gagap, hrp teror pmbngunn duniawi je buat pe.PKR pun sama je....serpihn UMNO.agenda lain dr PAS,kecuali brsatu nak jatuhkn BN.tu je.....bg tau aku sape ulamak2 UMNO yg boleh aku buat rujukan?ular nasi lemak ade le sekor 2.

Anonymous said...

Tak Pasal la..... Korang sebenarnya tak tengok betul2. PRU12 2008 dulu kebanyakan undi adalah undi protes dari rakyat dan bukan sebab rakyat dah benci kat UMNO/BN. Yang konsisten undi tidak banyak berubah adalah undi dari golongan muda. Undi dari golongan muda ni tak besar sangat perubahannya dan konsisten pada pembangkang. Tapi pengundi lama tetap dan masih lagi undi BN. Sebab apa? sebab nya duit la. Orang2 tua ni kebanyakan takut nak undi pembangkang pasal antaranya "nanti harga sawit jatuh, makan ubi kayu, duit pencen tak dapat" dan macam2 alasan lain tapi benda serupa(harta @duit). Orang tua2 kat pekan dan kat kampung, pemandu teksi dan bas, petani, peladang peniaga runcit termasuk melayu,cina,india dan bangsa lain mana peduli pasal headline suratkabor yang berbunyi "INDEKS RASUAH NEGARA MENINGKAT" @ "SPRM MEMBUAT SIASATAN TERPILIH" dan sebagainya. Mana ada diaorang ni peduli pasal selcat, Kuil kat shah alam atau salah guna urus dalam perbelanjaan negara kecuali sebilangan kecil yang ada semangat keagamaan, patriotisme tinggi, sedar tentang hal2 semasa, penyokong parti politik, orang perseorangan yang terkesan tentang hal kejadian dan orang berkepentingan.

Kalau kau kata Pemimpin PAS tak respon berkenaan dengan isu kepala lembu adalah sebab musabbab PAS dan Pakatan akan hilang sokongan daripada rakyat, habis tu bodoh sangat la semua India yang ada kat Malaysia ni kalau PRU13 nanti diaorang tu pergi sokong puak2 yang memang tukang seret itu "kepala lembu", tukang jerit "Pukimak punya india", dan pemimpin UMNO yang terang2 keluar dalam TV dan Suratkhabar sokong perangai mat2 UMNO semua tuh.

Tak kan la pasal PAS diam je pasal isu tu India kat Malaysia ni boleh buat dialog "Dey Thamby2 semua. Itu PAS kalu tarak bukak mulut pasal kita punya kuil, so kita kena sokong kumpulan pembantah kuil dan tukang pijak kita punya tuhan. Walaupun kita semua tahu PAS dan Khalid Samad sokong kita. Kita musti sokong itu pemijak kepala lembu. You sumua tahu siapa kan. Itu UMNO la. Hidup UMNO". Kalau betul PRU 13 nanti India kat Malaysia ni sokong UMNO/BN korang pun akan tahu jugak pasal apa depa sokong UMNO/BN. Pasal duit la apa lagi. Tak percaya start hari ni korang cek berita setiap hari apa BN janji pada orang India dan Cina sampai PRU 13 nanti.

Sekarang ni pembangkang bab duit memang masalah. Jadi cara nak balas serangan duit UMNO ni kena bagi maklumat yang berkesan pada rakyat dan kena pastikan rakyat semua lapisan tahu maklumat tu. Tapi Masalahnya sekarang ni isu yang dibangkitkan Pakatan tak sampai pada rakyat keseluruhan. Macam mana nak buat?

Mana yang rajin datang ceramah atau pengajian bolehla tahu sikit. Itu pun pada penyokong pembangkang je yang atas pagar, yang tak peduli langsung atau penyokong parti lawan memang tak der la. Harakah pun setakat ini kurang berkesan dalam beri maklumat secara terperinci dan blog pun hanya menceritakan berita dan isu semasa tapi jarang nak kupas satu isu dengan lebih berkesan.
(Tapi aku secara peribadi suka baca benda yang diatas kertas bukan benda yang ada kat atas monitor PC. Kat PC tu cukupla baca berita yang pendek2 je). Elemen seperti "eh betul jugak" @ "ooo macam tu" atau ayat lain yang boleh bagi orang teruja dan buat orang terkejut sakan jarang sampai pada orang awam. Natijahnya rakyat kena main je dngan UMNO dan BN. Salahnya, tak der oang bagi tahu dan sendiri pun tak nak ambil tahu. Yang diambil tahu duit poket sendiri sampai gelap mata, tak reti nak beza mana satu betul mana satu salah.


Jadi Tulang Besi, nak menghentam Pimpinan PAS, dan pakatan keseluruhannya tak berapa perlu sangat. Buat apa nak menghentam secara peribadi ke atas batang hidung individu terbabit.


Doemer

Anonymous said...

Actually, pengikut Erdogan yg menyembah ahwar, nik aziz dan DAP itulah yg menyebabkan aku bertekad tidak akan mengundi pembangkang lagi slps ini w/pun sejak baligh merupakan penyokong totok PAS.

Bye bye ...

PerisikRakyatHilangKompas said...

Tulang Besi

Kalau Pas kekal dalam PR, apa prinsip Islam yang PAS langgar?

Parjuangan asal PAS adalah Konsep Negara Islam 'Membangun Bersama Islam' Perjuangan DAP 'Malaysia Malaysian" Perjuangan PKR 'Negara Kebajikan' PAS mandakwa Perjuangan UMNO/BN 'Sekular' jadi apa bezanya,jika PAS bersama dalam Pakatan dengan UMNO dalam BN ?

Slogan PAS 'Membangun Bersama Islam' tetapi pada masa yang sama bersama2 dengan DAP dengan secara terang menolak konsep Negara Islam di Malaysia yang hendak diperjuangkan oleh PAS,saya tidak lupa sejarah sejak awal penubuhan PAS dan DAP mempunyai pandangan dan pendirian yang amat berbeza.

Perbalahan dintara Pas dan UMNO kerana pandangan dasar dan matlamat yang berbeza.PAS memperjuangkan agar Islam menjadi akidah Negara Malaysia.Disemua sudut pentadbiran,kehakiman dan lain2 yang hendak diterjemahkan kepada individu,rakyat dan Negara.

Jika PAS berada dalam Pakatan bagaimana PAS selesa menterjemahkan perjuangan berlandaskan Islam,jika asyik diganggu oleh DAP ?

PerisikSesatHilangKompas said...

Tulang Besi ooops!
Woit..dah tersasul..bukan perisik rakyatlah masih lagi perisik sesat..emm

Anonymous said...

semua perlu sedar... dan org2 PAS sememangnya sudah lama sedar...
untuk menegakkan syiar Islam & memperkasakan undang2 Islam d Malaysia kita memerlukan "kuasa politik", dlm ertikata lain menjadi pemerintah dan dlm kontak politik Malaysia, Melayu sendirian (tampa sokongan bukan melayu) tk mungkin dapat menjadi pemerintah. kita masih perlukan sokongan bukan melayu untuk merialisaikannya.
apa yang diperjuang kan PAS selama ini ialah untuk memurtabatkan Islam dlm semua espek kehidupan umat Islam di Malaysia, ini hanya boleh dilakukan sekiranya gabungan Pakatan Rakyat menjadi pemerintah (kerajaan Persekutuan).

AntiBeerN said...

Jadi kamu menolak perjuangan PAS hanya semata2 kerana prinsip yg PAS terpaksa tangguhkan dahulu pelaksanaannya kerana ingin bersama dalam pakatan rakyat?

Adakah org seperti kamu PerisikSesatHilangKompas, Zali, MediaCyber dsb akan meninggalkan UMamakNO sekiranya PAS keluar dr PR dan secara serius memperjuangkan negara Islam?

Sudahlah... sebelum ini pun kamu tidak menyokong PAS malah bertepuk sorak bila Mahadet menolak draf pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, bila mamak tu hina Nabi Muhammad, bila mamak tu bunuh saudara seagama kamu di Memali, bila mamak tu kurung rakyatnya dlm ISA...

Jadi janganlah jadi hipokrit bila PAS bekerjasama dgn DAP & PKR. Tak perlulah bercakap pasal dasar PAS sedangkan kamu sendiri hanya berdasarkan dasar ketuanan perkauman yg tak membawa makna. Kamu akan tetap kamu... pecacai BeerN yg karat biru... menolak Islam & memuja kebejatan.

Percayalah...

Bila PAS bersama DAP & PKR... kamu melalak bahawa PAS lari dari prinsip. Bukan parti Islam lagi.

PAS keluar dr PR... kamu akan melalak bahawa PR sudah lemah, PAS tiada semangat 1Malaysia & mcm2 lagi.

Itulah kamu... pecacai cari makan, halal haram belakang kira. YANG PENTING MASYUUUKKKKK....

pisangmalaysia said...

Buat Pencacai Ameno,
Ngaku aje la, ape2 yang hanpa buat semuanya bersumberkan duit. Dalam Ameno duit adalah TUHAN. Takdak duit "boleh jalan" daaa. Tak Caye? Cuba buat kajian di negeri kelantan kenapa masih kalah? Salah satu sebabnya DUIT!Peruntukan ada diberi kepada pengundi2 luar utk tambang balik mengundi, tapi dibalun oleh ketua2 yang sememangnya pakar dalam bab mencilok duit rakyat. Sepatutnya pengundi dapat lebih tapi apa pun tak dapat.Semua orang jangan lupe(termasuk aku), setiap sesuatu itu bertempoh (ada tarikh luput daa) so Ameno pun ada tarikh luput, PAS pun ada tarikh luputnya , manusia dan semua makhluk pun begitu. Ape? Nak nafikan lagi? Lantak Hampa la...dan logiknya juga orang yang tua pada lazimnya akan "jalan" dulu daripada orang muda kan?(tp x semestinya begitu-bergantung kepada Ketentuan Ilahi)so Ameno ni mengikut pengikutnya tidak akan luput...wah hebat tu...Jadi buat pencacai Ameno dan sekutunya....dalam Ameno dia sebut keutamaannya Islam dulu ka Melayu dulu? Ketuanan Islam ka, kutuanan melayu?Lu ada akal, lu pikir la...

PerisikSesatHilangKompas said...

AntiBeerN DLL

Aku taklah berjasa sangat pada PAS,namun aku bersyukur apabila ditawarkan sebagai seorang Pencadang kepada Calon PAS ditempat aku untuk menentang Calon dari BN yang memegang jawatan Menteri...walaupun Calon aku tewas...kepuasan ujud sebab kami telah melawan...calon dari Parti yang ditentang...

Maaf!lah...anda jangan terus mencipta dan menggumpul kemungkaran sebenarnya aku adalah penyokong PAS,yang menyokong dan memperjuangkan agar Islam menjadi akidah Negara Malaysia apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH S.W.T,Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH,namun secara jujur apabila hati yang dah tua terusik...bercuti semantara adalah jalan terbaik

AntiBeerN said...

Memanglah sebagai penyokong PAS, terdetik juga dlm hati bila prinsip terpaksa ditolak ke tepi seketika demi kelangsungan perjuangan. PAS telah memperjuangkan negara Islam sekian lama, tetapi cara itu jelas tidak berjaya. Apa salahnya cuba cara lain, iaitu secara halus dengan bekerjasama dengan parti lain, kerana yg penting sekarang ini adalah menegakkan yg hak & menjatuhkan yg batil dulu.

Apa bila kemenangan dicapai, kemungkinan untuk menegakkan prinsip yg dipegang PAS itu semakin mudah dicapai. Pemimpin DAP misalnya selama ini menolak pelaksanaan hukum Islam kerana mereka bergantung kepada sumber dr musuh Islam. Bila kita dekat dengan mereka, duduk semeja dan berbincang, pemahaman tentang hukum Allah ini insyaallah akan jadi lebih baik. Dengan izin Allah semoga hati mereka akan terbuka & faham bahawa hukum ini hanya dilaksanakan untuk org Islam.

Tidak lari akidah kita bila kita menggunakan kaedah lain utk menerapkan pemahaman tentang Islam di kalangan kafirun. Yang penting, hati kita masih bertekad & berjuang agar pada satu hari nanti, undang2 Allah ini akan dijunjung di bumi Malaysia ini.

Anonymous said...

Aku pennyokong dan juga ahli PAS, tapi bila melihat senario sekarang, mereka yang mempunyai pangkat dalam cawangan seolah-olah bertindak seperti orang gila kuasa terutama negeri yang diperintah PR. Apa yang menyedihkan ia berlaku didepan mata aku. Tiada program-program yang menyumbangkan kearah menerangkan kefahaman perjuangan PAS ataupun program menambahkan keahlian. Kalau keadaan berterusan begini, PR akan kehilangan Selangor dan Kedah. Kalau setakat bercakap tentang Islam tapi tingkah laku tidak menggambarkan keislaman. Aku sayangkan PAS kerana perjuangannya.

Anonymous said...

Aku ahli UMNO. Entah mengapa, aku sendiri pun masih heran mengapa aku menyokong UMNO walaupun senario sekarang ni cukup memualkan aku sendiri. Apa tidaknya, ahli2 cawangan berebut - rebut untuk memegang jawatan. Apa tidaknya, pegang jawatan bermakna pegang duit. Segala program yg dibuat pun semata2 kerana nak menambahkan duit poket masing - masing. Itu yg di bawah. Yang pemimpin diatas lagilah teruk. Perebutan kuasa menjadi2. Rasuah, penyelewengan & salah guna kuasa menjadi lumrah. Pemimpin yg terang2 rasuah dijunjung. Yg bersih disuruh pencen. Tingkah laku memang sedikit pun tak ada yang menggambarkan keislaman. Jika terus macam ni, nampak gayanya bila PRU seterusnya nanti, UMNO hanya tinggal nama. Apapun, aku masih sayangkan UMNO kerana wangnya. Tanpa UMNO, aku tiada projek. Kalau PR memerintah, tender diberi secara terbuka. Mati lah aku. Tak boleh nak letak quotation tinggi2 lagi. Kerana itu, aku terpaksa terus sayang kepada UMNO.

AnaK BugiS said...

itulah kakikat yang dah lama aku sedar, kalau PAS nak menang banyak kerusi di negeri pantai barat, mestilah tak melupakan pengundi2 dari kaum lain terutama pengundi india yang menjadi kingmaker di selangor dan perak. Ingat slogan Pas for All..tapi akibat terpedaya dgn permainan politik umno, ada pendokong pas yang termakan umpan dan akhirnya menyebabkan pas kehilangan undi dari kaum lain..selepas tukorang fikirlah sendiri..

Anonymous said...

perjuangan mesti iklas,klu berjuang utk duit akan dapat duit,klu berjuang utk keredaan Allah insyaallah akan dapat keredaanNya.

tapi perjuangan PAS dh jadi carca marba. Sekejap berjuang krn Allah, esok berjuang utk kuasa dgn mengenepikan hukum Allah.

Pas menelan hinaan DAP terhadap Islam krn mahukan undi seangkan sahabat nabi menghunus pedang kpd sesiapa yg menghina Islam

Anonymous said...

ekekeke...boikot la boikot woii...sok2 org PAS x ngundi calon dr Pkr Ngan DAP masing2 pun gigit jari la...hahaha

Anak Islam said...

Penyokong2 PAS sering menggunakan ungkapan bahawa PAS adalah Hak dan UMNO adalah Batil. Pd saya adalah yang sebaliknya. Tidak ada yang hak dalam PAS. Islam cuma hiasan sahaja pada PAS. Tindak tanduk PAS sedikit pun tidak menunjukkan keIslaman. Pemimpin PAS cuma menggunakan Islam sebagai Panji-panji untuk mengaburi penganutnya. PAS nyata lapar kuasa dan harta. Pemipin PAS hanya nampak lapar balak waktu ini. Kelantan sudah hampir habis, Kedah sudah mula, Perak dalam proses. Hal ini ditutup dari penyokong2nya yang dibuai dengan ayat2 dan hadis2 yang dipermainkan sehingga penyokong lalai memerhatikan pemimpin mereka. Jika ditanya, alasan yg diberi adalah utk dana sekolah2 agama. Sampai sekarang dana yg dikatakan masih kosong. Contohnya di Perak skrg ini.
Fitnah memfitnah, tohmahan terhadap parti lain membuatkan pengikut PAS tidak ada masa memerhatikan apa yang pemimpin mereka buat.
Tidak ada Islam dalam PAS.

tujuh76satu said...

semua orang tak betul, yang betul kayu pembaris je!!!!!

kembara putih said...

Jatuhkan Mustafa Ali...itu saja jawapannya.

Anonymous said...

suka hati korang la..nabi dulu pun tak pernah membenci kaum kafirun..walupun ditentang dicerca..nabi tetap berdakwah...ini kan korang iman tak seberapa lagak mengalahkan nabi..orang melayu umno kata pas kena tunggang ngan dap..umno pun sama gak kena tunggan ngan mca..cuma penyokong umno je tak nampak..orang pas 'proksi' umno kata pas kena berdiri atas kaki sendiri..tak yah la berdakwah cam tu..apa gunanya allah jadikan kafirun kat muka bumi ni?sekarang ni bukan kafirun yang dok tentang islam tapi orang 'melayu' yang dok tentang islam.dr hassan ali soh ronnie letak jawatan pasai kes arak..apa salahnya suruh jer kerajaan tutup kilang arak kat shah alam dan sungiway..ada berani?mulianya keperibadian najib?nabi pernah bersabda bagi orang yang mengamalkan rasuah..hendaklah tegur jika tidak mahu dengar hendaklah dinasihati jika tidak mahu berubah juga boleh dicerita keburukannya kepada umum..so...mulia lagi ke keperibadiannya?owh bro..masa kerajaan umno dok gondolkan hutan kat perak,kat perak..ada ke penyokong 'melayu' umno berbunyi?semua buat-buat tak nampak.kira halal la...apa ada hal...pasai ini tanah 'melayu' jadi kita 'melayu' apa nak kisah...deyyy tambiii porah...'melayu' tu sekdar nama je...ini tanah bukan 'melayu' yang punya..ini tanah yang maha esa yang punya...aku percaya jika orang-orang pas islam benar-benar berdakwah atas jalan allah yang kafirun pasti akan menjadi islam..janji betul-betul berdakwah..bukan hangat-hangat taik ayam

Pooraah! said...

Yang menggunakan nama Anak Islam kat atas tu dok bawah tempurung ker? Mengaku anak Islam tetapi tidak faham apa itu Islam, tahap pemikiran lebih kurang seperti SIS, sebuah pertubuhan yang menggunakan nama Islam tetapi tindak-tanduk mereka hanya memperlekehkan Islam.

Anak Lenggong said...

Pemimpin PAS tiada rasa malu menggunakan nama ulama tapi sering kali menipu rakyat. Ini kerana pada hakikatnya mereka sedar dan mengetahui bahawa pada zaman keagungan empayar-empayar Islam dulu, orang Islam tidak sahaja menghafal al-Quran dan hadis, belajar tauhid dan belajar fikah tetapi mereka juga belajar sains, matematik, falsafah dan lain-lain ilmu dunia. Dengan cara itu mereka menjadi kuasa besar yang menguasai dunia pada zaman dulu.

Begitu juga dengan ulama-ulama pada zaman dulu bukan sahaja mengetahui ilmu fikah, tauhid dan lain-lain ilmu agama semata-mata, tetapi mereka juga mengetahui ilmu-ilmu dunia yang lain. Maka dengan itu ada antara ulama-ulama zaman dulu yang merupakan ahli perniagaan, doktor (bukan bomoh jampi), saintis, pembuat barang-barang dan lain-lain.


Disuruh bertaranum pun belum tentu Nik Aziz, Hadi, Husam dapat memberikan persembahan yang baik seperti adik-adik "Mari Bertaranum" di NTV9, inikan pula beliau meletakan gelaran khas Musyidul Am kepemimpinan tertinggi PAS kononya melambangkan pemerintahan Islam.

Dengan itu sistem pendidikan PAS yang memberi tumpuan kepada agama semata-mata seperti sering diperjelaskan oleh Nik Aziz demi melaksanakan apa yang dipanggil pembangunan akhirat adalah lari daripada ajaran Islam. Ini kerana tidak mungkin produk pendidikan PAS yang tahu cuma membangunkan akhirat dan tidak tahu pembangunan dunia boleh mewujudkan masyarakat yang ideal dalam erti kata adil, dapat mengurangkan kemiskinan ke tahap yang paling minimum dan negara menjadi aman damai dan sejahtera sebagai syarat utama untuk melayakkan dilaksana hukum hudud.

Rakyat seharusnya sedar bahawa para ulama PAS yang mendakwa diri mereka mengutamakan pembangunan akhirat itu sebenarnya mereka juga cintakan dunia kerana mereka kaya raya belaka. Contohnya kereta dan rumah mereka dan pendapatan "belakang" mereka. Dulu mereka miskin dan kini mereka kaya seperti ahli politik lain juga. Apa faedahnya mereka menjadi kaya jika betul mereka mengutamakan pembangunan akhirat terutama yang telah tua-tua itu?

Ada yang menjadi kaya secepat kilat seolah-olah mereka mendapat harta karun. Apakah betul pembangunan akhirat yang mereka laung-laungkan selama ini? Cara memomok-momokkan pembangunan akhirat oleh PAS adalah bertujuan untuk menuduh kerajaan dengan terang-terang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Ketika terlalu ghairah mereka bukan sahaja menuduh kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum hudud, tetapi menuduh kerajaan juga tidak mahu melaksanakan hukum Islam secara keseluruhannya. Namun yang pasti PAS lah yang sebenarnya yang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud kerana ia menolak pendidikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan dituduh sebagai sekular dan tidak Islamik.

Hakikatnya pendidikan dan pembangunan adalah merupakan di antara persiapan-persiapan awal yang diperlukan untuk melaksanakan ajaran Islam yang bersifat hukum hakam termasuklah hudud. Maka oleh kerana PAS tidak mengiktiraf pendidikan dan pembangunan, bererti ia sendiri yang menolak pelaksanaan hukum hudud atau sekurang-kurangnya meletakkan halangan supaya tidak melaksanakannya.

PAS menganggap pendidikan yang seimbang antara dunia dan agama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai sekular. Bagi PAS, pendidikan mestilah pendidikan agama sahaja yang dianggap pendidikan yang Islamik. Dengan itu tidak hairanlah jika ada ustaz dan ulama PAS sering mengulit para pengikut dan penyokong mereka dengan dendangan? PAS mengutamakan pembangunan akhirat daripada pembangunan duniawi yang dilaksanakan oleh kerajaan?

Sekarang siapa yang tidak Islam iaitu tidak menuntut atau berusaha ke arah jalan yang sebenar-benarnya untuk membangunkan Islam dan seterusnya melaksanakan hukum Allah?

Anonymous said...

Anak Lenggong said:

Pada zaman keagungan empayar-empayar Islam dulu, orang Islam tidak sahaja menghafal al-Quran dan hadis, belajar tauhid dan belajar fikah tetapi mereka juga belajar sains, matematik, falsafah dan lain-lain ilmu dunia.

...Cuba bagi senarai pemimpin UMNO yang hafal al-quran + pakar sains, matematik.....

"ada antara ulama-ulama zaman dulu yang merupakan ahli perniagaan, doktor (bukan bomoh jampi).."

ntahlah...salahkah menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam perubatan Islam? Orang yang terpesong sahaja guna jampi2 ni...saudara ni hanya percaya perubatan moden je ke...perubatan alternatif maksud saudara apa?


"Disuruh bertaranum pun belum tentu Nik Aziz, Hadi, Husam dapat memberikan persembahan yang baik seperti adik-adik "Mari Bertaranum" di NTV9"

...Saudara ni pekak ke apa...begitu banyak kaset oleh pemimpin spt TGNA & TGHH di pasaran..tak pernah pasang ke...atau asyik dengar lagu dangdut, pop yeh-yeh,rock dsb je...tu tiap2 tahun Musabaqah Al-Quran..macam2 gaya bacaan..ada tiap-tiap tahun Pak arab menang...kalau kira mereka patut menang...bahasa merekakan..yang penting betul bacaan beb...bukan merdu semata2.

"Dengan itu sistem pendidikan PAS yang memberi tumpuan kepada agama semata-mata seperti sering diperjelaskan oleh Nik Aziz demi melaksanakan apa yang dipanggil pembangunan akhirat adalah lari daripada ajaran Islam"

Sah-sah la tak pernah dengar sebenarnya...jangan fitnah TGNA saudara...

"Dulu mereka miskin dan kini mereka kaya seperti ahli politik lain juga. Apa faedahnya mereka menjadi kaya jika betul mereka mengutamakan pembangunan akhirat terutama yang telah tua-tua itu?"

Ada dalam Islam melarang menjadi kaya?...saudara ni faham ke tak Islam sebenarnya...kenapa wujud sadaqah, hibah, zakat, wasiyyah dsb...tak kan kita orang Islam layak jadi peminta sedekah je...

'Ada yang menjadi kaya secepat kilat seolah-olah mereka mendapat harta karun"

Setahu saya yang menjadi kaya secepat kilat ni UMNO ...semua pemimpin UMNO rumah bak istana walaupun lulus SRP je tapi jadi adun...aku pun hairan duit datang mana..kata gaji adun RM3000 je....yang famous kat Klang tu...pemandu teksi asalnya..kalau tak silap la...tu belum yang berpelajaran tinggi mcm Dr. Gigi di Selangor tu...

Isyh...kalau nak kaji semua ayat saudara...banyak yang nak kena tembak ni...tapi cukuplah setakat ni je...banyak lagi tanggungjawab yang perlu diselesaikan drp menganalisa itu ini...

Just my 2 cent

Anonymous said...

Kalau Pemimpin Pas yang Pro UMNO jangan sembunyi diri, istihar diri anda kerana wang satu kontena akan jadi milik anda sedang menanti....

Sebelum nasi jadi bubur...

Anonymous said...

Bila Asabiyyah menjadi pedoman kalangan pemimpin Pas, maka PAS akan berkubur bila2 masa. PAS tidak belajar mendalami ilmu islam yang syumul yang terang2 menegah sikap perkauman, kalau PAS berkubur pun selepas ini maka itulah hukuman yang patut PAS terima.

Luna said...

dah bosan dgn citer politik tapi tetap memilih Pakatan Rakyat

Anak Islam said...

Dey Poorah......
Kau tau sangat ke pasal Islam? Cuba bagi tau kitab yg mengatakan Islam harus memaki hamun orang lain. Ada dalam Qur'an syorkan supaya mengkafir sesama Islam? Ada Islam cakap kita boleh berkawan dgn syaitan? Pernahkah PAS berdakwah mengajak orang masuk Islam? Mengajak masuk PAS adalah. Pernahkah Nabi mengatakan berbohong itu ajaran Islam?
Pernahkah dimana-mana zaman termasuk zaman Nabi sendiri orang kafir diambil sebagai ustaz atau ulama Islam untuk bercakap mengenai sucinya Islam walhal dia sendiri tidak mempercayai Islam?
PAS sendiri tidak mampu menyempurnakan hudud tetapi meletakkan kesalahan pada pihak lain. Bukankah itu mempermainkan hukum Allah?
Untuk mendapat kerjasama DAP, PAS sanggup mengenepikan perjuangan untuk menubuhkan negara Islam, ini kah yang dinamakan jihad?
Kutipan yg dinamakan jihad dikutip dai pendengar ceramah disonglap masuk poket pemimpin dan penceramah. Ada resit ke? ada audit ke? Ini kah Islam?
Bila pemimpin mengumpul harta, digunakan ayat Qur'an mengatakan Islam menggalakkan umatnya kaya. Tetapi PAS ada program ke untuk rakyat yang mengundi? Beri satu pun cukup, konsesi balak ADUN PAS di Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perak yang digunakan utk mengisi dana atau membiayai program rakyat negeri.
Dey Poorah......
Tidak ada Islam dalam PAS.

HangNadim said...

KAH!KAH!KAH! Barua UMNOBN yang menggelarkan diri nya Anak Islam pun membebel:

BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, PAS dengan DAP, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, PAS kata UMNO kafir, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, Hukum Hudud, BLA, BLA, BLA, BLA, Jihad, BLA, BLA, Konsessi Balak, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, Dey Pooorah, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, BLA, Abih dah

KAH!KAH!KAH! Samaaa jer aku baca. Macam sial!! Yang kelakar tu statement akhir:

"Tidak ada Islam dalam PAS"

Mari aku nak sekolah kan mamat bingai neh. Cuba eja dan baca betul2 tau:

"Parti ISLAM Semalaysia = PAS"

Nampak tak perkataan ISLAM kat atas tu? Okey sekarang cuba eja dan baca betul2 kat bawah ni ekk:

"United Malays National Organisation = UMNO"

Sekarang, nampak tak perkataan ISLAM kat atas tu? Tak ada kan? So ... senang cerita. ADA Islam dalam PAS manakala TAK ADA Islam dalam UMNO.

KAH!KAH!KAH! Bodo ... itu pun nak kena aku bagi tau ... happa punya bingai ler barua UMNOBN sekor neh! Stupid!

Anak Islam said...

Siapa yang bingai skrg?

Parti Islam SeMalaysia = PIS la bodo

PAS = Parti Ajaran Sesat, sesuai la

Otak letak mana? Eja pun tak betul. Masuk taska balik la.

Lain kali jgn ikut je.

Bijak lagi Ngar Kor Ming dan Bala. Orang kata Islam ikut, pengisian tah ape2
Ni la puak paling bodoh.
Tgk org pakai serban dan jubah terus anggap ulama.

Allah beri otak.Gunakanlah.

HangNadim said...

KAH!KAH!KAH! Budak bodo nak ngajar aku! KAH!KAH!KAH! PIS? KAH!KAH!KAH! Satu lagi spesis bebal babi jelmaan melayu bingai! Orang PAS ni dia punya otak bukan buta kayu macam penyokong parti bangsat haram jadah UMNOBN tu! Otak macam kayu reput kena makan anai-anai.

PIS? Abah kau PIS! Meh aku ajar nko kasi beza sket otak kayu UMNOBN dengan otak geliga orang PAS sampai letak nama parti pun dorang punya creative dan ada unsur2 Islamic Art. Aku rasa the beauty of the art ni mesti makbapak nko pun telepas pandang.

1.
Permulaan huruf "P" diambil dari perkataan "Parti" yang telah dijawikan lalu digunakan pangkal huruf dari ejaan jawi tadi iaitu huruf "PA" (in case kalo nko tak tau huruf PA macam huruf FA tapi dia ada titik tiga kat atas).

2.
Permulaan huruf "A" diambil dari perkataan "Islam" yang telah dijawikan lalu digunakan pangkal huruf dari ejaan jawi tadi iaitu huruf "Alif" (in case kalo nko tak tau huruf Alif macam huruf rumi "I").

3.
Permulaan huruf "S" diambil dari perkataan "Semalaysia" yang telah dijawikan lalu digunakan pangkal huruf dari ejaan jawi tadi iaitu huruf "Sin" (in case kalo nko tak tau huruf SIN tu dia punya kepala berlekuk2 lepas tu dia ada macam mangkuk sikit).

Gabungan dari tiga huruf PA, Alif, Sin maka terhasillah bunyi PAS, itu pun kalau ko pernah belajar mengeja jawi laaa. Kalau tak pandai pi belajar ngaji dulu.

Sekarang nko dah tau sapa bodo sebenarnya. Ko tengok parti PAS ni, dia punya nama pun ada seni -- gabungan rumi dan jawi yang menghasil bunyi dalam bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu. Bukan macam parti barua UMNOBN tu. Menyalak satu Malaya kata perjuangkan Melayu, nama parti sendiripun pakai perkataan omputeh. Betul2 macam sial! Penipu dan menipu bangsa sendiri.

Rasa macam bodo jer melayan ko punya bebal mengeja ... tapi takpa sekurang2nya aku dah ajar ko macam mana nak buat ayat dan mengeja dalam bahasa rumi dan jawi. Terima kasih sebab berminat dengan "keunikan" ejaan nama parti PAS. Nanti lepas ni pegi isi borang masuk jadik ahli PAS. Tinggalkan laaa UMNOBN tu ... parti penipu sesat dan menyesatkan. KAH!KAH!KAH!

HangNadim said...

Sorri ... bukan bahasa rumi dan jawi tapi huruf rumi dan jawi. Tu nama dia "Ralat dalam penulisan". Jangan ko tak tau pulak.