"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 24, 2009

Kemaskini - Kelantan: Selesai PMBK, Datang MPKB - BRI..!

Kemaskini 11:32 PM - makluman untuk para pembaca dan pengkomen -

Lebih kurang 10 minit selepas artikel ini aku publish, aku dapat panggilan dari beberapa pekerja MPKB - BRI dan mereka dah bersetuju untuk buat perjumpaan dengan dengan aku dalam waktu terdekat. mengikut maklumat awal, apa yang didedahkan sebentar tadi benar-benar berlaku dan atas rasa tanggung-jawab, aku dan rakan-rakan blogger dari Kelantan akan cuba membawa isu ini kepengetahuan pihak-pihak yang berkenaan.

Insya-Allah beberapa artikel akan dikeluarkan oleh pihak kami untuk "perhatian" pihak yang "berkenaan". nampak gayanya lama lagi la aku dok Kelantan...


Pergh... aku di Kota Bharu, dah 2 hari aku disini dan sejak dari aku sampai, hinggalah kewaktu ni hujan x renti-renti lagi turun. setengah tempat dekat Kota Bharu dah dinaiki air. insya-Allah pagi esok aku nak ronda-ronda ke kawasan-kawasan yang dinaiki air dengan kamera aku.

Sementara tu, sebaik aku buka e-mail aku sekejap tadi.aku dapat satu komen dari artikel dalam website ni yang ni - "Cabaran Kepada Pengasas Pondok Getting Untuk Melap...". komen tersebut sebenarnya takde kena-mengena pun dengan artikel tu tapi bagi aku agak menarik.

Mungkin jugak pengkomen tu tau aku di Kota Bharu & ambik kesempatan untuk suarakan masalah yang dihadapi dalam MPKB. aku paparkan seperti yang diminta oleh pengkomen dengan sedikit editing pada beberapa ejaan dan juga ayat-ayat bagi nampak cantik.

Dan sementelah aku ada di Kelantan ni, aku harap sangat mana-mana pihak yang rasakan ada masalah yang selama ni berbuku dalam kepala otak dan agak susah nak sampaikan pada pihak atasan di Kelantan, bolehlah hubungi aku untuk kita kongsi-kongsi masalah tu bersama-sama dan insya-Allah aku dan kawan-kawan blogger di Kelantan akan usahakan bawak apa saja masalah korang pada pihak atasan untuk diselesaikan.

Nak hubungi aku cukup senang, no handphone aku ada dekat atas header website ni, kalau nak jumpa, boleh jumpa di sekitar Kota Bharu... nak jumpa "dalam gelap" macam geng UG pun boleh jugak, tapi untuk agenda ni je lah, kalau untuk agenda perpaduan, korang boleh call Hasan Ali & d geng... hahaha...

Kisah Kezaliman Dan Penyelewengan Di MPKB-BRI - Kota Bharu, Kelantan.

Salam,

Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas bawahan "hamba abdi" di MPKB-BRI... Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji...

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB -BRI… kononnya "Serambi Mekah"… Bandaraya Islam.

Untuk makluman penbaca, kawan saya ni tak pernah miss pangkah PAS dan bantu PAS (tanpa upah) setiap kali pilihanraya baik umum atau kecil diadakan.

Inikah Model Majlis Bandaraya Untuk Negeri Dibawah Pimpinan Pakatan Rakyat..?

Senarai kezaliman MPKB - BRI kepada pekerja dan juga sedikit kepincangan/kelemahan dalam MPKB - BRI:
  1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (overtime) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian… Ini amatlah zalim dan kejam..!
  2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong (melencong) beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alasan "Lawatan Sambil Belajar" tetapi dalam masa yang sama memaklumkan kepada kami bahawa pada ketika ini MBPK - BRI menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu untuk membayar gaji kerja lebih masa (overtime) kami dalam bentuk wang,
  3. Hanya ada 1 benda sahaja perubahan yang dibuat oleh MPKB-BRI iaitu penstrukturan system jalan-raya/aliran trafik didalam kawasan seliaan MPKB - BRI.
  4. MPKB-BRI sudah "papa-kedana"... banyak harta (aset) MPKB-BRI telah dijual... malahan bangunan MPKB - BRI sekarang disewa dengan PKINK.
Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli–ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap/berperangai kuku besi/firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada EXCO yang memegang portfolio MPKB - BRI, ahli-ahli majlis MPKB - BRI , pegawai-pegawai atasan/pengurusan MPKB-BRI.

Kami diugut akan dipecat/dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB - BRI jika perkara ini sampai kepengetahuan pihak kerajaan negeri/awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU-13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN Kelantan sekalian.

Bukan untuk memalukan mana-mana pihak tetapi kami mahukan "KEADILAN/PEMBELAAN".

KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB - BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH, ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB - BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO' HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.

Kami sayangkan PAS yang memerintah negeri kami.

Selama ini kami diam dan hari ini kami merasakan ada sedikit kekuatan untuk bersuara selepas melihat krisis didalam PMBK yang akhirnya berjaya ditangani oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sebaiknya.

Kalau tiada tindakan dari sekarang, percayalah bahawa PAS akan tumbang dalam PRU-13 di Kelantan dan yang menumbangkan PAS itu tak lain tak bukan ialah kami yang selama ini diabaikan.

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.

INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN.

30 comments:

Pakdo Wel Kota Baru said...

perghhhhhhhhhhh...(tiru style topeng perak) ..MPBK-BRO pun ado kudis kurap yang disapu bawah karpet.




Takiyuddin Hassan dilantik Penolong Setiausaha Agung


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat baru baru ini telah bersetuju melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS.

Beliau akan membantu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat.

Di peringkat PAS negeri Kelantan, beliau adalah Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Kota Bharu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payung merupakan exco kerajaan negeri Kelantan memegang potfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.


- exco kelate hok jaga MPKB-BRI adalah Takiyuddin Hassan

Anonymous said...

'Kalau tiada tindakan dari sekarang, percayalah bahawa PAS akan tumbang dalam PRU-13 di Kelantan dan yang menumbangkan PAS itu tak lain tak bukan ialah kami yang selama ini diabaikan.'

perghhh hebat mamat ni.. ngan kakaitangan bawahan mbkb seramai beberapa puluh org tu je mampu jathkan kerajan negeri

ok..apa dia kata tu bole dimabik oerhatian..tpi hati aku kuat kaat ia ni seorang pekerja yang pemalas, dan tak pelik penyokong umno

biaanya org bawah ni sentiasa mmepuynyai persepsi negatif terhadap org atas bila apa diaoranfg nak tak ditunai

contoh, disebbakan tiada gaji overtime maka urusan keja ke luar negara pihak atasan dianggap makan angin

jgn la buruk sngka macam tu skali. kalau org kota bharu bayar cukai banyak la duit mbkb. tp dok kat negeri pembangkang ni tau2 je la. kelantan pon bukannya kaya.

pe pon, aku tak yakin sgt apa dia cakap. bukan tak terima tapi tak yakin sebab tuduhan2 yang dikata tu hampir semuanya bercirikan PERSEPSI..

anti-rasuah said...

SPRM..SILA KETUK PINTU MPK-BRI PULAK..KITA TENGOK...SAPA YANG KENAAAAAAA

ISA said...

Topeng,

Aku pun terima artikel yang sama gak, dan minta di siarkan.

Aku dah siarkan atas permintaan. Boleh baca di sini http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/11/tgna-exco-kerajaan-negeri-kelantan-sila.html

Pakdo Wel Kota Baru said...

kepada anon, 11:13 PM

persepsi kepala bapak mak tiri mertua laki ipar kawan moyang atok ngko!!!!.nak ambikkkkk

aku org kb, aku tahu la, perangai sekor2 bos mpkb nih....melaram keta honda, toypota, bmw,

cuba ko mari kota bharu, pastu tanya mamat mpkb yang berkenderaan rasmi lori sampah tu.
cuba tanya.."buat overtime buleh duit ke buleh cuti?"

mpkb patut disiasat!!!!

Anonymous said...

takde asaslah tu

dia ni org umno sebenarnya..bila kes pmbk da tutup umno abis modal

so skrg dia atack mbkb plak

amende la mangkuk ni..nak bela kawan konon..

Anonymous said...

kalau bos2 mbkb tu mampu beli kete mewah..mampu pakai bmw, mecedez, takkan kita nak larang..

kalau dibeli guna duit gaji diaorang? apa masalahnya?

bukan dia curi duit pekerja angkut sampah

takkan ceo kena sama gaji ngan peketja bawah

kalau nak betulkan mbkb dari segi peraturan misalnya aku setuju, tpi takkan la sampai hidup peribadi dioarng termasuk duit simpanan diaorang kita nak pertikai? kita sape?

DurianKampung said...

Mohon maaf saudara TP tapi bukankah komen tu boleh dikategorikan sebagai surat layang? Atas dasar apa tuan rasa ia patut disiarkan? Ianya mungkin fitnah oleh pihak lain untuk menjatuhkan kerajaan negeri. Ianya tidak mustahil memandangkan serangan bertubi2 terhadap kerajaan negeri Kelantan sekarang ini, terutamanya selepas pengumuman pemberian wang ehsan baru2 ini. Kelantan kini menjadi lubuk emas yg ingin ditawan bagi memenuhkan kocek individu tertentu.

Lagipun, banyak surat layang seperti ini di mana - mana organisasi, terutamanya di agensi kerajaan. Tempat saya bekerja pun sering berlaku kes sebegini, bila ada pekerja yang tidak puas hati dengan pihak pengurusan.

Kesahihan kenyataan seperti ini boleh dikatakan 99% boleh dipertikaikan. Lainlah kalau individu tersebut tampil sendiri membuat pengakuan di sepan Tuan, mengemukakan nama, tandatangan & yg penting buat laporan kepada pihak yg berwajib. Selagi ini tidak berlaku, pada pandangan saya, tuan tidak patut terjebak dalam mengedarkannya kepada umum.

Itu pandangan saya. Wassalam.

Anonymous said...

TP..ko email kat mamat tu kata nak jumpa..mintak bukti dan identiti dirahsiakan

tpi awass..jgn disiar dlu..dapatkan maklumat dari bos mbkb termasuk takiyudin..then baru ko siarkan dua2

baru ada gaya karam singh tak walia haha

Topeng Berak Cilanat said...

si topeng berak laknat ni dah tak puas serang tok guru, hari tu serang menantu tok guru di pmbk..la ni serang mpkb pula

cilanat celaka punya topeng berak

Anonymous said...

aku amat setuju dengan pendedahan panas topeng perak ini.

Rintihan pekerja mpkb ini wajib diambil perhatian oleh tok guru dan exco berkaitan,lakukan "permbersihan TOTAL", "total cleansing"


dont play play wooo..nanti tumbang PAS di negeri kelantan..

Anonymous said...

Cuti sebagai ganti kerja lebihmasa adalah amalan biasa dalam kebanyakan perkhidmatan jika pekerja tersebut dibayar gaji bulanan (bukan berdasarkan hari).

Aduan pekerja MPKB-BRI ini jika ada asas seharusnya dibuat bersama2 pekerja-pekerja lain samada dalam kategori yg sama atau katerori lain dgn masalah yg sama. Walaupun tanpa Kesatuan Sekerja, kalau sesuatu perkara itu ada asasnya, tuntutan pekerja boleh diketengahkan.

Sekadar memberi pandangan berdasarkan pengalaman saya.

JebatTerror said...

ak rase baik siasat dulu mende ni. cam pelik jer ayat dia tuh. kejap mewakili kawan, kejap mewakili kami?..... bile dk pikir2 cam taktik terbaru nk hentam pas kelantan selepas x berjaya ngan isu PMBK. hmm...

yg komen sokong depa pun, guna nama anon... keje bdk2 karat umno kot. pe2 hal, kena siasat gk. p dptkan statement drpd kedua2 blah pihak scepat mungkit seblum dijadikan isu dlm utusan meloya..

Anonymous said...

cit, insan kecewa kununm Apa yang penting, den nampak si Topeng Berak ini adelah Balaci UMNO mamat ni kan geng baik si KICKDEFELLA

bukti : depa pi satu tongkang dalam ekspdisi cari minyak kelantan dulu.

dah la tu topeng berak, jangan nak sulitkan pikiran tok guru.

eden raso ekau ni bersubabat la dengan sheikh kickdefella tu

Anonymous said...

tak pe... orang mpkb buleh bayar hutang bank, hutang kedai ngan cuti lepas ni... bila claim cuti overtime tu... pegi tulung buat kerja kat bank... kat kedai... kehkehkeh...

kepada makhluk yang tak tau... ko percaya sangat ke pengarah ngan ahli majlis tu??? hahahah...

manusia sesak baru jumpa harta... macam sikudung yang dapat cincin...

Anonymous said...

dengar cerita ada yang dah kena panggil mengadap hari nih...

hahahha...

Anonymous said...

kesian pada rakyat marhaen kerja kuat nk jaga bandaraya islam.....tapi bos-bos sedap je....
Ada ahli majlis nampak sombong je...pakai merc sport selalu tuka kereta.....dan dengar khabar banyak bolot projek dgn MPKB....Betul ke ni atau fitnah jgk.....

Anonymous said...

apa2 pun siasat dulu.. betul ke tidak perkara2 yang disebut ni berlaku.. tu je..kalau tak betul, kira laknat la kat org yg cuba nak jatuhkan Kerajaan Pas kelantan dgn cara 'pukul curi' mcm ni... - Neo

Anonymous said...

Apa kena cek dulu kesahihan daripada kedua pihak.. pihak menuduh dan tertuduh.. Jika benar bongkar habis-habis.. jika sebaliknya kena beri peluang kepada yang dituduh bersihkan nama.
Ini baik kepada semua pengundi, sama ada kerajaan negeri atau pembangkang UMNO..Mereka akan buat pilihan pulak pada PRU 13 nanti.. right judjemental...

Anak Lenggong said...

lORRR...RUPANYA PERANGAI ORANG DIBAWAH SERAMBI MEKAH NI PUN PELAHAP JUGAK TAPI APA NAK HERAN MB DIA PUN SAMA JUGAK PELAHAPNYA CUMA BERTOPENGKAN KESEDERHANAAN CARA KEHIDUPAN SAHARIAN TETAPI DISEBALIKNYA...EHMM ANAK BERANAK DAN MENANTU..SAMA GAK LOBANYA...MULA KATA MENANTU TU YANG TERBAIK SAMPAI KENA GENG DARIPADA PUSAT PUJUK BARU LAA NAK SINGKIR MENANTU.."ADUUHHH PONING KPALA AMBO" KATA TOK LOBAI TU...

TAPI YANG PELIK NYA KENAPA BARU SEKARANG SI TP NI NAK DEDAHKAN...DULU PANDAI SANGAT TUTUP ...PUNCANYA SENANG JEE DAPAT UPAH LEBIH DARIPADA PAYUNG NYA..SIKUSAM TU...

pemburukayu said...

Habis PMBK timbul pulak MRI, pehhh banyak betul penyelewangan Pas Kelantan, ni kena ambik Albakistani jadi penyelamat, dia kan superhero skrg, tak akan topeng perak tak ada idea dia kan pemimpin agung dalam web yg penuh dengan strategi, mesti powerpunya idea dalam merencanakan strategi.

Anonymous said...

Bersihkan Pemerintahan PAS dari segala penyelewengan. Jangan biarkan mereka yg berkuasa menyalahkan kuasa bagi kepentingan segelintir pihak2 tertentu.

Jangan ada pemimpin PAS berjiwa UMNO dalam pemerintahan. Kami tidak HALALKAN perjuangan kami untuk ISLAM di salah gunakan oleh orang2 yang dilantik sebagai pemimpin UNTUK MEMPERKAYAKAN DIRI SENDIRI DAN KRONI.

HANCURKAN MEREKA.... AYOH KITA LAKUKAN REMORMASI DALAM PEMERINTAHAN PAS DI KELANTAN.

ALLAHUAKBAR3.....

Anonymous said...

pi sisasat dulu. pada ari tu bnyak btul hal PAS kt klantan. susah nk prcaya..lepas satu kes selesai satu kes timbul mcm dh dirancang pulak. plan A x jd pakai plan B dn seterusnye. dulu2 x de plak halnye sampai PAS boleh tawan 3 negeri. ape2 hal sblum nk kluarkan artikel tu sisat dulu kedua-dua pihak. baru pro. kalu dh tersalah kluar x ke naya. x pasal2 bersubahat ngan umno. poji oh poji.....

Anonymous said...

kepada bodoh-bodoh yang rasa pendedahan ini nak jatuhkan kerajaan negeri...

ni nak bagi tau... kerana perbuatan babi-babi yang ni lah menyebabkan pendedahan ini wujud... sampai bila nak simpan tengok saja???

orang tak tunggu barah peringkat akhir baru nak operet... tu cari mati dah tu...

pas terlampau ghairah amek orang-orang menyertai parti, dan terus diletakkan kat atas... padahal niat dan isi hati orang-orang ni belum lagi kita ketahui...

tidak ada dalam sejarah amnu amek orang lompat terus bagi duk atas... rais yatim pun amek masa nak naik balik... paklah terpaksa merayu... kuli... gurkha sampai mati... tamrin, roslan, ezam... mati dahhhhh...

Anonymous said...

dari yang aku dengar... esok sprm nak masuk mengadap...

kalut la malam ni nak sorok fail segala nih... hahahaha...

elok la... lenkali pikir yang bawah sama... jangan men taram je... ingat bapak ko punya ke???

Anonymous said...

kepada bodoh-bodoh jugak yang tak tahu... pengarah-pengarah mpkb nih... sorang dua je orang pas... yang lain adalah pesaka amnu dari zaman mat yaakob dulu ye... masih segar amnu, dan masih sayang amnu...

even ydp sebelum pru-12 hari tu pun bapak amnu... siap ugut nak buang orang pas yang lum confirm lagi kalau amnu menang di kelantan...

kalau bodoh... bertanya...

cuma yang ahli majlis ni... haaaa... tu orang pas lantik... harus kena siasat gak derang nih...

Morello69 said...

Kpd org2 UMNO BUTA KAYU,sila la dtg ke Kelantan tgk sekor2 Ahli Majlis,YDP,Tim YDP serta S/U MPKB-BRI maka korang akan tau sekor2 berlagak mengalahkan menteri pengang portfolio jer..padahal ape kerja pun xde cumer perabih duit cuti pintu rakyat k.bharu byr utk service tp diorang seleweng buat mkn angin selain yg tertera dlm blog TP akun nk tambah lagi skit spt Morocco n Turki,siap citer kat aku best layan penari gelek n memantat pompuan kat sana so aper cer skg? jgn main back up puak2 UMNgok n UG taik ni!!!

Anonymous said...

Ini bahlol mana pulak ni..

Mamat Drebar said...

Menarik nih... tahun lepas depa ahli-ahli majlis daerah dan kakitangan terpilih pulun sakan tengok punggung minah bergolek-golek kat Uzbekistan. Tahun sebelum tu ke China. Semua majlis daerah dalam Kelantan terlibat. Yang paling rakyat Kelantan kecewa ialah ahli majlis daerah dari lantikan politik PAS berjoli sakan semasa lawatan tersebut. Aku masih ingat lagi lawatan ke negeri China, ahli-ahli majlis daerah lantikan politik (ada jawatan di peringkat PAS Kawasan dan MTD) ditaja oleh ahli perniagaan, diberi sejumlah wang untuk berjoli di China. SPRM tak nak siasat ke?

Anonymous said...

HIDUP BN!!!