"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 09, 2009

Siapa Menolak Persepsi Adalah Primitif - Disambut Dengan Tepukan Gemuruh

Jelas dalam seminar tersebut, apabila perkataan ini diungkapkan oleh Dr Abu Hasan Hasbullah, maka mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin seminar. Berbanding dengan laungan takbir sewaktu Bakar Chik atau Mohd Adram atau Kamarulzaman berucap, hanya dua-tiga kerat sahaja yang menyahut. Assalamualaikum,

Signal mahukan perubahan kepada pimpinan parti adalah jelas dari para hadirin. Kalau dilihat dari penanya soalan yang anti kepada Aziz Bari, soalan2 tak lari dari meminta bukti sebagaimana dalam mahkamah. Padahal apa yang diungkapkan Aziz Bari adalah persepsi semata-mata. Persepsi tidak semestinya benar dan tidak semestinya salah, TAPI, persepsi akan menentukan siapa yang menang dalam pilihanraya dan siapa yang akan kalah. Oleh sebab itu persepsi harus dijaga dan dikawal supaya tidak merugikan PAS.

Yang lebih memberangsangkan adalah penanya2 negatif kepada Aziz Bari adalah rata-rata datang dari golongan Pemuda PAS yang masih belum matang dalam politik Sebab tu mereka cukup emotional dan tidak dapat mengawal perasaan serta emosi mereka. Jelas, mereka2 ini meletakkan kepentingan jawatan seseorang pemimpin lebih tinggi dari kepentingan parti.

Bagi saya, kalau ada kajian menunjukkan persepsi rakyat pada Tok Guru Nik Aziz negatif, maka saya akan usulkan Tok guru letak jawatan dan diganti. Ini kerana parti lagi penting dari pimpinan. Namun, persepsi rakyat pada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz adalah AMATTTT POSITIF. Ertinya menyokong Tok Guru adalah menyokong untuk kebaikan PAS.

Para pemuka2 Pemuda PAS masih tidak dapat membezakan antara mana yang lebih penting; pemimpin atau parti. Kajian yang dibuat oleh kedua2 professor ini adalah kajian ilmiyyah dan saintifik. Kalau tidak setuju, harus melawan dengan hujjah2 saintifik dan ilmiyyah juga. Bukan menyerang Dr Aziz Bari seterusnya menampakkan kejahilan masing2.

Saya mengalu-alukan saranan Ketua Pemuda PAS untuk bertemu semula dengan Professor Aziz Bari bagi menjernihkan lagi keadaan.

Mulanya Persepsi Negatif Terhadap PAS

Bagi saya persepsi negatif terhadap PAS bermula dari saat pecahnya berita PAS mengadakan rundingan dalam gelap dengan UMNO. Di kala itu, persepsi terhadap pimpinan PAS terutama yang dikaitkan dengan rundingan dalam gelap ini sudah jatuh.

Namun, rakyat masih memberi peluang kepada PAS untuk membetulkan keadaan. Tapi, selang masa berlalu PAS dilihat makin berani menyerang Pakatan Rakyat dalam berbagai isu terutama di Selangor. Dan PAS Pusat pula senyap sunyi tidak ambil apa2 tindakan pada Hasan Ali.

Kemuncaknya adalah pada PRK Bagan Pinang bila kawasan yang PAS menang dulu pun kita kalah balik.

Saya bersyukur kerana pembentangan kedua2 professor mendapat sokongan yang besar dikalangan perwakilan yang hadzir pada hari itu. Jelas, ahli dan perwakilan2 PAS mahukan perubahan.

Bagi saya, perlu diadakan EGM dengan kadar segera untuk melakukan perubahan yang diharapkan bagi menyelamatkan PAS.

Tulang Besi

17 comments:

Anonymous said...

kurang cerdik tulang besi

dan perisik rakyat...stop...

ape yang kamu nak?

kenapa nak api-apikan lagi hal ni???

ape yang kamu tak puas hati...

moga-moga Allah melaknat orang-orang suka buat fitnah...

moga-moga Allah ampun dosa kita..

Kota Bharu

Anonymous said...

Salam bro

Background putih font jgn ler kaler kuning bro..mana bleh nk bace sakit mata2...huhuhuhu!

Dh mcm blog Sya reformis..org tegur xnk ubah last2 naik menyampah dh nk masuk...

Berita best tp sakit mata nk baca jd x best gak..

huhuhuhu...my seposen

hangnadzalim said...

Allah SWT tidak akan meredhoai perjuangan pas.. bai'ah di jadikan pertaruhan politik

bai'ah sama seperti menagih najis dadah..menghancurkan keluarga,kesian isteri dan anak-anak

hahahahahahahhahahahahahahahahahahahaahaahaahaahaahaa

Anonymous said...

Tulang besi teruskan pandangan anda sehinggakan kesedaran menjelma.. biar pedih sekarang jangan pedih di medan PRU13

Anonymous said...

Teruskan hujah anda tulang besi.. biar pedih sekarang, jangan menangis di PRU 13

Liza said...

dah lama menyampah nak masuk, hari ni cuba ketuk pintu... bila baca kat atas ni baru ada mood balik... terima kasihlah kerana tiada lagi serang-menyerang antara blogger... tuliskan segala pandangan positif untuk kebaikan PAS... pendapat PAB amat bagus untuk kebaikan parti PAS dan perjuangan menuju PRU13... kalau betul Blogger memperjuangankan kebenaran, hormat untuk Blogger! jangan jadi Sang Kelembai punya Blogger!
Salut!!!

ikutkamu lah said...

kalau pemuda pas mesti tak matang yg matang cuma tulang besi, blog perisik rakyat kalau tidak mahu berubah Persepsi Negatif dari pembaca akan beralih angin, pembaca blog mula beranggap blog ini dah jadi blog tulang besi yg tak laku. sebelum persepsi negatif berlaku kepada blog ini TPU kena le bertindak membuang tulisan Tulang besi yg semakin memualkan. semakin galak mempromosi diri sendiri. Berubah sebelum rebah

RedWarriors said...

bodoh tulang besi..

yang ko dok tulis macam2 ni..

macam mana pesepsi orng atas pagar kt PAS??

makin dekat ke makin jauh??

ko yang sebenarnya yang kaki haprak..

bukan orang lain..dengan tulisan ko yang mengutuk dan mengkritik PAS secara berlebihan akan melahirkan persepsi negatif...

ko la yang melahirkan persepsi negatif sebenarnya...isu nya telah selesai...kenapa ko yang dok api2 kan lgi???

kalau niat ko tulis sebb ko nk menghancurkan dan ko senang melihat golongan atas pagar bercelaru dan akhirnya PAS kalah pru13, maka ko pun ad share jgk..jgn nafikan..

kenapa isu yang lebih penting...mcam royalti minyak kepada kelantan, PKFZ, rasuah, ko xleh nk bongkarkan??

kenapa ko hnya fokus kepada PAS???
bro, tulang besi...

dlu ak hormat dgn tulisan ko..tp sekarang, percaya la...orng UMNO dan BN semakin bersorak tgk tulisan ko...ko membuka ruang untuk umno menikam dan menyerang PAS...

dh la bro..lama2 ko dok melalak pasl ni, orng akn muak dn benci...

sbb ko menimbulkan persepsi yang negatif...kalao iya pom ingin menimbulkan persepsi, timbulkan la yang baik dan bernas...

PAS bukan parti politik semata2..PAS adalah gerakan ISLAM,

Anonymous said...

tulang besi nmpak hentam PAS sjk kekalahan di Bgn Pinang.tindakan sdr menceritakan klemahan PAS mngkin dr niat yg baik ttp sdr perlu sedar juga yg blog sdr dibaca oleh cina, Iban, Hindu, Bidayuh,Sikh dll.hentaman kpd ulamak2 ISlam dan pntadbiran PAS hanya mengundang persepsi negatif mrka kpd agama Islam dlm sedar tidak sedar.Sdr secara tidak langsung akan turut berdosa sekiranya apa2 berlaku dlm jemaah kita. Blog bukanlah tmpt sesuai utk mmbetulkn situasi pntadbiran Islam kita.Khuatir ada tikus akan belajar baiki labu.DLm islam juga, x boleh menceritakn kelemahan diri.
sya peminat setia blog sdr,(siap bookmark lg) dan layari hampir siang dan mlm.kini sya hmpir kecewa dgn tulisn2 sdr yg bg sya malu dibaca oleh bangsa/agama lain.
seburuk2 ulamak kita TGNA or TGHH, lbh elok mereka brbnding org PKR (x da ulamak pun)yg x da usaha pun pejuang agama Islam.
sdr sedarkah???sya tegur atas dasar silaturrahim dan fardu kifayah,agar blogger yg sya sygi ini x jauh dr landasan.

Mamat Drebar said...

Tepukan gemuruh tu bukan sifat orang PAS tapi perangai umno. Jd geng erdogan yg sokong dan tepuk tangan sokong Dr Abu tu berperangai umno yerk?

Anonymous said...

Saya sangat terkejut dengan pengakuan seorang YB Ahli Parlimen PAS yang mendedahkan kepada umum dan disiarkan dalam akhbar utama hari ini Sabtu 17 Zulqaedah 1430/ 07 Nov 2009 bahawa tiap calun wakil rakyat PAS dikenakan syarat bahawa mana-mana ahli yang dipilih menjadi calun bertanding mana-mana kerusi DUN atau Parlimen dikehendaki mengangkat bai'ah (sumpah setia) jika calun tersebut menang pilihanraya dan kemudiannya memilih meninggalkan PAS maka isterinya akan jatuh talak tiga. Beliau mendakwa dasar ini akan menjamin wakil rakyat PAS tidak akan melompat parti!

Saya sendiri telah mendapatkan pengesahan dan pengakuan daripada beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PAS yang membenarkan berita tersebut.

1. Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

2. Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci ALLAH! Dan kita jadikan perkara yang paling dibenci ALLAH ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah ta'at setia!

3. ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud.

4. Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian dan kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik.

5. Bagaimana pula dengan anak-anak yang turut akan menjadi mangsa.

6. Ianya sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran aqal dangkal semata-mata! -Baca Penuh di [Zulkifli Nordin]


TAHNIAH2..BERKAT FATWA TOK GURU, YB2 PAS BLEY PASANG 'SPARE-PART' TANPA WAS2. MCM LIRIK LAGU P. RAMLEE "KPD BINI TUA..I SYG PADA MU..KPD BINI MUDA, I SAY I LUV U"

KEHKEHKEHKEHKEH...YEHAAAAAAA!!!

TAKEBEER!!

TAKEBEER!!

TAKEBEER!!

TP AKU X YAKIN KOMEN AKU AKAN LEPAS SB MMG SAH KO DAH MENGELABAH BILE PAKATAN DH NAK REBAH KEHKEHKEHKEH

Pucuk Geti said...

background putih,font kaler kuning...sakit mata bro...

Anak Lenggong said...

Salah kah bila saorang ahli mengkritik dan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku didalam sesebuah pertubuhan...jangan lah pula mejadikan sebuah pertubuhan seperti harta sendiri dan saorang pemimpin tu terlalu suci..sepatutnya teguran yang betul itu diterima dan ditafsirkan kebenarannya dengan membuat pembaharuan..bukannya dengan memaki hamun orang yang menegur..orang menegur disebabkan rasa sayang...

Apa yang terjadi kat melayu pas bangang kat sini pada mereka pemimpin mereka tu terlalu suci dan tak boleh ditegur langsung...pieeraaahh selagi dinamakan manusia mereka tu sama sahaja dengan orang lain punya nafsu dan perasaan dengki...mereka juga inginkan kuasa dan kemewahan...kalau pandang perempuan tu terjojol gak bijik mata dan kalau berpeluang mereka pun akan buang ketayan untuk ngap sekali..

lurus said...

tulang besi yg x cerdik ke atau pemimpin PAS yg x cerdik dan amanah? TB bg pendapat dia dari ape yg dia lihat dan tmbah sikit2 kasi panas. so kalu pemimpin PAS atau ahli PAS xnak ini brlaku cubalah jd lebih cerdik dr sekarang....bab penyokong atas pagar mcm aku ni. aku suka lihat dan dngar dgn mata kepala sendiri dan aku yakin semua pengundi atas pagar mcm tu. kami semua bukan bodoh dan buta. kami x trmakan sngat ape yg bloger tulis tp buat keputusan dari ape yg kami nmpak. kalu nk kami sokong terus sendiri mau ingat lerr.....

Anonymous said...

Aku tetap sokong siapa saja dan organisasi mana pun...atas dasar IMAN, TAQWA dan KEBENARAN..bukan kah itu suruhan agama ISLAM..mungkin hamba Allah itu TAK beriman...tetapi zahirnya dia buat KEBENARAN kita kena sokong dan bantu..Allah tak tanya PARTI apa...

Masalah berbagai bangsa BACA blog ini..itulah peluang mereka membezakan mana PERANGAI MELAYU..walaupun PAS...mana perangai ISLAM...kenapa nak sembunyikan..nak jadi macam BN umngok jugak lah tu..

Teruskan blog ini...biar kita sesal dahulu...bergaduh dahulu...daripada sesal kemudian...berperang sesama sendiri kemudian...

ISLAMINDAH said...

TP,aku sokong apa yg kau tulis,aku mmg perasan ada yg tak kena ngan hasan ali sejak kebelakangan ini.Yalah duduk dlm satu rumah pastu cerita keburukan tuan rmh,CERITA KAT MUSUH LAK TU, APA GOMAnNYA?Pendapat aku bila dah mcm tu mesti ada sebab tersembunyi samada dia tak suka kat tuan rmh ataupun dia ada agenda sendiri.Nasihat aku kat sahabat2 berilah masa pada diri sendiri utk menilainya jgnlah kita menyokong membuta tuli demi kepentingan PAS.Aku rasa sedih Pas dlm keadaan mcm ni.Buat TP, cukuplah setakat hari ini kau menulis tentang Hasan Ali.Bongkar kisah lain lak.Aku percaya suatu hari nanti mereka akan sedar kesilapan mereka.DOAKU TAK PERNAH PUTUS AGAR PEMIMPIN2 DAN AHLI2 PAS TAK MUDAH LUPA DIRI.

Anonymous said...

Pas akan jadi hari ini dalam sejarah bila TGNA tiada lagi meminpin Pas, sebab yang lainnya dah jadi Asabiyyah celaka macam umno.