HINDRAF merupakan faktor kesedaran politik kaum India di negara ini. Pendekatan berkecuali HINDRAF dalam politik pada mulanya telah menyebabkan kaum India di negara ini amat mempercayai perjuangan tersebut, namun setelah Uthayakumar membentuk Human Rights Party (HRP), rata-rata kaum India di negara ini terasa dikhianati. Mereka sebenarnya ingin melihat HINDRAF dan Uthayakumar tidak terlibat dalam politik sebaliknya menjadi suara bebas.
Masih terdapat rakyat Malaysia yang percaya pada perjuangan 'kosong' Uthaya yang cuba mengalihkan sokongan HINDRAF untuk keuntungan politiknya peribadi Uthayakumar dan konco-konconya.
HINDRAF/HRP lebih berfungsi sebagai pengkritik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Daripada melakukan perkara ini, mereka seharusnya duduk semeja dan berbincang dengan kedua-dua pihak untuk kemajuan etnik India di Negara ini. Ini jelas menunjukkan bahawa HINDRAF/HRP lebih bertumpu untuk permainan politik, bukan untuk kemajuan etnik.
Krisis kepimpinan
Waythamoorthy, Uthayakumar, Kenghadaran, Manoharan, Ganapathirao dan Vasantha Kumar adalah pemimpin yang bekerja keras untuk membentuk HINDRAF. Mereka juga bertanggungjawab memimpin etnik India Malaysia berdemonstrasi menunjuk perasaan mereka terhadap kerajaan persekutuan pada 25 November 2007 yang lalu. Dan Selepas itu kerana bimbang kemungkinan dia akan ditangkap dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Waythamoorthy melarikan diri ke London, jadi lima pemimpin yang selebihnya ditahan di bawah akta tersebut.
Semasa dalam tahanan, kebenaran mula tersebar apabila Vasantha Kumar menyatakan Uthayakumar telah menyalahgunakan wang HINDRAF, sejak itu kepimpinan HINDRAF mulai berkecai dengan adanya pemimpin tamak sebegini. Krisis kepimpinan dalam HINDRAF makin parah apabila Vasantha Kumar dan Ganapathirao membentuk HINDRAF baru dengan membentuk pasukan lain. Mereka juga mendesak Waythamoorthy kembali ke Malaysia untuk menghadapi apa jua cabaran untuk membuktikan bahawa dia adalah pemimpin sejati.
Penyalahgunaan dana HINDRAF
Selepas Vasantha Kumar ketika dalam tahanan ISAnya mendedahkan tentang penyelewengan dana oleh Uthayakumar, V Ganapathirao pula menuduh abang Uthaya iaitu Waythamoorthy yang menggunakan wang HINDRAF untuk kegunaan peribadinya semasa di bawah perlindungan politik di London.
Jutaan Ringgiat yang diderma oleh masyarakat India ketika perhimpunan besar-besaran HINDRAF lesap begitu sahaja! Sehingga hari ini, Uthaya dan abangnya Waythamoorthy gagal untuk menjawab persoalan tentang isu ini. Dalam beberapa insiden yang lain, mereka menolak untuk memberikan komen apabila ditanya.
Perjuangan HINDRAF ‘digunapakai’ oleh Waythamoorthy, Uthayakumar, Thanenthiran dan Jeyathas untuk kepentingan politik peribadi
Hakikatnya HINDRAF dan Makkal Shakthi adalah milik rakyat. HINDRAF adalah rakyat dan rakyat adalah HINDRAF, namun kebanyakkan pemimpin telah ‘mengunapakai’ HINDRAF untuk kepentingan politik dan mereka juga menolak untuk mendengar suara rakyat secara keseluruhanya.
Waythamoorthy dan Uthayakumar mungkin telah merancang awal untuk 'mengumpul' duit ynag banyak menerusia penglibatan mereka dalam kancah politik. Tetapi masalah yang perlu dipertimbangkan adalah sokongan masyarakat, jadi mereka membuat keputusan untuk mengalihkan sokongan rakyat terhadap HINDRAF ke parti barunya. Kebenaran yang memalukan ini sememangnya sukar untuk dipercayai, tetapi cuba anda melihat kepada kenyataan akhbar yang dikelurkan oleh mereka, kesemuanya tertumpu untuk menyerang kerajaan dan pembangkang, bukanya untuk memperjuangkan janji-janji yang telah ditaburkan.
Thanenthiran adalah seorang lagi pengkhianat yang pada mulanya dipilih sebagai koordinator HINDRAF oleh Waythamoorthy telah membentuk parti politik lain untuk kepentingannya pula. Dia telah ‘menjual’ Makkal Shakthi’ kepada Najib semasa pembentukan Parti Makkal Shakthi. Dia juga menyuarakan sokongnya terhadap rejim yang kejam tersebut.
Sebahagian besar daripada kita masih berfikir bahawa mengapa Jeyathas juga tersenarai, tetapi dia tidaklah seburuk yang anda fikirkan. Saya kasihan terdap dia kerana menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Uthayakumar sejak beberapa tahun yang lalu. Pada hakikatnya, Uthayakumar menggunakan Jayathas untuk tujuan peribadi. Oleh kerana itu saya mengharapkan bahawa Jayathas menyedari bahawa dia juga disenarikan dalam kumpulan 'pengkhianat' kaum India di negara ini kerana menjdi pembantu Uthaya.
Janji-janji kosong
Uthaya berjanji tidak akan menjalankan demonstrasi jalalanan selepas ini walaupun apa yang terjadi, namun dia berbalik ke tabiat lamanya. Beliau telah menganjurkan beberapa siri protes yang berlainan untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Yang sebenarnya protes-protes tersebut adalah publisiti murahan untuk parti barunya.
Dalam pada itu, masyarakat India juga ingin tahu tentang ‘landmark plan’ yang dia kata bahawa beliau telah rangkakan semasa berada dalam tahanan ISA. Adakah ini lagi satu penipuan besar? Kita sama-sama tunggu dan lihat!
Politik perkauman
Parti Hak Asasi Manusia (HRP) dan HINDRAF menyumbang kepada pemecahan kaum India dalam arena politik perdana. Generasi muda harus menolak politik perkauman yang membawa kepada pemecahan antara kaum di negara ini. Kaum India di negar ini perlu meletakkan kepentangan negara Malaysia terlebih dahulu daripada hak minoriti.
MIC ditubuhkan pada tahun 1946, PPP dibentuk pada tahun 1953 diikuti oleh IPF, MIUP, Mindraf dan MMSP, dan akhirnya HINDRAF muncul sebagai Huma Rights Party. Jadi apa yang membezakan MIC dan HINDRAF/HRP? Kesemunya memperjuangkan politik perkauman dan tidak salah jika kita melabelkan mereka sebagai ‘racist’.
Marilah kita berganding bahu membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama dengan menolak politik perkauman. Warga miskin dan kaum minoriti akan mendapat perhatian yang samarata jika politik perkauman dihapuskan.
:BANGSA MALAYSIA
10 comments:
Siapa yang bodoh??
perjuangan suci HINDRAF dicemari oleh kekotoran pemimpinnya!
UMNO/HINDRAF adalah dari species yang sama.. tapi jgnlah kita cepat menghukum.. kenapa parti semacam ini boleh wujud.. ini kerana kita masih memikirkan Malaysia adalah negara untuk orang melayu, begitu juga orang Cina dan India.. masing-masing memperjuangkan kepentingan bangsa sendiri. bukannya bangsa Malaysia.
Jangan dipedulikan parti orang lain yang tidak memberi apa-apa kebaikan kepada kita.
Lebih-lebih lagi parti orang hitam itu. Mereka seperti lalang, sekejap kekiri sekejap kekanan mengikut alunan angin bertiup.
Biarkan mereka bermasaalah. Banyak masaalah lagi baik. Biarkan kehadiran mereka dalam arena politik tanah air tidak dapat digunakan oleh mana-mana pihak.
Jika tidak UMNO akan mengambil kesempatan melalui rasuahnya untuk menjadi Hindraf sebagai biawak hidup dalam pakatan rakyat.
Malaysia penuh dengan politik perkauman sejak sebelum merdeka, kalau hendak mengubah keadaan ini, ia mengambil masa yang agak lama..
biarlah pembaharuan bermula drpd kita!
MACHA!
HINDRAF SUDAH FUCK SAMA LU
anak bugis haram! mana boleh kau samakan UMNO dengan Hindraf?
TP Sila ambil perhatian kepada komen saya ini.
Tok Guru kita maklum adalah ikon PR.
UMNO/BN berpendapat.Dengan menjatuhkan Tok Guru.Maka jatuhlah PR.
Sebab itu kita lihat tahun ini
Tok Guru sentiasa dihentam atas depan belakang bawah.
Jadi kita hendaklah kukuhkan sokongan kita pada tok guru.meminta beliau supaya 'slow' sedikit dan kita hujankan UMNO/BN dengan isu supaya mereka pula yang menjadi defensif sambil2 itu kita jernihkan persepsi masyarakat terhadap pimpinan kita iaitu TG abdul hadi dan TG nik aziz.
Saya bukan pro husam,pro nasa,pro mustafa ali,pro tg nik aziz,
tapi saya bercakap demi kepentingan perjuangan ISLAM di Malaysia.
tok guru juga menjadi sanjungan kepada bukan Islam di negara ini..
sifat peramah dan berjiwa rakyat menjadikannya senang didekati oleh rakyat..
saya mendoakan beliau supaya selalu sihat sejahtera..
kita perlukan ramai pemimpin seperti Tok Guru Nik Aziz untuk memmimpin kita
tiada pemimpin yang boleh menandingi TGNA
Post a Comment