"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 12, 2009

Zul Kulim: Ahli Parlimen Berperangai "Anak-Anak"...

Dalam Konvensyen KeADILaN Pulau Pinang, DSAI telah menunjukkan ketegasan, siapa pemimpin yang malas, khususnya yang tak nak hormat dan ikut dasar parti, sila keluar dari parti!!!

Tidak ada yang pelik. ketegasan ini memang sudah disebut beberapa kali oleh DSAI dalam mesyuarat MPT. Namun kali ini mungkin sebagai signal keras ia disebut secara umum.

Kemudian Naib Presiden KeADILaN, YB Sivarasa Rasiah memperakui kenyataan tersebut dan 'mengkenenkan' kenyataan tersebut kepada YB Zul Nordin yang memang seringkali kontra dengan kenyataan parti. Dalam banyak hal dia secara sengaja mengeluarkan komen agar disiar media dengan komen yang bercanggah dan sering kali pula bersama dengan kenyataan pemimpin dan kelihatan seolah mendokong tindakan UMNO/Beer eNd.

Respon dari kenyataan tersebut, beliau mencabar Sivarasa supaya meletak jawatan sebagai Naib Presiden dan kemudian bertanding 1 lawan 1 dengan dia...

Kepada Zul Nordin ingatlah kenyataan pada media hendaklah difikirkan dulu bukan macam ayat ceramah. Perlembagaan parti tidak membenarkan perkara tersebut berlaku. sila klik sini.

Menurutnya yang disiarkan malaysiakini, menyatakan kononya itu akan jadi cara beliau membuktikan bahawa ahli parti menyokong beliau.

Kepada Zul Nordin ingatlah, kemenangan kamu di Kulim itu pun bukan kemenangan peribadi... Ingat tak kamu yang kamu membawa manifesto parti, 5 janji Anwar dan malah DSAI sendiri turun ke Kulim untuk memastikan kemenangan kamu. Kamu menang dengan janji DSAI. Maka kalau DSAI pun kamu tak hormat dan kamu nak buat 'otak' sendiri... maka kamu yang harus letak jawatan sebagai Ahli Parlimen!!!

Sudahlah... tumpu buat kerja dan jangan asyik nak mengarut dengan kenyataan yang sengaja menyonsang kenyataan dalam parti, sebabnya orang bukan bosan dengan kamu sahaja nanti. Orang ramai akan tengok kamu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, maka kalau asyik merapu orang akan salahkan Pakatan Rakyat...

Sumber - Che'gu Bard

6 comments:

lana buli said...

Zul melakukan sesuatu yg amat baik malah menepati janji pakatan agar hak demokrasi tulen dikembalikan..kalau nak bersuara ttg parti pun tk boleh ,demokrasi apa kejadah nie..kata pakatan bersikap terbuka..seburuk dap pun ,mereka tak mcm nie

amenoKepalaBhuto said...

zul ni memang haram jadah. barua mcm hasan ali + ezam noor jugak. perosak parti dari dalam. mampusla cepat2...takpun keluar masuk ameno seberapa segera

broooo... said...

sokong YB Zul.

ini baru Demokrasi.. org macam ni amat perlu dlm parti.

jgn jadi "yes man" saja macam dlm umngok tu...

yoto khir said...

Zul...next round out you go.....temberang dah pecah...baik Zul masuk Umno, sekurang-kurangnya ada projek bagi kat hang selagi anda masih seorang ahli Parlimen.

Zul, Umno mengalu-alukan keahlian anda...

pakmalu said...

salam.
Si Zul baling cerok bemban nei ...nak cari publisiti murahan...betelor sebiji riuh satu pekan baling...

Shopping Corner said...

Haha same2 b0ng0k pas ngn pkr. Parti yg brt0pengkn agama.k0rg yg akan mas0k neraka dlu. Sembah dap tu sampai mamp0s.semua sama.hai mmg kapiaq k0rg ni.hahaha. Take beer!! 3x