"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 12, 2009

Baiah Dalam Politik...

Bila tidak faham apa itu ISLAM, maka ramai yang mengasingkan Islam dari kehidupan seharian. Islam itu hanya amal ibadat. Selain daripada itu urus jual beli,undang-undang, mencari rezeki sehinggalah politik ia terasing dari Islam.

Ada yang berpendapat Islam bersih, politik itu kotor. Teringat kepada Almarhum Fathi Yakan yang pernah menimbulkan kontroversi berkaitan penglibatan gerakan Islam dalam pilihanraya. Satu ketika dahulu beliau tidak bersetuju menyertai pilihanraya, kerana ia merupakan perkara yang baru dan tidak pernah berlaku di zaman baginda Rasullah SAW. Namun setelah setelah sering gagal untuk menyatakan Islam kepada pemerintah, beliau akhirnya akur pilihanraya adalah satu-satunya wadah penting yang dapat menguasai negara dengan Islam jika menang.

Begitu juga di Malaysia, suatu ketika dahulu ramai golongan agama menolak penyertaan dalam pilihanraya. Ramai ulama dan golongan agama menaruh harapan pada UMNO mudah-mudahan Islam terbela di Malaysia. Tapi selepas Sdr Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan, ramai ulama dan golongan agama bersuara. Antaranya Ust Harun Din,Ust Ismail Kamus, Almarhum Ust Ishak Baharom, Ust Taib Azamuddin dan ramai lagi.Mereka memilih PAS wadah perjuangan untuk menegakkan Islam di Malaysia.

Inilah nilai politik dalam gerakan Islam. Bukan sekadar kuasa,tetapi ada tanggungjawab yang lebih BESAR kepada Allah.

Tapi mutakhir ini timbul isu bai'ah dalam PAS. Sesiapa yang menjadi ahli PAS sepatutnya faham kenapa mereka memilih PAS. PAS adalah satu wadah perjuangan dalam Islam. Bagi menjaga AMANAH kemenangan kurniaan Allah ini tidak mustahil perlunya bai'ah. Jika tidak berani berbai'ah JANGAN JADI CALON PAS!. Walaupun TG Nik Aziz menafikan wujudnya bai'ah dalam PAS,sebenarnya bai'ah cerai bukanlah perkara baru dalam gerakan Islam.

Mujahidah yang sentiasa harum namanya di bibir pencinta gerakan Islam, Almarhumah Zainab Al-Ghazali al-Jubaili pernah melontarkan untaian mutiara kata kepada para calon suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting, namun ia tidak lagi sepenting itu lagi jika ia bertembung dan menyimpang dari tujuan dakwah yang menuntut janji demi sebuah perjanjian Rabbani yang abadi.

"...Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada berumur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku..."

Inilah bai'ah Zainab Al-Ghazali. Hatta jika ada halangan dalam berdakwah pun sanggup diputuskan ikatan perkahwinan ini. Apatah lagi jika KHIANAT dalam perjuangan Islam, para muslimah isteri calon PAS sepatutnya mencontohi tauladan yang ditunjukkan oleh Zainab Al-Ghazali ini.

Tauladan inilah yang dicontohi Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd. Salleh dengan mengeluarkan kenyataan -
  • "Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. "Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," .
Semoga Muslimat PAS mendapat keredhaan Allah dan tergolong dengan mujahidah gerakan-gerakan Islam yang sebelumnya.

25 comments:

Anonymous said...

tuan punya blog langsung tidak berani bercerita tentang isu PMBK,husam,kickdefella dan tajaan nik aziz ke mekah. apa lah, tak demokasi langsung

abroad technology taja nik aziz ke mekah

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/11/nizar-kkk-nik-aziz-terima-rasuah-dari.html

Anonymous said...

kalau aku ni banyak duit, kontraktor atau tokey besar, aku pon nak ajak nik aziz g mekah sama2

ambil berkat beb, sambil boleh kutip ilmu terus dengan dia, aku caya ramai yang nak buat camtu tanpa harap balasan

takkan la pak mat pkebun getah kumpul duit semta-mata nak hantar nik aziz g haji. baik la dia g sendiri. so dosebabkan org bnyka duit la yang g haji ngan nik aziz n sedkah skali

diaorang tak mintak balasan pon

kurang2nya tu lbh baik dari g haji ngan najib, perghh ramai aku engar g haji or umrah ngan najib balik terus dapat projek beb

Darth Anwar said...

Jelas penulis blog ni pun dah kalut, terkapai-kapai dan teraba-rada cuba menjawab dan menghalalkan bai'ah sesat yang dibuat atas alasan yang diada-adakan: memerangi politik wang? TENGKORAK kau!!!

Tak dak cara lain ke?

Sempit sangatkah dunia ni sampai anak dan isteri yang pertama-tama dijadikan galang ganti utk menyelamatkan politik PAS?

Bukankah suami itu tanggungjawapnya melindungi anak-anak dan isteri? Skrg dgn PAS nampaknya anak-anak dan isteri adalah barang dagangan front line sebelum barang lain dipertaruhkan. Hilang anak-anak dan isteri dulu sebelum hilang wang. Inilah politik wang yang paling keji.

Anonymous said...

Kalau 'Baiah' yang dilakukan oleh parti PAS terhadap ahli dan pemimpin nya mendatangkan kebaikan parti itu sendiri.. teruskan saja tindakan itu.

Kenapa mesti melalut melayan kerenah orang-orang UMNO dengan Baiah...? Peduli apa mereka nak kata atau nak buat persepsi tentang baiah.

Pekara yang lebih utama adalah menjaga perangai pemimpin yang dicalonkan sebagai wakil rakyat agar tidak terpengaruh dengan permainan orang-orang UMNO dengan rasuah.

Tutup saja perbicaraan baiah ini sebagaimana UMNO menutup kes video lingam. Jangan persoalkan lagi baiah ini seperti mana UMNO tidak mahu mempersoalkan isu PKFZ.

Jika anda semua masih mengungkit isu baiah ini bermakna anda sebagai penulis memang bangang.

Selesaikan masaalah yang ditimbulkan oleh mustaffa ali dengan kuncu-kuncunya dalam parti. Demi masa depan parti orang ini mesti dipantau jika perlu cantas mereka sebelum hasad dengkinya menjadi lebih parah lagi.

golokperak said...

bab baiah ni semua orang islam buat. Masa akad nikah dah ada baiah.Puak umgok memang ngok ,dia orang tak tau apa yg dia kata.Sepatutnya umngok pi serang pejabat kadi dulu.

wakmeli said...

hanya org2 yg memahami perjuangan islam shj sggup bebaai'ah. perjuangan pas dalam cita2 nak melaksanakan negara syariah sepatutnya disokong oleh semua rakyat melayu islam. tapi masalahnya melayu ala2 'munafik' dah memerintah lama dan meracuni pemikiran rakyat dgn kekuatan media massa dan elektronik membuatkan ramai yg menolak perjuangan pas terutamanya golongan yg tidak mengamalkan carahidup islam. ini masalah yg menjadi tembok halangan perjuangan islam tapi isyaAllah perjuangan suci ini tiada penghujungnya walaupun terpaksa berkorban harta dan jiwa sekalipun...
dlam komen2 blog ni kita boleh nilaikan kata2 orang yg jahiliah dan munafik yg membenci perjuangan pas dengan mengatakan pas hanya parti politik yg gila kuasa dan tak layak mengepalai negara serta usaha2 mengeji dilakukan. mungkin drp cybertrooper yg ditaja atau masalah diracuni minda sejak kecil oleh media2 utama dalam negara...

Anonymous said...

setara ni je ilmu agama golokperak????

bai'ah utk perkahwinan dgn bai'ah utk tujuan politik 2 perkara berbeza saudara...lain kali jangan tunjukkan kebodohan yg mmg dah bodoh tu kalu xth...

kl betul pemimpin hamPAS ni ikhlas berjuang atas nama islam,xakn timbulnya masalah bai'ah ni...tu menunjukkan yg pemimpin hamPAS ni jenis2 haprak,mata duitan,berpolitik menggunakan agama islam semata2 nak raih undi....

kl hamPAS ckp bai'ah dibuat sebab takut wakil rakyat hamPAS dibeli oleh org UMNO tu menunjukkan bahawa mmg betul dan jelas wakil hamPAS hanya mempergunakkan islam utk tujuan politik......kl betul niat kerana islam xakn timbul nak lompat2 parti ni...

Tinta Hitam said...

Saya kurang setuju cara bai'ah macam tu.Cukuplah ketakutan kepada Allah darqsa tanggungjawab kepada rakyat menjadi halangan kepada mana mana wakil rakyat PAS dari belot.

Kalau dia nak belot pada UMNO maknanya dia rasuh.Org korup ni jgn lah disimpan.Kalu disimpan ianya adalah ibarat kanser yg akan merebak kepada semua orang.UMNO yan gmemancing wakil wakil PAS atau PR begitu secara tak langsung membersihkan PAS dan PR.Nampak rugi tapi kita untung kemudian..

Baiah talak 3 ni adalah kebudak budakan dan tak matang

broooo... said...

org2 rejim umngok ni faham ke makna bai'ah tu???

sedangkan SEDEKAH & rasuah pun tak dapat nak dibezakan, inikan pulak bai'ah yang jarang2 kita diperkatakan.

dalam kontak penajaan TGNA ke Tanah Suci Mekah, kita perlu melihatnya dalam kontak ibadah & amal jariah.
kepada cybertrooper rejim umno, tolong lah jangan diputarbelitkan isu ini.
menghantar para Alim Ulamak, Guru2 Agama @ fakir miskin ke Mekah adalah amalan baik yang dianjurkan untuk kita menambah Sham Amal Jariah untuk akhirat. jangan lah benda baik macam ni pun nak dijadikan isu murahan politik.

cukuplah rejim umno memper"bodoh"kan org melayu di Malaysia ini, jangan lah org2 ISLAM pulak nak diperbodohkan juga.

jepah said...

maaf cakap, bab nik aziz pergi ke mekah dengan tajaan orang, ambo kughe bekene. sebab, nik aziz pemimpin, dan benda2 mcm ni boleh menimbulkan fitnah orang2 y b'hati busuk. kalau buleh, tuk guru sepatut elak benda2 mcm ni. byk buku2 pasal pemimpin zaman khulafa ar rashidin tolak pemberian org sebab nk elak fitnah. tapi mungkin tuk guru ada sebab. saya xnk sebab bnda kecil mcm ni kita sampai mempersenda ulamak, pewaris nabi.

bab baiah, klu aku la, bukan stakat baiah bini, baiah nyawa pn aku sanggup. tgok lah contoh para sahabat. apa2 pn, tuk guru kato dh xdok baiah tu.. tutup kes...

Anonymous said...

broo ataih,.

ada beza hanta tok guru agama dgn hanto MB

org yg menaja saja tahu niatnya

cuma utk mengelak fitnah,.MB semoleknya tolak tajaan tu dgn lembut

utk penaja,. buktikan dia iklas dgn tiada hubungan dgn kerajaan negeri,..cth :- tidak cuba memenangi apa2 kontrak

Anonymous said...

Terdapat pebezaan yg besar antara bai'ah mempertahankan islam dgn mempertahankan parti.

Amat sedih dan memalukan apabila sebuah parti politik yg mendakwa memperjuangkan islam tetapi memain-mainkan ISLAM.

Andai PAS mendakwa meninggalkan parti politik PAS itu bermakna meninggalkan islam (dgn kata lain kluar parti=kluar islam) maka tidak diperlukan bai'ah krn dgn sendirinya ikatan perkahwinan itu terlerai sebaik sahaja mereka melafazkan kluar parti.

Anonymous said...

tuan punya blog bukan cerdik sgt pun. dia bukannya pandai menulis dgn baik. dia pandai copy paste ja

buat rugi ja husam dan khalid samad pelihara tuan blog ni. akhirnya kedua-dua mereka kalah dlm pemilihan pas ari tu.

kaki ganja bukannya cerdik sgt. dah berpuluh ribu tibai duit atas nama blog,tapi buat 'berganja'

porahhhh topeng perak

lurus said...

orang umno memang x setuju dgn baiiah ni sbb diaorang xsyang agama pun. agama hnya ritual bg mereka bukan perjuangan mcm yg ditunjukkan oleh keluarga dr calon2 PAS. benda ni pun dihebh2kan sbb depa ni takut manusia lbih pntingkan agama dr duniawi.ini lah cara yahudi dan nasrani menyerang kita. umno adelah lidah dn tangan yahudi di malaysia. teruskan perjuangan whai pejuang islam. PAS adelah platform perjuangan kita. tanpa politik apelah erti perjuangan. tahniah utk isteri2 pemimpin PAS yg rela diceraikan dr membiarkan suami anda melupakan agama dn mementingkan harta. tahniah sekali lg.

Anonymous said...

anon 9.38. PAS adelah platform perjuangan Islam. bila pari ini tidak lg berjuang utk islam. wajib kita tinggal kan dan terbatal ler baiiah tu. jgn pening2 palo otak. setiap perjuangan mesti ade platform bila platform x relevan buat kita nk ikut lg ye x?

Anonymous said...

anon 10.57 adelah joostspring. dia sedang membuat fitnah. hati2....

Anonymous said...

TB/PR

kalau la org umno yg buat bai'ah ni..agak2nya ape reaksi TB/PR ..mesti letih tangan naip keyboard duk kutuk org umno..

bkn TB/PR saje yg akn kutuk,malah pembangkang seantero malaysia akan menyalak,berterpik,melauang kutuk umno sbb jahil..bila dah kena btg hidung sendri bkn main silat dan tai chi...sehingga ke hari ni puak2pas xjumpa pun lg nas atau dalil yg membolehkan bai'ah utk tujuan politik..semua hanya ber retorik kosong semata2 nak tutup kelemahan..

TB/PR..ni ambo petik dari abe meli kapak jangak
-----------------------------------
""Bagaimanapun kalau tidak silap saya Rasulullah s.a.w. ada menyoal seoang pembesar pada zaman baginda yang mahu diberikan suatu sumbangan. Bila ditanya Rasulullah s.a.w, baginda bertanya apakah kalau si pembesar tadi bukan seorang pembesar, dia akan diberikan sumbangan atau hadiah.

Kalau bukan sebagai pembesar, maka sumbangan/hadiah itu tidak akan diberikan, maka bila diberikan sumbangan/hadiah, lebih baik jangan diambil/jangan diterima. Pakar hadis tentu tahu ceritanya dan mohon betulkan saya jika saya silap.""
-----------------------------------

ni kan pulak org yg taja nik aziz tu memang ada kepentingan dgn tok guru...byk syak wasangka yg akn timbul dan boleh diragui..tapi ble tok guru yg buat semua dihalalkan dan dipandang sebelah mata....


TB/PR

dulu tok guru sibuk duk canang yg org UMNO ni amalkan kronisme..tp ble tok guru sendri yg amalkan kronisme tubik pulak dalil dan nas dr tok guru menyatakan zaman nabi dan khalifah dulu pun ada amalan kronisme....(ada jgk stgah2 org duk bunyi bhwa wlpn nik aziz amalkan kronisme tp xsrupo dgn org BN..padahal yg duk oyt tu tahu ke tak cerita pasal arif fahmi pun kawe xth)

kalau pasal tok guru je mesti xdak wat salah..betul blako tok guru buat..pelik jugak ambo nih,setahu ambo nabi jah yg maksum ni..maknanye gak, xmustahil la kl tok guru bleh buat silap...

TB/PR...

ni kawe nak tanya demo...

kl sampai ke tahap pemikran org2 pas hardcore ni bhwa selipar tok guru tu boleh we berkat lagu mana cerita eh????
zaman nabi dan khalifah dulu ada ke stail lagu ni???
kalau ada gak sy bersyukur la sbb ikut ajaran sunnah nabi lagi..
kl xdok gak kelas2 parok dah ni palo otak puak2pas yg mikir sampi setara tu..

Anonymous said...

TGNA jugak manusia dn x maksum. bab g haji tu niat pmberi mngkin ikhlas tp ade org yg memandang negetif. itu ler ksalahan TGNA. bab selipar tu lbih pada individu. bnyak bnda khurafat dlm malaysia ni. cthnye kt negeri aku melaka. ko cuba tnye org melaka ramai pak2 lebai yg percaya akan keramat yg ade kt sana dan mereka tu ade juge org umno so itu bukan isu PAS ke Umno ke tp individu. bab baiiah tu org umno brani ker nk cerai isteri kalu kluar dr perjuangan perkauman dia??? arif fahmi punyer hal biar SPRM settlekan kalu dia salah tetap salah kalu x, mcamana? ko nk bnding kronisme dlm umno dgn PAS. dlm umno kroni adelah penting kalu x kene pulau. so mesti bg walaupun x layak janji dpt sokongan tp dlm hal arif fahmi dia dilantik secara terbuka bkan kt kdai kopi atau beranda rumah mcm umno buat.-aku bukan TB/PR-

Anonymous said...

anom 2.35

cara anda jawab tu hanya nak menegakkan benang yg basah sahaja..

hurm..

kentut nik aziz ambo rase kl jual kedai laku..maklumla..nak ambik berkat kan..xdapat selipar kentut pun jadi la..

Anonymous said...

anon 2.45. yg benar memang pahit di terima tp itu tetap kebenaran...mcmana lg yg ko nak? aku sokong TGNA ade buat silap tentang g haji dan kebejatan yg berlaku dlm kaum melayu tntang kurafat keramat kt melaka yg ramai pak2 lebai percaya. dan juga cara pemilihan jawatan dan projek antara PAS dan Umno. aku bukan ahli parti tp aku rakyat malaysia yg sentiasa memerhati gelagat ahli2 dan pemimpin parti.

broooo... said...

terkini!

mengambil seranan ramai & supaya tak menimbulkan fitnah TGNA telah pun menolak tajaan haji tersebut...

puashati lah puak2 rejim umngok semua... berjaya mengagalkan usaha seorang Muslim untuk ke Tanah Suci!

Anonymous said...

anon 2.45 adelah joostspring.dia dh x brani pakai nama dia lg sbb bacul. ingat joostspring nii adelah lidah dan tangan yahudi kt malaysia. hati2 dgn fitnah dia. lpas pembatalan haji oleh TGNA joostspring akan mencipta satu lag fitnah. hati2...

Anonymous said...

mmg aku joostspring..

bkn aku xbrani guna nama ttp TB/PR remove komen aku!!!!!

anom 3.40

bgs r kl anda bleh fikir...

Anonymous said...

apa nie ckap macm orng xda iman dan tauhid ka ?????? dalam baiah Zainab Al-Ghazali al-Jubaili xda kata pun marilah berbaiah talak 3 dgn isteri 2 anda untuk berjuang ke jalan allah.......jgn la nak putar belit fakta yg x betul........baiah mcm nie xda pun dalam islam.....pemimpin Pas sendiri pun ckp ari nie baiah mcm tu x betul dan salah dalam islam......cuba la buktikan ada tak zaman rasulullah dulu berbaiah cerai talak 3 utk berjuang mempertahankan kalimah suci allah......yang ada cuma sanggup berjuang bermati2an dalam menegakkan kalimah suci allah dimuka bumi nie.......jgn nak jd orang alim jahil yg nak memutar belit ikut tafsiran sendiri brader........islam itu shumul......semua yang baik tentang islam....islam itu cara hidup yang sempurna.....jgan la nak mencemarkan islam yg lengkap selengkapnya nie dgn tafsiran mengarut nie......rasulullah pernah berkata diantara yg halal dan haram ada was2......diantaranya itu hampir kepada haram...maka tinggalkan la yang haram ambil yg halal.......dah tau cerai adalah perkara yg sangat dibenci allah buat apa nak main2 dgn perkataan 2......baik jgn main2 dari suka bermain2 dan memutar belit hingga orang islam sendiri keliru..........

Anonymous said...

hai joostspring aku harap ko pun boleh brpikir dgn waras...wasalam