"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 07, 2009

Dr Mahathir kata UMNO Sudah Busuk Sampai Ke Usus. Visi Husam Musa Tepat

Sedar atau tidak bahawa pernyataan Dr Mahathir itu sebenarnya membuktikan visi yang diutarakan oleh Dato' Husam Musa sewaktu pemilihan PAS pada May 2009 baru2 ini? Dr Mahathir dilaporkan berkata, keadaan UMNO ini adalah “rotten to the core” atau yang telah diterjemahkan kepada “busuk sehingga ke usus”.

Sebenarnya, terjemahan itu tidak tepat. “Rotten to the Core” mengambil sempena buah epal. Di bahagian tengah epal itu dipanggil sebagai “core” yakni bahagian paling dalam. Apabila epal itu sudah busuk sehingga ke “core” epal tersebut (yakni dalam epal) bermakna epal itu sudah tidak berguna lagi dan harus dibuang. Sekiranya busuk tersebut hanya diisi luar sahaja, maka busuk itu boleh dikerat buang dan bahagian lain masih boleh diselamatkan.

Ertinya Dr Mahathir menyatakan bahawa UMNO sudah tidak dapat diselamatkan lagi dan harus dibuang atau diganti baru. Busuknya umpama buah epal yang sudah busuk sehingga ke bahagian dalam. Ertinya tiada lagi bahagian-bahagian dalam UMNO yang boleh diselamatkan dan keseluruhan UMNO harus dibuang di dalam longkang.

Sesuai Dengan Visi Husam Musa

Sebelum pemilihan PAS 2009, Dato' Husam pernah berkata bahawa visi beliau sekiranya berjaya memegang jawatan Timbalan Presiden adalah untuk memastikan PAS menjadi pengganti kepada UMNO dan bukan rakan kepada UMNO.

Visi Dato' Husam disokong oleh kenyataan Dr Mahathir ini. Ertinya, benar kata Dato' Husam bahawa UMNO sudah tidak dapat diselamatkan lagi, justeru, harus diganti oleh PAS.

Dato' Husam dilaporkan berkata :
(Terjemahan : Timbalan Presiden sekarang nampaknya mempunyai hubungan yang rapat dengan kepimpinan UMNO dan tidak fokus kepada usaha membuat parti kita (PAS) sebagai parti yang utama. Saya mahu memberhentikan segala aktiviti yang sangat-sangat merosakkan usaha ke arah menggantikan UMNO dengan PAS. Saya merasakan masa saya dalam PAS dibazirkan sekiranya PAS hanya mahu menjadi sebagai “sampingan” kepada UMNO sahaja.)

Justifikasi Dato' Husam itu jelas kerana Dr. Mahathir sendiri sudah “give up” dengan UMNO. Mengapa harus ada kepimpinan2 PAS yang mahu membantu UMNO dengan memberi nafas kedua kepada mereka?

Usaha Berselingkuh Dengan UMNO Berjalan Semenjak Selepas PRU 2008

Benar saudara-saudara sekelian. Tanpa sebab yang konkrit mahupun asas yang kukuh, mereka telah mengambil keputusan untuk duduk dan berbincang dalam gelap dengan UMNO? Silakan mendengar penjelasan dari Nasa sendiri di bawah :
Tiada bukti pun DAP dan PKR anti kepada Islam mahupun orang Melayu dan Islam. Malahan, baru-baru ini, Lim Guan Eng telah meluluskan peruntukan kepada para Huffaz Al Quran. Juga, di bawah “DAP”, dakwah Islamiyyah di Selangor menjadi cukup hebat dan cukup luas tidak seperti sewaktu di bawah UMNO dahulu.

Jadi, apa perlunya PAS berusaha berbaik dengan UMNO? Apa yang PAS boleh dapat dari berbaik dengan UMNO?

Muzakarah dan Kerajaan Perpaduan adalah alasan yang jelas mahu membawa PAS rapat dengan UMNO. Sedangkan keputusan muktamar adalah supaya kita merapatkan saf dan hubungan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Sedihnya ahli-ahli PAS seluruh Malaysia sedang digunakan sumber dan sokongan mereka untuk menguatkan kembali UMNO oleh Fraksi UMNO yang sedang menguasai PAS.

Kalau Dr Mahathir sudah give up dengan UMNO, mengapa masih ada kepimpinan PAS yang menaruh harapan pada UMNO? Pelik bin ajaib

Tulang Besi

20 comments:

Liza said...

mereka yang nak bekerjasama dgn "BANGKAI" tu adalah mereka2 yang tamak dan nak jawatan dunia. Mereka2 tak yakin janji2 Allah mengenai hari akhirat. Mereka2 itu berangan-angan sendirian atas tilam empuk untuk duduk atas kerusi empuk pemerintahan tanpa memikirkan nasib rakyat bawahan. Mereka memikirkan jalan pintas untuk berada ditampuk pemerintahan tanpa bersusah payah seperti Pemimpin jati yang naik dari zaman pembersihan lalang, menahan diri dari ISA, mengorbankan masa, tenaga dan keluarga untuk sama-sama berjuang bersama rakyat. Adakah pengkianat2 tersebut pernah melalui kesusahan dan kesengsaraan seperti pemimpin sejati lain? jawapan sudah tentu "TIDAK"!!! malah nak keluar duit poket sesen pun mengigil tangan!

Anonymous said...

Jgn lupa,yg Allah itu MAHA mengetahui,apa yg nyata dan apa yg tersembunyi.Sebenarnya kalau Allah swt nak beri kuasa pemerintahan pada parti PAS,seudah lama ALLAh swt berikan,tapi dgn sifat ALLAH swt itu maha mengetahui,apa yg baik dan apa yg buruk,maka ALLAH swt masih lagi belum buat keputusan utk memberikan pemerintahan dan kuasa pada PAS.Jika kita lihat sesetengah individu dalam PAS sudah memadai.Antaranya dulu begitu bersungguh utk menegak syiar islam(mungkin masa tu NIAT masih betul)tapi kini,dalam diri sendiri,islam itu sudah luput.Sebagai contoh,kalau dulunya tidak malu utk memakai pakaian yg melambangkan dirinya itu seorang islam,pakaian sunnah,iaitu kepiah dan sarban di kepala,jubah di badan,tapi kini semua itu sudah hilang,yg tinggal hanya lah pakaian cara yahudi dan nasrani,yg membuat mereka menjadi bongkak dan takbur bila memakainya.Malah kepiah diatas kepala sudah hilang dan tidak Istiqamah lagi memakainya.Nah,cuba kita bayangkan dan lihat,ini belum lagi diberi izin oleh ALLAh swt untk memerintah seluruh negara,sunnah nabi sudah diabaikan malah ditinggalkan terus,apa lagi jika diberi kuasa dan kedudukan yg besar,maka sudah tentu lagi perkara yg lebih mungkar akan dilakukan.Maka mari lah kita sama2 bermuhasabah diri kita sebagai org islam dan umat nabi saw.Mari lah kita sama2 kembali kepada islam yg sebenarnya,dan kembali membetulkan niat utk menegakan kalimah ALLAH swt diatas muka bumi ini,bukan sekadar perjuangan politik di bumi Malaysia ini.MAri lah kita sama2 fikir diatas seluruh umat manusia yg rata2nya yg islam sudah jauh dari amalan islam yg sebenarnya,dan begitu ramai manusia yg masih belum kenal pada islam yg dahagakan agama yg benar ini,tapi panduan dan contoh dari org islam sendiri tidak mengambarkan kebaikan dan kesucian islam itu sendiri.Apa yg terjadi hari ini,ada diantara pemimpin2 yg mengunakan nama ISLAM(demi kepentingan peribadi)itu sendiri mungkir janji,mengkhianati perjanjian,berbohong,mementingkan jawatan dan kuasa peribadi dari kepentingan agama islam itu sendiri.Semoga ALLAh swt ampunkan saya yg hina ini diatas tulisan dan pandangan saya ini,semoga ALLAH swt ampunkan kita semua diatas kejahilan dan kesilapan yg telah kita lakukan,dan semoga ALLAH swt sebarkan hidayat dan pentunjuk utk menerangi seluruh perusuk bumi inia agar manusia kembali menyembah ROB nya yg sebenar iaitu yg maha esa,Tuhan yg satu,Tuhan yg mengusai segala sesuatu,Tuhan yg menghidupkan dan mematikan.AMIN...

Anonymous said...

Demi kepentingan islam dan maruah org islam,boleh tak Hassan Ali,Nasha,Mustapa Ali dan geng2 perpaduang ni letak jawatan mereka?Sebab mereka ni dulu kata memperjuangkan ISLAM..sekarang ni asbab mereka agama ISLAM jadi fitnah.Pada firasat Aku, mereka ni sampai kiamat pun takan mau letak jawatan kalau tak dipaksa dgn tegas utk letak jawatan.Sebabnya,memang jelas mereka ni berpolitik untuk dapatkan jawatan,pengaruh,kedudukan dan kuasa.Yang paling besar lagi fitnah adalah apabila seorang yg berpendidikan agama mcm Nasha,guna agama untuk survival politik beliau.Dia dah lupa ke bahawasanya dia akan mati dan mengadap dgn ALLAH swt suatu hari nanti?atau mungkin dia tak nak fikir pasal tu sebab memang dia tengah kemaruk dgn cinta dunia dia..Semoga Allah swt berikan hidayat dan pertunjuk pada beliau dan kita semua..Wallahu `Alam

JUNE

tok iskandar said...

heran tok mengapa dinding KB Mall rapuh dijadikan isu.patutnya mamat yang melanggar tembok itulah yang bersalah.kalau nak burukkan imej kerajaan negeri Kelantan,nyata gagal pasal CF kena dapat daripada JKR.Yang kena nanti dah sah kerajaan persekutuan.

PUTRA MERDEKA said...

pergi jahanam dengan PAS
doa nik najis untuk menurunkan bala telah mula berlaku di KB Mall
nantikan bala yang lebih besar menimpa puak khwarij PAS ini
paling tidak pun bala berpecah sesama sendiri semakin memuncak..huhu

Tulang Besi said...

HAHAHAHAHA Orang UMNO satu MAlaysia sedang ketakutan.

Doa Tok Guru bukan sahaja doa dari seorang yang alim lagi abid, tapi juga doa dari orang yang dizalimi.

Tok guru pernah berdoa supaya UMNO pecah rabak selepas peristiwa Memali.

Tak sampai 5 tahun lepas Tok Guru berdoa, UMNO pecah pada UMNO baru dan Semangat 46.

Inshaalah, doa Tok Guru kali ini akan dimakbulkan oleh Allah SWT sekali lagi.


TAKBEEERRRRRR

Anonymous said...

Kau jgn lah nak berbelit-belit lagi Nasha..Letak jer jawatan..ko betul2 pundek..guna agama utk dptkan kepetingan dunia..Kau memang celaka besar..

Anonymous said...

Pergi jahanam dgn PUTRA MERDEKA!!PAS dgn UMNO sama saja..nak bagi pecah belah org islam..PAS wayang guna agama nak dpt kuasa dunia,yg UMNO pulak keja duk perabis duit rakyat dan rasuah..selagi duk amal politik cara yahudi,selagi tu lah org islam duk pecah belah..

Anonymous said...

Ya ALLAH jika benar TB penjahanam jemaah, maka kau turunkanlah bala kepadanya kerana dia bukan saja musuh dalam selimut ini, gunting dalam lipatan ini, api dalam sekam ini malah dialah raja segala raja penfitnah.

ya Allah perkenanlah doa hamba mu ini.

BLAJO DR TGNA

Anonymous said...

wirautama,
sekali aku amik kesempatan ini,
hujah ko aku sgt setuju...

tahniah ko dah berhujah ngan baik pd TB. ko minta alasan, bukti, fakta....tau dia (TB) bagi "AUTA"

benci dan meluat betul baca jawapan TB dlm blog dia... rasa nak loya dan nak muntah pula.

TERUSKAN USAHA KO WIRAUTAMA....
BERHUJAH DGN BERHEMAH...TAK DE MENCARUT PUN...
TAHNIAH.

Editor said...

Tulang Besi x bosan2 dok menjaja isu PAS dan UMNO sedangkan isu ni dah diperjelaskan sejelas-jelasnya sewaktu seminar di Tmn Melawati.. Semua ahli telah faham akan perkara sebenar dan bersepakat untuk tidak bekerjasama dengan UMNO..

Cuma hang je yang terus membangkitkan isu ini kerana kebencian TB kepada orang-orang tertentu dalam PAS...

sedarlah TB, tak perlu lagi menyebar fitnah.. hang tak penat ka dok tabur fitnah sedangkan orang dah tau hang tu tak boleh lagi dipercaya..

jangan lupa balasan Allah kepada orang-orang yang menabur fitnah apatah lagi untuk menyebabkan perpecahan dan kejatuhan pejuang dan jemaah Islam..

Jangan lupa, UMNO juga adalah orang Islam yang perlu didekati dan diberikan dakwah.. hang kena jawab jugak kat akhirat kerana menghalang orang berdakwah kepada UMNO..

Bila UMNO diketuai Khir Toyo bertemu Dr. Hasan Ali untuk mengajaknya membentuk kerajaan perpaduan. Dr. hassan Ali menolak pelawaan itu malah telah mengajak Khir untuk memasuki PAS dan berjuang bersama panji Islam.. bukan sebaliknya seperti yang dihebohkan.. adakah salah perkara itu?

Semoga anda menerima balasan yang setimpal kelak!... Amin..

Tulang Besi said...

Tulang Besi x bosan2 dok menjaja isu PAS dan UMNO sedangkan isu ni dah diperjelaskan sejelas-jelasnya sewaktu seminar di Tmn Melawati.. Semua ahli telah faham akan perkara sebenar dan bersepakat untuk tidak bekerjasama dengan UMNO..

Cuma hang je yang terus membangkitkan isu ini kerana kebencian TB kepada orang-orang tertentu dalam PAS...
.

Habis tu kenapa Hasan Ali dok pergi satu Selangor buruk2an dan memfitnah kerajaan PAkatan Rakyat?

Betul ke isu ni dah selesai. TOk Guru pun tak percaya isu ni dah selesai.

Jangan mudah diperdaya orang, bang.

Tulang Besi said...


jangan lupa balasan Allah kepada orang-orang yang menabur fitnah apatah lagi untuk menyebabkan perpecahan dan kejatuhan pejuang dan jemaah Islam..

Jangan lupa, UMNO juga adalah orang Islam yang perlu didekati dan diberikan dakwah.. hang kena jawab jugak kat akhirat kerana menghalang orang berdakwah kepada UMNO..
.

DAkwah boleh. Bekerjasama tak boleh.

Jgn guna alasan dakwah untuk menghalalkan perkahwinan sumbang antara PAS dengan UMNO.

Boleh tak?

Anonymous said...

Tulang Besi kata:
Habis tu kenapa Hasan Ali dok pergi satu Selangor buruk2an dan memfitnah kerajaan PAkatan Rakyat?


Aku reply:
Hang ada sama ke masa majlis tu berlangsung??

atau pun hang dpt maklumat dr barua hang??

kalu setakat dpt maklumat mcm tu ..namanya hang tu nasi tambah.
org tu ckp lain ko tu putar belit jadi benda lain macam nak tegakkan benang kena minyak..

ka ka ka..
sape yg perdaya sape bang ooiiiii

Anonymous said...

Tulang besi,
sebenarnya hang ni memang jahat nauzubillah.

kerana hang, Parti PAS sentiasa diserang....oleh media & org kiri kanan.

Hang ni berlagak alim je..tapi lebih kafir dr kafir sebenar.x

torres2376 said...

woi putra merdeka..ko la pegi jahanam dgn umnongok ko.tuhan bagi akal untuk berfikir bukan guna bontot untuk berfikir bodoh...

wirautama said...

Biodata si Tulang Besi yg aku pungut drpd laman TKO, sila rujuk disini

1. orang kanan kepada Dato' Hassan Ali
2. Apabila PAS bersama Pakatan Rakyat memerintah Selangor dia memohon untuk menjadi CEO sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Selangor.
3. Dato' Hassan Ali tidak memberikan (jawatan CEO tersebut) kepada beliau
4. Dia merajuk dan pergi keluar negara sambung kontraknya
5. Nama sebenar Tulang Besi pula ialah Abdul Rahman bin Talib
6.Saya berpendapat Tulang Besi sebenarnya merancang menjatuhkan PR di Selangor. Mungkin dia mendapat habuan daripada UBN.
7. Hassan Ali sebagai serangannya tetapi disebalik itu merosakkan PR keseluruhannya. Jika PAS jatuh di Selangor pada PRU-13 secara langsung PR akan musnah di Selangor.
8. Ada juga maklumat, saya tak berani kata benar, bahawa ada beberapa siri pertemuan antara Tulang besi dengan Khir Toyo di sebuah hotel mewah. Saya harap Batu-Api siasat perkara ini dan mendedahkan dengan fakta yang terperinci.
9. Saya pun ada juga sedikit maklumat yang menyatakan bahawa TB ni mendapat imbuhan dari pihak tertentu didalam kerja " Memudahkan kerja umno ni" imbuhan tersebut dalam bentuk "projek" untuk company beliau dan beliau sendiri ada % diatas nya.
10. Tapi apa yang saya dimaklumkan ada orang tengah antara beliau dan Khir T. Org tengah itu juga dulu selalu sangat ke markas Pas di Taman Melewar, namun sejak selapas 2008 org tengah itu sudah tidak kelihatan di TM. Kalau Batu Api ada kenal kawan2 di TM boleh tlg check, tanyalah sizain, zanal, bakar, rashid janggut dan beberapa org lagi di TM tu.

Anonymous said...

Samalah juga macam nukilan Professor Shahnon Ahmad dalam bukunya novelnya yang UMNO ni macam kepala taik,SHIT tu pada tahun 1998 dulu. Aku setuju umno macam kepala taik macam zali, jeffry, putra merdeka dan seangkatan dengannya.

Anonymous said...

DEDAHKAN...DEDAHKAN...DEDAHKAN KEMUNGKARAN PIHAK2 PAS PALSU YANG CUBA MENJATUHKAN PERJUANGAN PAS SEBENARNYA.....UMNO YANG MEMERINTAH NEGARA INI PUN TAK BERJAYA NAK PERJUANGKAN ISLAM DIMALAYSIA SELAMA INI NK SURUH PAS BERJUANG BERSAMA2...APA BARANGGGGGGGGGG....
KEPADA PUAK2 "PASUMNO" ADA BERANI TUTUP DAN LARANGAN KEDAI NOMBOR,DISKO,MINUM ARAK KEPADA UMAT ISLAM MELAYU?????SERTA MANSUHKAN PERSATUAN MELAYU KRISTIAN!!!!!!!UMNO TAK BERJAYA...PAS PALSU ADA BERANI....TUNJUK KAN KEKUATAN ANDA..hampeh punya.................diorg..baru join PAS tak sampai 10thn dh nak tunjuk handal.....blahhhhhh

Anonymous said...

Tiada harapan buat UMNO!

Template Blogger disini!
Latest Blogger Template