Yang saya tau, isu ini mula timbul waktu Piliharanya Kecil Bukit Gantang. Yang mengenengahkan isu-isu ini hanyalah tokoh-tokoh PAS yang pro kepada Pakatan Rakyat seperti Dr Lo' Lo' Ghazali dan sebagainya. Malangnya, sehingga hari ini, tiada komen atau kutukan dari Presiden mahupun Timbalan Presiden PAS berkaitan dengan isu ini.
Dilaporkan oleh Business Times Singapore :
Saya rujuk Harakahdaily, baik yang lama mahupun format baru ataupun lama, dan saya tak nampak satu pun kenyataan dari Presiden mahupun Timbalan Presiden berkenaan dengan isu ini.
Kenyataan yang saya dapat hanyalah dari Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang menghentam UMNO atas sikap “munafik” mereka. Di satu segi mereka mengatakan mereka memperjuangkan Islam, tapi dari segi lain mereka bergelumang dengan noda judi.
(http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019623&Itemid=85)
Dalam isu berkaitan dengan judi dan moraliti, seharusnya komen mesti dimulai dari PAS. Hasan Ali sendiri kata, di Selangor EXCO-EXCO Islam dari Parti KeADILan Rakyat tak boleh diharap dalam isu berkaitan dengan Islam. Tapi, dia tak pernah kondem Najib lulus 10 lesen judi ni. Dia, Presiden mahupun Timbalan Presiden PAS sendiri. Malahan, dalam isu ini, kita tidak tahu apa sebenarnya pendirian dan sikap PAS terhadap kelulusan 10 lesen baru “Special Draw”/Judi ini.
Yang hairannya Hasan Ali boleh pulak komen maki Ronnie Liu secara terbuka dalam isu arak. Bukan main garang Hasan Ali pada masa itu sehingga dia telah menyuruh Ronnie Liu ditukar portfolio EXCO beliau (atau pun letak jawatan).
Begitu garang Hasan Ali masa tu sampai buat sidang akhbar terbuka menyerang sesama rakan dalam Pakatan Rakyat.
Tiada Kenyataan Atas Semangat Kerajaang Perpaduang?
Saya pun rasa macam tu. Atas semangat mahu mengadakan “Kerajaang Perpaduang” dengan UMNO dan Barisan Najib, maka isu-isu seperti ini mestilah disenyapkan.
Sudahlah idea Kerajaang Perpaduang ini tidak popular di kalangan ahli-ahli PAS, kiranya ada kenyataan menghentam judi ini datang dari kepimpinan PAS Pusat, maka idea ini akan jadi lebih tidak popular. Bayangkan, Pemuda Serdang sendiri menolak usul Kerajaang Perpaduang ini. Bayangkan kawasan-kawasan lain?
Jadi, demi untuk memastikan agenda “Perpaduang”/Muzakarah sentiasa releven di kalangan ahli dan aktivis PAS, maka Presiden dan Timbalan Presiden mengunci mulut dalam isu pemberian 10 lesen judi baru oleh UMNO ini.
Malahan, kita tak nampak pun banyak kenyataan yang bersifat keras dan mengkritik UMNO datang dari Presiden, Timbalan Presiden dan beberapa kepimpinan Dewan Harian PAS Pusat. Dalam isu GST sendiri, PAS tidak mengambil apa-apa sikap yang jelas dan menentang.
Saya rujuk kepada kenyataan2 Presiden yang biasanya disenaraikan dalam Harakahdaily di sini, namun tiada apa-apa sikap yang diambil oleh PResiden dalam isu GST yang bakal menghimpit rakyat Malaysia dalam kesengsaraan dan kesusahan ekonomi. (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=category&id=83&Itemid=127)
Yang saya jumpa adalah kenyataan Presiden bertajuk “Menyebar maklumat bohong ke neraka” yang menjadi respon kepada kajian persepsi Aziz Bari terhadap Presiden yang menyatakan Presiden sudah tidak popular Presiden adalah dilihat sebagai pro UMNO.
Dengan Presiden tidak mengambil sikap yang jelas dalam isu Judi dan GST (misalnya), adakah kita boleh menyalahkan rakyat yang melihat Presiden ini pro-UMNO?
Belum PAS Masuk Barisan, Sudah Tidak Berani Menegur Kemungkaran BN
Saya pun nampak itulah trend PAS sekarang ini. Belum pun tubuh kerajaan campuran/perpaduang dengan UMNO, pemimpin2 PAS yang pro UMNO ini sudah tidak lagi berani menegur kerajaan BN dan UMNO hatta dalam isu berkaitan dengan kemungkaran yang jelas seperti judi ini.
Bayangkanlah apabila perancangan mereka berjaya nanti dan PAS sudah menubuh kerajaan perpaduang dengan UMNO, apa akan jadi pada usaha Amar Makruf Nahi Mungkar di Malaysia?
Di kala itu, sebahagian orang Melayu akan meninggalkan PAS dan hampir keseluruhan orang bukan Melayu akan hilang kepercayaan kepada PAS.
Jelas, EGM itu perlu kepada PAS demi menyelamatkan PAS dan juga menyelamatkan usaha Amar Makruf Nahi Mungkar.
Ini juga membuktikan bahawa tuduhan kononnya PAS tidak boleh melakukan Nahi Mungkar kerana berkawan dengan DAP adalah meleset. Ini kerana, kalau PAS berkawan dengan UMNO, perkara yang jelas haram macam Judi ni pun PAS tak boleh tegur.
Satu hari nanti, mungkin Ketua Pemuda PAS akan terpaksa meraikan majlis kesyukuran serta majlis tahlil sempena pembukaan cawangan2 baru Sports Toto atau Magnum demi menjaga harmoni kerajaang perpaduang.
Tulang Besi
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Monday, December 14, 2009
Hairan??? Kenapa Tiada Komen Dari Presiden & Timbalan Presiden PAS Najib Lulus 10 Lesen Judi Baru?
Labels:
MalaysiaWaves
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
TB....kau tak payah la nak perangkap TGHH & Nasa. Sbb orang dah boleh baca apa yg tersirat di hati hang tu....
Kalau hang betul2 jujur....apa salahnya hang sendiri yg buat ulasan. Kalau hang rasa tersangat bertanggungjawap mengenai masalah tu...hang sendiri lah komen...kenapa nak tunggu TGHH or Nasa utk komen.
Sebenarnya hang cuma tunggu nak cari points utk hentam TGHH and NASA dari ulasan mereka...betoi tak..????
Tengok la mcm mana hang ulas mengenai sedikit ucapan Nasa pasal issu peruntukan rumah ibadat....ulasan hang lebih bersifat negatif pada Nasa.
Jadi, dek kerana sifat marah hang yg berterusan pada TGHH, DHA and Nasa, penulisan negatif hang ni orang dah boleh agak. Perangkap hang ni orang dah tahu.....
Busuknya hati hang pada mereka....
Walaupun aku tak suka pada UG, tapi aku tak sanggup memburukkan dan menjatuhkan mereka2 ini kerana UG adalah perkara lalu dan dah telah ditutup buku.
Awat hang jadi cam TB/TP...????
Apa boleh buat, kalau melayu dia tetap melayu. Dunia sekarang lebih mementingkan perjuangan asabbiyah, dari perjuangan menegakkan syiar islam. Perpaduan ala umno tak boleh disokong kerana menyimpang dari tuntutan agama islam yang mana penyatuan ummah mestilah atas dasar islam. Kalau melayu tak nak ubah pemikiran perkaumannya, selagi itulah melayu akan jadi bangsat. Agama islam telah mengajar umatnya agar bersatu melalui islam bukan perkauman yang di bawa umno. Perkauman tak akan menyatukan melayu dan juga penduduk bangsa lain dalam negara ini.
Oleh sebab itu melayu sanggup membenarkan perjudian, arak, pelacuran dan seribu macam permasaalahan yang kian meruncing di negara ini. Semua ini tidak boleh selesai kalau melayu masih cakap atas dasar melayu, kerana yang ruginya adalah melayu sendiri. Masalah akan hanya selesai jika melayu seperti Hasssan ali dan puak UG bertaubat agar tidak lagi cuba memperjuang atas nama melayu kerana itu boleh menyesatkan oleh islam, dan marilah menyokong atas dasar perpaduan sesama islam bukannya melayu.
jika berlaku ug, pas akan menjadi pak turut dan tukang angguk kepada umno sahaja. bermulalah kehancuran pas dan akan hidup semulalah umno yang hampir nak karam ini. cayelah! ahli pas mengapa takut nak adakan egm?
Blof penyokong PAS suka guna nama orang lain untuk sokong hujah dia, kalau tak berjaya dia orang guna cara terakhir iaitu strataegi PKR iaitu maki hamun!
Strategi UMNO pula adalah fitnah memfitnah. Contoh: Tuduhan Liwat pada Anwar Ibrahim
HAIRAN......kenapakah TB/TP sendiri taknak ulas permasaalahan di atas...????
Terlalu kuat kecenderongan PAS akan besekongkol dengan Umno...setuju, memang setuju !!!
Jangan pedulilah siapa TULANG BESI..yang penting dia dah bagi maklumat percuma..hai PAS ..haram ke..kalau orang bagi free..kata katak Behrang ..itu sedekah kan kan kan.nanti kalau katak Pasir Mas kata..hong hong hong..baru PAS nak sebok..harap geng PERPADUANG jangan kata.. kuang kuang kuang..sudahlah...
Anon 9:02,
Nak tahu apa sbbnya....
Sbbnya ialah si TP/TB nak tahan perangkap dan nak pekena TGHH, DHA & Nasa.
TB/TP ni busuk hati, dengki dan berdendam dgn mereka pasal UG dulu tu.
Itu cerita dulu la TB/TP...memang teruk la kamu berdua ni....duri dalam daging.
aku dah mula mual dgn blog ni!
bukan nya berusaha menggukuhkan PAS dlm PAKATAN, tapi asyik2 menikam dari belakang????
BODOH!
Bongok kau TB, takkan semua pemimpin atasan kena kuar statement. kau tau dak bulan Februari 2009 tu time Perak tengah kena buli dengan BN? Presiden lebih tumpu pada isu tu la.
Isu judi yg memang takkan selesai (selagi bawah BN maybe) dan geng2 Bn ada saham dalam dia ni, serahkan kepada orang bawah. Bendahari contohnya.
Kalau setiapiisu Presiden kena participate, baik kau bubar je AJK Pusat tuh. kasik Presiden jadi diktator. Jadi macam Asia Tengah.
jahat nak mampus kau ni TB. Busuk hati. Kau sakit hati tak dapat jadi CEO ke?
Bodoh!
Weh Topeng perak, kenapa laman kau ni kau bagi diperkudakan oleh TB? sampai benda2 bodoh ni pun kau benarkan utk publish? kau ni badut ke beb?
Anonymous December 14, 2009 8:36 AM
"Strategi UMNO pula adalah fitnah memfitnah. Contoh: Tuduhan Liwat pada Anwar Ibrahim"
PAS apa kurangnya. Lagi buruk contoh Tulangbesi-Tranungkite, LebaiErdogan-Lebai Perpaduan.
PAS sama saja UMNO. dua2 Melayu, kutuk mengutuk amalamn biasa.
PAS perasan alim.
Anonymous December 14, 2009 8:36 AM kata PAS apa kurangnya. Lagi buruk contoh Tulangbesi-T
anon.. sorry.. jangan salah, sebenarnya Tulangbesi bukan ahli PAS, ayah dia dulu je PAS (selalu beri usrah), TB ikut sokmor sejok umor 12th (dakwa dia), tapi leni dia nak masuk UMNO doh.. tapi org dok offer lagi dia (UMNO ke offer dia sekali dgn jwtan CEO ah), dok tahu bila dia masuk PAS, tapi yg pasti org PAS pernah tolok resume dia untuk jadi CEO kat selangor..
So apa yg dia dakwa dan perangai dan akhlak dia yg 'mulia' itu tiada kaitan langsung dengan PAS..
anon.. sorry.. jangan salah, sebenarnya Tulangbesi bukan ahli PAS, ayah dia dulu je PAS (selalu beri usrah), TB ikut sokmor sejok umor 12th (dakwa dia), tapi leni dia nak masuk UMNO doh.. tapi org dok offer lagi dia (UMNO ke offer dia sekali dgn jwtan CEO ah), dok tahu bila dia masuk PAS, tapi yg pasti org PAS pernah tolok resume dia untuk jadi CEO kat selangor..
So apa yg dia dakwa dan perangai dan akhlak dia yg 'mulia' itu tiada kaitan langsung dengan PAS...
Kau adalah pemfitnah "first class".
Kau jugak bahlol
Bukan TB dah bagi no ahli dia.
Aku cabar kao Wira Buruk untuk bagi no ahli PAS kau. SEKARANG.
Wira Buruk jales sebab dia taraf bangla alam flora, bukan taraf CEO macam TB
Anonymous December 14, 2009 12:26 PM (baca TB) - duk kata sokmor Wira Buruk jales sebab dia taraf bangla alam flora, bukan taraf CEO macam TB
hahaha.. bangla pun mulia pada budak tu sorg, bangla tahu kelayakan dia kat mane nok mintak kerja.. dapat pulak kerja, tapi sorg tu berangang nok jadi CEO tengok resume, org dok beri pun dia kerja CEO. Org tu kan! kan! kan! dgr cerita sekarang membawa diri yg lara (sob.. sob.. sob) tak tahu ke mana.. tah tah masuk batu belah batu bertakub... kemudian difitnah2 bekas bos dia dulu..
KEPADA TB<---Kalau betul2 sokong untuk tegakan syiar islam...islam kan diri dulu brother....jgn setakat nak menulis konon2nya sokong islam,tapi menjadi asbab yg memecah belahkan org islam.Kalau mcm penampilan HANG tu kalau aku jumpa di Thailand..aku tak tau sama ada hang org islam ke bukan..sebab takde penampilan org islam dari diri hang..ISLAM yg NABI saw ajar,dari hujung kepala sampai hujung kaki,amalan dari bangun tidur sampai lah tidur semula..muamalat,muasyarat,imaniat,aqidah dan akhlak.
Kesimpulannya,jgn menulis merapu,kalau sekadar nak pecah belahkan org islam.Kalau betul2 sayang agama ISLAM sayang NABI saw,belajar dan ikut cara NABI saw yg sebenarnya,jgn sekadar nak menulis mcm org jahil..Wallahu `Alam
YALA
Seorang Bangla muslim yg taat perintah Allah dan Rasul jauh lebih mulia dari manusia yg jenis suka sebarkan fitnah dan memecah belahkan org islam
kwa..kwa..kwa..
Biarkan...biarkan..
Si Tulang Besi berkarat dgn besi-besi buruknya...2x.
Biarkan..biarkan.
Dah tak de modal lah tu..
Balik2x nak hentam pemimpin sendiri,
Kesian...kesian
KAMI BAGI PELUANG PADA TB MENULIS & BAGI KOMEN MENGIKUT KEPAKARAN DIA.
SILAKAN BRO TB..
KOMEN & BERILAH PENDAPAT HANG YANG INGINKAN PUBLISITI MURAHAN TU!!
aNON 12.26 kata:
Bro wirautama...Kau adalah pemfitnah "first class".
Anda Silap tu bro:
Pemfitnah First Class patut dituju pada : EN TULANG BESI
Baru kena tu...
Alamak hoi..
aku baru dpt tau TB tak kawin lagi.
tolonglah carikan teman kat dia..
tak yah dok merapu maki hamun je.
jgn-jgn dak de pulak sape-sape nak pada dia..
lagi parah tu....
wirautama..
mana nombor ahli PAS anda ?
ada ke tak ada ??
Bukang 'tulang' jer besi; otak, hati pn mcm besi jugok...berkarat dgn hasad dengki, fitnah...
Post a Comment