"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 14, 2009

1Malaysia Sabah: Perjanjian 20 Perkara

‘Perjanjian 20 Perkara’ syarat pembentukan Malaysia di perenggan akhir sebagai
berikut :
  • “Peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kuasa Majlis Tanah Negara tidak seharusnya tertakluk kepada Borneo Utara (Sabah). Begitu juga Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak berkuatkuasa di Borneo Utara (Sabah)”.
"Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.
  • The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo."... See More
Oleh kerana ramai yang tidak mengetahui kandungan 20 perkara syarat kemasukan sabah ini, saya senaraikan kandungan 20 perkara tersebut untuk tatapan sahabat2 :

1. AGAMA : Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

2. BAHASA :
  1. Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
  2. Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
  3. Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.
3. PERLEMBAGAAN : Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Satu perlembagan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

4. KETUA PERSEKUTUAN : Ketua (Yang Di Pertua Negeri) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

5. NAMA PERSEKUTUAN : “Malaysia” bukan “Melayu Raya”.

6. IMIGRASI : Kawalan keatas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak dibawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke dalam Borneo Utara kalau ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakkan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

7. HAK MENARIK DIRI : Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak wujud.

8. Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diujudkan secepat mungkin.

9. PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH : Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

10. KEWARGANEGARAAN : Tertakluk kepada pindaan berikut, cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
  1. Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun.
  2. Untuk penyelarasan dengan undang-undang kita, perenggan kecil (II) (a) sepatutnya menyatakan “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukan “lapan daripada dua belas tahun”.
  3. Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibubapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.
11. CUKAI DAN KEWANGAN : Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri.

12. KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI : Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara sehrusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya masa kini tidak semestinya dapat digunakan di Borneo Utara.

13. KERAJAAN NEGERI :
  1. Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan.
  2. Borneo Utara seharusnya mempunyai sisitem menteri yang lengkap.
14. JANGKAMASA PERALIHAN : Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.

15. PELAJARAN : Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

16. PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN : Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

17. PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN : Ini sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

18. NAMA KETUA NEGERI : Yang Di Pertua Negara.

19. NAMA NEGERI : Sabah.

20. TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN : Bekalan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak seharusnya melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak melibatkan Borneo Utara.

Dengan kata lain, tanah dan hutan Sabah adalah hak mutlak peribumi Sabah. Justeru, mengapa taukey- taukey yang berselindung disebalik pelbagai nama seperti FELCRA, MESEJ, SDTME, BSSB dan sebagainya dengan begitu mudah merompak dan merampas Tanah Adat milik puluhan ribu Pribumi yang telah menerokanya sejak nenek moyang mereka lagi atau sejak ratusan tahun yang lalu? Jawapannya adalah, siapa yang menduduki takhta Jabatan Tanah Sabah?

Abdul Fatah Karim

14 comments:

Liza said...

Satu info sangat bagus... sebelum ni satu benda pun dak aku tahu mengenai perjanjian nih. Terima kasih kat ko TPU.

EHH! aku ingat lagi "koridor Malaysia Timur" nak buat jelapang padi kat Sabah & serawak... tup!tup! TVngok tunjuk Malaysia nak buat jelapang padi kat Sulawesi? aku kompeus TPU, acu cuba try test ko check, Sulawesi tu kat Sabah ke? M***** Menteri tu beria-ria dalam TV tu hari. apa cerita nih?

Anonymous said...

tu la pasal.. apsal la tak dimajukan pagi huma tu kat sabah/sarawak? sekurang-kurangnya boleh menampung bekalan beras.. ini pun nak kena ajar ke kat pak2 menteri? - Neo

BOND 0134331159 said...

poji,

maklumat intipan yang bagus.....

- BOND0134331159.blogspot.com

Anonymous said...

ITULAH SABAH MANA ADA BANGSA MELAYU !!!! MELAYU HANYA WUJUD DI MALAYA ! umno HARUS LARI!!!! BUANG TU UMNO !!!! BIKIN MALU JE UMNO !!! KAHKKK PTUI.... DULU SABAH RAMAI GURU-GURU ENGERIS!! SEMUA TAHAP PENGJIAN SAMA RATA NGAN SINAPURA !! SEKARANG..... KHAKKK PTUIII.... SUMA SUBJEJ JADI MELAYU KHAKKKKK PTUIIIII....

Anonymous said...

MASALAHNYA PERJANJIAN TERSEBUT TELAH DI ROGOL OLEH UMNO BN YG TIDAK SEDAR DIRI MENCEROBOH DI SABAH DAN MEMAKAN HAK HAK ORG SABAH.PERINSIP UMNO MENGHALALKAN BARANG YANG HARAM.BAGI KAMI DI SABAH BANYAK HAK HAK KAMI TELAH DI PERKOSA TETAPI TIDAK MENGAPA, YANG PENTING KAMI TIDAK MAKAN HAK ORANG MELAYA. UMNO BN PANDAI CAKAP PASAL ISLAM TAPI MAKAN HAK ORANG. ISLAM APA ITU? KONON KONON BANYAK ULAMA UMNO TAPI ULAMA APA ITU? ULAMA DUNIA ADALAH. PERJANJIAN PUN DI LANGGAR.ORG SABAH BANYAK YG MENGANGUR SEBAB KEBANYAKAN JAWATAN PERSEKUTUAN DI ISI DAN DIBERIKAN KEPADA ORANG MELAYA TERUTAMANYA JAWATAN TINGGI DI SABAH. BUKTINYA 95% JAWATAN TINGGI DI PEGANG OLEH ORANG MELAYA, KONON KONON INTERGRASI NASIONAL, ALASAN SAJA. DI SABAH, ORG ISLAM, KRISTIAN, CINA, DLL SALING HORMAT MENGHORMATI, TAPI BILA UMNO DTG KESABAH, MEROSAKKAN KEHARUMONIAN KAUM DI SABAH. INIKAH DIKATAKAN PARTI YG BAIK. KETUA MENTRI DI LANTIK OLEH ORG MELAYA. DLM PERJANJIAN 20 PERKARA BACA BETUL BETUL, SEPATUTNYA KETUA MENTRI DILANTIK OLEH ORG SABAH SENDIRI.AKHIR SEKALI JANGAN MAKAN HAK ORANG NANTI BINASA. BUKANKAH INI HUKUM ISLAM.

taipingmali said...

isu ini saya juga pernah siarkan semasa ada pihak yg komplen pasai sabah beli volvo untuk kabinetnya. Di Sabah memang ada usaha untuk membebaskan dari M'sai dalam erti kata lain menjadi pemerintahan sendiri. Peliknya mereka akan tubuh 3S nation country ertinya sabah , sarawak dan singapore. Kenapa? sebab majority ialah cina. yang bodohnya ialah melayu dan bumiputra disaana yg terkinja-kkinja menjerit untuk merdeka. tetapi apa yg mellayu dpat jika mereka bebas. jadilah rakyat seperti temukut tepi gantang.
sekian

panglimasdk said...

betul tu..TM...

sampai skrg pun aku masih dgr pemimpin2 PBS masih menyimpan rasa utk membawa keluar sabah dr malaysia..

mcm la klu keluar dr malaysia boleh maju...apa sudah jadi dgn timor leste..dan byk lagi

Anonymous said...

Sabah merupakan antara negeri yang terbesar seleps sarawak,bukan kah dlm perlembagaan syarat peruntukan kewangan negeri mengikut keluasan? Kenapa negeri di semenanjung yang mempunyai keluasan yang sederhana di utamakan?Hak royalti minyak juga sepatutnya lebih berbanding Terengganu.Mana royalti Sabah? Kenapa hal urusan rasmi di Sabah menggunakan Bahasa Malaysia?? Sedangkan HAK MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS ADA DALAM PERJANNIAN SEMASA PEMBENTUKAN MALAYSIA!!
- azhan-

Anonymous said...

"...Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa."

kena bahasa inggeris x lagi digunakan dalam sebarang urusan spt yg telah termaktub dalam tuntutan 20 perkara Sabah?

Anonymous said...

Sekarang 20 perkara ini harus dituntut semula!!!.Tetapi siapa yang blh tuntut selain daripada org yang mempunyai pengaruh yang kuat...Perkara ini harus di tuntut tanpa m'geluarkn sabah dr malaysia.

Anonymous said...

Islam bukan bahasa rasmi jdi kenapa org m'anggap islam itu rasmi..kita bebas b'agama.So sepatutnya tiada p'gduhan d antara semua agama..kita harus b'damai..

Anonymous said...

bagaimana kita hendak 20 perkara tersebut boleh tercapai?.lebih daripada 74% orang melayu/cina/india dari semenanjung dah menapak kat sabah malah telah memiliki tanah dan bermacam-macam lagi sejak 10 tahun yang lalu.Untuk tatapan semua saudara saudari sekalian tidak ada istilah melayu di SABAH..kalau ada orang mengaku melayu mungkin dia orang sarawak.Tapi saya hairan kenapa bangsa filipin yang dah menetap dia sabah mengaku orang melayu,pula-pula masuk parti UMNO pula.Sila renungkan.

Anonymous said...

bagaimana kita hendak 20 perkara tersebut boleh tercapai?.lebih daripada 74% orang melayu/cina/india dari semenanjung dah menapak kat sabah malah telah memiliki tanah dan bermacam-macam lagi sejak 10 tahun yang lalu.Untuk tatapan semua saudara saudari sekalian tidak ada istilah melayu di SABAH..kalau ada orang mengaku melayu mungkin dia orang sarawak.Tapi saya hairan kenapa bangsa filipin yang dah menetap dia sabah mengaku orang melayu,pula-pula masuk parti UMNO pula.Sila renungkan.

Anonymous said...

kita sebagai rakyat sabah sepatutnya bersatu..jgan kita tngu org2 yg bpengaruh stat..biar rakyat dlu stat..20 pekara ni msti ta tuntut balik..teda yg mustahil tau..berusaha dlu..jgn blum stat apa2 sda mgaku kalah k