"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, December 06, 2009

'Puaka' Ciptaan Rosmah...

Tiga mahasiswa yang menjadi suspek berhubung kes menconteng perkataan "bini puaka" dan percubaan membakar di sebuah dewan kuliah di Universiti Malaya (UM) dijangka akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur esok.

Ketiga-tiga suspek itu - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - tersebut diminta hadir ke mahkamah tersebut jam 8 pagi.

Shazni Munir, yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, dan Muhammad Aizat ketika dihubungi Malaysiakini kelmarin mengesahkan perkara tersebut.

Tambahnya, beliau dihubungi oleh pegawai penyiasat kes itu Inspektor Mohd Najeeb Mohd Esam kira-kira jam 10 pagi Jumaat lalu.

Dua lagi suspek diminta hadir ke mahkamah tersebut, di kompleks mahkamah Jalan Duta, pada waktu yang sama.

Shazni Munir, pelajar tahun akhir Akademi Pengajian Islam (API), telah berbincang dengan peguamnya dan dinasihati hadir esok.

Dua lagi pelajar API yang telah dituduh - Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - akan bicarakan di mahkamah tersebut mengikut seksyen-seksyen 427 dan 436 Kanun Keseksaan.
Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen dituduh bawah Seksyen 427 bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng "C4", "pembunuh Altantuya" dan "bini puaka", mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam satu kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin, 24 Jun lalu.

Kedua-dua pelajar itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen dihadapkan didakwa di mahkamah tersebut pada 30 Jun lalu, dan kes tersebut disebut pada 13 Julai lalu.

Sewaktu sebutan kes, Hakim Rozana Ali Yusoff menetapkan esok hingga 11 Disember ini untuk perbicaraan dua pelajar UM yang dituduh menconteng, menceroboh dan cubaan membakar di sebuah dewan kuliah API.

Tiga lagi suspek kes yang sama ditahan berasingan selepas pertuduhan terhadap Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen.

Shazni Munir, Muhammad Aizat dan Muhammad Saufi masing-masing ditangkap pada 17 Julai, 12 Ogos dan 19 November lalu.

Sumber - Malaysiakini

19 comments:

zam nitra sovakia said...

saya harap rakan2 bg support pd rakan kita kat atas,hanya doa yg dpt saya utuskan..TAKBIRRR

MK IV said...

padan muka.. mak-bapak hantar masuk u suruh belajar pandai2, ni masuk u perangai macam sakai, conteng sana, conteng sini, simbah petrol, dia ingat u tu ape?

TAKEBEER....

matstimketum said...

semakin cepatlah kejatuhan najib sebagai pm malaysia selepas ini!

adf55650 said...

Masuj universiti atas EHSAN kerajaan tapi perangai ikut setan. Dah fatwanye macam tu, berkawan dgn setan. Nak buat macam mana lagi

dino.yp@gmail.com said...

inilah manusia hasil didikan hamPAS. sama kelakuan degan mat rempit.

Anonymous said...

Sapa kata masuk universiti tu ehsan kera jaan. Universiti, Sekolah adalah tanggongjawab yg wajib ditunai oleh kera jaan. Kalau kera jaaan tak sedia semua tu... buat apa menteri dapat gaji puluhan ribu.. sedangkan kerja tak buat.


Susah cakap ngan orang buta fakta.

Anonymous said...

padan muka!!!! belajar pun xhabis lg tgk skg sapa yg susah?mak bapak gak yg susah.....

Anonymous said...

buat apa nk bagi support kt org mcm tu? Dia ingat dia tu bagus sgt ke sampai sanggup label org ikut suka dia je, belajar tinggi, tapi tak guna akal dalam tindakan.Inilah contoh orang2 yang tak mengenang budi. awk dah menikmati hasil dari pemerintahan yang ada, perangai buruk tu yang awk ikut! Bodoh!!!!

Anonymous said...

masuk u tak boleh lawan kerajaan? fahaman bodoh mana tu

kalau camtu letak je la syarat kna sokong umno baru leh masuk U

diaorang nak ungkit U tu kerajaan punya. helo budak umno bodoh piang, kerajaan ngan parti takleh beza ke?

kalau nak jadikan semua sekolah ngan U umno punya, lain kali suruh org umno je bayar cukai paham?

tak malu ke amik duit orang pas pastu guna untuk sekolahkan anak orng umno kat sekolah ngan U? tak malu ke?

solidariti anak muda malaysia (SAMM) said...

inilah kuasa anak muda!!!

kami anak muda akn gegar kerajaan toghut & zalim ini!!!

ini ikrar dan janji kami anak muda!!!
kami akan teruskan dengan gerak kerja selaku anak muda insyaallah!!!

takbir!!!

Anonymous said...

mana budak UMNO bodoh piang tu..beratur sini! aku lempang sekor2. mangkuk! korang ingat orasng umno je bayar cukai....?. yg aku tau orang umno la paling liat bayar cukai bayar hutang....duit buat poster pilihanraya pun tak bayar....belagak mcm celaka. piraaaahhhh mabuk. ada akai simpan dlm seluar dalam. budak umno semua spesis burung kakak tua. tengok la nanti, bila sistem cukai baru nnt...tapi nak buat camne...dah keturunan makan subsidi. sampai bila2 tak leh nak berdikari...dia ingat buat U tu guna duit mak bapak dia....meh sini...tak sabar aku nak lempang budak akai tak cukup oksigen ni....

Unknown said...

budak amno yg komen dalam ni mane pegy blajo kt U....diorg ni bodoh....belajar x pandai pon....pas tu nk masok U atas tiket amno...pale hotak ko la....

Anonymous said...

mamat betiga ni klo mmg budak2 xguna akal singkat...
klo nk tunjuk provok pun biar la beretika sikit ni sampai nk rosakkan harta benda awam university....ni la klo terlalu taksub pada politik belajar xhabis lg tp sial!!

Anonymous said...

salam semua..
wahai sahabat2...jgnlah jadikan medan ni sbg penambah dosa,mengutuk,mengeji.ingat Allah sikit.jgn tunjukkan sgt fahaman politik msg2.the way u write we know from where u are.kita doakan petunjuk Allah datang dlm masalah 3 pelajar tu.
AllahuAkbar!!!

MK IV said...

pasal terlebih pabdai tu la jadi jiwakacaw... haa...haa...

Anonymous said...

klo nk provok pun guna la cara yang intelektual sikit.......

Anonymous said...

Dalam pandai ada bahalol gak budak tiga ekor yang bangang nie. Tu la, mudah sangat terpengaruh dengan Pendukung Ajaran Syaitan. Bongok tiga ekor nie bukan nya tak tau hubungan Syaitan dgn API. Mak bapak suruh belajar buat benda lain. orang lain nak masuk U ko nak masuk U. Bila kerajaan bagi masuk U(kesian kot... tgk muka pun macam orang pecah rumah jer... tak pun samseng jalanan..) ko ikut perangai Tok Dungu. Apa lagi nak kata....

PADAN MUKA KAU SETANNNNN........

Anonymous said...

xde ke lawyer2 PR support diorang nie?kesian diorang..

Anonymous said...

DEPA TU TAK SUKA ORANG YANG MENIPU RAKYAT. BUKAN MACAM DET DAN LAIN LAIN YANG KAKI AMPU. APA KE BAIK NYE ROSMAH TU YANG KORANG SANJUNG. CAKAP SAJA RAKYAT DIDULUKAN TAPI HANPA X TAHU SEMUA DEPA SAPU. SEMUA NYA BANGANG. KENE TIPU AJE .ANAK_ANAK DEPA PI MENGORAT PUN NAIK HELIKOPTER. ANAK HANGPA NAIK GEREK BURUK PUN X MAMPU.MANA DEPA DAPAT DUIT KALAU X MENIPU RAKYAT. BODOH BANGANG ORG YG MENGAMPU PEMIMPIN KERAJAAN SEKARANG. DEPA KAYA HANGPA KAYAP ..... heheh