"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, December 06, 2009

Sabah Negeri TerMISKIN Di Malaysia...

Saya Anak Asli Sabah. Bukan Indon, bukan Filipina, bukan Bangla dan bukan Pakistan dan bukan dari Negara Brunei. Saya lahir di Sabah, mungkin juga akan mati di Sabah, tetapi entahlah mahu dikubur di mana kala tanah bukan milik kita lagi nantinya.

Maaf, saya tak sampai hati mengatakan "orang Sabah bodoh". Ada yang mengatakan begitu dan cukup panas telinga saya mendengarnya dan mahu saja saya hantar tumbukan buku lima ke mukanya, tetapi bila memikirkan secara lojik... ada juga kebenarannya. Nah, kebenaran itu makanya saya semula bertanya kepada orang Sabah yang merupakan Negeri TERMISKIN di Malaysia/hampir sama dengan kemiskinan Afrika Selatan atau sama seperti Medan. Tetapi... kenapa kita miskin..?

Barangkali yang tinggal di Sabah bisa menjawab secara waras dan tentu saja merasa malu sangat bila Negeri Sabah telah diakui sebagai Negeri termiskin dan yang anehnya, Sabah ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan yang konon cukup baik dan prihatin serta bijaksana, tetapi merupakan negeri termiskin sekali dibanding Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kenapa yang tinggal di Sabah tidak peka akan hal ini atau menelan bulat-bulat dunia miskin itu?

Sabah Negeri yang terkaya sekali. Tanahnya luas, hasilnya cukup hebat. Dengan balak, tembaga, kelapa sawit dan sekarang minyak yang merupakan telaga terbesar di Tenggara Asia dan hasilnya berbillion, tetapi apa yang orang Sabah dapat selain anugerah termiskin yang cukup memalukan? Saya harap anak-anak Sabah bisa menjawab pertanyaan saya ini.

Memang kita lihat diperkatakan berbillion peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah... tetapi, apakah bandingan dengan peruntukan yang diberikan kepada Sabah dengan bezanya Negeri Perlis yang sama keluasannya dengan daerah Sampoerna..?

Kalau dikira keluasan Sabah dan Sarawak hampir sama dengan keluasan Semenanjung Malaysia, lalu cuba saja kita kira semula peruntukan yang diberikan kepada Sabah dan apakah NGAM dari segi pembahagiannya? sedang Sabah merupakan negeri yang banyak menyumbang kepada Kerajaan Persekutuan... lalu apakah kita harus mengucapkan terima kasih dengan peruntukan yang nampaknya besar, tetapi semacam satu penghinaan pula kepada Negeri Sabah.

Memang kelihatan peruntukan yang diberikan kepada Sabah semacam besar sangat, tetapi pada hakikatnya kala merujuk pendapatan dan sumbangan Sabah kepada kerajaan persekutuan memang jelas tidak adil dan rupanya rakyat Sabah ini cukup baik kerana bersedekah kepada orang lain, sedang anak-anak bangsa mereka hampir kelaparan mencari makan di Selangor, Johor dan Singapura yang kerjanya hanya di kilang-kilang yang kemudian akibat hidup terdesak, ada yang menjadi pelacur dan dibunuh di Singapura. Kesian...

Apa pula tindakan para pemimpin Sabah kala ini? apakah mereka itu ikhlas membantu dan memperjuangkan hak Sabah yang terdiri dari suku kaum Dusun, Bajau, Brunei dan segala macam? atau barangkali mereka itu terdiri dari pak angguk, raja pengampu, bodek dan tunduk-tunduk mengalahkan tunduknya Jepun kala ketemu jepun. Cukup memalukan kerana punya pemimpin yang kaki bodek/memeluk mencium tangan meski tangan yang dicium tangan penuh dosa dan kaki rasuah, malah ada tangan kotor membunuh Altantuya dan memfitnah Anwar begitu jijik sekali.

Apakah orang Sabah masih terus leka dengan pemberian RM50 kala pilihanraya lalu untuk menunggu lima tahun lagi bakal menerima RM50 atau siap sedia terus menerima negeri termiskin di Malaysia? di mana mahu meletakkan muka kita setelah diperkatakan "orang Sabah bodoh" akibat mengundi BN. Masih terngiang di telinga saya penghinaan yang begitu rupa.

Apakah kita tidak pernah berfikir betapa ribuan pelajar anak-anak Sabah menuntut di Universiti dan kolej-kolej di seluruh malaysia dan luar Negeri. Mahu jadi apa mereka itu nantinya? terpaksa bekerja di negeri-negeri Semananjung yang lebih baik ekonominya dari Sabah atau terpaksa kembali ke kampung halaman untuk membantu sang ayah berkerja di ladang atau menoreh getah meski harga getah sudah menjunam turun atau barangkali pergi ke laut menangkap ikan, tetapi laut sudah tidak punya ikan akibat rakusnya manusia dengan kapal pukat tunda yang tamak menghapuskan anak-anak ikan yang mula membesar. Setan..!

Saya meneliti kehidupan orang-orang kampung di Paitan, Pitas, Sook, Kinabatangan dan segala macam. Kemiskinan mereka saya lihat begitu ketara, sedang wakil rakyat mereka kaya raya punya rumah berjuta dan simpanan ada di mana-mana.

Makanan mereka adalah emas berkilauan di hotel lima bintang di kota atau di Kuala Lumpur atau London, Paris dan segala macam. Sedang rakyat makan sampah dan untuk menghantar anak-anak mereka belajar di Universiti janganlah mengharap sangat sebab untuk makanpun tidak mampu. Kesian!

Lalu apa saja yang rakyat tunggu? mengharapkan pemimpin yang ada, sampai kapanpun Sabah tetap terus miskin kerana sikap pemimpin kita tidak lebih dan kurang seperti kita ini dalam KERAjaan Beruk yang masing-masing mahu kaya cepat sebelum KERAjaan Beruk nantinya hancur dan yang menjadi mangsa ialah rakyat Sabah yang terus berkelana.

Saya minta KERAjaan Beruk ini menjelaskan kenapa saja Sabah merupakan negeri termiskin (23%) di Malaysia? apakah orang Sabah akan terus dipersalahkan? Kalau memang rakyat Sabah salah, kenapa saja dalam pemerintahan USNO, BERJAYA, PBS negeri Sabah tidak pula merupakan negeri termiskin sekali dan kenapa pula terjadi dalam KERAjaan Barisan Nasional yang dikata cukup prihatin kepada rakyat. Apakah kita ini buta atau tuli melihat/mendengar hakikat nyata?

Mari kita bincang secara terbuka atau kita bisa naik pentas dan debat perkara ini... saya memangnya siap untuk berhadapan dengan siapapun.

ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
ismailybungsu@yahoo.com
kimanis2020@yahoo.com
bangmaily@yahoo.com
+6019-840 0005/+6016-822 2262/+6014-555 5175

33 comments:

FaZRiL said...

Saya bersimpati dgan saudara Ismaily dan seluruh rakyat Sabah khususnya..

Doa senjata orang mukmin!
Kita nantikan sama2 untuk PRU13 nnti..

Anonymous said...

dah 5 tahun saya berkelana di bumi semenanjung malaysia temasuk belajar di IPTA utara tanah air. Sentiasa berhajat untuk balik bekerja di Sabah, tapi wujudkah peluang ??? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri @ Persekutuan ringan2kan lah tangan membuat audit kelayakan penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan negeri.

apa yang saya lihat,TIADA satu mekanisme yang di wujudkan untuk memberi peluang graduan Sabahan berkhidmat di Sabah. Mungkin ada asasnya kerana kebanyakan graduan2 Sabahan yang belajar di Semenanjung bermindakan politik Pakatan Rakyat. Apapun,tiada peluang pekerjaan bukanlah satu alasan. Nantikan sahaja gelombang yang akan membuat perubahan...

x-uum student

JEBATSDK said...

APA LAGI YG MAU DI KATA...KUMPUL KAN TANGAN2 YG MAU MENGHAYUN PERUBAHAN DI SABAH..PASUKAN SANDAKAN SUDAH LAMA BERSIAP SEDIA MEROBAH APA JUA YG PATUT DIROBAH.HAPUSKAN KEBODOHAN YG ADA DLM MINDA RAKYAT SABAH.

PANGLIMA SDK

Unknown said...

Saya juga turut simpati dgn rakyar sabah,
Nampaknya nasib rakyat sabah hampir sama dengan rakyat kelantan.hasil minyak di rompak tapi rakyat tak dapat apa.
Ini semua Umno N The gang punya kerja.
Nak tunggu apa lagi PRU ke 13 nanti Jatuhkan BN.

Anonymous said...

APA YG MAU DINAFIKAN HAKIKAT KEBENARAN BAHAWA MAJORITI RAKYAT SABAH MEMANG BODOH DARI SEGI PANDANGAN KACA MATA ORG MALAYA. BUKTINYA MENGUNDI UMNO PARTI YG MAKAN HAK ORANG, ITU SEBAB UMNO MENANG DI SABAH. BIARKAN ORG SABAH MAMPUS SEBAB KEBODOHAN MEREKA YG MENGUNDI BN.KEBANYAKAN PEMIMPIN SABAH GILA HARTA DAN KEBANYAKAN RAKYAT SABAH MEMANG BODOH ITU SEBAB MEREKA MUDAH D PERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN UMNO.

pemerhati said...

ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH...,

Sedih sungguh bila membaca artikel tuan mengenai kehidupan diSabah. Peruntukan yang diberikan kepada Sabah semacam besar sangat, tetapi pada hakikatnya wakil rakyat yang dipilih mejadi kaya raya, punya rumah berjuta dan simpanan ada di mana-mana.

Sedang anak-anak bangsa mereka hampir kelaparan mencari makan di Selangor, Johor dan Singapura akibat hidup terdesak, ada yang menjadi pelacur dan dibunuh di Singapura. Kesian...

Persoalannya... Siapakah yang tidak adil terhadap rakyat negeri Sabah.... kerajaan persekutuan atau wakil rakyat yang dipilih melalui pilihanraya...?

Siapa mesti dipersalahkan diatas kemiskinan yang ditanggong oleh rakyat Sabah... kerajaan persekutuan atau wakil rakyat atau rakyat yang memilih kerajaan..? Atau kesemuanya bersalah kerana terlibat dengan "RASUAH"...?

Untuk pengetahuan tuan, Sabah dan Sarawak adalah negeri yang mengamalkan rasuah yang amat keterlaluan.

Lagi pula kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri amat perlukan rakyat bodoh seperti yang berada di Sabah dan Sarawak demi kepentingan politik dan penguasaan ekonomi yang ada dalam negeri.

Untuk menjadi negeri yang maju, rakyat Sabah khususnya perlu mengubah sikap dan pendirian mereka kearah parti yang bertentangan dengan Barisan Nasional.

Mereka perlu memberi sokongan pada kepada Pakatan Rakyat seperti mana yang dilakukan oleh rakyat dinegeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Untuk melakukan perubahan perlukan pengorbanan masa, tenaga, wangringgit dan ketahanan fizikal dan mental. Selain dari pada itu pihak yang ingin berubah wajib menunjukkan bukti jelas kejahatan pemimpin Barisan Nasional terhadap rakyat negeri Sabah.

Sila berhubung dengan pemimpin Pakatan Rakyat untuk mendapatkan pandangan dan cadangan lebih lanjut.

pisangmalaysia said...

Salam 2 all,

Sabah atau sarawak, sama saja...yg memegang jawatan tertinggi taraf sosialnya macam langit dengan bumi!Media Perdana TIDAK PERNAH..dulangi TIDAK PERNAH! nak mendedahkan jumlah KEKAYAAN yg diperolehi oleh pemimpin2 Sabah atau Sarawak samada sebelum atau selepas menjadi pemimpin. Kalo orang Sabah dan Sarawak betul2 mahukan PERUBAHAN,ada 2 jalan...tunggu perubahan berlaku sendiri (entah2 takkan berlaku sampai anda mati!) ATAU, anda semua RAKYAT SABAH DAN SARAWAK...UBAH KERAJAAN sekarang yang dengan jelas MEMBODOHKAn kalian semua...

tok ggawo said...

salam tuan dan rakyat sabah !

aku memang simpati.

apa2 hal kes ini hanya bung mokhtar saja bolih selesai, bung mokhtar bolih.....

Anonymous said...

kat opis saya pun ada beberapa org Sabahan.. peluang pekerjaan yang terhad di Sabah menyebabkan mereka terpaksa berjauhan dgn keluarga demi mencari rezeki.. kalau nak balik Sabah, hanya kerja sbg kakitangan awam sedangkan jawatan yg ada boleh dibilang dgn jari dan pastinya ada saingan yang kuat (sama ada ada "kabel" atau tak)!.. - Neo

Anonymous said...

salam,memang org bodoh je yg suka ubn tu pasal tempat macam johor n pahang yg banyak felda tu bn blh menang sebab org kat sana tu memang senang diperbodohkan.yg kat bandar2 sokong pr sebab ada banyak peluang utk mendapat maklumat kalau duduk dlm hutan nak tau apa,tupasal le smpai skrang infa macam negara afrika je,supaya maklumat tak sampai kalau rakyat yg bijak dan celik agama comfem jijik dgn ubn ni....

VOGOK UMNO said...

Apala ni Ismaily.. cakap konon org sabah.. tapi cara menulis sebiji org semenanjung.. plus indon.. plus skit-skit org sabah..t@ak tasu la ko....mungkin ko tu lahir di kimanis ataupun di putatan tapi bapak mak ko tu mungkin bukan org sabah tulen paham..@ ko ni tak dpt habuan @ projek dari Yaya Hussein.. jan kuat kelentong...lu ni btul-btul bikin malu org sabah..

Anonymous said...

kalau nak bg sabah maju sama2 semua rakyat sabah buat perubahan UNDI LAH PAKATAN RAKYAT

Anonymous said...

APALA NI VOGOK UMNO TIDAK SEDAR DIRI ADAKAH KOMEN TENTANG CARA MENULIS,TENTANG HABUAN PROJEK.INILAH CONTOH OTAK ORG SABAH YANG TUBAL TDK TAHU BERFIKIR SECARA WARAS KERANA OTAKNYA HANYA BERFIKIR BERPOLITIK UTK MENDAPATKAN HABUAN PROJEK SAJA. MANUSIA MACAM BEGINI KLU KENA KASIH DUIT DAN PROJEK TATAP BOLEH DI BELI.JENIS VOGOKNI LAH SEBENARNYA BIKIN MALU ORG SABAH.VOGOK TAHUKAH BERAPA BANYAK HAK NEGERI SABAH TELAH DI ROMPAK OLEH UMNO BN, ITULAH KAU TDK BELAJAR SEJARAH, PEMBENTUKAN MALAYSIA,20 PERKARA, DAN SEJARAH POLITIK DI SABAH. KAU NI KATAGORI PINTAR PALUI. BIKIN MALU ORG SABAH SAJA.

jepah said...

ni vogok umno ke bongok umno? kalau dia tulis dalam bahasa sabah tiadalah kami di semenanjung ini paham akan apa yang diperkatakannya..heh

dah nak tulis artikel, mesti lah dalam bahasa yang orang paham, klu x phm membuang masa namanya tu.

harap orang- orang sabah berubah lah. bia jadi mcm kelantan, walau dah 19 tahun bawah pas, xde la pulak dapat title negeri termiskin..

tapi mcm y kt ats ckp, y di bandar je undi PR sbb dpt acces maklumat yang tak bias. ismaily bungsu, usaha lah biar sekurang- kurangnya kawasan ko undi PR. baru ada peluang nk ubah nasib negeri yang banyak berjasa kepada persekutuan tapi dilayan mcm pengemis. tumbangkan kera-jaan Be End

Unknown said...

Vogok Umno,

Adakah harus dalam penulisan mesti dimasukkan bahasa sabah? kalau begitu banyak novel atau artikel harus ditulis dalam loghat daerah masing-masing. Aku ada member budak Sabah, kalau sembang tak sangka dia orang Sabah. Terimalah kenyataan memang Sabah ketinggalan dari semua sudut. Dari ekonomi hinggalah agama. Budak sabah yang beragama Islam yang aku kenal majoriti minum arak.

panglimasdk said...

memang bongok si vogok ni..palui betul...ada bahasa jd masalah..mcm org mau paham klu dia tulis bahasa sabah...urang sabah sj paham..blog ni utk samua urang..palui tahap 18 ...klu ko di sdk sudah lama ko d buang pi lupak maluas..baru ko tau!

ini lagi satu si tok gawo ni..ko tau ka siapa tu bung muktar!!

cakap saja besar..ia juga sama mcm pemimpin lain ...asal dtg sdk mesti singgah di .....main jack pot..inikah pemimpin yg mau diharap... pemimpin penipu...samseng...ko pi tenguk di tempat dia kinabatangan...apa yg kamu nampak...HUTANNNNNNNN....
padahal berapa lama sudah dia jadi wakil rakyat di sana?

saya menyeru kepada PR utk turun sekerap yg bole d sabah, sedarkan rakyat sabah yg masih diperbodohkan oleh GENG MUSA & CO,
klu PR berjaya membocorkan benteng dan kubu BN di sabah..insyAllah saya percaya pakatan pembangkang akan memerintah MALAYSIA .
kekuatan BN di sabah bukan dipegang oleh UMNO...tetapi PBS..parti ni ni la yang boleh menggugat kedudukan BN d sabah..percaya atau tidak sekiranya PBS keluar dr BN ..sudah pasti umno tak kan bole bertahan lebih lama..

panglimasdk

Unknown said...

ati aku sgt tesentoh dgn artikel ni....mmg itu realitynya....hasil bumi yang kaya dirompak....rakyat diperbodohkan....bukak lah mata wahai saudaraku di sabah....usah biarkan diri diperbodohkan oleh barua2 yang tamak dan rakus tu...

Anonymous said...

Macam ni lah "ging" kita tolong kempen sama PR d Sabah ni, ndak kiralah apa cara, masa naik bas atau teksi, di kedai kupi, di pasar di mana2 jak..ceritalah ttg kebaikkan PR, peluang2 yg PR berikan utk org2 Sabah percayalah PR bukan ndak kuat cuma perlu perkuatan bah..Utk Ismaily rajin2 kau menulis bah suka ku tulisan mu ni..:)

Anonymous said...

suruh si ismaily buat blog mcm ni..mcm tiada bloger sabah yg kasi maklumat pasal pkr di sabah...sedih ba..klu ada boleh jg kita masukkan mcm2 maklumat pasal projek pembodohan dan pem'palui'an kerajaan BN di sabah..apa sj kegiatan perompak BN di sabah kita bole masukkan dan sebarkan pada semua org sabah termasuk cetak dan sebar dr pintu ke pintu..biar org sabah sedar..terutama yang telalu wala dgn pemimpin BN ni.

panglimasdk said...

saya sebenarnya jeles dgn pemuda2 di semenanjung sana terutama kws chegubard...diorg semua aktif menegakkan keadilan..tapi pemuda2 di sabah aktif berfoya2...lena dibuai program yg tidak bermoral...padahal diorg tidak sedar yg pemimpin2 BN sedang rakus membaham harta rakyat sabah...terlalu byk penipuan dan rasuah terutama di kawasan ketua menteri sabah...
satu lagi yg saya cukup kesal pemimpin2 PR semcm lesu dan tidak bermaya jika dibandingkan dgn pemimpin2 PR di semenanjung..mereka aktif membongkar segala keburukan dan penipuan sang BN...
sepatutnya pemimpin PR d sabah la yg patut lebih aktif sbb SABAH MISKIN WALAU KAYA HASIL MAHSUL..di mana ada gula di situ byk semut..

NaNbN said...

panglimasdk bongoh! sabah xmiskin yang miskin kau!rakyat! yang kaya musa aman bungmoktar dan semua wakilrakyatnya dan kroni2

ismailybungsu apa yang kau melalak nie,bangkitlah! berjuang dimedan nyata aku kenal kau dengan puisi boom! tapi ape dah jadi kau diam2 jua...sekongkol dengan orang kaya raya,apa komitmenkau! dengan perjuanganmu kalau hanya nak menulis ini bukan dizaman pendeta zaaba atau dr hamka hanya dengan tulisan rakyat bisa mengerti!...ertinya susah! ditindas! diperas! diperkosa! hak mereka...

orang zaman ini mana peduli semua itu...persetankan semuanya kerana memangpun dah syaitan!

ayuhhh... hidupkan USNO! USNO! USNO! USNO! USNO! USNO! USNO! USNO! USNO! USNO!

Anonymous said...

Usno sudah mati!! Ndak payah lah d kasi pening lagi rakyat Sabah..cukuplah apa yg ada..UBN dan PR..cukup2lah yg penting kita mula dr skrg, gunalah apa2 cara yg termampu melalui tulisan, borak2 d kedai kopi dll utk menerangkan kebaikkan2 yg PR tawarkan utk rakyat Sabah. Mula dr skrg!! Bukankah geng2 Usno sendiri yg merestui kemasukkan Umno ke Sabah?

Anonymous said...

Oii org sabah,dulu,kini dan selamanya memang palui palui belaka. umno dan pkr tu parti melaya, sama saja tu, mau kasih palui kamu orang, tdk sedar sedar kamu org kena kasih palui. umno dan pkr langar peraturan masuk ke sabah. sepatutnya guna parti tempatan sahaja, parti siapa menang dialah wakil gabungan macam serawak.masalahnya banyak parti tempatan d sabah sudah kena cancang, kau harap pbs, pbrs, upko dan lain lain sdh kena pecah pecah oleh org melaya, apa kaki oh..itu org dusun kah, kdm kah, murut kah sdh kena kasih hancur oleh org melaya. jadi klu org sabah mau macam dulu dulu sendiri mengatur di sabah, mesti cari parti baru d sabah. harap pbs keluar bn, jgn haraplah, mana berani tu. palui pbs ni, waktu bn kuat dulu, sangup dia lawan tapi masa bn lemah dia tdk berani lawan, bukan kah palui tu. kemaudian bila pilihanraya, klu parti sabah menang, barulah buat keputusan samaada ikut gabungan bn atau pr, baru ngam.di sini baru tau, siapa perlu siapa? kita rundinglah semula hak org sabah yg termaktub dlm perjanjian 20 perkara. ini apa macam sesama sendiripun berantam, kena sabung oleh org melaya, bukankah palui namanya tu, jadi akan datang kita mesti bersatu undi parti tempatan.

watan semporna said...

Saya terharu dengan artikel saudara ismaily...teruskan perjuangan yang murni seperti ini demi membela anak bangsa kita khususnya rakyat sabahan yang telah banyak di perbodohkan...

kita orang-orang sabahan perlu berganding bahu seperti saudara ismaily untuk terus membongkar kerakusan umno/bn di sabah.... pasti rakyat khususnya sabahan akan membuka minda mereka.....

SEMPORNA di penghujung sabah sebuah daerah kecil yang boleh di katakan kurang SEMPURNA.... di mana silapnya???? adakah pemimpin??? bn/umno???? atau rakyatnya... ??? Ramai pemimpin di semporna.... tetapi entah hilang ke mana setelah memenangi pilihanraya.. inikah pemimpin yang di harapkan untuk memajukan daerah semporna..

sebenarnya kebanyakan rakyat sabah masih bodoh kerana tidak membuka mata dan terus mengundi bn/umno yang banyak memperbodohkan mereka... sedarlah....

pemimpinnya hanya sibuk ke sana ke mari tanpa memikirkan rakyatnya yang hidup dalam kedhaifan walhal sumber negeri sabah terlalu banyak.. pemimpin hanya tahu memperbodohkan rakyatnya dengan memberi projek-projek yang tiada manfaatnya untuk golongan anak muda di masa depan demi untuk memenangi hati pengundi yang masih tidak membuka mata.

PEMIMPIN Umno/ bn tak adil.....kita harus mengubahnya....apa salahnya kita memberi peluang kepada pakatan rakyat untuk mentadbir...siapa tahu PR mampu mengubah nasib rakyat sabahan yang telah banyak di perbodohkan....... lebih baik kita bersama Pakatan Rakyat daripada kita terus mengundi umno/bn yang sudah jelas kejahatan mereka.

Anonymous said...

ko ni anon, sudah2lah tu bunag masa jak, yg penting org yg jadi calon2 PR tu org2 tempatan, peranan kita klu dia silap kita tegurlah..abis cerita bah..klu parti2 sabah masih2 jugak tu, klu yg jadi KM org bumi non muslim abislh yg muslim d sekatnya begitu juga sebaliknya..aku sudah rasa pemerintahan dr Berjaya & PBS sama juga kita buang masa asyik bergaduh sesama sendiri..musuh kita UBN k!! Ingat tu UBN!! UBN!! UBN!!

warga semporna said...

sabah akan terus jadi negeri termiskin jika kita tidak sama2 menghalau UBN yang telah banyak merampas kekayaan hak orang sabah..... bukalah mata dan minda kita... janganla kita mudah di kaburi oleh wang RM50 dan projek2 kecil yang hanya menguntugkan pemimpin UBN...gegarkan PRU13...kita berikan peluang kepada PR untuk membuktikan kepimpinan dan keadilan mereka terhaap rakyat khususnya warga sabahan.
janganlah terus menyimpan pemimpin2 yang hanya pandai berjanji dan mementingkan diri sendiri berbanding rakyat yang diwakilinya...

PR pasti akan menang pada PRU13 asalkan memilih wakil rakyat tempatan yang berjiwa rakyat....tidak seperti pemimpin UBN yang hanya pandai mengaut keuntungan dengan cara memperbodohkan rakyatnya...

panglimasdk said...

NaNbN...NaNbN....
kesian aku tenguk kata2 mu ni..apa yg ko melalut pasal USNO ni...knp dgn USNO NaNbN? knp kaya ko masa USNO????
mau aku bongkar semua kebobrokan USNO supaya ko tau siapa USNO? mau kau tau siapa Tun Mustapha? alamak! baru aku sedar mgkn masa tu ko masi beingus jd nda ko tau apa2 ni pasal USNO...kesian..
satu lagi utk pengetahuan ko aku bukan mkn gaji...nda kerja sama org
nda jg kuli...aku yg kasi org kerja di sykt ku..jd aku rasa aku nda miskin! silap kali ko ni...

utk semua sabahan...parti sebenarnya nda ptg..yg ptg pemimpin yg kita lantik..klu pemimpin yg kita lantik itu mcm katak maka jadila mcm pemimpin2 PBS, BERJAYA, USNO ( UTK PENGETAHUAN NaNbN )BERSEKUTU..
apa yg ptg..pemimpin yg kita lantik mesti org yg cukup bersih segala2nya..jgn mcm pemimpin UMNO yg ada skrg...
apa salah dgn PKR skrg ni wlu parti dr malaya? cuma lantik local leader utk pimpin parti ni..klu parti local pun tapi pemimpin mcm setan buat apa!
kita terus berusaha dgn cara apa sekali pun termasuk MENULIS dlm blog2, (khusus utk org muda = sbb org2 tua sabah nda tau mau main internet), BERCERITA di kedai kopi ceritakan segala keburukan dan projek pembodohan BN, dan yg paling berkesan EDARKAN semua maklumat dr pintu ke pintu tentang projek pembodohan rakyat oleh BN mcm yg sedang kami lakukan di sdk.( tapi awas gunakan teknik dan cara yg berhati2..seb2b byk anjing2 BN yg bakal menggigit )

perjuangan mesti diteruskan!!

panglimasdk

Anonymous said...

Orang Sabah ni memang baral lagi bonggok. Tak sedar diri.Kerajaan Malaysia merampok harta mereka masih nak menyokong BN. Aku baru pulang dari sarawak, terjumpa mamat sabah atas kapalterbang.

Mashallah punyalah baral si mamat ni cerita politik dia masih nak menyokong BN, cakap tak jatuh, tapi sayang otak macam tin kosong. Tengoklah sampai macam tu kerajaan BN memperbodohkan rakyat Sabah. Sesuatu mesti dilakukan oleh penyokong dan ahli PR untuk rakyat sabah sebelum negara tu tergadai kepada orang asing.

Anonymous said...

5 tahun duk di pedalaman sabah..apa yg aku tgk budak2 muda sabah hanya tau mabuk,karaoke,berzina,konsert dan bergaduh...mentaliti seperti harus diubah bagi memajukan sabah..kalau orng muda di sabah terus hanyut dibuai keseronokan smapai bila2 sbah tkkan maju

Anonymous said...

org semenajung di pangil org malaya..datang untuk menipu org sabah..dibenci dimana2 pelusok sabah,walau orang malaya ini la yg bersusah payah mengajar anak2 sabah hingga berjaya...tapi yg peliknya PATI yg berkeliaran di sandakan,Lahad datu dan dimana2 shj di sabah dibiarkan shj mengaut pulang segala hasil sabah...Sedarlah rakyat sabah betapa ramai warga sabah di semenanjung mencari rezkitetapi tidak pernah sekali pun kami anggap mereka berbeza dari kami...pelajar2 sbah kami layan sebaiknya tanpa mengira asal usul mereka...kami di sini tidak pernah merasa marah dgn orang2 sabah...berbeza betul dgn pandangan orang sabah terhadap kami orang malaya ya...

MUNDU SABAH said...

ANON NI BENGONGLA...MACAM SIAL...PUKI MAKNYA....
KAMU INGAT ORANG KAMU JA YANG AJARKA???? HEBAT SANGATKA?????BODOH....BODOH....KEPALA OTAK DI LUTUT...

CUBALA JGN TUTUP PELUANG PEKERJAAN UNTUK ORG2 SABAH DI NEGERI SENDIRI...MASALAHNYA KEBANYAKAN ORG MALAYA YANG MENENTUKAN PELUANG TERSEBUT...PIHAK ATASAN LEBIH MENGUTAMAKAN ORG MALAYA TERUTAMA DALAM JAWATAN PENTING...WALHAL ORANG SABAH SENDIRI ADA YANG LEBIH BERKELAYAKAN...BODOH...

MACAMANA ORANG SABAH TIDAK MERANTAU KALAU PELUANG ASYIK DIISIKAN OLEH MALAYA...FIKIRLA SENDIRI BENGONG....

PTI BUKAN TUGAS KAMI...MEREKA PUN CARI MAKAN...TAPI KERAJAAN UMNO/BN AWAK YANG SEPATUTNYA LEBIH TEGAS DALAM MASALAH INI.... YANG TELAH BANYAK MERAMPAS HAK ORANG SABAH...

Anonymous said...

Mundu...typical sabahan hehe

Anonymous said...

Astaga..tak penah aku dengar orang sabah pandai memAKI orang ya..satau aku orang sabah ni baik2..hehe..mundu ni agaknya PTI kot hehe