Terkejut saya mendengar laporan kenyataan Presiden PAS ini. Akhbar Sinar Harian melaporkan Presiden PAS berkata demikian dalam Majlis SAmbutan Maal Hijrah PEringkat Kebangsaan di Putrajaya hari Jumaat yang lepas.
Presiden PAS dilaporkan berkata :
- Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
- Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.
- "Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.
- "Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya..
Kalau pun benar PAS tidak mahu memusuhi UMNO, UMNO sendiri tidak pernah menganggap PAS sebagai kawan. UMNO selama-lamanya menganggap PAS sebagai musuh walaupun ketika PAS berada dalam Barisan Nasional.
Kenyataan begini juga menunjukkan betapa mudahnya kepimpinan PAS yang ada sekarang ini ditipu dan dipermainkan oleh UMNO.
Kenyataan ini juga memberikan gambaran bahawa agenda Kerajaan Perpaduan masih hidup dan masih mahu diteruskan oleh kepimpinan yang ada sekarang. Sila dengar penerangan Ustaz Nasaruddin berkenaan dengan agenda Kerajaan Perpaduan di bawah :
TIDAK TAKUTKAH DISAMBAR API NERAKA?
Sedih saya membaca kenyataan Tuan Guru Presiden ini. Mungkin Tuan Guru Presiden boleh memaafkan segala fitnah dan kekejaman yang berlaku ke atas beliau oleh UMNO. Tetapi bagaimanakah kekejaman yang telah dilakukan kepada ribuan aktivis dan penggerak PAS (serta parti2 PR yang lain) dalam sejarah politik negara?
Mereka-mereka yang dipotong kontrak, yang ditarik lesen perniagaan, yang di ISA kan, yang disiksa dalam tahanan, yang difitnah, yang dipecat kerja semata-mata kerana menyokong PAS dan pembangkang, yang disisih masyarakat kerana menyokong PAS, yang dibuang negeri, yang di bunuh (seperti Ustaz Ibrahim Libya), ditahan ISA kerana mahu menurut kehendak Amerika dalam peperangan menentang keganasan dan sebagainya.
Bukankah Al Quran sendiri mengajar kita supaya jangan cenderung pada orang yang zalim:
“Firman Allah SWT :
- Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (QS. Huud 112-113)” http://www.tabloid.suara-islam.com/index.php?option=com_content&view=article&id=61:jangan-memihak-mereka-yang-berbuat-zalim&catid=42:titian-wahyu&Itemid=60
- “Tidak berpihak kepada orang-orang zalim
- Dalam Tafsir Al Mawardy dikatakan bahwa kezaliman mereka akan mengenai kalian sebagaimana api neraka akan membakar apa saja yang ada di sekitarnya.
- Dalam Tafsir Al Aluusy dikatakan jika keadaan cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman saja membuat orang tersentuh api neraka, bagaimana pendapat anda dengan orang yang benar-benar cenderung kepada orang yang mendalam kezalimannya dan bersahabat dengan mereka, orang yang hatinya penuh dengan perasaan senang terhadap mereka, orang mengambil manfaat kepada mereka, orang yang membuat indah kejahatan mereka dan ikut serta dalam kejahatan mereka, orang yang mata mereka melongok pada kenikmatan dunia yang fana, mereka bangga dengan keuntungan jangka pendek yang mereka peroleh sehingga lalai dari hakikat hal itu dan melupakan akhir dari semua itu?
- Menurut Al Aluusy hendaknya orang-orang seperti itu sudah dihitung sebagai orang-orang yang berbuat zalim itu sendiri, bukan sekedar cenderung kepada orang-orang zalim. Ini didasarkan kepada suatu riwayat bahwa ada seseorang yang berkata kepada Sufyan : Aku menjahit untuk orang-orang zalim, apakah aku dihitung sebagai penolong-penolong mereka? Sufyan menjawab: Tidak, anda termasuk mereka, sedangkan yang anda jual termasuk penolong-penolong mereka."
Adakah kenyataan Presiden ini menandakan PAS telah mula mahu melanggar arahan yang terkandung dalam ayat di atas? Tidakkah Presiden PAS takut akan disambar oleh api neraka seperti dalam ayat Surah Hud 112-113
Kita memusuhi UMNO kerana benda-benda haram yang mereka telah halalkan seperti yang saya pernah tulis di sini?
Saya berasa amat sedih sekali dengan kenyataan ini dan saya mewakili ribuan aktivis PAS yang telah dizalimi oleh UMNO. Bagi pihak mereka saya mengatakan kenyataan Presiden PAS ini tidak wajar dan tidak sensitif kepada perasaan mereka yang telah dizalimi.
Sampai sekarang tiada pun UMNO meminta maaf di atas pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya. Tapi, kenapa Presiden PAS sampai hati mengatakan UMNO bukan musuh PAS? Adakah Presiden PAS telah redha kekejaman yang dilakukan UMNO ke atas Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya.
Tulang Besi
Pas tidak bermusuh dengan Umno
Sinar Harian (20/12/09): Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.
"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.
"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.
Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.
"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.
"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.
Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.
"Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik," katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.
"Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.
"Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja," katanya.
40 comments:
Pukimak engkau....BABI duduk minum air dgn Najib xper.....siap ceduk tafisr Quran lagi....piiirahhh. Kau tu yg patut disambar api neraka!!!!!
mungkin tok guru buat apa yang dia tahu....mungkin itu cara uslub tok guru...berprasangka baik la pada pimpinan.
GILA!!!!
tu je perkataan utk mu..
kl ikutkan pemikiran mu tu..
semua ahli pas masuk syurga dan semua ahli umno msk neraka..
sesat dan menyesatkan dah mu ni!!!
seolah2 mu ni lebih hebat dr Allah dah!!!
GIla babi dah mu ni..BAbi pun xgila serupo mu!!!
minum air jer bro..bukannya bekerjasama..xleh beza ker..
Pertama kali saya melawat blog ini, tak akan melawat lagi...typical stupid PAS folowers..so stupid..
JOJO
Akhbar Sinar Harian melaporkan Presiden PAS berkata demikian dalam Majlis SAmbutan Maal Hijrah PEringkat Kebangsaan di Putrajaya hari Jumaat yang lepas. <-------- woi tunggul kayu ke ko ni ? Ko beriman dan percaya Paper UMNO ni buat apa bodoh kayu tunggul kaldai babi anjing punya Perisik rakyat
salam..
tulang besi.... teruskan membuat pendedahan yang berkaitan... mereka2 yang memaki pada ana tidak pernah berhadapan dengan situasi sebenar pimpinan yang ada sekarang... takpa la... memang perangai org melayu... mende tak jadi depan mata memang la kata macam2... bila dah terkena batang hidung sendiri baru nak kata ...oooooo macam tu ka.... buat penyokong PAS yang tegar tak ketahuan... minta tukar sikit view anda dalam membaca tulisan Perisik Rakyat... baru la paham... jgn mengadili org melalui padang yang tak rata... bukan itu ka yang kita selalu canang2kan... lagi satukan... agak2 apa pasai depa 2 ja yang datang?.... hehehe... tak kan kerajaan jemput 2 org je dari PAS ke PR ke dalam majlis yang sebegini besao... wallahua`lam...
Tu dia orang PAS kalau mengamuk, segala perkataan pelik2 keluar sekali.
perangai Serupa Mat Rempit saja .
BTW, Tulang Besi dengan Perisik-Rakyat ini adakah orang sama?
Kalau bekerja sama dengan umno leh masuk neraka...kah kah kah...tu yang berkawan dengan sikapir lak masuk apa..tu yang menantu tok guru yang makan rasuah lak pas sejati kut kah kah kah...begini lah jadinya bila manusia seperti TB dan TP yang bercakap mengikut sedap mulut dan kata hati yang busuk dan penuh dengan dendam..iyooo laa pulus tak masyuk..
kah kah kah . . . hambik kau sekali TB bising,,,, cilakak punya PRESIDEN , apa punya turrrr...... semalam cakap laen hari ni cakap laen,,, macam munafiq.
Maksudnya DAP lebih mulia dari UMNO...? wakakakakka...sebab tu la boleh nampak bulan di dada Karpal Singh...
PAS = Parti Agama Songsang...
yang diterajui oleh hadi...
PIS = Parti Islam Semalaysia..
yg di naungi oleh Tuan Guru Nik Aziz....
amacam?..ada betul ka apa yg gua pikir?....
Biarkan PAS bersama UMNO...
asalkan PIS (FA Alif Sin) bersama rakyat...
DAP bukan penganut Islam...
tapi pemimpin mereka tak rasuah..tak bunuh altantuya...tak curi injin jet...tak curi PKFZ...tak main politik wang @ rasuah...tak raba raba ziana zain...tak rogol budak pompuan...tak amik komisen kapal selam...tak amik komisen jet sukhoi....tak rampas negeri perak..tak ganti duit petronas dengan wang ihsan...tak billout MAS..tak amik duit bank bumiputera....tak ambik tanah kg berembang...tak billout syarikat kapal anak sendiri.....tak naikkan minyak...tak runtuhkan surau..tak runtuhkan stadium..tak runtuhkan masjid...tak tarik biasiswa pelajar..tak naikkan tarif elektrik...tak kenakan cukai GST..tak...tak...tak...tak...tak.......
jadi siapa yg lebih mulia ?....DAP ker UMNO?
Pemimpin yang camni dipuja oleh TB dan TP peminpin islamik sejati:
1. Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu memerintahkan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abd Kader, 35 tinggal berasingan dengan isteri keduanya sehingga
permohonan bapa mertuanya ntuk membatalkan perkahwinan mereka
diputuskan, harus dipandang serius oleh pimpinan PAS negeri. Ini kerana plantif yang juga bapa kepada pasangan Dr Rosli, Mohd Noor Che Man,memohon supaya pernikahan defendan pertama dengan Ilyani selaku defendan kedua dibatalkan kerana percaya perkahwinan mereka di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008, tidak sah.
Persoalanya sekarang, bagaimanakah perkahwinan tersebut dapat dilakukan di Malaysia tanpa persetujuan wali? Adakah defendan pertama berniat jahat dengan melarikan defendan kedua tanpa mendapat kebenaran walinya?
Bagaimana Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri boleh dipercayai
untuk memimpin pengikutnya sedangkan hendak berkahwinpun melarikan anak dara orang?
2. Sebelum ini pimpinan kerajaan negeri digemparkan dengan tuntutan nafkah sebanyak RM3 juta daripada ADUN Melor oleh bekas isteri keduanya. Nampak gayanya, Menteri Besar, TG Nik Aziz kena menasihatkan anak buahnya
supaya mengikut ajaran Islam walaupun di dalam soal perkahwinan dan penceraian. Jangan asyik masa hendak kahwin main redah saja apa yang patut. Ikut nafsu mati, ikut rasa binasa.
3. Menanti Nik ajis songlap duit dan maseh tak mau meletak jawatan disebabkan nak ilangkan segala bukti kesalahannya....
fikiran TB memang da disemai dengan dendam,marah n benci kt umno no wonder la klo die menyalak mcm anjing gilo!!! sume yg dibuat umno dipandang dosa oleh TB n TP...WELL KORANG MMG PEMIKIR YG NMPAK BIJAK TP BODOH...
Masih ada lagi blogger yang mengaku ahli PAS,terus mengambil berita dari media perdana sebagai nas atau sandaran untuk menulis dan berforum serta memperlekeh pimpinan pakatan rakyat serta terus menabur fitnah serta mendapat dosa juga menyedekahkan pahalanya yang dibuat selama ini.
TB mmg tak ikut pekembangan lah, kan leni mmg PAS nok berbaik2 dgn UMNO.. apa lah.. Najib kan pemimpin Islam yg sangat berani (spt kata Tok Guru Nik Aziz) maka klu mursidul am dah anggap najib pemimpin Islam yg sangat berani kenapa pulak presiden nok bermusuhan dgn UMNO pulok, pemimpin Islam yg sangat berani itu kan presiden UMNO, memusuhi UMNO bermakna memusuhi Pemimpin Islam yg sangat berani.. ish! TB memusuhi pemimpin Islam yg sangat berani? tak takut ke disentuh api neraka?
mosabit kata
DAP bukan penganut Islam...
tapi pemimpin mereka tak rasuah..tak bunuh altantuya...tak curi injin jet...tak curi PKFZ...tak main politik wang @ rasuah...tak raba raba ziana zain...tak rogol budak pompuan...tak amik komisen kapal selam...tak amik komisen jet sukhoi....tak rampas negeri perak..tak ganti duit petronas dengan wang ihsan...tak billout MAS..tak amik duit bank bumiputera....tak ambik tanah kg berembang...tak billout syarikat kapal anak sendiri.....tak naikkan minyak...tak runtuhkan surau..tak runtuhkan stadium..tak runtuhkan masjid...tak tarik biasiswa pelajar..tak naikkan tarif elektrik...tak kenakan cukai GST..tak...tak...tak...tak...tak.......
jadi siapa yg lebih mulia ?....DAP ker UMNO?
maka aku jawab: kalu mu org PAS mu adalah PAS bodoh sombong, sejahat mana sekali pun org Islam ia tetap lebih mulia disisi Allah daripada org yg tidak beriman.. melainkan jika mosabit menganggap org UMNO itu tidak beriman sama macam DAP (aku dok berani kata), sekiranya itu anggapan mosabit maka tanggungjawab mosabit sangat besar, ia kena pastikan ahli2nya tidak makan sembelihan org UMNO, kena memisahkan saudara2nya yg dah berkhawin dgn org UMNO, dan banyak lagi lah tanggungjawab mosabit.
sama2 bodoh lagi sombong, baca tafsir terjemahan nok ajor org wak mengajor tafsir tiap2 minggu.
aku tengok hanya dengki kasumat TB saja.. sbb tu bilamana TGNA kata Najib sebagai Pemimpin Islam berani, dia tak ulas apa2 pun. Takdir kata pujian itu keluar dari TGAH, kita semua boleh tahu sendir apa makian TB pada TGAH. Atau mmg leni TGNA pun sama2 nok kan UG gok? dulu masa duk kata nok EGM.. EGM.. tu hanya seniwara.. (aku dok berani kata gini just nok TB dan org lain yg sebulu termasuk jambu TB fikir sendiri, ikhlas ke TB nok kebaikan bagi PAS)
MALAYSIABARU.COM said,
HARI JUMAAT PRESIDEN PAS HADI PIN HADIR DI MAJLIS MAAL HIJRAH BERSAMA NAJIB ...MERIAH DAN MESRA
HARI SABTU HADIR KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT ... MURAM DAN LONGLAI..TAK BERSEMANGAT
HARI AHAD JUMPA MEDIA KATA TAK PERLU REGISTER PAKATAN RAKYAT BIAR LONGRAR...
ahli PAS sedar tak pemimpin mereka tok ayoh hadi PIN dah sesat?
ahli PAS cerdik tak?
petikan
www.malaysiabaru.com
TB
Aku pun sedih mendengo Presiden PAS cakap mcm tu.Terlalu byk dosa UMNO pd orang PAS dan pejuang pejuang Islam yg lain serta umat Islam yg lain utk dimaafkan begitu shj....\\
wirautama said...
TB mmg tak ikut pekembangan lah, kan leni mmg PAS nok berbaik2 dgn UMNO.. apa lah.. Najib kan pemimpin Islam yg sangat berani (spt kata Tok Guru Nik Aziz) maka klu mursidul am dah anggap najib pemimpin Islam yg sangat berani kenapa pulak presiden nok bermusuhan dgn UMNO pulok, pemimpin Islam yg sangat berani itu kan presiden UMNO, memusuhi UMNO bermakna memusuhi Pemimpin Islam yg sangat berani.. ish! TB memusuhi pemimpin Islam yg sangat berani? tak takut ke disentuh api neraka?
Wiraburuk,
Bukan Najib pegi lulus 10 lesen judi/special draw baru2 ni ke? Pemimpin islam apa macam ni?
Kau memang bangsa bodoh, senang kena tipu. Nasib baik ada TB, dapatlah kitorang gambaran yang sebenar.
Biarlah wira buruk hidup dalam kebodohannya.
anon (baca TB kata)
Wiraburuk,
Bukan Najib pegi lulus 10 lesen judi/special draw baru2 ni ke? Pemimpin islam apa macam ni?
Kau memang bangsa bodoh, senang kena tipu. Nasib baik ada TB, dapatlah kitorang gambaran yang sebenar.
Biarlah wira buruk hidup dalam kebodohannya.
maka aku jawab
sbb tu aku kata ko ni semakin bodoh sombong, dah bodoh sombong pulok, org nak ajor hukum takmboh dengar. Membuat dosa dengan murtad tu lain, membuat dosa tidak semestinya tidak Islam tetapi tidak Islam itu memang berdosa. Faham molek2 wak ni.
Klu aku bangsa bodoh, sama lah cam ko (melainkan klu ko & TB itu cina), sama juga dgn bangsa TGNA, TGAH.. sama2 bangsa bodoh..
Aku nok tanya TB, tak de sorg ke anok beranak dia sokong UMNO? pok sedara ke, mok sedara ke, kawan2 ke, mok ke ayoh ke, toki ke? bukan Islam semua ke mereka itu? Pah tu yg TGNA gi kata Najib bapok segala UMNO itu PEJUANG ISLAM YG SANGAT BERANI tu guane pulok? TGNA nok masuk umno pulok ke guane? Klu org UMNO tanya mu gitu mu nok jawab guane? Org umno pun bodoh gok takmboh tanya soalan gitu, molek doh biar sama2 bodoh.
Dok abis2 bodoh..
salam perisik rakayt....
aku ni boleh dikatakan pembaca setia perisik rakyat, boleh kata setiap hari jugak....
Aku tak pernah komen blog ni sejak dari dulu lg aku ikut blog ni., tapi hari NI tergerak hati aku untuk meluahkan rasa hati aku...
Dulu aku dok baca blog ni banyak sangat info yg aku dapat berkaitan dgn salah laku dan benda yg tak betul di lakukan UMNO... sungguh aku mengkagumi segala maklumat yg dipaparkan...
Tetapi sejak akhir2 ni Perisik Rakyat sudah semakin jauh tersesat ke lumrah yang amat HINA sekali..
Perisik rakyat di lihat cuba untuk memecah belahkan pakatan rakyat, sedikit demi sedikit maklumat yang diberikan yang cuba untuk memesongkan pemikiran dan pemahaman pembaca blog ini. Nauzubillah....
Sehingga ke tahap pada tulisan yang aku baca iaitu kisah Tuan Guru Haji Hadi yang telah menjadi mangsa perisik rakyat...
Sebenarnya perisik rakyat lah yang cuba menghasut supaya pakatan rakyat berpaling tadah, supaya PAS akan hancur musnah...
Bertaubatlah wahai perisi rakyat...
Sudah tidak ada lg skrgni cerita mengenai kuburukan UMNO tetapi cerita keburukan Pemimpin PAS pula yang menjadi bahan kepada Perisik rakyat...
Mungkin dgn bahan sprti itu saja yg akan memenuhkan poket perisik rakyat dan boleh buat belanja kalau nak p konvensyen plak lain kali...
Whai perisik rakyat sungguhpun nak memburukan org, jgn lah terlalu menampakan kebodohan sebagai penulis blog... Mungkin kau belum kenal dengan Tuan Guru Haji HADI... Jemputlah ke kuliah beliau setiap hari jumaat di MARANG kerana disitu kau akan lebih mengenali beliau ... cornform kau akan minta maaaf kat dia diatas kebodohan yang telah kau lakukan..
cukulah perisik rakyat dgn perkara yang tidak benar dan kembalilah ke jalan yang benar....
Kembalikan kepercayaan aku dan pembaca blog kau untuk terus menyokong blog ini...
WAHAI SEMUA PEMBACA BLOG PERISIK RAKYAT KITA BOIKOT PERISIK RAKYAT SELAGI PERISIK RAKYAT TIDAK MEMOHON MAAF KEPADA TUAN GURU HAJI HADI..
BOIKOT..
BOIKOT..
BOIKOT..
moga mendapat keampunan dari yang maha ESA...
Semakin lama semakin ramai jembalang-jembalang mula mendedahkan diri mereka disebalik kot dan serban. Harap berita yang disampaikan tidak mengandungi fitnah untuk mengesahkan rupa sebenar jin-jin yang bergelandangan ditengah-tengah kekalutan manusia. Walau apapun kita akan lihat keadaan sebenar nanti apabila di uji dengan kedudukan dan kekuasaan maka jembalang-jembalang akan mula terlondeh topeng dan kain mereka menampakkan rupa yang sebenar.Jangan terkejut apabila mendapati rakan disisi kita juga rupanya jembalang yang menyamar. Oleh kerana terlalu lama berserban dan berkot kekadang jembalang terlupa yang mereka itu dari bangsa khianat dan tidak akan dipercayai sesiapapun. Mereka hanya dipergunakan oleh dukun-dukun atau bomoh-bomoh politik dengan suapan asap kemenyan dan akhirnya akan disisehkan bila manusia yang membela mereka dalam kekenyangan. Begitulah nasib jembalang yang akhirnya tetap menyusahkan dan mengacau manusia kerana itu adalah tabiat hakiki mereka.
kepada ketua polis, klw awk katakan uslub itu cara tok guru hj hadi, jadi maknanya TGNA bodohlah tak amalkan uslub spti tg hj hadi???
TGHA nk kerjesama dgn UMNO...
TGNA tolak kerjasama dengan UMNO....
EGM PAS putuskan segala bentuk kerjasama dngan UMNO..
jadi siapa yg tak betul??
tulang besi!!!
niat presiden tu memang baik bagi aku org atas pagar ni tapi TB ko jangan takut sbb umno xkan berubah sbb kejahilan dah sebati dgn darah daging. biarkan penat presiden PAS tu nasihat kt mereka sampai berbuih mulut. lama2 dia sendiri dh xnak kawan ngan umno mcm TGNA.
-lurus-
Dengar dulu statement sebenar TGHA...jangan percaya bulat2 tulisan dalam akhbar tu..
alah apa salahnya.. najib pun Pemimpin Islam Yg Sangat Berani kan.. takkan dgn Pemimpin Islam yg Sangat Berani pun tak boleh berbaik2.. tak caya tanya TGNA, takkan TGNA tolak kerjasama dengan UMNO sedangkan UMNO dipimpin seorg emimpin Islam yg Sangat Berani itu..
klulah TGAH yg kata gitu.. parok ah TB maki dia.. nasib baik TGNA kata, mungkin TB maki gok tapi dlm ati je sbb takut TP berasa ati.. sbb yg TGNA kata tu jelas, TGNA pun ngaku kata gitu, yg TGAH TB dakwa tu dia punggut je, tapi boleh dia kata gitu, maka yg soheh kata cam TGNA tu aku sure TB maki gila babi punya ke TGNA.. mungkin dia kata TGNA bukan saja tak takut neraka tapi mmg TGNA ada niat nak masuk neraka..
ye kan TB? takpe ah lama2 TP faham ah TP pun sama gok cam TB.. apa nak segan2 dgn dia.. maki je.. dia tak marah nye..
Hai Tulang :B:
alamat tak lama lagi kamu ni akan mendapat balasan yang amat besar dari Yang Maha Esa,Harap bersedia..OKAY
Sakit hati kamu tak habis2x lagi nak kata kat TGHA. Aku fikir jika kamu ditawarkan jawatan dlm pimpinan PAS,,,habis jahanam teruk jadinya.
Makin hari makin ramai yg membenci kamu. berapa kerat sgt le yg menyokong, ada gak yg menyamar tu...lagi banyak kamu pecah belahkan parti,,lagi cepatlah kamu akan dpt balasan yg setimpal dgn perbuatan kamu yg suka berlakon & berpura-pura alim.
Insya Allah harap bersedia menerima balasanNya.
Amin
dua2 bodoh..UMNO ngok..PAS pun wayang..
tapi wa nampak Allah sedang mendedahkan siapa "hadi dan nasya" sebenarnya.
sebelum mereka berdua dicampak dan ditendang Allah masuk ke UMNO sebelum dicampak masuk ke neraka.
bersama dengan pengampu mereka yg taksub macam pengkomen2 di atas, siap memaki hamun, membabi dan seumpamanya
amacam?
tak pe kita lihat sapa dulu yg kena..
perjuangan yg walaupun benar tetapi penuh maki hamun akan tetap kalah. itulah yg bakal menimpa kepada puak TGHH.
TULANG BESI YANG BODOH. KO NI DAH JADI BARUA UMNO.
bagus lah tuan blog nie...
sume komen dia siarkan...
malu pulak saya jadi bangsa melayu..
ayat masing2 macam orang takde agama..
baik yang sokong pas maupun yang sokong umno...
pelikkan perangai orang kita ni???
salam..
sabar TB...
mana ada perjuangan tak de ujian...tak de maki hamun...dah lumrah...peduli ape org nak kata...
teruskan perjuangan mu
Kemelut yang berlaku di Selangor terutama melibatkan isu kuil dan sebelum itu perihal jualan arak dan cadangan penggunaan wang zakat menimbulkan keresahan banyak pihak. Beberapa idea lain yang mencelarukan pemikiran kita juga dibangkitkan. Mujurlah ada pihak tertentu yang campur tangan. Maka idea ‘busuk lagi membusukkan’ itu akhirnya tidak terpakai.
Apa Dah Jadi juga mungkin boleh dirujuk kepada apa yang berlaku di Pulau Pinang - juga merupakan kerajaan pakatan DAP-PKR-Pas. Di Pulau Pinang, isu Kampung Buah Pala tidak menghadapi penyelesaian sepenuhnya. Kerajaan negeri tentunya masih pening kepala memikirkan apa lagi yang akan dituntut oleh penduduk Kampung Buah Pala. Sebelum ini, kerajaan pakatan DAP-PKR-Pas di Pulau Pinang diasak hebat oleh penduduk kerana tidak menepati janji mereka pada pilihan raya umum lalu. Bak kata penyanyi Latif Ibrahim dalam lagunya Manis Kata Di Bibir Saja.... tapi hati lain bicara. Mungkin kerajaan negeri Pulau Pinang boleh menarik nafas lega apabila penduduk di perkampungan itu akhirnya menerima hakikat berpindah. Tetapi semalam, ada lagi cerita yang belum selesai. Nampaknya perjalanan ke arah penyelesaian perkampungan itu cukup mencabar, kecualilah kerajaan negeri menebalkan muka mereka sepanjang insiden itu.
Tetapi sekarang apa dah jadi?
Begitulah putaran hidup ini. Dulu, sering salahkan kerajaan BN tetapi kini apabila sudah menjadi kerajaan, barulah mereka tahu langit tinggi rendah. Dulu golongan seperti mereka inilah yang begitu syok boo dan kutuk kerajaan BN tetapi sekarang giliran mereka pula. Mujurlah kerusi dan kasut tidak melayang ke arah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim ketika isu kuil dibincangkan di Shah Alam kelmarin. Tetapi selipar sudah pun melayang di Pulau Pinang dan terkena pula ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari DAP. Puncanya apabila peniaga-peniaga tidak diberi lesen berniaga di kaki lima berdekatan Bazar Chowrasta, Jalan Penang. Khabarnya peniaga-peniaga itu sudah berniaga di sana sejak 24 tahun lalu (maknanya semasa 23 tahun diperintah oleh kerajaan BN dan setahun ketika tempoh bulan madu kemenangan pakatan) tetapi tidak ‘diganggu’.
Memang benarlah kata Perdana Menteri, Najib Tun Razak semalam bahawa pakatan pembangkang perlu sedar bahawa bukanlah mudah mentadbir seperti mana mudahnya mereka menjanjikan sesuatu kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya umum.
‘‘Hakikatnya bila kita (mereka) mentadbir, tidak semudahnya seperti mana sewaktu mereka lakarkan sewaktu mereka jadi pembangkang. Beberapa kes yang berlaku ini (ketika ini) adalah disebabkan janji mereka buat sebelum pilihan raya dan juga kegagalan mereka untuk membuat keputusan yang tepat dalam keadaan setempat dan ambil kira masyarakat berkenaan,’’ kata Najib.
Begitulah kisah duka yang melanda kerajaan pakatan DAP-PKR-Pas di Pulau Pinang dan Selangor.
Apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor mesti ada sebab musababnya.
Di Parlimen Permatang Pauh, sebelum ini ada juga kuil Hindu sedangkan penduduk India boleh dikira dengan jari. Majoriti penduduk adalah Melayu beragama Islam. Jarak kuil juga dekat dengan rumah orang Melayu. Tidak ada masalah. Tidak kecoh sebegini rupa. Kenapa penduduk boleh bertolak ansur? Mungkin ketika itu semangat perpaduan dalam erti kata yang sebenarnya amat tinggi. Tetapi keadaan kini sudah berubah. Rakyat - Melayu, Cina, India dan apa saja kaum semakin cerdik dan dalam kecerdikan itu, mereka terlupa ‘pantang larang’ kaum tertentu. Mungkin apabila hati telah retak, tolak ansur hilang. Mungkin mereka yang sering bertolak ansur semakin bimbang mereka akan ditolak beransur-ansur. Maka setiap daripada kita terutama orang politik, berhati-hatilah ketika bercakap dan bertindak. Janganlah dalam keghairahan untuk menjaga hati kaum tertentu, ada pihak yang terguris perasaan mereka apabila sesuatu dilihat melampaui batasan bertolak ansur.
http://arenanusantara.blogspot.com/
Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.
Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu rujukan]Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.
Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.
Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.
UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.
Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura..
Khir toyo pun buat macam Lee Kuan Yew ni.
Dia panggil Setinggan Sifar sbb diorang nak ambik tanah tu kemudian jual ke tauke
Delete
Blogger Rizal30 said...
Kemelut yang berlaku di Selangor terutama melibatkan isu kuil dan sebelum itu perihal jualan arak dan cadangan penggunaan wang zakat menimbulkan keresahan banyak pihak. Beberapa idea lain yang mencelarukan pemikiran kita juga dibangkitkan. Mujurlah ada pihak tertentu yang campur tangan. Maka idea ‘busuk lagi membusukkan’ itu akhirnya tidak terpak.
Tu bukan kemelut la, bahlol.
Kenapa kau ni bangang sangat.
masa kau kcik mak kau bagi makan mempedal banyak sangat ke?
aku ni x faham la... ade ke nanti munkar dan nakir akan tanye parti mane kah kamu di alam barzakh nnti??? yang ditanya adalah siapakah imam kamu... jadi pokok pangkalnya kite memilih imam yg betul.. berpegang kpd ajaran islam...tidak menjadi masalah dr parti politik mane kah mereka... asal kan dia dpt membawa ahlinya kejalan kebenaran... bg ahli pas dan umno bkn mereka harus bermusuhan walaupon berlainan pendapat asalkan dasar utama menegakkan islam tidak salah kalau duduk semeja...
psst: kenapa tidak bising bile berkongsi tanah perkuburan?? ;p
Post a Comment