"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, January 02, 2010

Al-Fatihah: Blogger Ambuyat El-Binangkit Kembali Ke Rahmatullah

Dari Allah kita datang, kepada Dia kita kembali.

Ustaz Abidin Omar, 52 tahun, guru di Sekolah Menengah Agama Islamiah Papar kembali ke rahmatullah jam 6 pagi ini di Hospital Papar. Janazah akan dikebumikan di Taman Perkuburan Kg Benoni Papar.

Ust Abidin adalah seorang guru, otai, dan blogger yang menjadi inspirasi saya sebenarnya. Dalam blognya http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/ beliau menulis mengenai dirinya :
  • “TIADALAH AKU MELAINKAN SEORANG HAMBA ALLAH SWT YANG DAIF. KERANA ALLAH HAMBA BERJUANG DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI INI(BUKAN ISLAM HADHARI.)”.
Mengenai blognya, beliau menulis :
  • Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Kemaskini terakhir blog beliau ialah pada 28 Disember lalu dengan memaparkan berita politik Pakatan Rakyat

Ust Abidin @ Abdin bin Umar @ Omar dilahirkan di Kampung Benoni Papar pada 27 Disember 1957. Beliau meninggalkan seorang isteri yang dinikahi pada 1984 dan 7 orang anak.

Ketika menziarahi beliau pada hari raya lalu, saya menulis :
  • Beliau sarat dengan pengalaman. Berada di Universiti al-Azhar 1982-1987 dalam bidang Usuluddin (Tafsir).
  • Dalam perkhidmatan awamnya, pernah menjadi pengetua di SMAI Tawau, SMAI Papar, Ketua Nazir Pendidikan JHEAINS, PTA JHEAINS Sandakan dan Pengetua SMAI Beaufort.
  • Kini beliau kembali dan memilih sebagai guru agama biasa saja atas beberapa alasan kesihatan dan kesibukan tugas.
  • Beliau juga adalah hakim MTQ Negeri Sabah dan Fertival Kompang, Barzanji dan Marhaban Negeri Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
  • Isi kandungan blog beliau bukan setakat berita terkini tetapi juga koleksi bahan-bahan yang boleh menjadi rujukan semua.
Al-Fatihah kepada Allahyarham...

Sumber - ABU NUHA CORNER

4 comments:

ummu asiah said...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Sunngguh terkesan di hati..baru tghmalam smlm saya cuba mengenali Allahyarham apabila di ruang feedjit di blog ummuasiah ada kunjungan dari blog tersebut. Terlalu banyak maklumat di sana..baru terfikir nak letak link di blog ummuasiah...sedih sekali..

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...pasti ada pahala yang mengalir dari hasil blognya..moga perkara yg sama tersedia utk kita...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

Al-Fatihah buat arwah...

salam takziah buat keluarga belaiu..semoga rohnya dicucuri rahmat ...

kerispuaka said...

al-fatihah

Anonymous said...

saya selalu melayari blog arwah,tidak pulak diketahui arwah punyai kesihatan yang kurang memuaskan.beliau amat ceria melayani saya yang kerdil ilmu ini.semoga rohnya ditempatkan bersama para orang orang yang beriman.AL-FATIHAH,AMIN.