"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, January 18, 2010

Bersedialah Melihat Anak2 Gadis Kita Jadi Pelacur Selagi UMNO Terus Memerintah (Nauzubillah)

Ramai yang agak marah bila saya kata begitu dalam artikel saya sebelum ini. Tapi, ini bukan saya kata kosong-kosong. Ini adalah berdasarkan pengalaman yang dialami oleh kawan-kawan kita dari negara jiran yang kita panggil Indonesia. Ertinya, ia bukan sekadar teori sahaja tetapi perkara yang berlaku dengan benar dan di depan mata.

Dahulu, Indonesia adalah sebahagian dari negara OPEC, yakni negara pengekspot minyak terbesar di Asia Tenggara. Sewaktu zaman Suharto memerintah, Indonesia dibanjiri dengan duit minyak yang amat banyak sekali.

Oleh kerana Suharto adalah diktator, maka hampir keseluruhan duit minyak Indonesia telah dirompak oleh beliau dan juga kroni-kroni beliau. Juga, tidak dilupakan yang merompak itu adalah anak-anak dan cucu-cucu Suharto.

Pada waktu yang sama, Suharto telah menurunkan harga beberapa komoditi dan makanan (i.e. beras) untuk menghalang majoriti rakyat Indonesia dari memberontak menentang pemerintahan beliau. Sewaktu Suharto, rakyat Indonesia majoriti tetap miskin tapi tidak merempat kerana ada wang minyak yang membantu sedikit sebanyak. Pada waktu yang sama, majoriti wang minyak masih dirompak Suharto.

TIBA TIBA WANG MINYAK HABIS

3 tahun sebelum kejatuhan Suharto, PERTAMINA telah pun bankrap. Wang minyak telah habis dirompak Suharto sekeluarga serta kroni. Apabila jatuh sahaja Suharto, tiba-tiba Indonesia menjadi papa kedana. Segala wang Indonesia telah hilang dan dibawa lari oleh perompak-perompak yang disokong Suharto.

Dengan sekelip mata, segala harga barang menjadi terlampau mahal. Tiada lagi wang yang ada untuk memastikan harga barang kekal murah macam zaman Suharto.

KESILAPAN REFORMASI

Kesilapan besar mereka adalah selepas kejatuhan Suharto, kekayaan Suharto dan sekeluarga tidak diambil balik. Sepatutnya jatuh sahaja Suharto, kesemua ahli keluarganya harus di penjara dan tidak dilepaskan selagi kekayaan mereka tidak dipulangkan sepenuhnya.

Apabila harga barang naik dan ekonomi Indonesia hancur, maka ramailah rakyat Indonesia yang kelaparan. Dalam keadaan sebegitu, maka hampir 1.5 juta gadis di Indonesia diketahui menjadi pelacur sepenuh masa di Indonesia sekarang ini. Dan jumlah ini semakin bertambah bukan berkurang.

Mereka terpaksa melacur demi menanggung keperluan hidup serta mencari sesuap nasi. Kalau mereka tak melacur, nescaya mereka akan mati kelaparan. Tak heranlah Dr Masyitah dulu dah siap-siap bagi fatwa melacur kerana kesempitan hidup tak salah.

Itu sebenarnya amaran secara tersembunyi dari Dr Masyitah akan masa depan anak-anak gadis Malaysia dalam masa terdekat hasil dari wang minyak kita habis dirompak UMNO dan BN. Kita nanti terpaksa berbuat demikian juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO bermula dengan Daim Zainuddin.

GADIS2 INDONESIA JADI PELACUR KESAN WANG MINYAK HABIS DIROMPAK

Di Malaysia, kita masih ada lagi minyak. Namun, saya diberitahu oleh sumber yang berotoriti bahawa hasil minyak Malaysia makin habis. Di waktu yang sama, sepanjang wujudnya Petronas, telah hampir RM460 billion telah diberikan kepada kerajaan Malaysia oleh Petronas

Itu jumlah yang kita ketahui hasil dari Dr. Mahathir menyerang Pak Lah baru-baru ini. Kalau Dr M tidak mengamuk pada Pak Lah, kita pun tak tahu berapa kerajaan dapat dari Petronas.

Kita semua tahu kerajaan Norway menggunakan keuntungan dari hasil Petroleum mereka untuk disimpan ke dalam sebuah tabung bagi menjamin masa depan dan hari tua rakyat Norway.

Soalnya sekarang kemanakah wang minyak Malaysia telah dibelanjakan.

BEBERAPA SOALAN YANG MENJADI PERTANYAAN

Saya bawa kembali dari artikel saya sebelum ini. Cumanya, saya nak tambah sedikit, semalam saya check EPF saya dan saya tak nampak ada apa-apa caruman dari Petronas ke dalam akaun saya.

Saya juga membawa satu komen dari pembaca saya yang menjelaskan keadaan sebenar berkenaan dengan wang minyak kita :

Anonymous said...
I am 40 years old now. I have NEVER EVER seen a single sen of Petronas's money for 40 years.

I believe as long as BN is still in power, I will NEVER EVER see a single sen of Petronas's money for the next 40 years.
January 18, 2010 10:40 AM


Kena bayar ke Petronas lagi ada bila isi minyak. Petronas nak bagi tandas dia bersih pun tak boleh.

Apa sangat duit Petroleum yang kita nikmati? Kalau nak kata kita dapat jalan, semua highway di Malaysia dikenakan tol yang semakin menaik.

Harga kereta pun mahal. 1/8 gaji tiap2 bulan terpaksa pergi ke kereta kita.

Kalau nak kata harga minyak murah, tak murah jugak. Kalau nak kata harga barang makan makin murah, barang makanan makin mahal dan semakin mahal.

Kalau nak kata gaji kita makin naik, tak naik jugak. Harga rumah pun tak lah murah disebabkan kita banyak duit minyak. Harga rumah tidak murah dan tiada bantuan dari kerajaan pun untuk bantu rakyat Malaysia beli rumah.

Kenapa Petronas tak boleh bagi "Geran Rumah" kepada semua rakyat Malaysia yang baru berkahwin bagi memudahkan pembelian rumah? Negara takda minyak seperti Australia boleh beri? Dalam RM 50k bagi satu famili pun apa salahnya.

Kalau nak ikut Norway, wang minyak akan dimasukkan ke EPF. Tapi, kita tengok takda pun Petronas masukkan duit minyak dalam EPF menyebabkan peratus keuntungan EPF tidak naik-naik.

Dari segi pelajaran pun, kita tak tengok Petronas membantu ramai pelajar-pelajar dari segi pembiayaan pembelajaran. Hanya beberapa kelompok kecil anak-anak serta kaum keluarga pekerja Petronas sahaja.

Dari segi pembiyaaan kesihatan lagi teruk. Sapa yang pergi ”Prince Court”, harga rawatan separa dengan hospital-hospital swasta yang lain. Takda pun murah. Dari segi tenaga elektrik, kadar makin mahal bukan murah.

Kehidupan rakyat Malaysia makin terhimpit namun tiada nampak ada usaha menggunakan wang minyak Malaysia untuk memudahkan hidup rakyat Malaysia.

Jadi, dimanakah RAKYAT MALAYSIA serta ORANG MELAYU dapat merasai nikmat wang minyak Malaysia?

Saya percaya 99% rakyat Malaysia tak dapat rasa pun nikmat wang minyak Malaysia.

HUJAH JUAK UMNO DALAM ISU INI DIJAWAB

Ada seorang juak UMNO telah cuba untuk menjawab artikel saya dengan menyenaraikan beberapa program kerajaan Malaysia yang kononnya wang minyak dibelanjakan. Ikutilah jawapan dari Sebatang Kara terhadap percubaan juak UMNO bernama Grand Marquis :

“ Sebatang kara said...
GM yang kata:

Anda sanggup angkat penulis upahan Barry dalam buat tuduhan bodoh pada Mahathir, dan secara membuta tuli kata mana pergi duit 100b yang kerajaan terima. Oiii TB. 22 tahun dengan 100b. Buat KLIA, Putrajaya, LRT, Monorel, Komuter, Lebuh Raya, KLCC, Sepang dan macam-macam lagi. Apakah benda-benda ini bukan hasil dari duit petronas.

Buat KLIA - Berapa kerat yang dapat manfaatnya kalo bukan kroni and the gang. Airport LIMO sapa yang punya. Lagi MAB bagi insentif kat AIRASIA (kalo rakyat marhaen guna istilah subsidi). Projek inipun projek mega untuk kroni and the gang.

Putrajaya - projek mewah untuk pemimpin rakus dan rakyat kelas elit.

LRT, Monorel - Bagi projek kat kroni, lepas tuh, kerajaan abis beberapa Billion lagi untuk bail out.

Lebuhraya - Hawaq, kalau naik tak kena bayaq kerr. Lagi nak naik tol ada laaa.

KLCC - Satu lagi projek kelas elit dan bukan untuk rakyat marhaen. Ingat dulu dalam parlimen ada dibahaskan pasal layanan pengurusan Suria KLCC terhadap peniaga bumiputra. Sewa dinaikkan sesuka hati setiap tahun dan perlu mengikut standard yang ditetapkan (standard oghang putih) sehingga Restoran seorang Cina Muslim 'Kelantan Delights' terpaksa ditutup akibat tak tahan dengan tekanan pihak pengurusan pihak Suria KLCC.

Sepang - Baru-baru ini FIA melaporkan bayaran penganjuran oleh Sepang adalah tertinggi untuk menganjurkan Formula 1.

Satu lagi Petronas saya tak puas ati nih. Saya tak pernah tengok satu pun program CSR yang dianjurkan oleh Petronas. Mereka lebih suka menaja program ratusan juta ringgit luar negara berbanding program CSR untuk rakyat marhaen.
January 18, 2010 12:44 PM

Ertinya wang minyak MALAYSIA kekal hilang dan hilang selama-lamanya. Kita sendiri takkan menyesal sampailah nanti anak2 gadis kita terpaksa melacur diri untuk menyara hidup. Nauzubillah min zalik.

SELAGI UMNO TERUS MEMERINTAH, BERSEDIALAH ANAK2 GADIS KITA JADI PELACUR

Itulah dia hakikatnya. Selagi UMNO terus memerintah, selagi itu duit minyak kita terus dirompak oleh puak-puak UMNO ni.

Bodohnya NGO2 Melayu dan Islam berjuang isu Kalimah Allah padahal isu wang minyak ini lebih besar dan bermakna bagi Islam dan bagi menjamin anak2 gadis kita tidak perlu melacurkan diri di masa hadapan untuk mencari sesuap nasik.

Tulang Besi

21 comments:

JEBATSDK said...

betul tu...sy sokong TB...

SY SOKONG PENUH KERAjaan patut dibuah kepada kerajaan rakyat (PAKATAN RAKYAT)

lama dah aku hidup tak pernah muntah tengok org...tapi bila tengok wanita puaka je..aku dah mula mual...n muntah..
pegi klinik pakar...doktor ckp jgn tengok muka wanita tu...tengok .......mesti tak muntah....hahahahaha

Anonymous said...

salam.
saya nak perbetulkan sikiit je..

banyak rancangan khidmat sosial (CSR) yang pernah dibuat oleh Petronas, anak2 syarikat dan unit2 nya.. tapi tidak hebohkan kepada umum atau pihak media. Itu sudah menjadi amalan, "tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu".

saya bukan kakitangan petronas atau syarikat sekutunya.

sekian terima kasih.

Anonymous said...

den sokong bebona tu..dunia akhir zaman ni bila ar..cepat la skit....

Anonymous said...

Sepatutnye dengan duit petronas tu rakyat Malaysia dah dapat rawatan perubatan & pendidikan percuma sepanjang hayat.

Ini tidak, dapat aje ijazah dah mula pikir macam mane nk byr hutang belajar.

Belum lagi bende2 lain. Tol la, barang naik la. mcm2 lg laa..Malaysia semua boleh punye..gula baru je naik...pasni TNB plak nk naikkan tariff...hidup BN!!!

Anonymous said...

anafiqir, gua sangsi bila lu ckp sgla khidmat sosial rkyt tidak di hebohkn. N gua nk muntah bila lu ckp cmtu.

Anonymous said...

tak de kene mengena semua benda ni ngan kerajaan.

Anonymous said...

"anafiqir, gua sangsi bila lu ckp sgla khidmat sosial rkyt tidak di hebohkn. N gua nk muntah bila lu ckp cmtu."

encik anon. bergantung pada niat anda. kalau rasa nak muntah, muntahkan saja.. jangan ditelan.. akan menjadi racun. sesuatu perkara yang tidak selari dengan pemikiran atau pengetahuan anda tidak semestinya salah.

Mengkudu said...

Dulu masa zaman kita dapat masuk Universiti mak bapak begitu bangga sampai buat kenduri....TAPI...mak bapak akan jadi pening kepala sbb anak tak dapat masuk U aje.

Sekarang...bila anak masuk U mak bapak dah pening kepala. Mana tidaknya nak masuk aje dah kena korek duit, lepas tu dah habis belajar kena bayar pulak PTPTN. Itu kalau dapat kerja kalau tak dapat kerja bertambah2 pening la....

Anonymous said...

1malaysia

Hang horatio said...

xpuji xkutuk tp nak menginsafkan blogger mcm anda ni..ambil contoh klntan slgor penang terutamanya dan kedah..jgn bg alasan bru bbrpa thun memerintah.itu alasan kurang bijak..anda bijak berhujah dgn amat berkesan sehingga dpt memepengaruhi org2 yg sama mcm anda.dosa pahala tanggung sendiri amat sesuai un tuk anda sebenarnya..yg paling x puas hati isu petronas.anda bijak mempermainkan sentimen ke arah menampakkan peronas sbg entiti yg kurang berkesan bbnding yg positif.ternyata silap dlm hujah anda.yg ikut percaya pun main ikut emosi dan pemerhatian yg x terjangkau dek rkyat mcm anda..tahniah ye..lu fkir la sendiri.

Mohamadazhan.com said...

salam TB

macam tu, baru tau, bagus, artikel yang bersandar pada pengalaman negara jiran yang telah lama jatuh.

Mlaysia septutnya belajar dari salah negara jiran

Anonymous said...

Bezanya Petronas dan Pertamina; macam bumi dan langit..

Pertamina kompeni bankrap tapi Petronas , disenaraikan sebagai salah satu kompeni yang amat berjaya setaraf dengan kompeni besar duina seperti Shell dan Mobil.

Sebagai rakyat Malaysia sepatutnya kita perlu berbangga dengan pencapaian Petronas, sebuah konglomerat yang rata-rata diterajui dengan bangsa Melayu.

Kenapa sampai kat situ pulak bunyi tajuk ; Misteri Abad Ini: Ke mana Hilangnya hasil petroleum Malaysia? Anak-anak gadis kita bakal jadi pelacur?Ini menghasutlah.. Hati kalau dah busuk, apa yang keluar samada hasil tulisan ataupun mulut akan berbau busuk..

Apa teruk sangat gadis Melayu kerana tak ada duit Minyak, anak-anak gadis kita bakal jadi pelacur, ini ayat menghasut ni.Rendah sangatke iman anak gadis kita tu? Rendah sangat iq kau rupanya..

Sebenarnya kau silap.. Bila ada duit minyak,banyaklah expatriate, bila banyak expatriate, banyaklah tempat hiburan,dan bila banyak tempat hiburan banyaklah teman-teman penghibur si expatriate.. tak caya cakap aku , kau pergilah ke Miri dan tengoklah keadaan disana tu..

Kalau kau rajin, pergilah survey kat tempat hiburan diibukota. Banyak-banyak GRO ni datang dari negeri mana ,ye?

iam_khufu said...

Sedar atau tak sebenarnya Petronas ni adalah syarikat membazir. Kalau tak cayer, saper2 yg ada sedara mara yg kerja dgn Kompeni yg deal dgn Petronas, cuba tanya diaorg, brp byk claim kompeni depa buat. Tanya betul ke claim tu dgn harga sepatutnya. Pergi tanya harga sebiji skru yg diorg claim dr petronas berbanding harga Pasaran.

Kalau kata Petronas tak buat kebajikan statement tu tak brp btul. Depa ada wat la. Banyak depa buat.

Kita mmg tak leh sgt nak komplen apa Petronas bg kat rakyat dan negara. Mereka perlu dana utk kembangkan perniagaan tp bab taja itu ini mmg aku tak brp suka. Petronas dah bg duit, mn yg berhak diterima oleh kerajaan. Masalahnya apa yg kerajaan buat dgn duit tu. Itu yg patut kita persoalkan bukannya petronas. Tak kan kita nak guna segala duit yg ada dalam petronas tu dan beri semua percuma pd rakyat. Brp lm nak hidup cam tu. Apa jd pd generasi kita yg akan dtg kalo duit petronas habis sebab nak bg brg free kat kita semua.

Kita ni tak leh harap sangat semua kerajaan nak bg. Kena usaha sendiri kalau nak dpt lebih. Di pihak kerajaan pulak kena la pandai2 agihkan duit tu untuk kebaikan rakyat. Oi Kerajaan BN oi, fungsi korang tu, amik duit rakyat lepas tu pulangkan balik kat rakyat. Fungsi korang tu macam amil kat baitulmal je. Amik duit bg pd org yg berhak bukan amik duit korg balas utk anak bini korang

Anonymous said...

Tak hairanlah aku mengapa dr. mahataik bergaduh dengan Pakloh Bodohwi, gara2 siapa diantara mereka yang anak dan menantu mereka dapat kebas lebih wang petronas. dr. mahataik tuduh bodohwi kebas banyak, tapi si bodohwi tu kata anak mahataik yang kebas lebih. Tengok dua-dua ekor bekas PM bahlol ni punyalah bodoh, dia ingat bila mereka dah mampos boleh bawa duit masuk kubur ke? Pikirlah kamu berdua tu kubur dah kata mari, rumah kata pergi.

Muhammad said...

Assalamu Ala Man Ittaba'a al-Huda

Itu baru sedikit. Saya rasa kalau Umno menang dan Pas atau PKR tidak mahu bersatu dengan UMNO, maka Malaysia akan menerima akibat yang sama seperi IRAN.

Rakyat Malaysia bukan sahaja sanggup menjadi pelacur, tetapi sanggup menjadi PEMBUNUH.

Kerana kita telah nampak dan telah semakin yakin bahawa, Umno akan kalah. Tiba-tiba Umno menang. Maka bukankah huru hara jadinya Malaysia kerana ketidak puas hatian rakyat. Maka rakyat akan menuduh UMNO menipu kertas undi. Oleh itu perarakan demi perarakan membantah keputusan undi akan diadakan secara besar-besaran.

Dan tidak mesti tidak, kerajaan asing yang ingin menjadikan Malaysia sama seperti Iran, tidak akan melepaskan peluang untuk melepaskan tembakan curi. Lalu terjadilah pembunuhan demi pembunuhan.

Kerajaan akan dituduh menembak, kerana pistol yang digunakan adalah pistol polis. Lalu orang ramai akan berarak semula dan terjadi lagi tembakan curi dari negara asing.

Nau'u dzu billah min dzalik.

Oleh itu, UMNO ketika ini berhempas pulas mahu menjatuhkan TG Nik Aziz. kerana TG Nik Aziz tidak mahu bergabung parti. tetapi hanya mahu bergabung kerajaan sahaja. Siapa yang menang dia jadi President.

Siapa kalah, maka saya sarankan agar menjadi Timbalan presiden.

Bukankah nanti keputusan ini lebih baik agar tidak akan menjadi huru hara di Malaysia nanti.

Apa-apapun segala yang baik dari Allah swt dan segala yang tidak baik adalah dari saya sendiri.

Tuan dan pengunjung tuan adalah dengan hormat dijemput melayari:

http://surah-al-kahfi.blogspot.com/

dan

http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

Semoga Allah swt menerima segala amalan kita dan memaafkan segala kesalahan kita. Amin.

Sekian.

MC_Shaharul said...

baru aku fhm slama aku blajo kt indon rata2 rakyat diaorg kata hidup dizaman suharto lbh senang dari skrg,tp aku x fhm jgk knp diaorg tumbangkn suharto,rupa2nya student2 indon nie lbh bijak dari student n rakyat malaysia sbb dpt menghidu kerakusan suharto,tp yg salahnye diaorg x tangkap bpk2 yg mangaut keuntunggan negara tue n dibiarkan terlepas...

pengajaran kpd rakyat malaysia,sekiranya ditakdirkan Allah kerajaan NAZIonal ini ditumbangkn suatu hari nnti,jgn biarkan mereka nie sorg pn yg terlepas dan mmbawa duit2 rakyat nie kluar negara,penjarakn bangsat2 ini...

Muhammad said...

Assalamu Ala Man Ittaba'a' al-Huda.

Yang penting setiap asset tidak dibawa keluar negara dari sekarang.

Sesiapa yang membawa wang atau harta keluar negara, atau mereka beli kapal selam dan kemudian jual enjinnya di luar negara, maka Malaysia mestilah menuntut balik harta yang mereka jual itu sebagai penjualan yang tidak sah, kerana menggunakan wang negara untuk membelinya buat pertama kali.

Selain itu, jika PAS mahu menjadi Islam sebagai pegangan dan mahu menjadikan Rasululah saw sebagai contoh, maka sebagaimana Rasulullah saw memaafkan penduduk-penduduk Makkah yang jauh lebih kejam dari UMNO itu, maka begitu jugalah hendaknya PAS.

Kalau PAS mahu macam itu, PAS boleh maklum dan heboh awal-awal. Bahawa Pas akan memaafkan kesalahan-kesalahan anggota Umno jika mahu masuk Pas. Harta-harta tidak akan di ambil dari mereka. Perniagaan-perniagaan tidak akaan dirampas.

Yang ditukar hanyalah, Perkara yang Haram.

Namun siapa yang menanggung kerugian akan diberikan Pampasan, walaupun mereka rugi dalam perkara yang Haram seperti kilang Arak.

Kerana kita yakin, dengan berkat pertolongan Allah, dan dengan berkat jimat cermat, dan dengan berkat usaha dan kebijaksanaan yang tinggi koperat Pas, Dan dengan berkat kejujuran dan amanah Pemimpin Pas, maka ekonomi negara akan melambung tinggi. Insya Allah.

Maka barulah berombong-rombongan anggota Umno masuk Pas. Bukan ke?

Sekali lagi dengan hormat, pengunjung tuan bahkan pengkritik tuan adalah dengan hormat dijemput melayari:

http://surah-al-kahfi.blogspot.com/

dan

http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

Semoga Allah swt menerima segala amalan kita dan memaafkan segala kesalahan kita. Amin.

Sekian.

Anak Lenggong said...

Alaaa...tak payah nak salahkan orang lain tengok sendiri dalam kerajaan negeri kelantan tu makin banyak pendedahan mengenai ketamakan keluarga nik ajis...nak kaut untung jee..pada mereka rakyat tak perlu dipedulikan cukup lah sekadar dibagi ceramah oleh nik ajis...pengurusan kerajaan negeri ehmmm..entah laa..tu pasal la kebanyakan golongan muda keluar mencari rezeki kat negari lain...yang perempuan lak kalau takde pelajaran banyak yang jadi gro dan pelacur kat negeri orang...pegi laa kat pub dan lorong dikl ni ..mek mana yang ramai selain daripada warga cina..indon dan filipina serta thailand.

Secara mata kasarnya tiada kelab malam yang tumbuh di kelantan tapi yang tumbuh secara haram tu banyak ooo..lagipun apa nak heran rakyat kelantan nak berhibur cuma pergi seberang sahaja...kah kah kah..

Anonymous said...

xde point ker anak lenggong... sry la kami xbeli dgn ayat - ayat cinta pencacai...
better ko bagi idea kelab mlm kau ni dgn NAJIBTUYA bole dia ajak baginda mkn mlm lagi sekali.ko joint la sekali geng2 C4 tu....

Anonymous said...

hahahah.....mampuslah korang semua dok bergaduh.....sebab petronas , shell, exxon tu lah gaji kami belas2 & puluh2 walaupun tak join politik bawah tempurung korang tu....

Sebab apa sebatang skru tu mahal?. Bukan buat untuk motor kau mat....ada specification dia....kalau tak tak sampai setahun dah roboh platform minyak tu...

Tempurung tempurung...bagi komen kasik paham dulu...jgn dengar cerita kawan kau tu saja.....

Tu lah masalahnya...nak boikot semua benda....duduk dalam hutan la korang...

Cuba pikir Petronas sebagai satu company bukan Badan Kebajikan Masyarakat....cuba bayang kedai mamak....mahal nak mampus tapi derma tak kalah....Dia patut manage company tu untuk dapat duit, untung....kena rolling....

Anonymous said...

Ape nak jadi owg melayu ni, sesame sendiri nak gaduh, sepatuunye brgabung, anuar ibrahim, nik aziz, najib brsatu, ni x lagi mengapi2 satu dgn lain, cine india ketawe melihat melayu brpecah belah, aku x sokong mane2, tp aku sokong melayu brsatu.....