"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, January 31, 2010

Kenyataan Khalid Samad Berkaitan keputusan JK Disiplin

NOTA EDITOR: Berikut adalah kenyataan Khalid Samad berkaitan dengan keputusan JK Disiplinj baru-baru ini. Saya cuma ingin meminta Khalid Samad bersabar dan ketahui bahawa beratus ribu penyokong berdoa dan mahukan keadilan. Ingatlah bahawa Allah SWT mendengar doa orang yang dizalimi. Allah itu Maha Adil dan Maha Mendengar.

Selamat membaca.

Keputusan JK Displin
Saturday, January 30, 2010

Jawatan Kuasa Disiplin PAS telah mengambil keputusan untuk mengantung jawatan-jawatan dalam parti yang sedang saya sandang selama 6 bulan. Jawatan berkenaan adalah sebagai YDP kawasan Shah Alam dan sebagai ahli Lujnah Politik PAS Pusat. Sebenarnya, saya sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan. Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?

Ada juga yang bertanya tidakkah saya merasa kecewa? Mengapa pula saya perlu merasa kecewa? Keputusan sudah dibuat dan insyaAllah saya terima dengan hati terbuka. Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minima saya telah pun tercapai. Tindakan Dato PJ selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi. Ahli BPPNS harap ambil perhatian tentang perkara ini.

Ya betul, jawatan saya digantung tetapi itu tidak sepenting mendapat kata dua berhubung sikap dan tindakan Dato PJ selama ini. Jawatan digantung 6 bulan. Dasar perkukuhkan PR akan dipertahankan selagi mana PAS bersama PR.

Harap semua faham, saya dikenakan tindakan kerana cara saya menegur Dato PJ dianggap memudaratkan PAS. Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala' terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan 'tauke' kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini 'tauke' pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi. Kalau terus dengan cara lamanya, saya tidak akan menyanggahnya lagi. Saya sendiri yang akan buat Laporan kepada JK Disiplin. Seperti yang dibuatnya terhadap saya dalam kes ini. Itu caranya dan kita lihat pula sejauhmana kesungguhan amaran yang diberi.

Apabila menentukan sesuatu tindakan, saya telah diajar melakukan 'risk analisis' terlebih dahulu. Risikonya diketahui dan saya mengambil risiko tersebut kerana ada peluang yang baik untuk mencapai hasil. Seperti yang dijangka saya diadu kepada JK disiplin. Saya tidak mengadunya kepada JK Disiplin, pihak lain yang berbuat demikian. Risiko diambil dengan penuh sedar. Kesan datang melanda kita terima kerana memang telah dijangka. Namun hasilnya turut diraih.

PAS sememangnya mementingkan disiplin ahli, ketaatan kepada pemimpin, thiqah dan wala'. Saya tahu semua itu, tetapi semua telah saya usahakan. Bukan semakin baik, semakin parah. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali melakukan apa yang pasti sukar diterima parti. Walaupun berasas tetapi akan dilihat melanggar disiplin. Ketua pemanah meninggalkan Bukit Uhud. Yang membantah dan menghalang dianggap melanggar disiplin jemaah kerana membantah dengan cara yang kasar.

Ada pula yang bertanya, adakah saya akan merayu? Saya masih belum lagi memutuskannya. Mungkin tidak. Seperti Saidatina Aisyah dalam kisah fitnah terhadapnya. Memadai dengan saya meyakini bahawa saya bertindak demi PAS dan PR. Lagipun, seperti yang telah saya nyatakan, jawatan itu tidak penting. Hendak merayu buat apa? PRU 13 semakin hampir. Bersama kita terus asak UMNO sehingga mereka tersungkur. Itu prioriti kita yang perlu dilakukan tanpa adanya kenyataan-kenyataan yang akhirnya akan menyulitkan diri kita sendiri.

Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

13 comments:

Mengkudu said...

Tahniah YB khalid & YB DHA

Atas kesedaran saudara sebagai pemimpin, saya menyangjung tinggi terhadap keperihatinan YB.

Saya juga bergangga mempunyai seorang YB yang sanggup menerima apa saja hukuman demi menegakkan pendapat YB

Saya juga bersyukur kerana saudara dengan lapang hati sanggup menerima hukuman dpa AJk Disiplin dan mematuhi arahan yang ditetapkan malah menyeru semua supaya meneruskan perjuangan memantapkan barisan PR demi menjatuhkan kerajaan UMNOBN.

Semoga PR terus mantap.

ksahirin said...

Hukuman sudah dijatuhkan, jadi tidak perlu merayu lagi.... Nanti jadi macam Mahkamah Malaysia pula di bawah tajaan UMNO yang sudah tidak ada ketelusan lagi.... Sekejap dah dijatuhkan hukum, sekejap pula, dah berubah.... hukuman asal dah tak berguna.... Teruskan komitmen yang dibuat selama ini.... Bagi kami rakyat, melihat tindakan anda sangat-sangat betul, hanya tidak selaras dengan JK Disiplin.... Tak mengapa.... berpahit-pahit dahulu, Insya-Allah perjuangan yang dibuat pasti menemui kejayaan, Demi Agama Allah dan seluruh rakyat di bawah Pakatan Rakyat....

Unknown said...

THUMB UP!

TAHNIAH YB! ANDA PEMIMPIN SEBENAR DI HATI KAMI.


"SELAMAT BERJUANG YB"

Anonymous said...

Masih tak puas hati lagi. Buat public statement....ini apa cerita.

aZRoy said...

congrats YB Khalid,

yes i do agree on the minimal objective achieved. at least hasan ali will not dare to try again criticize pr in public, in accord to ameno profit.

Anonymous said...

anon 3.01pm.. buat statement salah.. berdiam diri pun salah..amende kamu nih? ulasan YB Khalid hanya utk menyatakan apa pendirian beliau atas keputusan JK Disiplin.. dia tak bidas pun.. yg kamu meloncat tak tentu pasal, kenapa? - Neo

Ali Zaidan said...

Tak ada yang zalimnya. Sapa suruh dedah mesyuarat dalaman parti yang sepatutnya rahsia? Hang ingat kecik ke salah hang?

Patut kalau tak nak merayu pun, terima dan akui la kesalahan. Baru nampak jiwa besar.

Toksah ada yg nak bandingkan Hasan Ali dan baiah la. Itu bukan kes dia kena panggil mengadap JKD. Jangan buat buta isu pulak.

Anonymous said...

AKU NAK MENCILOK SAT

-AMARAN UNTUK SEMUA BLOGGER-

LAMAN WEB PORTAL UTARA ONLINE TELAH LUMPUH dan tidak boleh DILAYARI,,,,,

mengikut sumber TKODAILY juga sudah LUMPUH dan TRANUNGKITE sudah tinggal NYAWA NYAWA ikan....

apakah PERANG SIBER sudah DIISTIHARHAN .....

poji....update FIREWALL dan awasi treat kepada PERISIK RAKYAT mana tahu selepas ni pulak hang kena....

-BOND-

BUJANG SUSAH said...

Tahniah YB Khalid Samad. Aku sokong hang...!!!!

Anonymous said...

Tahniah YB Khalid. Perjuanganmu belum selesai selagi puak UG tidak disingkirkan, amaran pada PAS, rakyat secara umumnya melihat senario ini berat sebelah. Kenapa orang yang melalak macam anjing salak bukit seperti Hassan Ali tidak di ambil tindakan keras?

Gelagatnya bukan untuk membela islam tapi sebagai"troublemaker untuk Pas". Kami tidak percaya pada Hassan Ali kerana beliau jahat macam umno.

azman kamarul said...

Teruskan berjuang untuk menegakkan Islam di bumi Allah....takbir!!!

PERHATIAN

BLOG CENANGAU DAH BANYAK HARI TIDAK "UPDATE" mungkin virus dari India yang dibeli oleh ketua 1malaysia dengan harga RM300 juta dah mula melancarkan serangan..

RM300 juta tu dia sapu duit rakyat ke atau duit umno?

Anonymous said...

TB/TiPU,.ko usahlah nk pecahkan perpaduan jamaah PAS,.. sebahagian besar ahli PAS sokong TGHA dan JK disiplin

Sebahagian lagi sokong TGNA atas dasar hormat

Cuma 2-3 kerat shj yg menganut fahaman endogan aljuburi

Noni said...

Sudah lah "reformis pas'. Ahklak buruk kamu tu untuk melaga2kan pemimpin atasan akan menguatkan lagi ikatan ukhwah kami.