"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, January 30, 2010

Ibu Tunggal Ditembak Tanpa Sebab

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang mencederakan Norizan

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah

Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.

Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan

Surendran (gambar kiri) pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.


Sumber - MerdekaReview

27 comments:

Anonymous said...

ni pun salah umno jgak ni...

Anonymous said...

Teringat Kalpal singh selalu salahkan polis!!La ni diam membisu dan membatu!!pasai apa!rumah dia kena rompak!!polis buat tak tau jee!!!!Dulu kalau ada kes macam diatas!diala yang melalak dulu!!!lani!!!sedaq punnnn!!!!!!!

Anonymous said...

ada org bgtau, polis skrg tak kasi muka.. tembak kasi mati.. tp jgn la membabi buta.. tak pasal2 org tak bersalah kena tembak..lepas tu org yg teraniaya pulak kena tanggung sumer.. tak pasal2.. klu kata polis bodo, makan suap, tau pulak marah... ada akai, pikir la bebaik.. - Neo

ayorlemuju said...

Kita tak payah ada polis. Kita tak payah ada SPRM. Kita tak payah ada mahkamah. Semua orang lain tak betul. Kita saja yang betul. Hidup Nik Aziz, hidup Pas!

Wenger J. Khairy said...
This comment has been removed by the author.
4JJ luZ said...

cukup bukti saman ajelah.jangan dok tunggu lagi. saman..saman...saman... peguam ada ramai...

Anonymous said...

umno lah sebenar-sebenar tuhan.

jangan gaduh nak rebut Allah,anggaplah umno sebagai tuhan cerah masa depan.

apalah sangat kes seorang ibu tunggal 'diperkosa' sedemikian rupa,kira untung ada orang lain telah 'diC4kan' terus lenyap dari muka bumi.

kerat 18 tubuh umno,aman dunia.wallahua'lam

-zakuanadha-

Anonymous said...

Polis=amno

Anonymous said...

ni salah umno bro... poliskan semua orang umno.. sprmkan pun umno.. kaki tangan kerajaan semua unmo.. ni kan umno punya angkara.. rasuah pun umno.. umno yang bersalah.. tu sebab orang umno tak boleh masuk syurga.. rasa nak masuk syurga pangkah lah pas... maki orang pun boleh masuk syurga kah.kah.kah.kah.kah. orang pas dah semayang subuh ke ?

anti umno said...

he he he...

Orang umno kata...

BAKAR GEREJA MASUK SYURGA

AbgTuah said...
This comment has been removed by the author.
AbgTuah said...

JANGANLAH MAIN TUDUH TAK TENTU HALA..

JANGAN MAIN GUNA ISU YANG TAK DIKETAHUI HUJUNG PANGKALNYA UNTUK MEMBUAT PROPAGANDA..BAHAYA TU..BRO

JANGAN GUNA BEBERAPA KERAT GAMBAR YANG KITA TAK PASTI MILIK SIAPA UNTUK MENUDUH TANPA ASAS..

JANGAN KITA GUNAKAN KENYATAAN BEBERAPA KERAT AHLI POLITIK YANG BELUM TENTUNYA ADA ASASNYA..

CUBA FIKIR SECARA LOGIKAL SEBAGAI MAKNUSIA BERAKAL..APAKAH DENGAN PENJELASAN YANG SEBEGINI RINGKAS DAH DAPAT DIPASTIKAN PULA PESALAH DALAM KES INI..

BUKAN KITA NAK MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK..

TAK KIRA SIAPA, YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG PERLU DI BAWA KEMUKA PENGADILAN..

TETAPI..DENGAN MENGELUARKAN CERITA YANG TAK LENGKAP BUKANKAH ITU TIDAK ADIL BAGI PIHAK SESUATU PIHAK..

KENAPA PULA NAK DISALAHKAN DAN DIKAITKAN PULA UMNO DALAM SEMUA HAL..

JIKA BEGITU SEMUA KEJADIAN ROGOL..DADAH..ROMPAKAN DAN LAIN-LAIN JENAYAH YANG BERLAKU DI KAWASAN JAJAHAN PAKATAN BOLEH JUGA DISLAHKAN PADA PIHAK PEMBANGKANG..KERANA TAK PANDAI URUSKAN NEGERI..

TIDAKKAH ANDA TAHU BAHAWA ADA KES DIMAHKAMAH MEMAKAN MASA BERTAHUN DAN BERPULUH-RIBU MUKA SURAT PENULISAN KENYATAAN..PEMBUKTIAN..UNTUK SESUATU PROSES PERUNDANGAN...

KEPADA PENGKOMEN PULA, TIDAKKAH MENJADI PERKARA YANG PELIK..DENGAN SATU ARTIEKL DARI TOPENG PERAK MAKA SEMUA HARUS PERCAYA BULAT-BULAT DAH SETERUSNYA MENYALAHKAN KERAJAAN..SERTA UMNO..HMM..HMMM..SOMETHING IS NOT RIGHT HERE..!!

Anonymous said...

Bodoh la AbgTuah ni.

Kalau polis tidak bersalah, kenapa SEMUA kes orang kena tembak mati polis tu TIDAK DISIASAT BADAN BERKECUALI dan DIUMUMKAN hasil siasatan kalau disiasat? Kalau polis siasat salah laku polis, siapa nak percaya? UMNO saja yg percaya...haha UMNO lagi..

Tapi memang lah AbgTuah ni bodoh!

AbgAnon

tenhitman said...

perisik rakyat tolong sebarkan penipuan dan kezaliman terhadap mahsiswa dan berikut adalah link ke video pendedahan mahasiswa terhadap
penipuan ,ugutan dan kezaliman pentadbiran UKM dan pegawai keselamatan:

http://www.youtube.com/watch?v=zzumU38KFtI
http://www.youtube.com/watch?v=ZMgpU_DBwlE
http://www.youtube.com/watch?v=DCRFdCZfDd4
http://www.youtube.com/watch?v=K4azJTlOWqo
http://www.youtube.com/watch?v=x0LRn_onR4k

aku313 said...

bang tuah? khak tuih...auww...bang tuah...auww...

Anonymous said...

emmm, binawe punya polis

www.faktainfodata.wordpress.com

Anonymous said...

panas!! panas o!! panas !!!
analisis pergolakan di kelantan

sila tengok

www.faktainfodata.wordpress.com

mintak wang ehsan <-- hahahaha :
tuan blog tolong siar artikel dalam blog faktainfodata.wordpress.com ni

Anonymous said...

aku kesal dengan ape yg terjadi

Anonymous said...

Rumusan pada kes diatas!

PILIHLA JANTAN YANG BAIK NO!JANGAN KAWAN DENGAN OGHANG JAHAT!!JANGAN DOK GALAK SANGAT!SIASAT SIKIT LATAR BELAKANG!!!

Anonymous said...

semua kau kau di atas ni adalah babi gampang belaan khalid gagap, nuar babi, hadi gila, nik aziz nyanyuk,dan lain lain pembabi gampang

manjung mari.

Anonymous said...

ala polis malaysia apa maok heran. Dah najib suruh buat buat la. Peduli apa aku

AbgTuah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kih kih kih ..

amik kau orang..tu abgtuah lah..!!

Tinta Hitam said...

sebeanrnya banyak salah laku polis ni yg boleh diketengahkan.Malahan banyak kes rompakan dan memeras pekerja asing selalu dilakukan oleh polis sejak akhir akhir ni.Malahan dilakukan dihadapan orang ramai tanpa rasu malu dan segan silu

Tinta Hitam said...

Selagi UMNO berkuasa dimukabumi ini selagi itu lah kes kes spt ini akan beterusan berlaku.

Anonymous said...

abang tuah macam puki...
p la nasihat blog2 kwn2 hang tu..
macam cibai hendaknya...
hahahaha...

AbgTuah said...

ABGTUAH DELETEKAN KOMEN TENTANG AKU313..

AKU313 DAH MEMBERIKAN PENJELASAN BAHAWA ITU BUKAN KOMEN BELIAU TETAPI KOMEN MEREKA YG SUKA MENYAMAR DAN GEMAR MENGADU DOMBA. ABGTUAH PERCAYA..KERANA AKU YG TELAH LAMA ABGTUAH KENALI TINGGI SIFAT SOPAN DAN PEKERTINYA.

DISINI ABGTUAH MEMBUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA AKU313 KERANA TERLALU MELULU MENGIKUT AMARAH DAN TELAH TERSALAH SANGKA.