"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, January 30, 2010

Saya Berhak Bersuara – Tengku Razaleigh

Reactions: 
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau berhak untuk menyuarakan pandangannya tentang royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau bebas untuk bersuara selagi ia tidak melanggar undang- undang dan disiplin parti walaupun berada di atas pentas pembangkang malam tadi.

Bagaimanapun bekas Pengerusi Petronas itu menolak dakwaan kononnya tindakan tersebut adalah langkah awal untuk beliau menyertai pakatan pembangkang.
“Saya bebas dan boleh bersuara apa yang saya suka asalkan tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang yang terpakai di negara ini serta disiplin parti.

“Saya bukan pak turut, malah pada zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya tidak pernah menjadi pak turut. Kalau orang ajak kita masuk ‘rok’ (semak), kita masuk ‘rok’ lah ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Muhammed IV di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco kerajaan negeri serta kira-kira 20,000 rakyat negeri ini.

Penyertaan Tengku Razaleigh dalam ceramah itu mencetuskan kontroversi kerana beliau berada di atas pentas kerajaan negeri yang ditunjangi Pas.
Sementara itu, ketika menyampaikan ceramah, Tengku Razaleigh berkata, kehadirannya pada malam tersebut adalah berdasarkan prinsipnya yang mahu menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat Kelantan yang ditindas selama ini.

“Sebelum saya hendak datang sini ada orang hendak halang saya kerana melanggar disiplin parti tetapi apa saya peduli, saya hanya mahu menyatakan kebenaran selepas melihat rakyat Kelantan ditindas. Sepatutnya apa yang saya nyatakan pada malam ini telah dinyatakan 36 tahun yang lalu.

“Sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan Petronas dan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, saya tahu kerajaan negeri sememangnya berhak untuk menerima royalti sebanyak lima peratus walaupun pada kawasan bertindih dengan Thailand,” katanya.

Katanya, jika Kerajaan Pusat tidak yakin dengan kebolehan kerajaan negeri untuk menguruskan royalti itu, beliau mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan untuk memastikan wang berkenaan diuruskan dengan baik.

Jelasnya, beliau sendiri sedia menjadi ‘jambatan’ bagi menghubungkan pihak berkenaan demi pembangunan dan kepentingan negeri serta rakyat.

“Saya rasa kerana mereka tak begitu yakin dengan kerajaan negeri disebabkan pimpinan Pas, barangkali saya fikir itu sebab berlengah tak nak bagi royalti kepada Kelantan.

“Saya sanggup menjadi jambatan untuk berhubung antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri dan Petronas supaya dapat kita laksanakan dengan baik demi faedah Kelantan,” katanya.

7 comments:

Anonymous said...

Buat la apa yang patut Ku Li oiii!!Bagi aku puak kelantan dapat duit ekhsan atau royalti ka!!ikut suka hangpalah!!Jangan jadi ganu sudah!belanja duit bukan-bukan!Piala monson!Masjid kristal!Yang rakyat dok miskin jugak!Kebelakang 30 tahun dari negeri lain!
Macam dikelantan,puAK jantan dikampung!dok penghambat tupai!dok main dam besaq!dok lawan belalang krit!dok lawan ayam serama!!
Lepas dapat duit nanti!hangpa binala kilang!supaya orang muda kelantan tak merempat lagi!!!!
Lagipun ariffahmi dah letak jawatan!tak beli kek RM1000.00 sebiji lagi kot lepas dapat duit petronas nanti!
Takutla pulak naik pula makr0,tesco,jayayusco,kfour dan lain-lain hypermarket kepunyaan oghang kapiaq!!
Negeri lain biaqpila!sebab depa tak pernah halang orang lain beli tanah kat negeri depa!Nak tenguk adakah oghang kelantan juga akan sanggup gadai tanah pada oghang bukan kelantan!!!!Rasanya dah bermula!Sapa tuan tanah yang tanam sayuq kat Lojing!!!!
Satu lagi hang topeng perak!ada duit banyak pi la dakwah kat oghang asli kat gua musang yang tak ketawan beghapa kali masuk islam dan last sekali ada gereja kat kampung depa!!Ada berani!!!
P/s.topeng perak!,
1.tak dak ka tabung aduka semasa gegaq kat stadium tu!!!siaan kat aduka!nak bayak RM10000.00 pun takdak duit!Last sekali hakim turun jamin tinggai RM5000.00 jee!
2.Nik aziz tak buat doa hajat kat aduka ka sama malamtu!Kan aduka pejuang yang paling wala kat dia!!!!siaan aduka!tak sapa pemimpin Pas kenai dan teringat kat dia!!!

Anonymous said...

Bila TGNA lantik menantu jadi CEO semua orang kata ada kepentingan keluarga tapi bila NAJIB lantik sepupu dia HISHAMUDIN jadi menteri dalam negeri semua orang diam buat tak tahu...

Anonymous said...

Anon 11.59pm, aku SETUJU dgn hang!!!!.. baru sorang ja jd ceo dah melalak puak2 tuh.. yg depa tu kroni2 bersepah merata tak dak nak kata apa pulak... ptuih...!!

Anonymous said...

Ku Li!Lawan tetap Lawan. Jangan dok jadi barua dan gurkha umno lagi kalau umno terus dok tindas rakyat. Duit minyak bukan mak bapak Najibtuya dan Kerismuddin punya.

Kalau bapak dia orang masih hidup lagi tentu pelempang naik kemuka dua ekor tolol tu.

Anak Lenggong said...

Sampah yang terbuang ni terpaksa menjadi ular semula....kah kah kah..cakap berbelit-belit dan terpaksa menjadi hipokrit bila dioffer baik punya..Dulu Pada 31 Okt 2000, Tengku Razaleigh berkata daripada segi undang-undang, negeri-negeri di Semenanjung tidak ada hak terhadap minyak yang ditemui di luar kawasan pentadbiran masing-masing. Tengku Razaleigh yang merupakan pengerusi Petronas pada tahun 1974 yang terbabit dalam perjanjian berhubung pemberian wang ihsan itu kepada kerajaan negeri terbabit, termasuk Terengganu dan Kelantan, berkata pembayaran wang hasil minyak oleh Petronas kepada kerajaan negeri terbabit bukan diberi kerana ada dasar ianya hak negeri terbabit. Kenyataan itu dibuat oleh Tengku Razaleigh bagi mengulas pembayaran wang ihsan yang dipertikaikan oleh anggota PAS pada persidangan Dewan Rakyat.

Tengku Razaleigh pada tahun 2000 itu berkata semua negeri di Semenanjung tidak mempunyai hak di bawah Akta Petroleum 1974, beliau juga mengatakan bahawa dibawah Akta Petroleum dari segi undang-undang negeri-negeri disemenanjung tidak ada hak terhadap minyak yang ditemui diluar kawasan pentadbiran masing-masing. Beliau juga menyetakan bahawa bagi negeri yang memikirkan untuk membuat tuntutan ke atas royalti minyak seperti Kelantan, tidak berhak di bawah mana-mana Akta Petroleum kerana berada di kawasan antarabangsa yang Persekutuan berhak. Ini adalah kedudukan undang-undang antarabangsa dan juga undang-undang negara. Akta Petroleum berbeza dengan peruntukan Akta Pelantar Benua yang mana Sabah dan Sarawak tertakluk bawahnya. Disebabkan mengetahui perkara ini lah si Husam musa dan kerajaan Tok ajis tak membawa kes ni ke Mahkamah sebab dia tau yang bila kemahkamah mereka akan kalah dari segi undang-undang ..so terpaksalah buat lelongan awam kepada burung belatuk tak tak mengerti pebenda pun yang hanya tau bertakbir dan mengangguk sahaja...

KuLivskuli said...

NIe buat anon 11.59
sapa yang mula menghina,mencaci pemimpin yg kononya berkroni? juak PAS n PKR juga tapi bila kena tang hidung u all..mak oiii org juga yg jahat.. lain kali,pikiaq dulu nooo

bab duit royalti ni aku rasa Kuli tak akan jadi kuli PAS kalau najib salur wang ehsan tu melaluinya..kerana duit,manusia sanggup buat apa saja..ingat lagi berita dalam sinar harian sebulan yang lalu,ANAK PARAH DISIMBAH ASID OLH EMAK DAN ADIK KERANA MOTOSIKAL PUSAKA..peristiwa kat negeri ANWAR BRAHIM

Anonymous said...

Anak Lenggong said...

"Sampah yang terbuang ni terpaksa menjadi ular semula....kah kah kah..cakap berbelit-belit dan terpaksa menjadi hipokrit bila dioffer baik punya....."

January 31, 2010 1:18 PM

Orang UMNO tak pedulikan dia lagi... nak jadi sampah ke sesumpah ke dia punya pasallah.

Kalau dah tak sehaluan lagi pecat lah dia, itu pun kalau orang UMNO ada telur penyu... yang tidak lembik.

Hei Anak Lenggong... kita sama-sama tunggu dan lihat apa akan jadi selepas itu...
siapa jadi sampah dan siapa sebenarnya haramjadah..?