Bandingkan dengan rahsia parti yang didedahkan oleh Hasan Ali di sini.
Mana lagi teruk?
Juga, kalau benar dakwaan Bakaq@Penarik Beca, maka patutlah mereka dapat sewa bilik2 hotel yang mahal2 di Concorde Hotel di bilik2 yang paling mahal seperti yang didedahkan di bawah:
Saya tidak tahu pimpinan2 di atas ini tahu atau tidak dari mana datang wang untuk menempah bilik-bilik yang mahal2 di Concorde Hotel Shah Alam. Agaknya selepas Khalid Samad mendedahkannya baru mereka tahu.
Perhatikan juga nama seperti Dr Samsuri, Roslan SMS dan Suwardi Yaakob yang bukan pimpinan PAS dalam senarai di atas. Mengapa tidak digunakan wang di atas untuk para perwakilan untuk mengurangkan beban kos perjalanan mereka.
Mustahil PAS Selangor dapat menempah bilik yang begitu mahal di atas kalau tiada sponsorship dari korporat besar seperti Puncak Niaga.
Patutlah mereka mampu sewa bilik yang mahal2 di Concorde Hotel.
Dan disebab inilah Khalid Samad digantung jawatan selama enam bulan. Kerana mendedahkan konspirasi Hasan Ali-PAS Selangor-Puncak Niaga.Ish ish ish.
Tak sangka Tuan Ibrahim pun terlibat dalam konspirasi ini. Dan saya percaya pada Bakar@Haq sebab setakat ini maklumat dia tepat. Beliau yang pertama mendedahkan pertemuan dalam gelap dengan UMNO waktu tiada angin dan tiada ribut.
MASANYA UNTUK EGM DEMI MENYELAMATKAN PERJUANGAN ISLAM DAN PAS
Tulang Besi
p/s - artikel Malaysiakini seperti dibawah:
- Kroni Umno taja muktamar PAS?
Jimadie Shah Othman
Jun 10, 09
1:45pm
kemaskini 6.25pm Selepas tamatnya muktamar agung PAS hujung minggu lalu, kini timbul persoalan di kalangan pemimpin dan penyokong parti itu tentang pihak yang menaja persidangan itu.
Satu sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno.
Manakala satu sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, hanya sembilan bilik pemimpin atasan parti ditaja oleh pihak luar.
Sumber-sumber berkata, pembayaran untuk sewaan bilik di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam bagi tempoh tiga hari sejak hari pertama muktamar 5 Jun lalu dibuat atas nama seorang bekas peguam dari Perlis.
Selain dakwaan pembabitan orang Umno dalam penginapan hotel, Ahad lalu, seorang perwakilan mempersoalkan tindakan PAS menerima tajaan sebuah syarikat besar untuk menjayakan muktamar tersebut.
Khalid Samad, juga yang dipertua PAS Shah Alam, melontarkan tuduhannya ketika membahaskan usul menggesa penubuhan suruhanjaya diraja siasatan kes rampasan kuasa BN di Perak awal tahun ini.
Beliau, juga ahli parlimen Shah Alam, mempertikaikan syarikat konsesi air Puncak Niaga – yang bertegang urat dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam isu air – yang meletakkan iklannya di bahan muktamar.
"Apalah sepanduk Puncak Niaga berbanding mashaf al-Quran di hujung lembing? Apalah iklan Puncak Niaga di hadapan majalah yang diedarkan berbanding degan mashaf al-Quran di hujung lembing?" katanya.
"Kita kenal lawan kita. Mereka sanggup membelanjai (membiayai) segala perbelanjaan kita (bermuktamar) pada hari ini dan hari-hari sebelum ini, membayar hotel-hotel kita kalau perlu."
Beliau menyindir usaha pengendalian muktamar oleh PAS Selangor dengan mengambil iktibar sejarah perang Siffin antara puak Muawiyah Abu Sufian dengan angkatan Ali Abu Talib dalam perebutan kuasa khalifah.
Muawiyah, seorang ahli politik yang licik, mencadangkan majlis tahkim atau perundingan di tengah-tengah perang di luar Madinah dengan mengangkat kitab suci di hujung lembing sebagai lambang gencatan senjata yang akhirnya memecah-belahkan kumpulan tentera Ali.
Pada hari terakhir muktamar PAS Ahad lalu, satu risalah berukuran tabloid yang melaporkan perjalanan sepanjang persidangan tiga hari parti itu diedarkan kepada lebih kurang 1,000 perwakilan dari seluruh negara dan petugas media.
Dalam bahan edaran itu, disiarkan iklan besar Puncak Niaga di bahagian bawah muka depannya.
Sementara di luar tempat persidangan sekitar Stadium Malawati di Shah Alam, tempat muktamar itu berlangsung, syarikat konsesi itu turut menggantungkan kain rentangnya.
Puncak Niaga juga membuka pondok pameran mereka di kawasan gerai-gerai jualan bersempena muktamar itu.
Sumber-sumber bagaimanapun tidak jelas berhubung nilai tajaan yang diterima PAS bagi menganjurkan muktamar itu, termasuk bayaran iklan Puncak Niaga.
Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan tuan rumah muktamar, PAS Selangor tidak berhasil setakat ini.
Difahamkan pesuruhjaya negeri itu Datuk Dr Hassan Ali sedang menghadiri sebuah program sewaktu dihubungi sebentar tadi.
Ketua Penerangan PAS Selangor yang juga setiausaha presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir enggan mengulas isu ini sewaktu dihubungi petang ini.
8 comments:
Tulang Besi!
Kau dengan rakan2 kau (TP/Penarik Beca/Mountdweller/Aduka Taruna dll) tak mahu ke tubuh Parti Pas Reform?
Tulispun dah pandai, bagi pendapatpun boleh tahan tahap PHD ideanya, blogspun masing2 dah ada, so apa tunggu lagi utk tubuhkan Parti Pas Reform.
Kalau kau orang tubuh bagus jugak la SEBAB aku lah diantara orang yang pertama yang akan menghentam kau orang....kah...kah...kah
Blogers2 PR yang BANGANG - mau makan kiri-kanan
HIDUP UMNO...HIDUP 1 MALAYSIA
awat HJ Hadi dpt smpai 3 blk?
ana wala'
ana wala'
ana wala'
http://corongkita.blogspot.com/2010/01/jengka-mari-tarak-bunyi-punya-maaa.html
Ok geng, bagi aku tu bukan rahsia dia. Sebab kalau tu rahsia dia dah tentu awal2 lagi Khalid samad dah kena. Tak tunggu sampai lebih setengah tahun.
Bagi akulah, ini rahsianya:
http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/01/rahsia-yang-didedahkan-khalid-samad.html
Malaysiabaru.com said,
PAS akan BERKUBUR MACAM UMNO
tahniah hassan ali dan pemimpin PAS selangor dan kroni kroni umno yang berjaya merasuahkan mereka dengan wang dan kekayaan.
nama pun rumpun melayu..tak dapat lari dari suap dan telan rasuah...
sejak zaman nenek moyang kita lagi..sejak zaman kesultanan melaka lagi...zaman ingeris... terima jer suapan rasuah... dulu umno...kini PAS! yeah..
Dah tau pun puak gerombolan UG ni dok pi berkawan dengan gerombolan umno, maka tak hairanlah puak UG ni pun dah jadi perangai setan macam gerombolan umno.
Jadi bila mai PRU13 ni, buat apa kita nak simpan lagi barua umno ni, patut kita ramai-ramai tendang depa keluaq, pasal penyakit asabiyyah ni dah tak ada ubat lagi. Kalau Haron Din dia pun tak boleh nak ubat penyakit ni, pasal virusnya sangat kuat, sampai dia pun ada simpton telah terkena penyakit bahaya tu.
setakat horel sebegini pun TB nak bising. Pegawai kerajaan dah biasa selalu menginap hotel setaraf ini. Ini biasalah di kalangan pegawai kerjaaan.
Rupanya orang PAS selama ini menginap di hotel tumpangan?
kau plak awang dogol pehal jadi dogol je tak dapat jadi MT UMNO!!!!!! hahahahahahahaha hahahaha ahah wakakakak wakakakak wakakak wakakaka wakakakak ape PR buat sume dosa...rasuah dalam UMNO pun halal..
BETUL!!!!!!!???????
SETUJU!!!!!!!!!????????
TERIMA KASIH!!!!!! hahahaahahaha
wakakakakka
Post a Comment