"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, February 14, 2010

Royalti Minyak: Mat Sembab "Kecewa"...

Setelah agak lama pemimpin utama kerajaan UMNO BN menyepi dengan sikap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang hadir dan menggunakan platform Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak.

Maka, hari ini Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba mengeluarkan kenyataannya.

Beliau kononnya kecewa dan memandang berat apa yang telah dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan itu.
  • "Platform yang dia (Tengku Razaleigh) gunakan itu bukanlah platform kerajaan Pusat atau platform UMNO, saya dimaklumkan ia ditaja oleh PAS. Oleh itu sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan kita juga ikuti banyak kenyataan yang beliau dah keluarkan dan saya lihat ada juga bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti,”.
Beliau mengulas pendirian Ku Li berkenaan isu Royalti Petroleum melalui platform Pakatan Rakyat pada 28 Januari lepas di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu, Kelantan.

Muhyiddin berkata, bekas Menteri Kewangan itu yang sudah dianggap veteran dan berpengalaman sepatutnya mempunyai pendirian yang tetap berhubung soal Royalti Minyak.
  • "Saya tidak sesuai nak tunjuk ajar, padahal Ku Li lebih senior daripada saya dan dia lebih tahu daripada saya. Harap teliti semula kedudukannya kerana dilihat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip parti atau yang bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan. Jadi kini terserahlah kepada kebijaksanaan Ku Li,”.
TPU - Korang baca dulu komen Muhyiddin dekat atas tu, aku nak out jap ada jemputan Tahun Baru Cina. karang baru aku komen... sementara tu korang main-main dulu dekat ruang komen... hehehe...

Siap lu Mat Sembab..! Gua ganyang lu dalam post gua seterusnya..! keh keh keh keh keh...

14 comments:

Anonymous said...

alahai..
1.mamat ni dapat orange sebotoii!kue bakuii !limau manderin kotak kayuu!!
2.Lupa dunia la tu!!
3.Sekughnag-kughangnya mahyuddin ada sijil agama peghingkat 3 senawi tau!!boleh jadi imam!!boleh jadi ustaz!!
4.Bini dia kira okla tu!!pakai tudung!!!kalau nak banding dengan bini najib,pak lah!hishamuddin!raja petra!ku li!!aduka taruna!!jauh beza oiii!!!

Anonymous said...

Tindakan persoal kedudukan Setiausaha Agung Pas tidak berasas -Tuan Ibrahim

SHAH ALAM - Segala urusan pentadbiran adalah melalui Setiausaha Agung sebagaimana prosedur yang telah ditetapkan semenjak Pas ditubuhkan pada 1951, kata Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, tindakan Exco Pemuda Pas Pusat, Abdullah Karim mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan sehingga Jawatankuasa Disiplin dilihat hanya menerima arahan Mustafa tidak berasas.

“Prosedur tersebut sudah wujud daripada dahulu lagi, ia bukan suatu yang pelik dan tidak timbul soal itu,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatan Disiplin berkata, dalam siasatan setiap aduan yang diterima, tidak wujud istilah berat sebelah.

“Setiap aduan yang diterima akan disiasat, namun jika tiada bukti, aduan tersebut ‘dilepaskan’, dan aduan beliau (beliau) juga sebenarnya disiasat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tuan Ibrahim berkata, adalah lebih baik sekiranya Abdullah menumpukan perhatian untuk memperkasakan parti daripada menghentam Jawatankuasa Disiplin.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim enggan mengulas lanjut ketika diminta mengulas mengenai tindakan Abdullah sanggup bersumpah dengan nama Allah bahawa kenyataan beliau di dalam blognya yang mengatakan aduan Abdullah berhubung penglibatan ahli Pas dalam ‘konspirasi menjatuhkan pakatan pembangkang’ tidak benar.

Ditanya adakah Abdullah juga bakal menerima nasib seperti Khalid Samad dan Datuk Hasan Ali yang disiasat kerana membuat kenyataan terbuka, Tuan Ibrahim berkata: “Kita tidak boleh sewenangnya mengambil tindakan ke atas mana-mana individu melainkan ada aduan oleh Jawatankuasa Pusat melalui Setiausaha Agung diterima oleh Jawatankuasa Disiplin.”

Terdahulu, portal berita melaporkan Abdullah yang sebelum ini mengecam Tuan Ibrahim dalam isu jawatankuasa disiplin kini bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan hujahnya.

Abdullah yang juga Ketua Pemuda Pas Pahang mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan kepada jawatankuasa disiplin kerana ia dilihat memberikan kuasa yang cukup besar kepadanya seolah-olah jawatankuasa itu hanya menerima arahan dari Setiausaha Agung.

Abdullah dalam aduan sebelum ini mendakwa jawatankuasa disiplin Pas berat sebelah apabila memejamkan mata terhadap aduan tertentu, termasuk yang dilaporkannya kepada pejabat agungnya.

Anonymous said...

komen pun nak pakai numbered bullet.. nak ikut style che det la tu...

Anonymous said...

Ku Li menggunakan platform yg sebenarnya iaitu AKTA PETROLEUM 1974 manakala UMNO menggunakan platform 'pandai-pandai sendiri'.

Anonymous said...

si muhyidin ni pentingkan politik aje...nyampah aku..bukan ngn die..ngn penyokong UMNO..pembangkang bepolitik rak leh..muhyidin boleh lak..lancaw..

serupasekala said...

Biasanya dia orang ni tak mahu ikut undang undang dia guna mahkamah.

Yang ni tak tahu lah mungkin guna mahkamah juga kot ?.

mosabit said...

"3.Sekughnag-kughangnya mahyuddin ada sijil agama peghingkat 3 senawi tau!!boleh jadi imam!!boleh jadi ustaz!!..." kata anonymous 2:10 PM

Sebab itu masa jadi mb johor mat sembab ni tukar cuti jumaat ke ahad di johor tu...
ini memudahkan orang melayu ke masjid dan ke kubur pada hari ahad .....

Anonymous said...

anoy 2.48
1.Bukan tighuuuu che detla!!!
2.Dulu ngaji aliran sains tulen.!!dah biasa jawab fizik!kimia!dan bio style macm tu!!nak buat macamk mana!!!dah biasa noo!!!
3.opppp lupala pulak!!!che det pun puak ngaji sains jugakkk!!!!!
4.kalau mosabit muncuiiii!!baik minta diri dulu!!!
5.yang negeri lain!ngaji!kerja hari jumaat!!penuh masjid!!tak dak masalah pun!!!!
6.Mosabit tak pergi jumaat!!tu la alasan dia!!kalau hangpa nak tau!!!

Anonymous said...

alahai lupalah pulak!!
1.mosabit tu!!hang dah pi ziarah kuboq adik beghadik yang dah meninggai ka!
2.Bukan apa!!kot bila hang pi!!tak tau mana kuboq!bertaun tak pi!!!
3.Alasan hang senang!apa sebab cuti hari ahad!!mana dan!hari ahad puak pakiam pi gereja!tak dak bas!!jauh!!
4.yang hang pi dengaq ceramah Pas tak kigha haghi tu!boleh pulak!!dok saf depan sekali pulak tu!!!

Anonymous said...

kelakar la mat sembab ni. pentas kerajaan pusat???? ha...ha...ha....kerajaan pusat sendiri x nak bagi royalti mcmana nak mintak buat ceramah....ha...ha...ha...makin malang la malaysia dpt TPM bebal tahap kaldai.....PM pakar bom....TPM kaldai tukang bawak bom...baguuuuuuusssssss.....hancurkan malaysia......hancurkan tanah melayu........kita mesti takut dgn Lee Ikan Yu sbb askar singapura kuat nanti hancur malaysia kena serang...ha...ha...ha... PM & TPM yang bacul......

Tinta Hitam said...

Tu sebab penyokong penyokong UG dlm PAS kena lihat kezaliman UMNO nih.Mcm mcm yg dia buat utk menzalimi PAS.Boleh ke kita lupakan aje dosa dosa UMNO ni pd PAS serta umat Islam dan umat melayu secara umumnya?

Kalau penyokong UG kata boleh maaf harap dapat ishtiharkan secara besara besaran.Kit anak tgk dan kenal muk muka tu.

Anonymous said...

bercanggah dgn prinsip parti..?? so,prinsip umno adalah merompak hak rakyat kelantan tanpa segan silu...

secara suka hati,ajak geng ramai2 kelentong rakyat,kalau ada yg cuba tegakkan kebenaran dikira bersalah dan bodoh...???

Camtulah kalu dh lama memerintah..semakin bebal dan menjadi2 kezalimannya....

Anonymous said...

kemana hilangnye awang dogol....aku rasa aku tahu. ni mesti dia pi jumpe TPM bebal dia sbb TPM tu le guru dia. x lama lg awang dogol dari bangang akan sampai tahap bebal mcm TPM kaldai....ha...ha...ha...Mat sembab bacul takut dgn Lee Ikan Yu...ha...ha...ha...pemimpin umno bacul....

Anonymous said...

Mat Sembab ni sponsor Hassan Ali gila babi tu takpa pula, tapi bila PR menjemput Ku Li dia kecoh macam nak rak. Itulah lain kali jangan main api, kalau kau sponsor orang, orang pun boleh sponsor orang kau.
Budi baik di balas dengan baik, budi jahat akan menerima segala kejahatan yang dia lakukan. Jangan main2.