"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 25, 2010

Selamatkah RAHSIA2 PAS Di Bawah Penguasaan Fraksi UMNO?

Bila maklumat-maklumat sensitif seperti maklumat keahlian berada di tangan dan kekuasaan pemimpin-pemimpin PAS yang kita tahu pro kepada UMNO, maka keselamatan dan kerahsian maklumat tersebut dalam bahaya yang amat sangat.

Bukti awal adalah bagaimana mudahnya blogger Batu Api yang pro kepada “Kerajaang Perpaduang” secara mudah dapat mengeksploitasi maklumat rahsia keahlian PAS Tulang Besi.

Mereka cuba membuat alasan sebegini yang mereka tinggalkan di blog saya:
“mana tau maklumat ni didedahkan oleh pejabat SUA. ntah2 dari tempat lain. bersangka baik lah sikit. TB pun pernah dedah maklumat keahlian dia kat sini - http://www.malaysiawaves.com/2010/02/aduan-rasmi-tindakan-melanggar.html”.
Cuba jawab, bagaimana seekor blogger picisan bernama Batu-Api boleh tahu alamat kediaman saya yang telah saya lupa, yakni:
“No. 61, Jalan Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur”
Maklumat ini hanya terkandung dalam pengkalan data PAS Pusat yang sepatutnya bertaraf "RAHSIA". Bagaimana seekor blogger picisan macam Batu Api boleh mendapat makluamt yang AMAT RAHSIA ini?

Maklumat yang bertaraf “Highly Classified” yang kalau di dalam tentera, sesiapa yang mendedahkan maklumat ini boleh dihukum mati.

Ini bererti “Geng2 Perpaduan” di dalam PAS sudah pun menguasai maklumat-maklumat rahsia parti. Apa yang boleh menjamin mereka tidak menjual maklumat tersebut pada UMNO?

Apa lagi maklumat parti yang sudah didedahkan pada UMNO? Saya AMMAATTTT takut bahawa kerahsiaan dalam PAS sudah tidak wujud lagi.

Ini juga bererti, maklumat-maklumat seperti:
a. Kewangan parti
b. Dokumen-dokumen sensitif
c. Minit-minit mesyuarat
d. Strategi-stategi pilihanraya
e. Senarai calon-calon pilihanraya
f. Surat menyurat rasmi parti
g. Program-program parti
Semuanya boleh dikompromi kerahsiannya dan mudah untuk sampai ke tangan UMNO.

Kalau manusia kaki buat fitnah macam Batu Api@Firestone dengan mudah mendapat maklumat rahsia parti , saya tak tau lah apa lagi maklumat parti yang telah sampai ke pengetahuan UMNO dan Special Branch.

Mamat Batu Api ni kaki sebar fitnah. Ertinya halal dan haram tidak menjadi masaalah bagi mamat ni. Orang yang tidak hairan dengan halal haram sudah tentu mudah dibeli dengan UMNO dan musuh Islam. Kita tidak tahu apakah rahsia parti lain yang telah dijual oleh mamat ni pada UMNO? Al maklumlah nak berpadu, mestilah berani kongsi sedikit sebanyak maklumat dengan UMNO.

Saya takut dan khuatir, mamat Batu Api ni dah jual kesemua maklumat keahlian PAS Pusat pada UMNO ataupun Bukit Aman. Mana kita tahu? Kita bukan kenal pun sapa Batu Api ni?

Bukan setakat tu, mamat ni mungkin dah jual maklumat keahlian pada CIA. Mana kita tahu? Orang macam Batu Api yang tidak hirau halal dan haram akan lakukan apa sahaja.

Saya harap sangat Batu Api@Firestone ditangkap dan dikenakan hukuman setimpalnya kerana mendedahkan rahsia parti dan menjatuhkan nama baik PAS serta menjatuhkan maruah Setiausaha Agung PAS Pusat.

8 comments:

Anonymous said...

"Maklumat yang bertaraf “Highly Classified” yang kalau di dalam tentera, sesiapa yang mendedahkan maklumat ini boleh dihukum mati"

sape2yg mendedahkan data peribadi TB ni akan dikenakan hukuman kafir dan munafik je..tak kena hukum bunuh pun..TB ni blogger jalanan dan ahli PAS yg tak byar yuran aje..

so takdehal la..

UMNO akan memberi ganjaran lima juta satu ratus satu ringgit dan lima sen shj sekiranya ade yg berani tampil mendedahkan sape TB yg merupakan seorg ahli "highly classified" PAS.

anti-firaun

p/s: tgk cermin tanye dan ukur la bdan sendiri

Anonymous said...

adoi..sodomy trial postponed to May 10..

selamat lagi anwar kali ni..reason: parlimentary seatings..

berkesan betul tindakan anwar mintak tukar hakim aritu..aku ingat dia selamat 1 bulan je, rupenya lebih dari tu..mcm mane aku bleh tak terpk parlimentary seatings pun jd salah satu reason kukuh utk postpone trial..kena kaji lagi sbyk mane lagi kemungkinan2 yg boleh menjadi faktor penangguhan kes ni didengar..

anti-firaun..

Anonymous said...

Must read..

http://unitmediasiber.blogspot.com/2010/03/kedahsyatan-ustaz-pas-tidak-dijangkakan.html

Anak Lenggong said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

bagaimana boleh timbul perasaan curiga di dalam parti PAS ni?

Nampak seperti, awal2 lagi PAS sengaja nak menjaja kononnya ada sabotaj dari orang luar.

tapi salah pun salah pemimpin tertinggi juga. kalau betul ada fraksi umno dalam pas, identify, pastu ambil tindakan.

TGNA seperti nak diteruskan jwtn menjadi Mursyidul PAS- mampu kah beliau?

Anonymous said...

Fraksi UMNO dalam PAS??? Pandai pulek buat terms yang fancy2. Hoi mana ader fraksi UMNO dalam PAS?? Kecoh tak abis2.Nak pecah belahkan PAS lah tuh. Blog Celako.

Anak Lenggong said...

Kah kah kah...taupun siRahman ngan Poji ni takut...ingatkan Tulang tu Besi sangat..tapi rupanya kayu reput je...bila bantai orang lain tau tapi bila terkena batang idung sendiri..terus delete apa yang orang lain dedahkan...ciput betul ati mamat dua ekor ni..

Anonymous said...

Kenapa nak kaitkan UMNO dlm masaalah peribadi TB ni? Siapa dia fraksi UMNO tu? Beri buki yg jelas bahawa mereka ni fraksi UMNO, lepas tu ambillah tindakan mcm hang buat pi jumpa pihak atasan. Ini dok melalak kat dlm blog tak habis2 dgn isu basi ni.
TB hang dok cakap pasai kelemahan orang, tapi kelemahan hang sendiri hang tak mahu cerita ka? Hang serba tak kena dgn pucuk pimpinan, tapi apa khidmat sumbang bakti hang pada parti? Dah lah yuran beberapa hinggit tu hang tak baya' ni nak pi rosak parti lagi, dok jaja cerita sana sini pasai parti. Hang ingat hang betui sangat ka Tulang Babi???