"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 25, 2010

PAS Terengganu Ikut Perlembagaan Atau Tidak?

Reactions: 
Bersambung dari artikel Tulang Besi “Apabila Lawyer Cabuk Mentafsir Perlembagaan PAS”, suka Tulang Besi menarik perhatian kepada PAS Terengganu.

Tulang Besi diserang kiri dan kanan kononnya Tulang Besi tidak mengikut Perlembagaan PAS Pusat kerana mengadu terus kepada SU Agung PAS Pusat.

Di Terengganu, pemilihan kepimpinan di peringkat Kawasan dan Negeri termasuk Dewan-Dewan dilakukan tidak mengikut perlembagaan PAS. Di Terengganu, mereka memilih pemimpin di peringkat Kawasan dan Dewan dengan menggunakan sistem yang serupa dengan DAP.

Mereka panggil sistem ini: Sistem Gugusan.

Secara mudahnya, para perwakilan Kawasan hanya akan memilih sebanyak 13 (atau lebih, saya tak ingat jumlah tepat) Ahli Jawatankuasa Kawasan.

AJK2 yang dipilih ini kemudiannya akan bermesyuarat dan memilih senarai kabinet baru mereka termasuklah YDP kawasan, TYDP Kawasan, NYDP Kawasan, Ketua Penerangan dan Bendahari Kawasan. Selain dari itu, AJK2 ini juga akan melantik AJK2 tambahan ke dalam kabinet mereka.

Ustaz Nasaruddin Tantawi pernah menerangkan sistem ini dalam artikel beliau ”Tahniah DPP Negeri Terengganu .”. Artikel tersebut saya bawa di bawah artikel saya ini.

Sesiapa sahaja yang membaca Perlembagaan PAS Pusat akan melihat bahawa jawatan-jawatan YDP, TYDP dan NYDP MESTI DIPERTANDINGKAN. Jawatan Ketua Penerangan, Bendahari dll sahaja yang tidak dipertandingkan dan dilantik oleh YDP dgn persetujuan AJK.

Dari Perlembagaan PAS:
(2) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua dan Ketua Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan itu hendaklah dipilih dan dilantik tiap-tiap dua tahun sekali daripada ahli-ahli PAS Kawasan itu dalam mesyuarat agung tahunan yang ada pemilihannya.
Jadi, mereka yang marah dengan Tulang Besi kerana, kononnya, tidak mengikut Perlembagaan PAS Pusat, apa komen mereka terhadap PAS Terengganu?

Kalau mengikut Perlembagaan PAS Pusat, KESELURUHAN PEMILIHAN KAWASAN DAN DEWAN di Terengganu adalah TIDAK SAH!!!.

Sistem yang digunakan oleh PAS Terengganu adalah lebih mirip kepada Democratic Action Party (DAP). Ia bukannya sistem yang ditunjuk oleh Perlembagaan PAS Pusat.

Saya tak tau nak kata apa lagi. Bagaimana perlanggaran Perlembagaan PAS Pusat boleh dilakukan oleh sebuah negeri secara terang-terangan sebegini, saya pun tak tau. Apa pun alasannya, oleh kerana kita telah pun berada dalam zaman ini, maka PAS Terengganu WAJIB kembali ke sistem yang ditunjuk oleh Perlembagaan parti.

Kalau tidak, apa gunanya ada Perlembagaan PAS Pusat kalau sesiapa sahaja boleh melanggarnya seperti yang dilakukan oleh PAS Terengganu?

Juga, di mana akhlak PAS Terengganu apabila mereka memilih pemimpin dengan membelakangkan Perlembagaan PAS Pusat?

Seingat saya, sistem ini adalah atas cadangan dari Pemuda PAS Pusat sewaktu tahun 80an dulu. Setahu saya tiada pindaan perlembagaan dibuat ke atas cadangan Pemuda PAS Pusat ini. Mungkin dahulu alasan “trial” boleh digunakan tapi sekarang ini sudah lebih 30 tahun masa berlalu.

KAlau PAS Terengganu mahu kekal sistem “DAP” itu, maka wajiblah Perlembagaan PAS Pusat dipinda. Kalau tidak mahu dipinda, maka wajiblah PAS Terengganu mengubah sistem mengikut Perlembagaan PAS Pusat.

Tulang Besi

p/s - contoh yang diberikan oleh Ustaz Nasarudddin Tantawi adalah berkaitan dengan Dewan Pemuda Negeri. Peruntukan Perlembagaan adalah:
“(2) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan dua pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(g) Fasal ini hendaklah dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri daripada pemuda-pemuda ahli PAS dalam negeri itu pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri yang ada pemilihannya.”
Bandingkan dengan pernyataan Nasruddin Tantawi dari artikel beliau:
“Setelah disyurakan , Al Fadhil Yb. Ustaz Mohd Nor Hamzah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu sementara Timbalannya disandang oleh Al Fadhil Ustaz Wan Shukairi Abdullah dan Naib Ketua ialah al Fadhil Ustaz Ridzuan Hashim ,
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 14:01”
Lampiran 1: Artikel Nasruddin Tantawi

14 comments:

Anak Lenggong said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Anak Lenggong said...
PIEERAHH..!!!!!RAHMAN OIII KO MANA LAYAK NAK BERCAKAP MENGENAI PAS...SEBAB KO AHLI YANG TAK AKTIF PUN..YURAN YANG TAK BERAPA SEN PUN TAKNAK BAYAR..HARAP NAK FREE JEE..

Hello anak lenggong..!!
Kau ni aku tengok suka menyondol tak kira tempat...tak ubah macam babi mencari cacing saja... Kau ahli PAS ke...?

Tulang besi tu ahli PAS yang aktif ke atau ahli PAS yang lembab ke.... ada ke dia minta duit pada kau nak bayar yuran parti..?

Bagi aku Tulang Besi ini adalah orang yang berani melahirkan pandangan yang bernas walau pun tindakan itu ada kalanya membuka pekong dan kebodohan pemimpin yang dipilih oleh ahli.

Aku nak tanya kau hei anak lenggong...

Dalam parti UMNO, ada ke orang yang setaraf dengan Tulang Besi yang berani bercakap benar tentang kelemahan parti..?

Atau pemimpin UMNO akan memberi fatwa bahawa ahli UMNO yang bercakap benar dianggap telah melakukan dosa besar, dan hukumannya mereka itu akan disingkirkan dari jawatan atau parti..?

Anak lenggong... teruskan menyondol.. bulan ni dah dapat upah ke belum..?

...aku pencacai....

Tulang Besi said...

Sebenarnya Anak LEnggong ni lebih kuah dari sudu.

SAya bayar yuran ni semenjak saya jadi ahli PAS.

SAya bayar terus pada Hj Sulaiman yang jual rojak Restoran Amjal.

Pegi tanya hj sulaiman tu sebab dia yang terima yuran saya setiap kali.

Apa punya orang nak buat fitnah. Tengok la dulu kiri kanan.

Anonymous said...

Betul la apa yang salahnya pemilihan yang PAS terengganu buat....

Perlembagaan sebut

(2) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua dan Ketua Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan itu hendaklah dipilih dan dilantik tiap-tiap dua tahun sekali daripada ahli-ahli PAS Kawasan itu dalam mesyuarat agung tahunan yang ada pemilihannya.


Yang PAS Terengganu buat semasa mesyuarat la..lepas pilih secara syura..mesyuarat di tunda setengah jam untuk mereka yang di pilih itu berbincang untuk jawatan-jawatan tersebut..lepas setengah jam (kadang-kadang tak sampai pun) maka pengerusi tetap mengisytiharkan siapa yang jadi YDP TYDP dan sebagainya..sama macam perlembagaan suruh pilih dalam mesyuarat....Ada ke pelembagaan sebut suruh buat mengundi satu-satu..itu teknikal la..

Lain kali pegi tengok sendiri..ni dok main peluru tabur..macam tembak babi

Tulang Besi said...

Yang PAS Terengganu buat semasa mesyuarat la..lepas pilih secara syura..mesyuarat di tunda setengah jam untuk mereka yang di pilih itu berbincang untuk jawatan-jawatan tersebut..lepas setengah jam (kadang-kadang tak sampai pun) maka pengerusi tetap mengisytiharkan siapa yang jadi YDP TYDP dan sebagainya..sama macam perlembagaan suruh pilih dalam mesyuarat....Ada ke pelembagaan sebut suruh buat mengundi satu-satu..itu teknikal la..

Lain kali pegi tengok sendiri..ni dok main peluru tabur..macam tembak babi
.

Pengerusi Tetap umum YDP, TYDP, NYDP…. TANPA PEMILIHAN? Perlembagaan kata “MESTI DIPILIH” bukan DI SYURA.
Kao paham tak bezanya?

Juga, yang PAS2 Kawasan lain buat tu semua salah la? Adakah PAS2 Kawasan lain tu semua salah?

Anak Lenggong said...

Aku ingatkan si Rahman ni benar Tulang Besi tapi rupanya kayu reput je..ati manyak kicit..cuma berani dedahkan keburukan orang lain tapi bila diri sendiri ditelanjangkan..terus delete komen yang mendedahkan keburukan dia kah kah kah...pi bayar dulu la duit keahlian tu jangan asyik dok nak free jee....

Anonymous said...

hoi TB kau ingat ahli PAS di terengganu tu lembu.....

kau cakap tak ada pemiliha...yang tangguh 1/2 jam untuk pemilihan la,kau ingat pakai tunjuk-tunjuk macam orang bodoh..... kalau ada sapa yang nak jadi YDP..kita pakai bagi terus, kalau ada 2 orang yang nak maka di bincangkan secara anak beranak,

kawasan lain...dah dia nak cara tu..ambik la cara tu..di terengganu nak guna cara mengundi lawan satu-satu...buat la..tak ada sapa pun kata salah

Hei kau ingat dalam pelembagaan sebut pemilihan tu...cara mengundi pakai kertas je ke? atau kena ada pencalonan....

Aku makin yakin kau tak bayar yuran..orang bayar yuran k\pada bendahai cawangan...yang kau bayar yuran pada orang jual rojak..ada ke.

Tulang Besi said...

hoi TB kau ingat ahli PAS di terengganu tu lembu.....

kau cakap tak ada pemiliha...yang tangguh 1/2 jam untuk pemilihan la,kau ingat pakai tunjuk-tunjuk macam orang bodoh..... kalau ada sapa yang nak jadi YDP..kita pakai bagi terus, kalau ada 2 orang yang nak maka di bincangkan secara anak beranak,

kawasan lain...dah dia nak cara tu..ambik la cara tu..di terengganu nak guna cara mengundi lawan satu-satu...buat la..tak ada sapa pun kata salah
.

Susah cakap dgn orang bodoh sombong.

KAO TAU TAK CARA TERENGGANU TU MELANGGAR PERLEMBAGAAN PAS PUSAT?

Cuba jawab, kalau berani.

Jangan ubah tajuk.

Anonymous said...

KAO TAU TAK CARA TERENGGANU TU MELANGGAR PERLEMBAGAAN PAS PUSAT?

Aku tak tau he... Tp terus terang aku suke tgk korang yg PAS ni gadoh sesama sendiri hehe...

Nasib aku tak masuk PAS. Kalo tak abisla alamat rumah ngn IC aku kena bocor. Takut jgkla lepas aku posting TB pasal 'Maklumat Keahlian PAS bukan rahsia lagi". Kuikuikui..

Anonymous said...

alaihai.. yuran RM3 pun dok kedekut nak bayar... sudahlah sulong.. cuba check yuran ahli umno dia bayar tak.. kot2 ahli seumor idup

Anonymous said...

Apa yang penting juga di sini ialah kuasa mesyuarat Agung itu sendiri. Kalau ahli / perwakilan mencadangkan @ mengusulkan supaya dibuat secara syura dan dipilih segugus. Tiada bantahan. Apa Siapa boleh halang. Kuasa mesyuarat Agung adalah lebih tinggi dari perlembagaan itu sendiri.

Kita juga kena faham Walaupun ada dalam perlembagaan tentang tatacara mesyuarat agung serta pemilihan @ perlantikan pegawai yang akan diberi tanggung jawab ini. tetapi keputusan dari mesyuarat agung juga adalah sah. Sebab sebarang usul hendaklah mendapat persetujuan dari mesyuarat agung.

Undang-undang Tubuh atau perlembagaan sebagai buku panduan dalam pengurusan organisasi sahaja.


Pembuat Undang-undang

Anonymous said...

KAO TAU TAK CARA TERENGGANU TU MELANGGAR PERLEMBAGAAN PAS PUSAT?

Kepada Tulang Besi. Sebenarnya PAS hanya punyai satu undang-undang Tubuh atau perlembagaan PAS sahaja. tak ada perlembagaan PAS Pusat, Tak ada Perlembagaan PAS Negeri, tak ada perlembagaan PAS Kawasan dan tak ada Perlembagaan PAS Cawangan.

Buku Perlembagaan PAS adalah untuk semua samada Pusat, Negeri, Kawasan, Cawangan, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat (dari Pusat hingga ke cawangan)

Eh macam mana ni ?. Harap dapat memahami buku perlembagaan PAS ye

Pengubal Undang-undang

Anonymous said...

(2) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua dan Ketua Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan itu hendaklah dipilih dan dilantik tiap-tiap dua tahun sekali daripada ahli-ahli PAS Kawasan itu dalam mesyuarat agung tahunan yang ada pemilihannya. (Dari Buku Perlembagaan PAS)

persoalan yg semua perlu tau ialah disini disebut perkataan ......HENDAKLAH DIPILIH DAN DILANTIK.......

Kalau mesyuarat Agung bersetuju memilih YD, TYDP, NYDP dan baki AJKnya secara segugus tak menjadi masaalah. Sebab mesyuarat telah memilih mereka semua, dan mereka yakni perwakilan juga telah memberi mandat kepada 16 / 20 orang tu untuk menentukan siapa yang hendakl di lantik YD, TYDP, NYDP, Ketua Urusan Ulamak Kawasa, dan yang lain adalah AJK.

Perlembagaan PAS tidak menyebut kaedah pemilihan. Tak ada perkataan TAK BOLEH DIPILIH SEGUGUS. Apa yang penting Perlembagaan PAS ialah panduan mengurus organisasi atau jamaah. Sengaja Undang-undang tidak di sebut secara rigid, bagi mengelak serba kemungkinan yang akan berlaku.
Hatta Undang-undang Islam (Fekah) pun tidak disebut secara tepat mengenai kaedah solat subuh misalnya. Mazahab Wahbi tak ada Qunut, Mazahab Syafie ada Qunut. Dua-dua tu sah solatnya.

Memahami perlembagaan PAS adalah perlu dari hanya membaca perlembagaan PAS.

Pengubal Undang-undang

Anonymous said...

FASAL 79. Lain-lain Perkara

(1) Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan ini hendaklah dirujukkan kepada ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

(2) ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar.

(3) Sebarang pertikaian dan perselisihan di dalam PAS, Badan-badan dan organisasi-organisasi serta Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil/Lajnah-Lajnah yang dibentuk mengikut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini tidak boleh dibawa ke Mahkamah.

(4) Penasihat dan pegawai yang menjalankan tugas pemerintah PAS di semua peringkat hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia.


Saya sedut dari Perlembagaan PAS. Kaedah pemilihan secara segugus pada suatu waktu dulu telah mendapat kelulusan masjlis Syura. Di Kelantan pernah mengunapakai kaedah pemilihan secara segugus ini, khususnya di Kawasan yang tinggi polimeknya.

Setahu saya persetujuan Majlis Syura ini tak pernah di tarik balik sehingga kini.
Maka terpulanglah kepada mana-mana PAS KAwasan nak amalkan yang mana.

Dalam Sistem atau kaedah Islam Selepas Al-Quran sebagai sumber perundangannya, diikuti oleh hadis nabi, ijma' ulama' dan seterusnya.

Kalau berpegang hanya kepada Al-Quran tanpa hadis nabi akan tak bersolat kita. Macam kumpulan anti hadis pulak.

Walau apa pun. kalau tak puas hati cara ni, sila buat usul di peringkat cawangan atau kawasan untuk "MENDESAK PAS AGAR TIDAK MEMBENARKAN PEMILIHAN PEGAWAI-PEGAWAI PAS DISEMUA PERINGKAT DIBUAT SECARA SEGUGUS, KERANA BERCANGGAH DENGAN KEHENDAK NAFSU SAYA' itu sebagai contohnya.