"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, April 11, 2010

Hulu Selangor Akan Melihatkan Keputusan yang Amat Rapat

Maklumat saya dapat adalah sesiapa sahaja yang akan menang kerusi Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil nanti, mereka tidak boleh menang dengan majoriti yang selesa.

Kecuali kalau UMNO mencalonkan Mike Tyson...

Bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, ini bermakna mereka terpaksa bekerja keras sehinggalah keputusan PRK Hulu Selangor diisytiharkan. Tiada ruang untuk berehat dan tiada masa untuk dibuang. Segala kerja pilihanraya harusnya telah bermula minggu lepas di setiap Unit Peti Undi.

Kalau pun PKR menang, ia tidak akan menang dengan majoriti lebih dari 1k atau 2k undi.

KUNCI KEMENANGAN ADALAH 30% PENGUNDI LUAR

Dianggarkan 30% pengundi Hulu Selangor tinggal di luar Hulu Selangor. Ada cadangan supaya senarai pengundi2 luar ini dikeluarkan dalam internet.

Tugas setiap PENYOKONG dan PENDOKONG Pakatan Rakyat adalah membawa SETIAP PENGUNDI LUAR ini pulang mengundi dan memastikan mereka mengundi PKR. Kalau diketahui pengundi-pengundi ini mengundi UMNO, haruslah dicari helah supaya dia tidak pulang mengundi.

CALON


Saya dah tahu siapa calon PKR tapi tak dapat nak dedah sebab rahsia besar. Adapun calon BN adalah dari MIC. Namun, janganlah kita tertipu dengan aksi MIC dan G Palanieval.

MIC dapat bertanding pun dah kira nasib baik, inikan pula nak letak Palanieval yang DITOLAK oleh pengundi Hulu Selangor hampir keseluruhannya.

Segala yang dilakukan oleh Palanieval skrg ini adalah wayang. Beliau tahu nama beliau tidak akan dicalonkan. Mereka hanya cuba memberi gambaran kononnya Palanieval akan jadi calon supaya jentera PR jadi "over confident".

Jentera PR mesti bersedia berhadapan dengan calon BN dari MIC yang bukan Palanieval. Itulah dia realiti yang bakal dihadapi oleh PR.

SOKONGAN MELAYU?

Rata-rata kalau Mat Taib jadi calon, memang undi Melayu akan pergi ke BN dalam 60-75%. Tapi kalau calon MIC, mungkin dalam 45-50%. Tapi, tiada garenti maka wajib kerja keras dari sekarang tanpa soal.

Cuma beza kali ini berbanding 2008 adalah kita boleh berkempen di dalam kampung-kampung Melayu dan Felda yang rata-rata adalah kubu UMNO. Maka pengundi-pengundi Melayu lebih terdedah dengan masej dan hujjah kita berbanding 2008 lepas.

ISU-ISU

Isu-isu adalah bergantung kepada kaum:

1.0 Masyarakat Cina: Isu geran tanah kerana Khir Toyo dahulu menolak permohonan mereka secara borong. DI samping itu, terdapat banyak isu-isu nasional yang membuatkan kaum CIna benci pada BN dan UMNO

2.0 Masyarakat India: Sudah 50 tahun kaum India di abaikan oleh BN. Maka isu mereka bermacam macam. Namun, kita harus ingat bahawa undi India lebih sedikit kepada BN sewaktu 2008. Mungkin atas faktor isu calon BN itu dari bangsa India. Tapi dari pengalaman Bagan Pinang, kita tidak boleh "over-confident" dengan undi India kerana BN boleh membeli undi-undi mereka secara borong seperti di Bagan Pinang

3.0 Masyarakat Melayu: Isu utama adalah isu calon. Majoriti mereka mahu calon UMNO di Parlimen. Namun, kira PR dapat menunjukkan kebaikan kerajaan negeri sewaktu kempen, mungkin dapat melembutkan hati mereka kepada Pakatan Rakyat.

Di samping itu, isu-isu nasional juga banyak untuk dimainkan di Hulu Selangor kepada pengundi Melayu, tetapi saya tidak yakin isu-isu nasional ini mempunyai kesan yang besar. Namun, dalam pilihanraya yang kecil perbezaannya, perubahan-perubahan yang kecil ke arah PR harus dimanfaatkan.

KESIMPULAN

Jentera Pakatan Rakyat WAJIB bekerjasama seperti satu unit dengan meletakkan segala perbezaan di belakang buat sementara waktu.

Mesti diingat ini adalah kawasan di mana UMNO paling kuat di Selangor. Jumlah pengundi UMNO adalah sangat tinggi dan mereka ini UMNO tidak perlu berkempen dengan keras untuk mengundi UMNO.

Namun harapan untuk menang itu tetap ada dan semua bergantung dengan usaha dan kederat yang digunakan oleh jentera Pakatan Rakyat sewaktu pilihanraya kecil ini kelak.

Pokoknya KESEMUA penyokong dan pendokong MESTI memberi sokongan dalam apa bentuk sekalipun. Tiada ruang untuk berehat atau bersantai. Ini bukan waktu untuk dengar ceramah. Ini adalah waktu untuk menarik pengundi.

Tulang Besi

9 comments:

matkambing said...

saya setuju dengan apa yang diutarakan oleh penulis. diharap para penyokong pr tidak alpa dengan politik yang ddimainkan oleh pihak ubn. lawan terus lawan hingga berjaya menakluk putrajaya!

dun26bangi said...

3 I untuk memadamkan BN di Hulu Selangor
i yang pertama ialah IKHLAS.
i yang kedua ialah IKHTIKAD atau bersungguh-sungguh
i yang ketiga ialah ISTIQAMAH

Demikian dijelaskan oleh YB Ust. Nasharudin Mat Isa, Timb. Presiden PAS semasa melancarkan Jentera PAS Negeri Selangor di Dewan Orang Ramai Batang Kali petang tadi.

"Walau pun bukan PAS yang bertanding. Atas semangat untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat seluruh jentera PAS perlu berusaha bersungguh-sungguh bekerja sama dengan jentera Pakatan Rakyat yang lain untuk mengekalkan kerusi P094 terus kekal.""

Dengan dibantu oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS yang turut menghantar wakil pada majlis tersebut PAS berharap kerusi parlimen hulu Selangor akan kekal di tangan Pakatan Rakyat.

YB. Ust. Nasharudin yang dilantik sebagai pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Hulu Selangor sebenarnya membawa cabaran yang hebat. Pertama untuk membantu memenangkan calun dari PKR. Dan kedua barangkali perjuangan peribadinya untuk membuktikan komitmennya terhadap"Memperkasakan Parti Memperkukuh Pakatan". Beliau yang dicap oleh sesetengah ahli PAS sebagai pro kepada UMNO harus menggunakan pentas ini untuk membuktikan pendirian sebenar beliau.

Kalau atau menang semasa PRK ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi persepsi orang ramai terhadap beliau.Tinjauan awal yang dibuat mendapati akan ada protes dikalangan orang melayu terutamanya berikutan DS Najib telah mengumumkan bahawa calun BN tetap dari MIC. Hulu Selangor merupakan kawasan yang paling besar di Selangor dengan demografi penduduknya tidak setempat. Ini akan memberi kesan kehadiran orang ramai terhadap kempen ceramah pilihanraya yang akan diadakan. Disini PR mempunyai kelebihan berbanding BN atas kapasiti kerajaan Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat.Akses penggunaan tempat-tempat seperti dewan dan balairaya memihak pada PR. BN mungkin terpaksa menggunakan kemudahan sekolah-sekolah atau Jabatan Persekutuan untuk berkempen. Difahamkan semua sekolah digunakan sebagai tempat untuk mengundi dan secara tidak langsung BN tidak boleh menggunakan kemudahan di sekolah.

Apapun pertembungan kali ini adalah antara dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan dasar Satu Malaysia.

Anonymous said...

Last sekali kalau kalah, jangan terima hakikat kekalahan. PR tidak akan menerima hakikat tntng kekalahan itu nanti sbb memang dasar PR tidak akan menerima kekalahan.PR mesti porak perandakan keadaan dan ikut doktrin Anwar Ibrahim Al Juburi yakni SPR telah bersekongkol dgn undi, adakan tohmahan bahawa terdapat banyak pengundi hantu, senarai pemilih berdaftar tipu dan telah diubah, BN merasuah dan membeli pengundi, SPRM bekerjasama dan jadi balaci BN, PDRM bersubahat dan jadi anjing BN kerana enggan ambil tindakan terhadap petugas BN yg telah menetak petugas PR yg hanya baju saja koyak tapi badan tak luka dan darah hanya cat merah, PR mesti berdemo dan huru harakan keadaan tuntut keadilan, PR tidak akan membuat petisyen dimahkamah sbb hakim pun berat sebelah dan jadi anjing kerajaan juga. Lawan tetap lawan..

teratailiar said...

Anon 3:47.

Hujah anda betul...

BN Perasuah
SPRM balaci BN
PDRM anjing BN
Hakim berat sebelah

Kalau anda sokong BN, anda juga penyokong Perasuah, Balaci dan Anjing BN.

Anonymous said...

Rakyat dah menyampah dengan PR. BN akan menang besar. PR takkan menang sebab keadaan parti2 didalam PR sendiri sedang kacar kacir.

1. MP PKR mula keluar dari Parti. Tak setuju dengan parti - pecat.

2. PAS pulak tengah ada perang saudara dingin (cold war) dikalangan para ahli.

3. DAP - simply hampeh dan mempergunakan PKR dan PAS. DAP leaders losing support in Penang and Melaka. DAP Perak & Selangor are seen as puppet master.

PR only manipulating sentiments for campaigning. That is old story. People wants to see something tangible and iconic but PR can afford to offer none. PR takkan menang kali ini. Dan PR takkan boleh salahkan orang lain kecuali diri sendiri.

boonlanchoucow said...

anon 6.01pm a new peencacai is born.

Anonymous said...

boonlanc...(whatever),

You're a man standing in the mirror.

Anonymous said...

apa nak kecoh rakyat sokong pr ker bn ker
tggu jer laa saper yg mnang
saper mng dier kena sokong

Anonymous said...

anon 7.00pm, like mike jackson but not mike tyson.

boonlanchoucow