"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, April 01, 2010

Lebih baik bertanya Allah, dari bertanya Nasharuddin!

Salam Pencerahan!
Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati. Allah berfirman: Belum yakinkah kamu (Wahai Nabi Ibrahim a.s)?. Ibrahim menjawab: Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku). Allah berfirman: (Kalau demikian) ambillah empat ekor burung lalu cingcanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera. Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [2:260]
KENAPA Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa perlu melenting dengan pertanyaan saya kelmarin (30 Mac’10)?

Apabila semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama-sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Umno BN di Dewan Rakyat, menentang usaha Umno melantik Badan Perundingan Antarabangsa Apco Worldwide (IAC), iaitu proksi Zionis-Israel; saya bertanya beliau, “Kenapa Ustaz asyik bersembang dengan Datuk (Ahmad) Husni Mohamed Hanadzlah (Menteri Kewangan) di Cafeteria (Ahli Parlimen) ini?“

Saya berasa, saya wajar mengetahui tentang kepemimpinan saya, apakah perkara yang begitu penting di sisi Nasharuddin sehingga beliau mengutamakan Ahmad Husni dari komitmennya menentang Umno di Dewan Rakyat?

Bukan sahaja lima wartawan Harakah melahirkan rasa hairan melihat kelaku Nasharuddin, seorang wartawan dari suatu akhbar berbahasa Cina yang kebetulan bersama saya pun turut menyuarakan rasa hairan dengan iltizam politik Nasharuddin pada saat itu.

Dalam fikiran saya, sekiranya yang duduk melepak di situ adalah Datuk Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Emas), Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru) atau Datuk Zahrain Md Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru) atau Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai); saya tidak kisah.

Mereka Ahli Parlimen Bebas. Mereka dipanggil pengkhianat. Mereka dipanggil ‘Katak-katak Jadian’.

Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Bachok. Nasharuddin adalah Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Nasharuddin bukan Ahli Parlimen Bebas. Nasharuddin bukan Ibrahim, Zulkifli, Zahrain atau Mohsin yang dipanggil ‘katak’ di Parlimen.

Apa sahaja yang dilakukan oleh kepemimpinan parti saya, saya kira saya wajar tahu dan saya wajar berfikir.

“Yang anta (kamu) nak tahu kenapa? anta siapa?” Nasharuddin membengis.

Saya pun memperkenalkan diri. Saya membuat pengakuan di depan Nasharuddin sambil diperhati Ahmad Husni bahawa saya merupakan ahli Pas, wartawan Harakahdaily dan blogger anti Kerajaan Perpaduan.

Saya juga membuat pengakuan di depan Nasharuddin, sambil diperhati oleh Husni, yang saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan.

“Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk lepak di sini sedangkan MP-MP Pakatan (Rakyat) yang lain sedang sibuk menghentam fraksi Zionis (Umno) di Dewan Rakyat? Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini?” saya mula bertegas.

Nasharuddin menekan suaranya, “Ana (saya) kenal anta (kamu). Ana tahu apa yang anta buat. Semuanya ana tahu (iaitu saya anti pemimpin pro Umno dan Kerajaang Perpaduang), apa yang anta buat. Kenapa anta nak tahu? Kenapa anta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?“

“Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi.

“Ana pun kenal hang. Aku pun ada rakaman-rakaman dan bukti pemimpin Pas khianat Pakatan (Rakyat) dengan pergi mengadakan pertemuan dalam gelap dengan Umno (yang) zalim sebelum ini.”

Husni kemudiannya bersalaman dengan Nasharuddin dan bersalaman dengan saya apabila saya saya serius memperkatakan kepentingan Ahli Parlimen PAS menentang Apco/IAC menggunakan pentas Dewan Rakyat.

“Ana tengah dengarkan,” kata beliau sambil menunjukkan peti televisyen di Kafeteria Ahli Parlimen.

“Sebab itulah saya nak tahu, kenapa Ustaz berada di sini dan asyik berbual dengan Husni? Saya cuma nak tahu sahaja, kenapa Ustaz tidak berada di Dewan Rakyat pada waktu genting sebegini?” saya mengerut dahi dan mata saya tidak lepas memandang mata hitam Nasharuddin.

“Kenapa nta (kamu) nak tahu? Kenapa nta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?” Nasharuddin seperti mengelak untuk memberi jawapan yang wajar apabila saya terus bertanya soal yang sama, ’saya nak tahu…’

“Aaaiihhh…takkan salah saya nak tahu. Bila Nabi Ibrahim tanya Allah, nak tahu tentang Allah, Allah pun tak marah Nabi Ibrahim. Allah perjelas apa yang dipersoal oleh Nabi Ibrahim sebab Ibrahim nak tahu tentang (kebesaran) Tuhannya,” saya berhujah.

“Aaaaihhh…kalau Allah pun layak ditanya, takkan saya salah (sekiranya) bertanya Ustaz: kenapa Ustaz di sini? Kenapa Ustaz bersama Husni ketika semua orang (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) sedang sibuk menentang Zionis Malaysia (Umno).“

Lama juga beliau berdiam dan saya nampak kebengisannya. Saya tidak nampak wajah seorang Timbalan Presiden PAS. Saya tidak nampak wajah seorang ahli PAS dalam dirinya.

Sambil mengusap belakang beliau, saya kemudiannya merapatkan muka kepadanya lalu berbisik, “Ustaz ini Islam, pemimpin Islam dan pemimpin Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya.“

“Saya Muslim. Saya wartawan paling junior. Saya ahli Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya kerana saya hanya bertanya: kenapa Ustaz di sini (di Kafeteria Ahli Parlimen)?“

Kata saya lagi, sekiranya saya seorang Blogger yang tidak bermaruah, saya tidak bersemuka dan bertanya Ustaz semua (persoalan) ini.

Saya kemudiannya meninggalkan Nasharuddin seorang diri di Kafeteria tersebut.

Kemudiannya, saya mendapat tahu bahawa beliau meninggalkan Parlimen, tidak menyertai sesi penghujahan pada sebelah petang di Dewan Rakyat.

Selepas peristiwa itu, banyak wartawan menemui saya. Beberapa Ahli Parlimen PAS juga menemui saya meminta penjelasan lanjut daripada saya.

Saya kata, saya seorang yang tidak pandai politik. Sebab itu, saya pergi bersemuka sendiri dengan Nasharuddin dan bertanya semua persoalan tersebut.

Kalau beginilah sikap kepemimpin PAS, saya anggap beliau tidak layak memimpin jamaah PAS dan tidak layak memimpin kerajaan Malaysia kerana apabila Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Maafkan saya, tulisan ini bukan sekadar tulisan blog. Doa seorang Muslim. Ini doa seorang ahli marhaen Pas.

Kepada semua pelayar blog ‘kecil’ ini, khususnya geng Kerajaang Perpaduan, segelintir pemimpin Pemuda yang bacul dan ahli-ahli PAS yang menyokong usaha membawa PAS bergabung dengan Umno sendiri, sila buat aduan segera tentang entri ini kepada Lembaga Disiplin PAS supaya saya boleh didakwa dan dipecat.

Wallahu ‘alam. Lawan!

SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PENGKHIANATAN

SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PERKAUMAN

Zainulfaqar Yaacob

Dataran Merdeka | 4.01 pagi

59 comments:

awengocok said...

contoh terbaik pemimping kerajaang perpaduang!

zan said...

PRU-13, apakah akan dicalonkan lagi Tim Pres ini?

Samdol said...

Dasyatnya pendedahan ini....jenis kalau jiwa umngok berada dihati ini lah jadinya walau pun berkepiah. Xada semangat setiakawan pakatan rakyat lansung.....

Musafir said...

Apala, duduk sama pun dah kena fitnah macam2. Macam mana ni, Await kalau Anuar Ibrahim minum teh tarik dengan Najib hang x kecoh. Comeon la. Seislam bersembang xde salahnya.

Anonymous said...

seperti ada ketidakpercayaan yang sukar diperjelaskan di dalam pas mahupun pkr. Mungkin juga disebabkan oleh ramai yang memilih untuk keluar parti, atau sememangnya, parti pas/pkr sekarang sedar ada duri di dalam daging.

walauapapun kejadiannya, senario seperti ini juga menunjukkan betapa ahli-ahli pas/pkr tidak boleh dipercayai lagi kerana ada di antara mereka mungkin akan belot.

fiona said...

hahaha..betul2, dok sembang2 ngn sesama islam pun dah menimbulkan kesangsian..

apa dah jadi ni?

Anonymous said...

Hahahahaha...siaplah nanti..Presiden, T/Presiden, S/U Agung, dll tak boleh nak dok diam lagi. Tak boleh nak rileks sbb ada paparazi yg dok mengekor..Nak berak kencing pun akan diekori dan akan dicurigai.
Beginilah betapa taksubnya mereka ini. Semuanya atas dasar perjuangan konon. Kali ini nama Allah pulak dipakai sbg alasan utk berkurang ajar dgn pemimpin..
Entahlah. Apa nak jadi dgn penganut PAS ini. Bikin ribut sana sini, mempersoalkan kewibawaan pemimpin sehingga maruahnya tergoyah..gila ke apa mamat ni..

mohd shahran said...

bODOHNYA MUSAFIR ni . . Isunya ialah kenapa ketika semua jentera PR berada di dalam Parlimen tengah bermatia-matian mebantah syarikat Yahudi tu. kenapa mabkuk bodoh tu berada di luar dengan menteri umno.. Bacalah dengan hati terbuka bro. Kalau di luar dia duduk dengans apa lantak pielah

Anonymous said...

seorang blogger nyamuk nk ajar Tim Presiden berpolitik

Muka tak tahu malu

Utz Nasa xperlu jelaskan apa-apa pada budak terencat akal TB/TP

ahli majlis said...

Gua amat membenci puak2 UG...pegi jahanam sama mereka..hidup bertopengkan UMNO duniawi....

Anonymous said...

Beritahu kat wartawan tu, aku kencing lima cawan pagi tadi, dan berak dua bekas tapaware td.

Pastu tanya dia berapa kali dia romen bini dia seminggu. Sekali romen brapa lama tahan?

Takkan x boleh tanya kot?

Sila jawap wahai wartawan yg kononnya dizalimi UMNO.

Anonymous said...

Apa punya wartawan blogger / wartawan daaaaa..... PR baru control 5 states tapi banyak yang berlagak macam firaun kecil. Itu baru jadi blogger / wartawan. No wonder lah PR sekarang huru hara. Kalau setakat nak tulis article untuk character assasination, baik usah mengaku wartawan. Kenapa berbangga sangat kononnya dapat tanya itu dan ini kepada Ustaz Nasha? Bagilah hormat sikit pada beliau. Apa salahnya dia minum kopi di Parlimen? Tak kira lah dia minum dengan sesiapa pun. Malaysia adalah negara yang bebas. Apakah dengan menjadi blogger dan wartawan seolah2 kamu pegang rotan besar dan boleh sebat semua orang?? Berlagak. Cheh! Buat penulisan untuk pecah belahkan PAS. Kemudian ada hati pulak nak menang PRU 13. Boleh ke ? Logik ke ? Rakyat baru bagi favor supaya Pembangkang ada lebih kerusi dalam Parlimen. Kalau di nilaikan, pemimpin dan MP PAS sebenarnya tenang sahaja walaupun ada pergeseran. Cuma terdapat sebilangan ahlinya sahaja yang seolah2 tak sudah2 nak cari pasal antara satu sama lain. Patutnya ahli2 yang berkecenderungan untuk memperpanjangkan isu yang memudaratkan perpaduan PAS patut di identify and to be put under watch list. Kalau tak berubah juga, buang je dari Parti. Habis cerita.

Anonymous said...

Utk next pemilihan PAS..

aku cadangkan Khalid Samad jd Presiden PAS yg baru..Elizabeth Woong plak jadi setiausaha Agung PAS..

Pastu Khalifah Lim Guan Eng jd Naib PResiden..

AHli majlis syura: Khalid Gagap, Xavier and Ronnie Liu, Gobind Singh

Mursyidul AM PAS kasi kat Karpal Singh..timbalan dia Lim Kit Siang..

kite jgn racist mcm UMNO/PERKASA..

Islam itu utk suma KAUM..

anti-firaun

Mata bulat said...

Hampa ni tak kesian ka...kan ustaz Nasa tu sakit...!!!! Bagi la dia privasi sikit.

Tak paham betoi la hampa ni.

Anonymous said...

pegi mampus la nasha.... bagi dia menang PRU suh dia jadi wakil kat parlimen. Org len dok cbuk berbahas dlm dewan, dia dok sembang kat luar...bodoh sombong. pegi mampus...aku jumpa gerenti aku ludah muka dia...bangang

somad said...

Berapa lama nak berselindung lama-lama orang ketahui juga. Orang munafiq begini patut ditendang dah lama tapi ramai pengikut PAS suka sangat bersangka baik tanpa mengambil kira tindak-tanduk dan berpegang kepada wala' jenis bodoh!

Ustaz SiMamat pulak jenis tak tau malu dan muka tebal.

Anonymous said...

Untuk lebih seimbang, adalah di cadangkan supaya blogger pergi Perak dan interview pulak Adun PR yang keluar ramai2 dari Dewan Undangan. Semua dia orang tu tak nak buat kerja ke?? Takkan pasal alasan tak setuju dengan speaker, semua keluar dewan. Takkan nak memonteng pulak?? Blogger boleh check tengok kot2 ADUN MP bersidai kat kedai kopi ataupun bawah pokok. Lagi creative kalau cari dia orang kat Spa. Manalah tau kot2 ada di sana. Jangan lupa juga check kat panggung wayang.

Kalau tak nak duduk dalam dewan dan berbahas untuk kebaikan rakyat, baik jangan jadi wakil rakyat. Apa faedahnya nak bergaduh2 lagi pasal speaker? Apa kebaikan untuk rakyat Perak? Mana dia kematangan ADUN2 PR? Kalau tak nak terima kekalahan tak mengapalah. Tapi kalau sampai tak nak duduk dalam dewan, berbahas dan berbincang - itu namanya tak nak buat kerja!!. Monkeys! Lain kali buang je kerusi2 utk PR dalam dewan tu. Gantikan dengan dahan2 kayu. Gantung pisang setandan.

joehan said...

hahaaha...btul ke perjuangan islam ko ni wahai blogger TB (tulang babi) n rakan2 ko.syariat islam yg pertama semasa berhijrah ke madinah adalah merapatkan ukhwah islamiah.antara muahjirin n ansar.tp ko kt cni menggalakkn persengketaan,permusuhan.ni bkn perjuangan islam yg sebnr.ape perjuang PR skrng ni.xlbh dr perjuangan duniawai.utk mendapatkn kuasa.utk menawan putrajya.jaw mentri2.
ape slhnya PAS n UMNO duduk sm2 berbincang demi perpaduan ummah.pas x perlu bubar or gabung dgn umno.tp berbaik2 n duk berbincang.
Tp ni la yg yahudi xmau.sm jgk dgn cine.byk kaitan antara anwar,yahudi,krisis matawng 98, gorge soros,IMF adalah kerja2 jht yahudi.
ms tu la IMF yg dikawal yahudi cube mencampuri urusan kewangan malaysia.sebuah neg majoriti islam yg maju melalui proksi mereka saudara nuar al juburi.
tu pon ko xphm2 lg ke.xusah la ingt nuar ko tu baik sgt.bodoh la ko ni tulang babi.xnk perpaduan ummah.
setakat wartawan bodoh cm ko ni aku pon leh lwn hujah2 bodo ko.heheh.aku nk tnye ko.ape jasa2 anuar smpai pas skrng ni beria ikut die???

Anonymous said...

alamak joehan ko salah tafsir hijrah nabi la bro. nabi hijrah kat madinah pasal kat sana walaupun x ramai org islam tapi islam diterima dgn baik disana. dan dikota mekah masa itu tidak selamat utk berdakwah..mcm umno la bila ckp pasal undng2 islam dan trkena btg idung pemimpin umno terus le mamat tu kena ISA. lebih baik kawan dgn DAP walau x nak negara islam tp masih boleh terima islam. dan perjuangan dia pun hampir2 nak sama mcm islam iaitu bukan atas dasar kaum mcm umno, mca dan mic. yang mamat tu isukan skrg ialah ustaz nasha x bagi jawapan kat dia.kalu dia buat benda yg betul x kan dia x berani nak jawap. yang tanya tu kan wartawan harakah lidah rasmi PAS. bila jawapan dah dpt baru org x salah faham....ade paham???

anti-dajjal

Anonymous said...

perisik rakyat, kau ni jumud lagi tak berkembanglah. kau sibuk cakap ttg Islam tp bila karpak singh kata langkah mayat dia dulu kalau nak tubuhkan negara Islam kau pulak buat tak tau.kan bagus kalau ustaz nasharuddin nak bincang pasal kerajaan perpaduan, org melayu dan islam jugak yg dapar faedah. kau pulak sibuk nak tentang kata umno fraksi zionis. kau paham ke tak apa maksudnya fraksi dan zionis. ustaz nasha nak duduk sambil minum kopi dgn kawan tu kau sibukkan, dia dah tahu apa yg berlaku sebenarnya sbb tu dia tak nak duduk dlm dewan parlimen buang masa bertekak benda mengarut. kau ni kononnya wartawan harakah cuba kau tengok betul2 apa yg kau tulis sebenarnya banyak berita benar atau fitnah. kau ni luculah, org melayu nak bersatu kau tak bagi tp bangsa lain bersatu nak hancurkan melayu kau sokong. konon kau tak perkauman, betul ke? kau bekerja dgn org kan, cuba kau pergi dapatkan kerja kat satu company cina kat kl. cuba kau mintak jawatan, lepas tu kau cuba nak bandingkan gaji kau dgn kakitangan cina, kau rasa kau boleh dapat benda yg sama tak, kau je yg sibuk konon tak perkauman, bangs alain dah lama perkauman kat kita tak pulak kau cakap. sebab apa, sebab kau tak tau apa ertinya perkauman dan kau tak pernah rasa apa itu perkauman, kau hidup dlm dunia kau sendiri dikelilingi oleh org yg sentiasa sefahaman dgn kau. kalau berani, keluar dr dunia kau dan masuk ke dunia baru, bila kau dapat pengalaman baru barulah kau cerita apa maksudnya umno fraksi zionis dan apa itu perkauman.

Anonymous said...

anti-dajjal kata:

"perjuangan dia (DAP) pun hampir2 nak sama mcm islam iaitu bukan atas dasar kaum mcm umno, mca dan mic"..

komen aku..

ade lagi persamaan DAP & PAS dari segi penggunaan Kalimah ALLAH..tak ke sama tuhan yg DAP & PAS sembah? so buat ape name tuhan lain2?

Karpal: negara Islam? langkah mayat aku dulu..
Gobind: kalau you berani usik tok guru Nik Aziz, ini saya ni... saya janji akan pertahankan tok guru dgn tubuh saya..!!!!! (sambil tangan menepuk dada)...lihat seterusnya di link ini:

http://wfauzdin.blogspot.com/2010/03/kisah-menarik-dalam-satu-ceramah-pr.html

lihat, betapa akrabnya mereka ini, kalu karpal cuba ape2kan nik ajis, gobind adalah org pertama yg akan menentang, takkan karpal nak lawan anak sendiri plak ye tak? so akhirnya, mereka bersatu hati..satu matlamat, satu perjuangan..confirm tiada persengketaan..

berbalik pada perjuangan bukan berteraskan kaum oleh DAP yg sama mcm syiar Islam, sbb tu la aku ade tulih cadangan kat atas td (2.20pm), tentang saf baru kepimpinan PAS yg bukan atas dasar kaum..tp lebih bernas kalu PAS and DAP dibubarkan dan bercantum menjadi satu parti baru iaitu DAPig..baru la tak mengira kaum and cakap serupa bikin..

anti-firaun..

FaridShah said...

laa...ramai lagi puak2 BANGANG dan BANGSAT dok menyemak kat blog nih?!!

PAS wajar adakan Muktamar Khas, buat pemilihan semula.
Pemilihan yang telus dan bebas!

MCA dah selesai buat EGM..
PAS bila lagi nie..?

Anonymous said...

Start jer aku bace tajuk nih, aku da nak temuntah tgk artikel sampah mcm nih.

Islam menggalakan perpaduan. Ape salahnya Ustad Nasha nak pegi berbincang ataupun berbual dgn kawannya. Knape? org yg berlainan ideologi politik tak bole dibuat kawan ker, walaupun dier tu sorg islam?. Adakah dlm Al-Quran ada tertulis, org PAS tak boleh tegur langsung org UMNO. Adeker dalil2 yg menyatakan kite tak boleh tegur sahabat muslimin kite yg berlainan ideologi politik?.

Heran aku sesetangah jemaah PAS yg jumud sgt nih.

mohd shahran said...

tak faham2 org yang mempertahankan nasa bengong nie. Persoalannya bukan dia berbual dengan umno. . Lantak pie lah dia nak berbual dengan sapa2 itu hak mutlak dia. Tapi isu yang ditimbulkan ialah waktu dia berbual. .itu susah sangat ker. . Jangan jadi bengap sangat Allah bagi otak untuk berfikir bro. Kat dalam parlimen sedang berbahas untuk menamtkan kontrak APCO Yahudi Lahanat dari menjajah negara kita. . Isu yang besar keselamatan negara terancam. Kenapa waktu itu nasa bengong berada di luar. . Ibarat sedang berperang tapi ada askar yang duduk sambil berbual tinggalkan kawan2 bermati-matian mempertahankana negara. dalam erti kata lain. . larisewaktu berperang. . ITu isunya bro. kalau waktu rehat dia nak berbual mampus pielah. .

Anonymous said...

"Isu yang besar keselamatan negara terancam"..

nyaHkan anwar pengkhianat negara dari muka bumi Malaysia ini..itu la satu cara yg paling besar utk menyelamatkan negara ini..

- message yg cuba disampaikan MP Wangsa Maju, ketika membentangkan ucapan menjunjung kasih di parlimen..

anti-firaun:

p/s: tp si MP ni belum berani lagi nak cakap secara direct, tp bila dia sebut pasal RPK 'spin doctor" sbenarrnya adalah satu tamparan hebat terhadap anwar..

dewatawanberapi said...

SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PERKAUMAN

inilah kata2 budak hingus masih meleleh dan pelir masih kulop...belum bersunat lagi...kepala butoh masih bertaik palat...

mohd_r said...

Awat ustaz ni nak sangat pegang jawatan kalau tak tahan berhujah. Ni timbalan president bukan nagoi-nagoi lain yang tak dak jawatan. Mana boleh lepak ikut suka. Gaji MP tak semewah nak maintain kereta besar kut. Jawatan untuk jaga tender bukan jaga rakyat. Aku dulu lagi ingat baik erdogan dari jenis ni dalam pas.

dulukini said...

bukan masalah duduk tak bole bro. nie masalah Dewan Rakyat tengah bersidang menentang zionis pikirla sikit. kalau nak minum ape sidang pergilah minum sampai mampus. bangang.

dulukini said...

pasal komen dewan rakyat perak... ko pegi baca artikel sampai abis baru masuk komen. tak tahu hujung pangkal nak melalak dah. ko jgn baca paper UTUSAN MELOYA sbb itu paper bangsat.

dulukini said...

byk juak UBN melalak dalam nie. dia tak nampak MIC n MCA tengah kelam kabut tapi dok sibuk dengan orang lain. eloklah tu sokong zionis.

Anonymous said...

PAS tak malu ke mempunyai timbalan presiden yang bengap macam ni.. jadi timbalan presiden sebuah parti politik, tapi tak pandai berpolitik. Orang lain pergi berjuang, dia duduk berpelok2 dgn musuh... Yang dia tahu hanya nak bersekongkol dgn UBN supaya dapat jadi menteri. Apa Presiden PAS buta ke tak nampak bahawa orang2 yang macam ni lah yang membuatkan rakyat lari dari menyokong PAS dan akhirnya boleh membawa kehancuran PAS. Ingatlah.. jika PAS hancur, jangan salahkan rakyat, tapi salahkan pemimpin yang bengap nih.

Anonymous said...

Isu yg sedang dibincangkan dalam dewan rakyat adalah isu menentang zionis musuh negara n Islam. nape si ustaz nie dok asyik minum lagi??? dah kebulur tak minum air ke... bulan puasa boleh pulak tak minum.

Anonymous said...

"Isu yg sedang dibincangkan dalam dewan rakyat adalah isu menentang zionis musuh negara n Islam. nape si ustaz nie dok asyik minum lagi??? dah kebulur tak minum air ke... bulan puasa boleh pulak tak minum"

belum dapat fukwa nik ajis lagi pasal isu ni, mcm mane nak berbahas? so kite minumm dulluuu..

agaknye kalu si ustaz ni minum dgn khalifah gobind singh time perbahasan tu ade korg bising tak?

jgn jd bodoh ya? heehe..

anti-firaun..

Anonymous said...

hei nasar, ko jgn aksi sangat.naik pun kita lantik.. jgn jadi busuk..lagak lebih isi tak ada.

Anonymous said...

Aku ni bukan ahli PAS tapi penyokong PAS tegar tp sebab puak puak UG ni aku bukan setakat meluat tp benci dengan makluk2 ni.

Sorilah kalau mereka ni bertanding dikawasan aku...aku tak kan pangkah PAS/Pakatan Rakyat punya.

Anonymous said...

ramai nya siput babi-siput merayap kat sini.Macam lalat kerumun najis.

Anonymous said...

Kalau beginilah sikap kepemimpin PAS, saya anggap beliau tidak layak memimpin jamaah PAS dan tidak layak memimpin kerajaan Malaysia kerana apabila Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Anonymous said...

ANUAR KAKI BOHONG DAN KAKI LIWAT, BUAT APA DENGAR DIA PUNYA CAKAP.

Anonymous said...

Terus le bertanding Nasha. Buat le pilihanraya terus ke apa ke, Janji Mustafa Ali terus jadi pengerusi jawatankuasa pemilihan Pas. Semua masalah akan selesai.

Anonymous said...

Ustaz Nasharudin memang tak layak berada dalam jemaah PAS.

tamingsari said...

Buruk sangka tak tentu pasal berdosa.
Mana kita tahu,mungkin Nasa tengah bincang hal agama. Atau pujuk menteri masuk Pas. Paling tidak mereka memelihara silaturahim. Lagipun Nasa dah tau cerita pasal Umno dan Apco.Dia juga tau tentang Anwar dengan yahudi. Nasa tak suka dengar peliwat berbohong. Anwar tak sehebat dulu. Hancussss!

Anonymous said...

Sudahla. Nampak gayanya si wartawan ni memang tak sebulu dgn Ustaz Nasha. Maknanya, dia sudah ada sikap prejudis dan berat sebelah. Maka laporannya pun berat sebelah.

Tapi tak kesahlah. Tajuk artikel ni memang baik "Lebih baik bertanya Allah, dari bertanya Nasharuddin!" Setuju sangat. Tapi kenapa dia pergi jugak bertanya pada Ustaz Nasha? Atau pun memang sudah memang berniat menghentam beliau? Jangan jadi wartawan jahat.

Anonymous said...

Woi, aku punya pasal la nak komen tentang dewan undangan perak. Kalau tak puas hati, aku peduli apa.

Anonymous said...

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

Kesian seorang fasik yang membawa sesuatu berita ni. Dah la "Pahala" fasik tak terpikul, tambah lagi "Pahala" adu domba, "Pahala" fitnah.... aku rasa tiket yang N.Ajis terompah bagi ko lebih sesuai kalau diakses ke neraka. Tahniah....

Anonymous said...

Terompah + CIFUT BABI = PASberg Cap Mata Dajjal(Parti Begedilan Laknat)

DAPigs bersorak....

takebeer.. takebeer..takebeer..

Anonymous said...

kagum aku dgn blogger ni sbb dia gunakan kebebasan bertanya...kalo la benar apa yg dilaporkan aku juga terkejut.sepatutnya time sidang,MP kena la pegi buat keje sbb dibayar elaun pe...imagine la kalo kita g keje..org lain sibuk kat opis...ada kutu ni g bawah lepak mamak..menyirap beb...lebih kurang sama kot cerita yg cuba disampaikan oleh blogger ni...tp ni kes nk lawan Zionis mcm kat opis hari last nak submit tender kena tungkus lumus le...nk lepak after opis hour le..:)

Anonymous said...

Si Nasa memang bodoh dan bengap...
apa tak malu ke jadi pemimpin parti Islam, tapi dok asyek menyelam dengan UBN.

Kalau ada maruah, baik letak jawatan dan serah orang lain untuk memimpin PAS. dan Nasa boleh mohon jadi ahli umno... untung2 pok jib akan lantik jadi menteri ..

Yang PAS ni pun satu hal... dah tau dia bengap macam tu, masih lagi nak wala'..lantik jadi timbalan presiden buat apa kalau perjuangannya ke UMNO.

joehan said...

To anti-dajjal April 1, 2010 3:54 PM

hahaha..psl hijrah nabi tu aku dgr ceramah ustaz la bro..yg pasti bkn ceramah dr ustaz2 yg bg pendapt smata2 utk kepentingan politik n berat sblh..klaka bc statement ko yg dap xperkauman..nk termuntah aku..sdhla bro..bkk minda skit..pastu kalo psl syarikat yahudi apco tu..syarikat tu ubah sm cam TESCO yg n.ajis banggekn kt klate tu,mcD yg ko mkn ari2 tu,philipmoris n american tobaco yg korang hisap tu,cocacola yg korang minum tu,anwar ibrahim yg korang syg tu..ehh..anwar pon msk jgk..haha..yela..diekn produk yahudi..muahahaha..pastu kalo psl ustaz nasa kuar dewan time geng2 pr berhujah tu...ermmm...kt dun perak ape CER?????..adun2 PR sme kuar..xnk berbincang psl mslah rakyat PERAK KE????..duk terkinja2 mcm beruk..still x puas ati psl korang terlepas PERAK KE??bodoh la korang ni..lain kali tgk isu sec keseluruhannya n cubela berlaku adil...
bila PR wt korang xbising..bile gov buat korang melalak mcm beruk..
suh bincang demi perpaduan ummah xnk..last skali aku nk tiru karam sigh walia
"kata dulang paku serpih,mengata org PR yg lebh)"
lg satu.."Allah tdk akn ubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sndri mengubahnya".

Anonymous said...

Penyokong UMNO Baru kat sini tak habis-habis kata Anwar kaki liwat...dalam mahkamah dah ditunjuk bukti Saiful tak pernah diliwat..lagi pun aku tau penyokong-penyokong UMNO Baru kat sini masing2 ada blog masing-masing. Dalam blog diorang cerita pasal liwat tak habis2... bengap ke tahap cipan...

I help you, you help me wakakaka... said...

Sebab rakyat dah tengok isu secara menyeluruh selama 50 tahun, rakyat semakin galak melalak kerana terlalu banyak kecelakaan yang umnobn dah buat.

Tesco,MacD,Coca-Cola,Philip Moris atau Chevrolet tidak mempunyai hubungan operasi pentadbiran didalam kerajaan Malaysia, jadi apa perlu kita nak kaitkan dengan mereka walaupun Nik Aziz membenarkan tanah Kelantan digunakan?

Apco mempunyai kaitan terus tanpa sekatan didalam mengatur sistem perhubungan dan sistem pentadbiran didalam kerajaan Malaysi sudah pasti mereka mempunyai akses untuk mengetahui rahsia negara iaitu keselamatan dan kekayaan negara.

Adalah munasabah hal Nasa ini dibangkitkan dikala Parlimen berbincang hal APCO dia sebagai orang yang penting didalam Parti tidak mengambil bahagian.

Jangan cuba pertikaikan samaada Nasa duduk dengan siapa hatta jika duduk dengan Karpal singh sekalipun pasti isu ini akan timbul tapi malangnya perkara ini terjadi antara Nasa dengan Menteri umno. Jangan serlahkan kebodohan kita bila mempertikai perkara penting ini kerana budak sekolah pun tahu pentingnya tanggungjawap orang yang mempunyai jawatan tinggi.

Kalau ingin berlaku adil...cuba kita renungkan balik saat pertama kebangkitan PR siapa yang Menteri dalam BN hinggalah pencacai umno serang? Ramai yang setuju bila kita sebut nama Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim ni dah jadi macam hantu untuk umno ni yang sibuk mencari bomoh dan mentera nak halau sihantu ni. Tapi atas kes apa yang dia nak halau hantu ni? Hanya kes kes liwat saja sehingga kelam kabut dibuatnya umno nih?

Berbeza dengan PR yang sibuk nak menghalau hantu umno ni dengan berbagai punca yang mereka bangkitkan disamping PR juga ditekan oleh rakyat agar menyelesaikan isu yang mereka bangkitkan.

Jadi fikir dengan betul jika tidak orang akan kata memang dasar pencacai.

Unknown said...

Sy setuju sgt2 ngn hujah mempelung..Hujah pencacai n pro UG kosong xde pape hnya auta n fitnah smata2..Bbelit2 n bpusing2..Getik nk mbacanya.. ;-p

Anonymous said...

kalu nak komen ke berhujah, ke make sure segala maklumat tu penuh di dada. Kalu setakat bersumberkan maklumat yang dah dijamin berat sebelah @ auta, mmg pale otak dan hujah2 korang tak ke mana pon.. Cakap merapu-rapu.. cam org gila meroyan..

Aku amat2 setuju ngan mempelung...ni baru dikatakan hujah berdasarkan fakta dan bknnye auta..renung-renungkanlah..

kaya tok nii!!!!

Anonymous said...

sukahati ko la joehan dan anti-firaun...ko memang racis...ape lagi nak ckp...kenapa ko x joint je PERKASA yg HERO MELAYU tapi MAKAN GAJI DGN TAUKE JUDI CINA????? bila meLAYU bersuara memang bebal dan bangang..biasa lah dah nama meLAYU makan tanggung berak cangkung...kelakarla meLAYU ni otak tahap udang geragau..bab hijrah nabi tu baik ko paham betul2 kenapa nabi berhijrah...jgn jumpa satu ustad je. berguru biar ramai baru otak tu berkembang. jgn jadi otak meLAYU dah lembab pastu asyik nak makan rasuah jer....

anti-dajjal

Anonymous said...

perghh, makna fukta nye yg si mempelung kata tu?..aku nampak auta bykkkk...

anti-firaun..

Anonymous said...

ko lagi kuat auta...

joehan said...

Salam kt bwh ni ade komen bdk bodo dr PR die anon April 2, 2010 10:24 AM
""Penyokong UMNO Baru kat sini tak habis-habis kata Anwar kaki liwat...dalam mahkamah dah ditunjuk bukti Saiful tak pernah diliwat..lagi pun aku tau penyokong-penyokong UMNO Baru kat sini masing2 ada blog masing-masing. Dalam blog diorang cerita pasal liwat tak habis2... bengap ke tahap cipan...""

aik..bile plak mahkamah ckp xde bukti liwat..bodo ke ape ko ni..bile ms mahkamah ckp cktu..asyik tangguh je..bln 6 ni msk 2thn..report doc pusrawi tu rja petra putar belit pon ko caye..doc swasta xde kuase utk bg keterangan kt mahkamah..buat ape doc pusrawi tu chek jgk..xlogik la doc tu g cek jgk bontot saiful tu..buang ms die je..bodo la geng pr ni..tu la..bc blog PR,suarekeadilan n harakah je tau.cube cr sumber2 lain.dlm blog pro umno xde pon dh cite liwat.xpyh cite dh psl tu.mmg terbukti nuar berahi liwat.bodoh tol korang ni.g la suh anwar angkat sumpah laknat.tgk spe kne laknat.bicara pon dh tangguh msk 2thn.ape lg option yg ade.qadrawi plak xpnh pon ckp die xberslh.qadrawi bg pandangn umum je.len kali korang selidik la dlu berita2 yg smpai kt korang.jgn jd umat islam yg bodo ye.percy bulat2 ape org ckp.selidik dlu.

Anonymous said...

To Joehan....kalu aku kata satgi ko kecil hati....
Mana ko tau Anwar liwat Saiful??? ko dah penah kena liwat ke???
Jangan kita main tuduh. Kalau Anwar bersalah, tu dosa dia ngan ALLAH, tapi kalu dia tak bersalah ENGKAU YANG BERDOSA BESAR pasal tuduh org liwat.

Mizz

Anonymous said...

baca freemalaysiatoday-sekumpulan aktivis dari sabah dan sarawak menuntut hak negeri mereka untuk keluar dari malaysia!

sayangrpk

Anonymous said...

penyokong umno sebenarnya kaki peliwat sbb tu die nak promosi liwat kat blog depa..
hey umno jahanam jgn nak masuk campur hal perak dah lah rampas kerajaan rakyat lepas tu bacul nak wat pilhan raya kalo berani watla..
ustaz nasa pun xde time lain ker nak lpk minum?? kalo time keje tu kejela.. ari lain bleh lepak minum.. jgn lupe org kedah pun xmo bagi kerusi kat ust nasa nasib baik org kelate nk bagi kalo x blum tentu jadi mp lagi.. hahaha..