"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, April 02, 2010

Mengapa A.Awang & Ghani Shamsuddin yang Terkeluar Dari Syura?

Reactions: 
SU Agung dilaporkan berkata:
“Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, tanggapan di laman blog itu tersasar sama sekali kerana penulisnya tidak mempunyai maklumat yang tepat berhubung isu tersebut.

“Sebab itulah yang bukan-bukan,” katanya yang mengaku tidak perlu ambil peduli dengan dakwaan-dakwaan itu.

Katanya, dengan pindaan terbaru perlembagaan PAS - yang menetapkan pelantikan anggota tambahan, daripada tujuh kepada lima orang - sudah tentu menjadi persaingan untuk dipilih ke majlis syura lebih sengit kerana bilangannya makin sedikit.
Setakat yang saya baca dari pernyataan Dato Mustafa Ali tiada salahnya. Lagipun, Dato Mustafa Ali tidak terlibat dalam proses pemilihan Ahli Majlis Syura.

Dua yang terbuang adalah:
a. Ustaz Ahmad Awang
b. Ustaz Ghani Samsuddin
Kedua-duanya bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang melayakkan mereka menganggotai mana-mana badan yang menggunakan nama “Ulama”. Ertinya dari segi kelayakan, mereka lebih layak.

Kita nak tanya:
a. Mengapa dalam dua tokoh yang terbuang itu terdiri dari mereka yang anti kepada “Kerajaang Perpaduang”?
b. Mengapa tidak membuang Ustaz HAshim jasin kerana disamping menjadi Ahli Majlis Syura, beliau juga adalah PJ Perlis, AJK PAS Pusat dan Ketua Pembangkang. Ertinya beban kerja beliau lebih banyak kalau terus berada dalam Syura.
c. Dato Harun Din yang melanggar keputusan parti secara terbuka MASIH DIKEKALKAN sebagai Ahli Majlis Syura.
d. Dari segi produktiviti, bukan Ustaz Ghani Shamsuddin lebih produktif dari yang lain. Kebolehan ustaz Ghani dalam IT pasti memberikan nafas baru kepada Majlis Syura Ulama PAS.
e. Mengapa mesyuarat tersebut tidak meminta Dewan Pemuda menamakan calon selain Ustaz Zaharuddin yang merupakan “MENANTU” Presiden PAS? Beliau pun cuma exco Pemuda lantikan semata-mata dan tidak dipilih di dalam Muktamar Pemuda.
Bagi saya, kalau nak buang dua, seharusnya yang terbuang adalah:
a. Ustaz Harun Din – melanggar disiplin parti dan ada saham memecah belahkan PAS.
b. Ustaz Hashim Jasin – Beban tugas serta keadaan kesihatan beliau serta
kedudukan beliau yang jauh di Perlis yang tiada lapangan terbang.
Dengan terbuangnya kedua-ua tokoh tersebut memberi persepsi bahawa Majlis Syura Ulama PAS sekarang ini adalah pro UMNO.

Itu sahaja. Dan Cikgu Pa tidak dapat memberi apa-apa alasan yang dapat mengubah persepsi ini kerana persepsi ini berdasarkan kebenaran.

Tulang Besi
Mustafa: Tak timbul isu 'gugur' Ahmad Awang

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (bawah, kanan) berkata tidak timbul isu penyingkiran tokoh-tokoh tertentu dalam majlis syura ulama parti itu kerana anggotanya dipilih adalah daripada kalangan yang terbaik.

“Orang yang dipilih mestilah tahu selok belok agama. Orang macam saya ini tidak layak,” katanya sambil ketawa ketika diminta mengulas mengenai bekas naib presidennya, Ahmad Awang yang tidak terpilih semula menganggotai majlis tersebut.

Mustafa menerangkan, untuk dipilih sebagai anggota majlis tersebut, semua mereka disyaratkan faham dan mahir dalam selok-belok agama.

Pada 23 Mac lalu, 12 anggota majlis tersebut - badan tertinggi dalam PAS - bersidang kali pertama bagi melantik lima anggota tambahannya, antaranya Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Dr Haron Din, Hassan Shukri dan Hashim Jasin.

Bagaimanapun, pengguguran Ahmad - yang dispekulasikan lebih awal di laman blog - cuba dikaitkan dengan agenda “kumpulan pro-kerajaan perpaduan” apabila tokoh dari Perak itu dilihat sebagai antara yang paling lantang menentang idea tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, tanggapan di laman blog itu tersasar sama sekali kerana penulisnya tidak mempunyai maklumat yang tepat berhubung isu tersebut.

“Sebab itulah yang bukan-bukan,” katanya yang mengaku tidak perlu ambil peduli dengan dakwaan-dakwaan itu.

Katanya, dengan pindaan terbaru perlembagaan PAS - yang menetapkan pelantikan anggota tambahan, daripada tujuh kepada lima orang - sudah tentu menjadi persaingan untuk dipilih ke majlis syura lebih sengit kerana bilangannya makin sedikit.

Sebelum ini, anggota majlis tersebut terdiri daripada empat wakil jawatankuasa pusat dan empat lagi daripada Dewan Ulama. Kelapan-lapan mereka kemudiannya melantik tujuh anggota tambahan, menjadikan jumlah keseluruhannya 15 orang.

Manakala perlembagaan barunya pula mengatakan, selain masing-masing empat wakil daripada kedua-dua dewan itu, dua lagi dewannya - Pemuda dan Muslimat - turut diperuntukkan masing-masing dua kerusi, menjadikan jumlah keseluruhannya 12 orang.

Mereka kemudiannya akan bermesyuarat dan melantik lima lagi anggota tambahan, menjadikan anggita keseluruhannya 17 Orang.

Sementara itu, diminta mengulas kenapa PAS perlu meminda perlembagaan sehingga mengubah struktur majlis tersebut, Mustafa menjelaskan, cadangan yang diutarakan dalam muktamarnya pada tahun 2006 itu sebenarya melibatkan banyak perkara.

“Majlis syura ini hanya sebahagian daripadanya,” kata bekas pemimpin PAS Terengganu itu.

“Kita mahukan lebih perwakilan. Kita hendak juga dengar pandangan-pandangan daripada Dewan Pemuda dan Muslimat,” kata Mustafa.

19 comments:

Anonymous said...

cikgu pa ni cakap ikut mulut mana?

Manja said...

"BAGI SAYA" (saja nak cilok apa yg si TB guna)....tak ada salahnya lah. Bukannya cikgu Pa sorang yg pilih...itu majlis yg pilih. Jadi, apa yg majlis pilih...terima aja lah.

Tak perlu la nak berperasangka buruk pada majlis.

Betol tak TB?

MANSOR JUNUS said...

Tulang Besi,
Apa yang anda lakukan adalah yang sewajarnya. Nampaknya bagitulah, team UG dalam kepimpinan PAS masih bernafas lagi, hanya bertopengkan serban dan jubah saja. Kedua2 Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsuddin adalah pemimpin2 yang telah teruji. Naluri saya mengatakan, kalaulah dapat, TGNA juga mereka nak singkir keluar. Cuma ia akan nampak terlalu ketara.

TGHA ini kalau dibandingkan dengan tokoh2 dalam BN, beliau macam Pak Lahlah, cerdik sangat pun tidak, hanya setakat cukup makan saja. Orang lainlah yang tulis 'script'nya. Dan telah pun kita sedia maklum siapa mereka itu. Mereka ini bolehlah dianalogikan macam buaya. Tunggu air pasang saja nak terjun sungai. Saya harap apa yang saya sebut ini tidak betul. Tetapi 'instinct' saya mengatakan, kalaulah TGNA tiada, PR akan hancur.

Rohani said...

Wahai saqudara2 sekelian..
Jangan lah suka bermain dengan prasangka...kerana berperasangka buruk itu adalah mainan syaitan.

joehan said...

salam..plik la aku kt korang ni..menentang sgt perpaduan ummah..api kebencian dlm diri korng tu tinggi sgt..sm cm n.ajis..cerita 20thn lps pon nk ingat2 lg..Nabi xsuruh pon kite bersengketa sesama islam..nk ajak bincang sm2 pas n umno pon bg mcm2 syarat..aku harap pasni pas singkirkn n.ajis,husam musa n the gang.
yg korang ni pn satu..n.ajis korang banggekn sbb geng dgn nuar al juburi n dap..tp hadi awang n the gang korang kutuk semate2 sbb die nk satukn umat islam..ajk umno berbincang..
ahmad awang yg nk solt hajat utk keburukan org tu plak korang bela2..nabi pon x pnh suh solat hjt utk burukkn org lain..sudah la wahai puak2 pas yg hipokrit..
aku bkn ahli umno pon..cume aku melayu islan yg sygkn agama n bangse.cukup2la berburuk sangke sesama islam..tp dgn bukn islam blh plak korng banggekn..meh bgto aku..ape jasa dap kt png tu selain dr bg angka menipu kunun2 peruntukn utk islam tu.
lembaga zakat pon nk dipolitikkn.ermm..tu pon korang xsedar lg ke wahai pengikut pas yg taksub!!

Anonymous said...

bapak member aku dilantik majlis syura..

guess who?

anti-firaun

Anonymous said...

ialah lah tu joehan...kalu ko ikhlas pi la tegur umno dan pencacai sekali kenapa ko x buat...PAS saja ke yg salah dlm hal perpaduan ummah ni..umno x salah ker...kalo ko betul2 exPAS ko mesti ingat TGNA kata beliau rela bubarkan PAS dan bersatu dgn UMNO jika UMNO menukar dasar dari kaum ke ISLAM...kalu ko ingat ler...takut ko dari meLAYU mudah lupa jer...

anti-dajjal

joehan said...

to anti dajal..sape la aku ni nk tego2..aku cume melayu islam yg nk tgk umat die bersatu..tp Allah kurniakn n.ajis n golongan ulama dlm pas pengetahuan agama utk bertindak ats nm islam utk satukn umat dan nabi ske tgk umat islam bersatu padu..xpayh la sibuk2 nk bubarkn pas pon..tu gimik politik je.korang duk je bincang dlu..abistu nk bincang pon pas xnk..setiap mende kne wt perbincangan..mmg dasar umno dasar kebangsaan..tp umno xlarang pon kite sume umat islam beribadat,sediakn kemudahan mencukupi utk beribadat,bg peruntukn utk islam,bg keamanan yg dgn dr keamanan yg umno bwk ni kite sume blh beljr agama dgn sempurna n lain2.
yg bwk judi,pelacur,tokei dadah,arak kt malaysia ni adlah org cine n bdk2 islam yg mak bapak dieorg xreti didik akn terjerumus dlm kancah ni.
so pas xpyh la benci sgt umno tu.aku xnmpk sgt sumbangan pas kt islam kt mlysia ni.adela skit2.tp xbyk pon.klate asyik nombor corot je dr segi pendapatan negeri.kalo pas tadbir neg mau kucar kacir ekonomi.lpastu imf,bank dunia,us akan msk bg bantuan.tu ke korang nk.tu amanah.pas kne laksanakn btul2 utk majukn negeri klate.
ceramah2 agama pas plak akan disusuli dgn maki hamun kepada gol seislam.Nabi x pnh ajr pon cmtu.
lpastu malysiatoday yg org munafik handle tu korang jdkn sumber rujukn utk hentam umno.apela korang.byk berita harakah diambil dr sumber2 yg xsahih.
sudahla dgn politik kepartian yg sempit tu.org pas anggap ustaz2 n n.ajis xpnh wt dosa.n korang anggap ahli umno adalah sejht2 manusia.kite sm2 manusia.ade btul ade slh.bg pandangan sec adil.ok la.chow dlu.
salam perpaduan ummah.

Anonymous said...

Apa la ko org semue nii.. agama apa??Bangsa apa?? suka sangka buruk, munafik&fasik...menuduh yang bukan2 kalau aku jadi PM siap la ko semua aku haramkan internet ini sama langkah mcm CHINA buat tp lebih sadis..Era zaman hitler dan saddam husein yang menyatukan puak syiah dan sunnah..manusia ni elok guna kekerasan aje..

Anonymous said...

joehan
betoi ker ex-pas
atau cybertrooper umno nie

benci sgt kat n.aziz
benci sgt nuar
klau dah tau bn lagi baik asal dulu pas
jgn jadik hipokrit

FaridShah said...

Say NO to UMNO..
Say NO to UG...


'anti-Umno'

Adek Awang said...

Mana ada UG.....kau orang ja yg sangka buruk pada TGHH & THHD.

Lain kali tanya pada tuan diri...jgn senang2 nak tuduh hanya cuma berdasarkan dengar dan baca.

Sbb tu nabi dah kata...kalau nak belajar tu mesti berguru....bukan hanya cuma baca....kerana orang yg belajar tanpa berguru...syaitan memang suka.

So, sendiri kena paham dan ingat la.

Anonymous said...

"Bagi saya, kalau nak buang dua, seharusnya yang terbuang adalah:"

Tu bagi engkau bodoh,..kerbau,.

Sapa nk dengor ckp ikut lubang jubur kau tu,..lembu

Anonymous said...

bungkus kalau macam ni

Harimau Berantai said...

TP/TB...tlg ubah sikit tajuk2 yg menghentam UG....sekarang ni lebih baik la mengarah utk kempen di Hulu Selangor tu....kita rapatkan barisan penyokong PR....kita lakukan serangan balas dpd blogers UBN yg semakin ketara sekarang ni. OK

Anonymous said...

aku takmau cakap banyak... kalau jumpa nasa bagitau dia, cari tempat lain siap2 untuk mengundi prk13 nanti. aku tak putus2 doa ngan Allah agar tg nik aziz jgn bagi kat dia parlimen bachok... rugi kalau bagi kat dia sama macam bagi kat ibrahim ali al-kataki. keluar nasa, geng perpaduang akan patah kaki 1.

Anonymous said...

ENCIK TB

Kalau boleh lepas ni jgn tulis pasal rumahtangga pimpinan PAS dalam blog u ni...sebab kerahsian parti boleh memberi keuntungan politik pihak lawan.Blog ini boleh diakses oleh sesiapa...pendedahan yg dibuat baik tetapi berbaloi ke????
oleh: PBHaleng

Anonymous said...

Apa daaaa... rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi.... Ada yang masih mahu buat renovation ka?? Ataupun nak claim overtime ka??

Anonymous said...

Kalau kerajaan perpaduang berlaku apa akan terjadi dengan MCA/MIC?

Boleh ke dorang nak jadi parti budak suruhan?

Bagaimana pula dengan pemimpin yang mempunyai agenda tersembunyi seperti
KJ, Ali Rustam, Awang Adek, Ong Tee Kiat, Liow Tiong Lai, Samy Vellu, anak Mahathir dan tidak lupa pula pada geng KATAK.

Apakah mereka ini boleh duduk semeja dan tidak melantun lepas itu?