Nak cakap terlepas tu tak la jugak sebab kami dah check-in awal 1:30 jam dari waktu penerbangan, boarding jam 1:35 petang, jam 1:55 petang dok kalut lagi dekat security gate. aku dah lepas, Zorro pulak sangkut tak tau apahal. tak kan aku nak tinggal otai beb..? last skali, biar je la katerbang tu terbang... hahaha...
Sebenarnya ceritanya panjang, tapi aku malas nak cerita... blah la... last skali person in-charge adjust kami naik next flight jam 6:55 petang, tu la janjinya walaupun dia cakap "i'll try to put both of you in the next flight on 6:55 pm but i should remember both of you that the next flight is full"... maknanya dia nak sumbat jugak aku dengan Zorro dalam flight seterusnya walaupun flight tu dah penuh...
Aku dengan Zorro angguk je... aku dok agak kali ni mesti dia sumbat aku dalam beg besar lepas tu dah tentu aku dok dalam "tempat khas" sekali dengan bagasi... keh keh keh... mampuih pi la... janji sampai...
Last skali flight yang dikatakan penuh tu banyak pulak tempat kosong, siap delay lagi stengah jam... cilako... aku dengan Zorro kena main... rupanya ada orang Hi-Jack tempat aku dengan Zorro... Air Asia pun pandai konspirasi jugak beb... tah malaun mana tah masuk tender lagi tinggi dari aku dengan Zorro... hahaha...
Zorro dengan sape ntah tengah sembang-sembang lepas turun dari katerbang dekat Sibu Airport... dekat belakang tu rombongan geng-geng PAS, PKR dengan DAP... Pakatan Rakyat la...
Petang, aku naik flight jam 7:35 pm... sampai Sibu jam 9:15 pm, amik cab, dari Sibu Airport ke Hotel RM36 hengget... boleh tahan gak... 18km - RM35 = 1km 2 hengget... bawak teksi boleh kaya beb... simpan duit bebanyak, piala dunia nanti boleh la layan Judi Halal...
Aku try la sembang dengan drebar teksi tu bab politik... cilako... 1st skali aku tanya dia - "Uncle dah daftar mengundi ke..? Uncle tu cakap - "Election ka..? haiya... not important la... we don't politic-politic in here la friend..."... hek eleh... selebet betul la uncle ni dalam ati aku...
Lepas tu Zorro tazkirah dekat Uncle ni, You jangan cakap macam tu la kawan, itu undi very important tau... tomorrow you pergi daftar undi then PRU-13 you must vote for Pakatan Rakyat, vote for change..."... pergh... baik punya ayat...
Tiba-tiba lak Uncle tu pusing 180 derjah... DAP ka..? (geng... orang sini tak panggil "Di", "Ay", "Pi"... dia sebut "dap" trus... hahaha...) DAP ada chan menang kali ni... sini punya Cina sama Melayu sudah fed-up sama itu SAPP/BN... 51 tahun (ni dia cakap la 51 tahun... aku layan je la...) BN duduk sini, apa pun tarak...".
Aik..? tadi cakap "not important", ni kutuk BN pulak... sembang lagi... rupa-rupanya dia takut Gomen tau dia sokong Pakatan Rakyat... ha... bagus-bagus... "silent voter"... ini yang kita mau...
Banyak la Uncle tu bagi info, siap bawak pusing-pusing bandar Sibu lagi tunjuk tempat-tempat yang ada problem tapi tak pernah setel. Uncle tu cakap, dekat sini rakyat tak boleh komplen, kalau komplen dikira jahat. pergh... Mafia beb...
Kalau jumpa MP atau ADUN untuk mintak bantuan, 10 kali pergi mintak, 30 kali balik dengan tangan kosong. macam sial... hahaha... sape suruh pangkah Dacing dulu-dulu..?
Bandar Sibu
Bandar Sibu ni kira Bandar yang paling besar di Sarawak (ikut cakap pakcik tu la...), Uncle tu cakap, walaupun Bandaraya Kucing diiktiraf sebagai Bandaraya dan jugak Ibu Negeri Sarawak, tahap pembangunan bandar Kucing lagi jauh corot dari Bandar Sibu... beb... aku nak cerita lebih-lebih pun tak leh gak sebab aku tak ronda habis lagi dekat Sibu neh... Bandar Kuching lagi la aku tak pernah sampai.
Masalah yang paling teruk dekat Bandar Sibu ialah - Saliran dan Pengairan... parit ada tapi pendek-pendek, tak tau mengalir dekat mana, asyik melimpah je... kalau hujan, jalanraya jadik sungairaya...
Masalah nombor 2 paling teruk dekat sini kata Uncle tu - Jalanraya, kalau bawak kenderaan dekat sini sama lebih kurang macam bawak motobot dekat sungai, beralun macam dekat pintu kuala... hahaha... Uncle tu membebel - "Gomen cakap tanah dekat sini kebanyakannya tanah paya, jadi bila buat jalan memang dia akan beralun... Mana ada macam tu..! itu Singapore a... buat jalan atas laut apa pasal tak ada beralun-beralun..?".
Lojik jugak cakap Uncle tu beb... Singapore boleh, Malaysia tak boleh... hahaha... korang pikir la sendiri...
Nanti aku sambung lagi...
Ni kenderaan rasmi geng-geng Petugas Pakatan Rakyat sumbangan dari DAP Sabah... Sabah bukan dekat beb..!
Posing "Macho aka Hancor" dari Wan Jo dan jugak Zorro... Wan Jo dah 2 hari dah sampai sini ikut rombongan Cikgu Rahim (Ahli Parlimen Kota Bharu)
12 comments:
Cayalah bro..I like your report. Thumbs up!
Topeng,
Selamat dtg Sibu, Fuchow World, look peace but like you said here is MAFIA place Bookie place. Rakyat sini bukan tak sokong Pakatan tapi dari dulu lagi diugut mesti undi BN sebab mereka takut kerana diugut setiap undi mereka, gomen tau diorang undi siapa sebab ada siri nombor. Inilah masalahnya. sebab tu kebanyakan merela tal leluar undi.
Kami siburian dilabelkan sebagai " Kiasi"...maknanya takut mati... haiz....susahla beb... situasi sini tak sama ngan semenanjung.......
PRK SIBU BN MENANG..DAP BUANG MASA SAJA.
1.banyak duit hangpa!!dapat duit dari hussam musang ke!!
2.Hebat Kelantan ni!duklu ada amuar musang!!lani ada hussam musang!!
3.bahaya musang ni!lebioh-lebih lagi yang berbulu ayam!!
Logik bro orang sabah sarawak dah bebulu dengan BN ni. Masa aku kerja dekat labuan terang-terang mamat sabah dengan sarawak bengang dengan BN katanya habis sabah sarawak ni jadi harta keluarga BN.
Mamat rigger boleh fikir macam ni takan kita boleh pikir nak jadi pencacai BN kot...wakakaka
elok la tu.keluar dari mulut harimau masuk mulut naga.
Camne mangkuk hayun pencacai @ barua UMNOAPCO boleh kata keluar masuk rimau masuk mulut naga padahal rimau ngan naga dua-dua pun BN punya perangai ...what the hell!!!
Jay,MIRI..
WELCOME TO SRAWAK BRO...
JGN RISO,,,ORG SWK DAH MULA SDAR PSL POLITIK,,,BN DAH MULA RISO....BIARKAN BALACHI Be EnD MENYALAK...YG PENTING LWN TETAP LWN!!!
gua yakin pr x menang tp ada peningkatan undi. lawan tetap lawan!!!
anti dajjal
tak leh tahan tengok dua orang pak guard tu posing.. ahahahahaha cool..
anon 11:16
dikau la kot yang depa kata Biawak 64 juta tu...??
if u r not, u really smell like a biawak!!!
Fauzi,
Thank you for the updates and great pics. Take care of that old man too ! Cheers !
Godbless !
Post a Comment