"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 14, 2011

Pertemuan Muhibah Interlok

Reactions: 
Pemuda PAS Pusat telah berjaya mempertemukan kumpulan budayawan dengan NGO masyarakat India di PKNS Bangi pada khamis 13hb Januari 2011 mulai jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang. Pertemuan bersejarah ini merupakan kali pertamakan di adakan bagi membincangkan isu Novel Interlok yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Kumpulan Budayawan adalah terdiri daripada Senimana Paksi Rakyat Malaysia(PAKSI), Budayawan Bertindak (BB), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka, pensyarah universiti dan individu. Sementara kumpulan NGO masyarakat India adalah terdiri daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP), Makkal Sakti, Malaysian Indian Voice(MIC) , Indian Movement, peguam dan individu. Perbincangan dalam pertemuan ini berjalan dengan lancar . Setiap wakil mengemukakan pandangan dengan penuh kematangan. Mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun membincangkan isu yang sensitif.

Keputusan bersama yang telah di perolehi adalah:

1. Menghormati karya seni Interlok tulisan Sasterawan Negara Abdullah Hussin yang mengandungi unsur-unsur sejarah dan imiginasi.

2. Kuatir dengan perangkap politik disebalik polemik Interlok. Semua pihak harus berhati-hati.

3. Membantah pembakaran Novel Interlok dan bersetuju menggunakan keadah dialog untuk menyelesaikan polemik.

4. Mengadakan Pertemuan Muhibah Kali Ke-2 pada hari Rabu 19hb Januari 2011 jam 2.30 petang bagi membincangkan wajar atau tidak wajar Novel Interlok menjadi buku teks tingkatan lima sekolah menengah.

Dalam Pertemuan Muhibah Kali Ke-2 setiap kumpulan perlu menyediakan asas yang kukuh kewajaran dan ketidakwajaran Novel Interlok menjadi buku teks sekolah. Perkara ini perlu diteliti dengan penuh hikmah kerana ia melibatkan maruah kedua-dua pihak. Bagi sebahagian masyarakat India perkataan “paria” pada muka surat 211 dan isu kasta muka surat 219 boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dikalangan para pelajar sekolah, memberi pandangan negatif terhadap masyarakat india dan menjatuhkan maruah mereka. Sedangkan di pihak kumpulan budayawan pula berpendapat bahawa menarik balik Novel Interlok daripada menjadi buku teks sekolah merupakan penghinaan terhadap sasterawan negara Abdullah Hussain, menghina karya seni dan menjatuhkan maruah budayawan. Bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik kepada masalah ini maka kedua-dua kumpulan dikehendakki membentangkan kertas kerja masing-masing.

Antara perkara-perkara yang telah dibincangkan semalam dan akan dibawa dalam Pertemuan Muhibah kali ke-2 adalah seperti di bawah.

Cadangan kumpulan budayawan adalah mengekalkan Novel Interlok sebagai buku teks sekolah dengan membuat penyesuaian berikut :

1. Membuat penerangan perkataan-perkataan yang sensitif Novel Interlok dalam ruang glosari

2. Menyediakan buku ulasan terhadap novel bagi mengelakkan sebarang kekeliruan

3. Melatih guru-guru untuk memberi penerangan yang sebenar terhadap novel Interlok.

Cadangan kumpulan NGO masyarakat India pula adalah :

1. Gugurkan perkataan dan kandungan sensitif dalam novel tersebut atau

2. Gugurkan Novel Interlok daripada menjadi buku teks sekolah

Kesemua cadangan di atas akan dibincangkan secara terperinci dalam Pertemuan Muhibah kali ke-2 minggu depan. Di harap semua kumpulan dapat membuat keputusan yang tepat bagi menjamin keharmonian antara kaum dalam negara tercinta ini.

Suhaizan Bin Kaiat
Moderator Pertemuan Muhibah Budayawan & NGO Masyarakat India
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

3 comments:

Anonymous said...

1.Dah jadi BARUA puak pariah!kemudian pi sokong pulak puak pariah ni semasa depa bakaq buku interlok!!itulah akai pas!!akai dikepala lutut jee!
2.tak dak sapa nak percaya lagi kat puak pas ni!!dah pedajai sastrawan negara!!kemudian bila jadi isu!!nak cover balik!!
3.ish!ish!ish!!ingat puak melayu dan islam macam puak akai tak dak macam depa kot!!

tuan komrad anak ikan nuar juburi said...

btul tu..mp pkr siap ade lg kt tmpt kejadian ms dieorg bkar novel tu..bila rmai yg xstuju beruk pkr tu cover blk kate die bkn menyokong pon dieorg bakar..cuma hadir kt tmpt kejadian sbg pemimpin..hahaha..pndai beruk pkr tu cvr balik..tu la die sifat beruk2 pr..bila majoriti xstuju dgn perbuatan dieorg..dieorg akn pusing 360 darjah n putar belit..tu la die hasil didikn nuar juburi..

agaknya kalo majoriti rkyat menykong novel interlok ni diharamkan..msti mp pkr tu akn mendabik dada kate dielah org yg pertama join masyarakt membntah novel interlok ni..dasar kepale otak yahudi org2 pr ni!!!

PTUIH!!!

Anonymous said...

Bagi saya senang saja untuk buat penilaian terhadap kerajaan atau mana-mana parti politik.
1) Kalau Interlok tidak diapa-apakan ianya bermakna kerajaan mengiktiraf hasil sastera dan dijadikan sejarah yang amat tinggi nilainya masa hadapan.
2) Kalau kerajaan akur dengan kehendak kaum India (menarik balik untuk KOMSAS di sekolah), maka jelaslah kerajaan hanya pentingkan sokongan politik/political milage) semata-mata.
Oleh itu sebagai rakyat Malaysia saya merasakan kita tak perlu layan mereka atau mengadakan perbincangan berkaitan novel Interlok. Mereka perlu hormati sejarah Tanah Melayu.