"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, March 19, 2011

Sarawak Akan Terus Dikuasai Legasi Taib..! Tolak BN...!!!

Lapor malaysiakini:
Undur selepas pilihan raya, ulang Taib

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini.

Taib - yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata, beliau akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan.

Ini merupakan kali ketiga Taib mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkata yang sama di Mukah dan Betong awal tahun ini.

Kemungkinan untuk beliau bersara semakin dekat, akuinya.

Taib yang memimpin Sarawak sejak 1981 berkata, masa itu akan tiba apabila orang yang didiknya boleh membentuk pasukan untuk berkhidmat kepada negara dan pelbagai bangsa.
Perhatikan kenyataan seorang Diktator... sama je macam lain-lain Diktator... Tak kan lepaskan jawatan sebelum kerjanya selesai. sebelum lepas jawatan kena pastikan "proksi" menang supaya agenda lama dapat diteruskan dengan menggunakan "proksi".

Orang yang boleh dicucuk hidungnya akan dinaikkan mengganti beliau. kununnya orang ini terlatih & tahu bagaimana untuk mentadbir, yang kita tak tau ialah, orang ini sebenarnya tidak dilatih untuk mentadbir sebaliknya telah dilatih dengan cara bagaimana untuk terus merompak hasil kekayaan negeri dan bagaimana cara untuk menyalurkan semua hasil rompakan kepada orang-orang rapat.

Dalam erti kata lain, Sarawak akan terus dikuasai legasi Taib selagi Barisan Nasional berkuasa di Sarawak. orang-orang Sarawak kena ambil tahu strategi Taib, masyarakat Orang Asli Sarawak WAJIB tahu bahawa Pehin akan terus menjajah Tanah-tanah Orang Asli Sarawak walaupun Pehin tidak lagi menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Anak-anak muda Sarawak mesti diberitahu hal ini & anak-anak muda Sarawak WAJIB memberitahu hal ini kepada orang tua mereka di Sarawak.

Pehin akan terus berkuasa di Sarawak selagi Barisan Nasional menang di Sarawak.

Warga Sarawak mesti bangun menolak Dacing dalam Pilihanraya kali ini, matlamat utama warga Sarawak kali ini bukan menjatuhkan Pehin sebaliknya menjatuhkan "LEGASI PEHIN" & warga Sarawak mesti difahamkan bahawa "LEGASI PEHIN" hanya akan berakhir setelah Barisan Nasional direbahkan dalam pilihanraya kali ini.

Ini warga Sarawak kena faham.

9 comments:

Anonymous said...

Agi idup agi ngelaban ...lagi pakatan rakyat lagi meraban...gua tetap pangkah BN ....go BN...one malaysia...love malaysia...al da best !

Umai said...

Bila la SPRM nak mulakan siasatan kea tas white hair ni.

Lebiah baik tukar nama ja la...dari SPRM kepada SPN (= Suruhanjaya Perasuah Negara)lagi bagus.

Anonymous said...

1.nak haghap sapa nak tendang legasu mat taip!!pkr !pas!
2.nak harap Pas!!dok bau hamis kapiaq dap jee!!

Anonymous said...

contoh pengamal kronisme dan proksi paling hebat ialah PKR dan DAP.
dari organisasi parti sj sudah nampak sifat kronisme dimana penasihat, presiden dan jwatan penting lain semua dipegang oleh keluarga dan rakan.
dah la tu, teramatlah sangat belang DIKTATOR dan kuku besinya apabila jawatan tertinggi penasihat dan presiden pun tidak mau dipertandingkan..perghhhh
tidak macam bn, semua jwatn boleh dibuka utk dipertandingkan.

kes terbaru, yayasan sabah, audit dapati perlantikan proksi dan kroni jg pengurus dan tim pengurus dlm masa yg teramat singkat. dah la tu, beri elauan ribu2 kpd kroni dan proksi guna duit rakyat dlm yayasan selangor tanpa sebab munasabah mahupun munasarawak... belalah pkr, dap dan pas...nak ajar org, tp diri sendiri lagi teruk. cakap saja lebih, tapi buat takda apa. janji saja manis, tapi kebas duit rakyat punyalah rakus.
baru 3tahun, wakil2 rakyat pr dan kroni2 n proksi2 sudah jadi jutawan.
itu baru 3 tahun, kalau 9 tahun sudah jadi trilionwan...penyangak dan perompak dgn berselindung dibalik kelemahan undang2..

Anonymous said...

* bukan yayasan sabah, tapi yayasan selangor...silap taip di atas tu. hehehe

PAKU said...

BEST JUGA BLOGGER SEKOR NI MENULIS

DIA LUPA KA AJIS DAH NYANYOK PUN TAK MAU LEPAS JAWATAN, DULU CABAR TUN, DAH PENCEN TAPI AJIS DOK NGANGA LAGI. SETAKAT NAK KELUAR FATWA JA, BUDAK PONDOK PUN BOLEH

HAJI HADI BERAPA LAMA DAH, KIT SIANG, KERAPAL SIN SEMUA DAH BERKARAT PUN

TEROPONG DULU DALAM KHARIAH HANG SEBELUM PI DOK TEROPONG ORANG

SEKURANG KURANGNYA TAIB JUGA JASA TAIB KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN HANTU HANTU DI ATAS, CAKAP JA LEBIH KERJA MACAM TAIK

Anonymous said...

Agih... Idup! Agih... Ngalaban! kamik org sarawakan pastikan 'BN' Majoriti 2/3 ..kamik tahu urus Negeri Sarawak kamik!... Anwar cepat! cepat! cepatlah!.. kau bagi >"DNA"< tok...

Limau Kitar Siang, Kapal Sin, Hj Hadit, Hj. Nikojuss barambuss!... kamik tidak mahu melihat wajah... kamu Faham! Sarawak adalah untuk orang Sarawak Sahaja...

Anonymous said...

org sarawak ni bodo nak mampus. hahahahahhahahahahha panjat pokok aje pandai, dak pun menyumpit......

Pengundi N20 Btg Sadong said...

Kami org sarawak memang mahu perubahan, tp kebanyakan rakyat sarawak masih dibelenggu oleh ugutan dr kroni BN. Aktif dgn pembangkang ugut buang kerja kerajaanlah,anak tak dpt sekolahlah,anak tak dpt bantuanlah,dan macam-macam jenis lagi ugutan yg di terima. Banyak rakyat tahu BN tak bagus,terutama kat Sarawak, tp dengan ugutan begini mereka tak berani bersuara,apatah lagi utk berkempen. Saya pengundi N20 Batang Sadong. kebanyakan pengundi btg sadong tidak menyokong calon BN di N20 kerana banyak ISU rampasan tanah dan isu lain oleh bapa beliau dulu jdi tak mahu nak sokong BN. Apatah lagi nanti bila dah jadi wakil rakyat. Tp penduduk tak berani nak berkempen Utk PAS sebab takutkan ugutan dari mereka BN.Saya pun tak tahu bilakah rakyat Sarawak akan maju seperti di semenanjung jika penduduk sering kali di ugut begini. Sarawak Kaya kenapa tak boleh maju?. Utk apa adakan Pilihanraya jika Hak kuasa Memilih tak diberi. Baik tak payah Pilihanraya jika nak undi PAS pun diugut. HIdup PAS!!!