"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, June 14, 2011

Harga Ayam Diluar Kawalan..?

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Malaysia
"Harga Ayam Melampau, Tiada Yang Prihatin"

Harga ayam semakin melampau dan sukar diterima khususnya masyarakat bawahan. Di Johor Bahru, harga ayam proses mencecah RM8.10 sekilo dan dijangka akan meningkat sebanyak 30 sen dalam masa terdekat.


Persoalannya, kenapa harga ayam semakin tinggi seperti tidak ada tanda akan turun lagi? Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum memberikan alasan bahawa musim cuti sekolah memang sering menjadi pendorong kenaikan harga bahan makanan tersebut selain sikap sesetengah peniaga yang cuba mengaut untung berlebihan.

Walaupun Datuk Mohd Johari memberikan komitmen bahawa "FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) akan memastikan harga serta bekalan bahan makanan ini di pasar-pasar tani dipantau dan dikawal" namun ia masih lagi tidak dapat dilaksanakan.

Sebentar tadi saya mendapat maklumat bahawa harga ayam di ladang naik dan pemborong mendapatkan harga RM6.90 dan seterusnya mendorong penetapan harga lebih mahal di peringkat peruncit. Jika harga ayam yang dijual oleh pemborong telah mencecah RM6.90 maka apakah harga jualan kepada pengguna akan dijual pada harga yang sama dengan harga itu?

Apabila harga semakin mendadak naik sehingga mencemaskan pengguna maka pada 7 Jun 2011 maka seperti kebiasaannya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan bahawa pasukan pemantau akan bertindak untuk memastikan peniaga yang mengambil bahagian menjual barangan mereka pada harga yang berpatutan. Cuma bezanya, kali ini ia dipantau melalui portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) yang akan mengemas kini sebarang perubahan harga secara harian oleh seramai 1,200 pegawai pemantau harga (PPH) dari KPDNKK.

Sebelum itu, pada 21 Mei 2011 Timbalan Menteri KPDNKK telah menasihatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ayam ekoran permintaannya yang tinggi ketika ini. Datuk Tan Lian Hoe berkata, peniaga tidak sepatutnya berbuat demikian hanya kerana kementerian tidak boleh mengawal harga ayam pada waktu biasa kerana ia ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan.

Isu kenaikan harga sebelum itu telah dibangkitkan iaitu sekitar bulan Mac 2011 yang mana harga ayam mencecah sehingga purata RM8.20 satu kilogram namun pada ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi jaminan harga ayam yang naik mendadak sehingga sekarang akan kembali normal menjelang April.

Apa pun alasan dan cadangan bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga ayam ini, saya ingin mendapatkan penjelasan seperti berikut :
  1. Kenapa kerajaan tidak mampu mengawal kenaikan harga ayam?
  2. Adakah alasan yang diberikan oleh penternak sebenarnya berasas dan tidak mampu ditolak oleh kerajaan?
  3. Adakah kenaikan ini adalah kesan daripada penyelarasan subsidi seperti mana yang telah diumumkan oleh kerajaan?
  4. Adakah kerajaan telah mewujudkan Program Stok Penimbal Ayam seperti yang pernah dicadangkan
Kenaikan harga ayam perlu ditangani segera!

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia
+6019 770 1830

2 comments:

Anonymous said...

Mana tak naik nya kalau Al Juburi pun menyondol ayam dari China tu...

Jeo Botak said...

CILAKA PUNYA UMNOPURNO...

LEPAS SATU NAIK...SATU LAGI NAIK...
KINI AKIBAT KEBANGANGAN MENTERI UMNOPURNO...HARGA IKAN2 DI PASARAN NAIK MELAMBUNG.

SEKALI LAGI RAKYAT DISUSAHKAN.