"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 11, 2011

Gereja DUMC: Dakwah Kepala Hotak Kau la..! (siri 2)

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Sekarang tengah bising isu Gereja DUMC, Gerakan meMurtadkan penganut Agama Islam bla bla bla bla bla...Gua malas nak ulas apa-apa dalam isu ni sebab kalau korang ingat (pembaca setia Blog gua mesti ingat) gua pernah ulas isu ni lama dulu... Tahun 2010... Rujuk artikel gua bertajuk "Dakwah Kepala Hotak Kau La..." bertarikh 17hb. Januari, 2010.

Masa tu memang tak de sape ambik port dan gua tau apa sebabnya... "No Political Mileage" ataupun tak menguntungkan mana-mana pihak dalam Politik... "Isu Terpencil" kata separuh Politikus... Macam sial...

Pagi ni sambil-sambil sahur, gua belek-belek lain-lain blog dan terjumpa 1 artikel dalam blog Bersama Mazidul artikel bertajuk "Mengapa tidak masuk Islam?" .

Gua tertarik dengan artikel tersebut sebab kenyataan yang ditulis oleh Mazidul Akmal, pendapat dan hasil pencariannya 100% menepati dengan apa yang gua nyatakan lebih setahun dulu. Gua cilok artikel Mazidul Akmal untuk tatapan kita semua dekat bawah.
"Mengapa tidak masuk Islam?"

Sejak berusia 7 tahun saya tinggal berhampiran perkampungan orang asli. Pada awal tahun 70 an, ramai antara mereka bersekolah bersama saya.

Melalui pengamata , hanya segelintir mereka memeluk agama Islam.

Jika pulang ke kampung, saya kerap bertemu dengan anak mereka, kini remaja. Walhal satu ketika dahulu ayah mereka teman saya melastik burung punai dan menangkap ikan tengas di sungai.

Adik lelaki saya juga pernah berkawan dengan remaja orang asli kerana dia gemar bercampur-gaul dengan masyarakat tanpa mengira bangsa dan usia.

"Semasa sekolah dahulu dalam tahun 1995, ada surau di Pos Bersih, Ulu Slim, Slim Village. Sekarang surau itu sudah bertukar menjadi Tadika," katanya sewaktu saya hubungi selepas berbuka tadi.

Untuk rekod, selain Pos Bersih, orang asli juga menetap di Pos Keding dan Pos Tenau.

"Pos Tenau memang jauh, kalau dari pekan Slim Village kena naik four wheel drive, kira-kira 3 jam baru sampai. Itu pun kalau tidak hujan. Kalau hujan berbahaya sebab jalan tanah merah, licin. Dahulu bantuan perubatan ke pos itu dihantar menggunakan helikopter Nuri," tambahnya.

"Baru-baru ini pekerja menghantar generator sumbangan Tenaga Nasional Berhad ke Pos Tenau. Dia masuk menggunakan Hilux, dua jam setengah baru sampai," ujar adik saya.

Saya difahamkan, sehingga ke hari ini tidak ramai orang asli memeluk agama Islam di 3 pos terbabit.

"Mengapa tak masuk Islam?," itu soalan pernah saya utarakan.

Namun respondan saya temubual telah lama meninggal dunia. Mereka seangkatan usia arwah ayah saya.

"Masuk Islam susah"

Itu respon majoriti mereka.

Kakitangan jabatan agama dikatakan hanya berusaha mengislamkan mereka. Sebagai tindakan susulan kelas agama disediakan untuk mereka mendalami pengetahuan berhubung agama terbabit.

Manakala mubaligh Kristian mengambil pendekatan berbeza dan lebih berkesan. Setiap Ahad mereka dilaporkan berkunjung ke gereja kecil di kampung orang asli. Mereka mengambil peluang menjalankan acara keagamaan bersama. Tidak cukup dengan itu, bantuan makanan serta pakaian dihulurkan.

Itu fakta.

Kebanyakkan orang asli di kampung saya bekerja mengikut kesesuaian.

"Kalau getah mahal, dia orang menoreh getah, kalau durian mahal, jual durian. Harga petai naik, dia orang masuk ke hutan mencari petai," jelas adik saya berusia 28 tahun.

Ringkasnya, mereka bukan golongan hidup mewah. Barangkali sebilangan masih lagi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Agama satu perkara, bantuan ekonomi perkara ternyata lebih penting.

Kini orang Melayu juga dilaporkan menerima bantuan ekonomi dari pihak gereja. Contohnya di sini.

Dalam erti kata lain, selain menyebarkan agama Islam, pihak berkuasa perlu melihat kepentingan tindakan susualn menghulurkan bantuan kepada penganut agama syumul itu.

Usahlah kita berkata ...

"Tak kan sebab tiada bantuan ekonomi menyebabkan mereka sanggup menerima bantuan dari gereja"

... kerana kita tidak berada di tempat mereka. Pengetahuan berhubung agama Islam juga tidak sama.

Islam itu syumul, sempurna tetapi sebilangan penganut memiliki kuasa didapati tidak melaksanakan tanggungjawab mereka secara sempurna lalu menimbulkan pelbagai masalah.
Nukilan Mazidul Akmal Sidik Jam 9:12 PM
Dekat bawah ni pulak, gua copy & paste kembali artikel gua lebih setahun dulu untuk tayangan ulangan dan perkongsian kita semua.

Dakwah Kepala Hotak Kau La...


Hari Jumaat lepas aku ikut geng-geng 4x4 masuk hutan dekat Hulu Stong, Dabong, Kuala Krai, Kelantan... lebih kurang dalam kawasan sempadan Kuala Krai - Gua Musang. dari jalan besar, kami masuk jauh lebih 30 kilometer kedalam hutan menuju ke perkampungan orang asli.


Macam biasa, sampai je... aktiviti sembang-sembang sambil bodek orang asli... ni bodek nak makan ikan sungai la ni... tak dapat kelah, dapat tengas daun pun jadik la... kalau ada kijang atau rusa lagi bagus... hahaha...


Sessi bergambar...


Ni anak orang asli moden... tak de pakai daun atau tutp lebih kurang je badan tu... seluar Levi's pun diorang tau..!


Pemandangan biasa di perkampungan orang asli... anak-anak kecil mandi-manda di sungai dekat kawasan rumah.


Sebelum balik... baru aku perasan...


Erm... korang nampak tak..? bab ni yang paling tak seronok... masa sembang dengan orang asli dekat sana, diorang mengaku dah peluk agama Islam. tapi aku heran jugak sebab ada yang pakai rantai berlambang salib. masa nak balik belah malam baru aku perasan, ada gereja dekat perkampungan tu.

Tahun lepas, balik dari PRK Permatang Pasir aku sempat singgah ke perkampungan orang asli Kuala Kubu Baru. benda yang sama jugak berlaku dekat sana. 100% orang asli dekat sana mengaku dah peluk agama Islam & dalam masa yang sama masih dok pakai rantai berlambang salib (aku rasa ni 1 pemandangan biasa di mana-mana perkampungan orang asli).

Tapi kes dekat KKB aku rasa lagi parah sebab dekat sana (mengikut cakap orang asli dekat sana), sesiapa yang peluk agama Islam, dapat habuan RM500 seorang, jadinya dalam setahun, ada la dalam 2-3 kali orang asli dekat sana peluk agama Islam.

Kira macam agama Islam kena jual pun boleh jugak. yang pastinya tiap kali ada orang asli masuk Islam, mana-mana pihak yang berjaya akan war-warkan dalam media - "kami berjaya menambah umat Islam bla ba bla (dengan nilai bla bla bla)...

Macam sial... kesimpulannya, pendakwah kita (Islam) tak serius dalam berdakwah... berdakwah setakat nak nama tak kira la dari parti mana pun, semua hampas. ajak orang peluk agama Islam, lepas tu pakat-pakat lepas tangan. berbeza dengan mubaligh Kristian (mintak maaf, perkara ni memang menyakitkan tapi kena terima hakikat), lepas dibaptistkan mana-mana manusia, diorang terus follow up dari masa ke semasa.

Kita kalah dekat situ. atas kertas kita hebat, praktikal - hancur macam sial. benda remeh temeh dok berperang. benda penting macam ni - nak serah dekat Allah je ke..? mampos la macam ni woi...

Sekarang nak salahkan siapa..? Mubaligh Kristian..?

Artikel asal gua boleh rujuk dekat sini.

25 comments:

Anonymous said...

1.sebab ramai ustaz macam al-bakistani!!
2.ayat dakwah pertama depa!!berapa duit!!!!!

Anonymous said...

1.sebab kedua!ada puak macam SUE!!hangpa jenguk blog PAB HPA tenguk!!jelas MENIPU!!tokey HPA diwar-warkan sebagai pemegang IJAZAH BOTANI!!
2.tu baru resume!dah menipu!belum ambil kira sistem MLM HPA lagi!!
3.tak ambil kira bahan produk lagi!!
4.pakat-pakat dok MENIPU berimejkan islam!!

Anonymous said...

1.sebab ketiga!!
2.puak islam sendiri dok terlibat dalam benda HARAM!!
3.paling senang merokok dan MLM!!
4.macammana nak dakwah orang lain!diri sendiripun tak ketawan hala!!

Anonymous said...

Umno guna semua jentera kerajaan jadi PERKAKAS dia utk menipu rakyat..hatta jabatan Agama islam pun..dia pekuda demi kepentingan politik UMno.

Senang cakap...bila pemimpin umNO hina & kutuk Islam...sekor pun dari jabatn Islam tak berani p buat soal siasat ttg kenyataan menghina islam tu..kenapa!!!
takut nnti soru miss!!!
rezeki umno bagi!!!
Yg dok terlibat dgn benda haram ni..umNO saja!!!

joehan said...

sudah2 la tuding jari kt org lain tu wahai bdk2 pr sume..for the 1st time aku setuju dgn ko bro wlpon aku anti nuar juburi..pemimpin umno sibuk dgn kuasa..pemimpin islam pr sibuk plhnrya..msing2 sibuk dgn hal dunia..mcm hadis nabi :
Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati"

perhatian kpd rkyt malaysia!!..harap ms pru13 ni kita sm2 mengundi bn agar pr klh truk n pd ms tu kita akn desak umno mempelawa pas bersm2..wujudkn pakatan br diantara 2 parti ni..100% islam..ms ni br kita dpt wujudkn daulah islamiah..INGAT ORG2 PAS..DAULAH ISLAMIAH XAKAN TERTEGAK DGN PERTOLONGAN KAFIR..tiada apa yg pelu dibnggakan dgn kerjasam pas dap tu..sm2 kita usahakan agar islam kembali bersinar..bc hadis ni..

Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”

akn dtg sekumpulan manusia dari timur(mngkin asia tgh/asia tenggara/asia timur) sbg tentera mahdi...nabi dh pon bersabda bhwa akn dtg sekumpulan manusia utk berjuang di jln Allah dan beroleh kemenangan..sm2 la kita berdoa agar islam kembali tertegak dgn perpaduan ummah yg kukuh..INGAT KWN2..DAULAH ISLAMIAH XAKN TERTEGAK DGN PERTOLONGAN KUFFAR(DAP,PKR,MCA,MIC,GERAKAN N LAIN2).

joehan said...

dakwh kt malysia ni cume melibatkn masjd2..surau..or ms ade event mcm tv2 slalu buat tu..xde lngsung usaha2 utk dekati gol2 mude yg dh jauh tersasar..g kt luar pub2,mat2 rempit,pomp2 yg pkai seksi2 n sbgnya..

yg org2 pas sibuk dgn ceramah2 politk..suh plih pemimpin yg kononya berjuang ats nm islam..org2 gov plak cume bg ceramh time ade event..cth ehwal islam..mmg ade peg2 agama gov yg islamkn org lain..tp com poji ganja ni ckp..xde follow up yg bgs..

tp rmai jgk yg msk islam lps dieorg bc2 tentang kebenaran islam..ni sbb dtgnya hidayah dr Allah..tp kalo kita sume umat islam bersatu padu n tunjukkn persaudaraan islam yg sbnr..kompem dgn mdh je org2 bkn islam blh trima dakwah kita n semakin mnt utk tau psl islam..

Anonymous said...

kalo camtu jadikan BN umno dan pas je baru jadi, so MIC & MCA & sekutunya dengan kena halau la yee sbb nak 100% islam.

Anonymous said...

semua Jabatan & kementerian jd umNO punya PERKAKAS!!!
semua umno dah bagi rosak!!!
sikit rosak bole repair!!!
kalo semua rosak..nak kitar semula pun akan rosak juga!! buang tong sampah paling elok..
PRU 13..buang parti yg dah rosak, pilih PAKATAN RAKYAT!!
DAULAH ISLAMIAH AKAN TERTEGAK KERANA AMALAN UMAT ISLAM TU SENDIRI..KALO DGN UMNO..DAULAH ISLAMIAH YG MACAM HANGPA DOK TGK LA NI..islam wel..wel..

joehan said...

ape ke bengap sgt mamat August 11, 2011 12:32 PM...xsemestinya bubarkn bn..cume kuar la dr bn..nk halau mic,mca n sekutunya tu wtpe..biar je la..adoi..cube pkir jauh skit..ni asyik2 pkir nk mngkn nuar juburi..nuar juburi plk asyik pkir nk jd pm..pathetic btul!!..

joehan said...

oi anon August 11, 2011 12:35 PM..pr tu rmai mubaligh2 kristian..dap tu pnh dgn mubaligh2 kristian..xdenye islam akn tertegak dgn pertolongn kafir...lawk la ko ni..selagi pas bersm pr..jgn harap la!!

Anonymous said...

Ake..ake.. geli otak aku baca komen August 11, 2011 12:15 PM..akn desak umno mempelawa pas bersm2.

Ingat ni rombongan belia pergi himpunan sejuta belia bodoh ke?
tahniah! UMNO sudah berjaya lahirkan manusia sebangang ini.

joehan said...

hahaha..anon August 11, 2011 12:58 PM lg bangang..asyik pkir nk ke putrjya je..pkir la agenda yg lg bsr dr tu..pastu pkir plak yg konon2 dap akn bantu perjuangkn islam..hahaha...ni la lawak plng bodo skali..

Anonymous said...

UMNO nak tegakkan Daulah ISLAMiah!! Apek tua bela babi pun gelak sampai pengsan!!
Dulu Islam HAdhari..
Kini Islam tak sedar Diri
Dan selamanya umno gila babi!!!
Ake..ake..

joehan said...

anon August 11, 2011 1:45 PM seorg yg sgt berpikiran sempit..lbh percyakn org2 kafir berbnding saudara seagama..sume tu xmustahil la bro..dgn gabungan pas n umno..xmustahil sume ni blh terjd..or ko bencikn perpaduan islam n daulah islamiah..

abis tu ko nk suh dap n kapir2 dlm pkr tegakkn daulah islamiah..lg la lawak..bkn stakat apek tua bela babi yg gelak...babi yg apek tua tu bela pon blh gelak smpai mampus..hahahhhahahaha...

Anonymous said...

August 11, 2011 2:28 PM
minta simpang malaikat 44 la kalo pas nak bersatu dgn umno..
Biaq umno buat bnda mustahil dlm dunia ni..sampai umNo jd antara benda ajaib d dunia...tapi jgn sesekali bersatu dgn pas..geli aku nak bercampur dgn puak umNO kalo jd bersatu..
Kalo dgn umNo ni...buka mulut dia, bukan saja bau pun busuk..sal mentekedarah duit haram byk sgt..tapi 10 ckap..1000 x bole percaya..yg aku percaya dgn umno ni bila konpom umno dah mampos & bawa g tanam!!
Ari ni Umno x dapat sokongan dr majoriti rakyat (melayu, cina & india) terhegeh2..ajak PAS bersatu atas nama Daulah Islamiah..
NI mamat...waktu nak beranak dulu,hang ni tertelan taiik per...sampai buta perut tahap tu..taktik ajak Pas bersatu ni..taktik lama...otak hang kalo terbuka sgt..jgn lah sampai dedah semua yg had bangang tu...babi pun x mau gelak..sal pencacai umno ni over bangang!!ake..ake...ake..!!

Anonymous said...

1.hangpa tak hairan ka oii!!dulu dakwah kepala hotak kau 1!!puak-puak orang asli gua musang!KELANTAN!!murtad entah berapa kali!!
2.kali ni pula!!berlaku di SELANGOR!!lagi hebat puak kristian ni!!nak murtadkan puak melayu pulak!!
3.dua-dua berlaku dinegeri naungan PR!!satu negeri Pas!satu lagi negeri PKR!!
4.gamaknya kalau PR perintah malaysia!!habihlah puak orang asli dan orang melayu dimurtadkan oleh puak kristian!!!

joehan said...

anon August 11, 2011 3:06 PM nmpknya msh bermimpi di siang ari..
"Ari ni Umno x dapat sokongan dr majoriti rakyat (melayu, cina & india) terhegeh2..ajak PAS bersatu atas nama Daulah Islamiah.."

hahahhaaha...ko ingt pr dpt sokongn majoriti ke..hahaha..ko xtgk trend prk ke..dun sarawk aritu..n perkembangan semasa..perhimpunan bersih yg ditaja yahudi2 tu pon bpe kerat je trun..still ngaku pr dpt sokongn majoriti..hahaha..ko bkk blog khalid samad..tgk bpe ekor je yg skong mamat tu..org2 pas dh mule lr dr perjuangn asal..korng dh gilakn kuasa..sm mcm umno dh..hasil pergaulan korng dgn dap..mmg korng dh berubah..aku msh pelik lg..bdk2 pr mcm anon August 11, 2011 3:06 PM lbh percyakn kafir dr saudara seagama..

Anonymous said...

hoi joehan! ko x pyh crt la pasal umno bergabung dgn pas. aku ingat ko nei bdk mentah lagi kot. sebab kalau ko dewasa semestinya ko tahu sejarah pergambungan pas/umno pd thn 70an. jgn2 ko pun x beranak lagi. ko nak tahu apa yg berlaku dgn pergambungan itu, lu cari la sendiri. jgn jd org yg malas mencari maklumat. lg 1 aku nak br tahu ko, ko x pyh lah crt perihal murtad yg mana blm pasti lg perkara sebenarnya. yg pastinya perjuangan anti murtad ini sudah lama dibawa ke parlimen oleh PAS bg di kuatkuasakan 1 undang2 tapi kerajaan umno ko tu buat pekak jer dan ko pun x pyh risau perihal murtad yg blm ada kepastiannya tapi yg pastinya hampir 2000 org islam di malaysia ini sudah pun membuat permohonan pertukaran agama dgn JPN penipu ko tu. yg ini ko blh rujuk kpd ulama tersohor ko yg rela di tindek hidung serupa kerbau yg berasal dr perak mls aku nak sebut nama ko pun tahu. dan yg uniknya antara 2000 org ini kebanyakan dari perak dan N. sembilan iaitu negeri jajahan UMNOPORNO nak crt lanjut cari sebdiri jgn jd pemalas. perkara ini yg patut di usulkan bknnya perkara yg x pasti kebenarannya. ko berhujah bkn main lg berserta hadis tapi fikiran ko x berpijak di bumi nyata. ini menunjukkan HATI ko hitam seperti bontot kuali.

joehan said...

hoho anon August 11, 2011 4:50 PM..msh ingtkn peristiwa lma...ko nk bwk dendam kesumat tu smpai mati ke..hahhhaaha..pelik2..cane ke ati org2 pas..menyimpan dendam utk dibwa ke kubur..yup..mmg umno byk slh dlm segala hal..tpa pe plak peranan masyarkt..sume mende ko nk tuding jari kt org lain..sudah2 la bermentaliti pembangkng..jdla pembngkng yg cerdik skit..xpyh la sume ko nk bebankn pd org lain sedngkn ko cume berpeluk tubuh n salahkn org lain..berape rmai org2 pas yg perasan diri die bgs dlm bab2 agama..tp akhlak ade yg lebh kurng je..mulut begitu lancar memaki hamun saudara seagama..tu bkn sift2 islam pon..mndoakn kecelakaan org lain..siap buat solt hajat lg mndoakn kecelakaan..tu pon bkn sift islam..mmg pelik umt akhr zaman ni..

Anonymous said...

i)Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:

“(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”

Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam

ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.

Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik. Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.

Ini baru 2 ekor menteri umno yg punya knyataan..belum lagi diambil kira dgn kenytaan menteri umno yg laen. Ulama umno apasal diam...takut soru miz, rezeki umno yg kasi!!!! umNo x payah cakap sal perjuangan Islam la...geli nak dengar!!!

Anonymous said...

Joehan. alhamdulillah bersyukur kpd allah yg ko telah sedar bahawasanya parti ko UMNO telah byk buat kesalahan. kita org2 pas bukannya dendam kpd umno tetapi kita org serik apa yg berlaku pada tahun 78 dan kita org akan pastikan pisang xkan berbuah 2kali dan bkn sekali utk menunding jari krn apa yg di crtkan adalah kenyataan. belajarlah terima kenyataan wahai joehan spt yg aku katakan sblm kenyataan ko di atas. ko lupaker bagaimana PM ko tu nadey menghina sunah nabi? bagaimana PM ko najib menhina hukum Allah perihal hudud? ko lihat saja bagaimana rais yatim meletakkan ISLAM yg ko juga perjuangkan sama rata dgn agama2 lain. ko lupa ke bagaimana PM ko madey ingin merombak alquran krn katanya ada ayat2 dlm alquran dah x kena dgn zaman skrg. ko lupa ker bagaimana madey menakutkan org bkn islam dgn mengatakan jika tangan d potong bagaimana nak melaksanakan ekonomi negara byk lg joehan aku nak bg tau ko tp masa berbuka dah spi. mcm nei lah joehon. setelah 50 thn UMNO memerintah dan dgn apa tomahan2 ketua2 ko sememang patut lah di doakan kejatuhannya.

Anonymous said...

Bravo Mat Joehan, tulisan cam ni lah (walaupun masih bodoh) mantab and halus sket. nampaklah kau orang blogol2 umngok ni buat kerja sikit dan telah terbukti ada gak talent nak nulih senonoh sikiiit.

Teruskan, aku sure kau org boleh raya lebih sikit tahun ni.

Tahniah! skg gi batitau kengkawan blogol kau yang lain, mcm ni tulih.

Anonymous said...

assalamualaikum
aku sokong kau joehan jgn risau

pada aku dlm isu ni jgn la nak main isu politik sekarang ini adalah isu saudara Islam kita cuba nak ditukar kpd agama lain itu kena tentang ADA PAHAM

dalam hal ni aku buang topi kepartian aku korang paham tak!!! sekarang kita kena pertahankan ISLAM agama kita.....

jgn dok gebang tuding salah sana sini....

Anonymous said...

Salam. Oklah ko nak buang topi kepartian ko. Skrg aku nak tanya apa yg ko blh buat? Adakah ko blj bertindak sorang? Ko blh ambil bom dan pistol dan tembak semua org d gereja? Bagaimana mana nak bertindak agar masaalah dpt d bendung? Dgn berpolitiklah maka baru dpt d bendung permasaalahan ini. Kerajaan yg d amanahkan sepatutnya dpt menjaga kemurnian agama. Kerajaan yg d amanahkan sepatutnya dpt menjaga keharmonian hidup. Tetapi apa berlaku sekarang? Kenapa boleh berlaku sehingga islam d pandang remeh oleh agama lain dan pengikutnya sendiri? Adakah ko rasa ko blh atasi masaalah ini dgn hanya membuang topi kepartian ko?

Anonymous said...

kita jumpa kat akhirat.. lihat sapa yang benar & siapa yang dusta.. cakap kat sini tarak guna..