"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 03, 2011

Surat Terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Surat terbuka kepada,
Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

Adalah tidak bermoral dan haram untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 sebelum melaksanakan reformasi pilihan raya yang bebas dan adil.


Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Sebagai Perdana Menteri, adalah amat mustahak untuk YAB memenuhi janji yang termaktub di dalam ucapan penutup Persidangan Pemimpin Pelajar Malaysia Kelima (MSLS) pada 31 Julai 2011, dan saya petik:
“Saya komited untuk melakukan pembaharuan pilihan raya. Kami akan melaksanakannya. Contohnya, terdapat kebimbangan mengenai pengundi hantu. Kami akan memastikan tidak akan ada peluang untuk pengundi hantu.”

“Jangan merasa sangsi komitmen kami untuk memperbaiki sistem tersebut. Kami mempunyai kelemahan tetapi tidak ada seseorang pun yang dapat menafikan bahawa terdapat demokrasi.”
Rakyat tidak akan membiarkan tindakan mengalihkan perhatian dengan memberi alasan-alasan seperti perubahan kepada tempat perhimpunan, tindakan keras atau secara terpilih mengisytiharkan kumpulan-kumpulan tertentu sebagai tidak sah (berkait BERSIH 2.0).

Sebaliknya, tumpuan perlu dikekal kepada lapan tuntutan untuk merealisasikan proses pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia.
  1. Bersihkan senarai pengundi
  2. Mereformasikan undi pos
  3. Gunakan dakwa kekal
  4. Akses Media Bebas dan Adil
  5. Masa berkempen minima 21 hari
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor.
Sebagai peringatan, dan imbauan sejarah, rakyat tidak pernah memilih YAB sebagai Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, peluang untuk melaksanakan reformasi pilihan raya menyeluruh ini merupakan peluang terbaik untuk menerima mandat dari rakyat untuk memerintah.

Pelaksanaan reformasi pilihan raya yang berani ini juga memberi isyarat bahawa YAB tidak lagi terbuka kepada ugutan oleh elemen-elemen pelampau berhaluan kanan yang telah menyekat refomasi untuk Malaysia yang lebih baik.

YAB juga perlu menyelami hati nurani dengan menyedari bahawa pelaksanaan reformasi ini akan memastikan YAB mendapat pengesahan dari rakyat bukan daripada mereka yang ingin merampas takhta politik YAB.

Dengan melaksanakan tanggungjawab moral ini, YAB secara efektif memenuhi syarat-syarat di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Merelealisasikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menikmati sokongan dan keyakinan rakyat.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB sekurang-kurangnya kerana menyenaraikan refomrasi pilihan raya sebagai perkara yang memerlukan tindakan segera dan secara jujur berharap YAB akan melaksanakan lapan tuntutan yang dibuat oleh BERSIH 2.0 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Adalah tidak bermoral dan haram bagi YAB untuk mengadakan PRU Ke-13 tanpa melaksanakan refomasi pilihan raya yang perlu bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

Pilihan raya yang bersih dan adil merupakan prasyarat di dalam sistem demokrasi yang moden; ke arah mereleasasikan mandat sebenar daripada para pengundi untuk memilih kerajaan yang memerintah hari ini.

Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa jika YAB dan BN dipilih secara bebas dan adil sebagai kerajaan, maka menjadi tanggungjawab saya untuk berkhidmat sebagai pembangkang yang setia kepada negara.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Terpenting, Rakyat Malaysia


34 comments:

Joe Botak said...

"Sebagai peringatan, dan imbauan sejarah, rakyat tidak pernah memilih YAB sebagai Perdana Menteri Malaysia."

hahahaha..lawak la ayat anak puaka ni...die ni xtau psl perlembagaan ke..mmgla rkyt tdk memilih trus pm kt malaysia ni mcm kt us nun..tp pm dilantik oleh parti yg memenangi paling byk krusi..n parti tu adlh umno..parti yg mng majoriti tu plak dipilh olh rkyt..so PM drpd umno ni adlah kehendak majoriti rkyt malaysia...oi anak puaka..bapak ko bile nk abskn bicara liwat aa..meliwat nk..bicara xnk..hahaha....nurul jijah..baik ko bykkn amal..xyah la asyik nk burukkn negara je..xpon baik ko ajak fmly ko duk luar negara..br la ko blh kutuk2 negara..hahaha.

NoNama said...

Penggunaan dakwat TAK BERANI nak dilaksanakan sebab takut ada HANTU yg undi lebih dpd sekali.

Penggunaan BIOMETRIKS memudahkan PATI dan HANTU2 mengundi secara berganda melalui system pengkomputeran.

APA LAGI YG UMNONGOK HARAPKAN UTK MENANG KECUALI DGN JALAN MENIPU.....

Anonymous said...

Negara diseluruh dunia sudah sedar, untuk kekal berkuasa memerintah, sistem pilihanraya kena menipu. Sistem penipuan yg paling canggih & efektif ada diMalaysia dan terbuka pada semua negara dunia untuk mempelajarinya.

Anonymous said...

Bola sepak malaysia tak sampai kemana dimata dunia..
Sistem penipuan piliharaya malaysia telah menjadi malaysia popular didunia...

satu lagi projek malaysia boleh oleh kerajaan barisan nasional

Anonymous said...

ayo..ayo najib..ketua pemuda umno tara jawatan..ketua MIC juga lu kasi jawatan..menteri penuh pulak tu..
itu patriot lu ingat tara hot ker..
lu ingat itu mesin biometrik bole tolong sama lu kerr..lu tgk ini PRU13..itu biometrik ker..patriot ker..

Ronn said...

mufti mana lak nih..

Anonymous said...

mufti umno...panas bro!!!
nak hajaq najib & kroni dia..
pilih mahyudin..nampak melyu sikit..

Anonymous said...

mana ADUN/MP pro najib..
PRU13..berangan la lu bole menang!!

najibi said...

kalo pengerusi SPR jd referee kompom Msia Menang lawan Singapore

NoNama said...

Katak2 lagi tak senang hati....
Mana nak pegi....
Mana tempat nak tanding.....
Dah menang... tup2 melompat...
Pengundi setempat suruh lepas jawatan ..tak nak...lepas tu jadi PENCACAI pulak.
Masa PRU-13 nanti, tunjuk muka tak malu mintak belas kesihan kat pengundi lama suruh undi dia.
ha..ha..ha...
Nasib mu la KATAK....!!!!

Anonymous said...

Pengerusi SPR tukar jawatan jadi pengerusi FAM..kanpom Malaysia jadi juara PIALA DUNIA 2014.

Rock Steady said...

Nurul Izzah ni buat lawak bulan puasa ke .. ? Dia ingat dia ni wakil rakyat malaysia semua ke ..? Nampak sangat dia ni tak faham undang2 & perlembagaan. Bingai-bingai la pemimpin PR ni .

Elok la dia tumpukan kes moral bapak dia sebelum mengutuk pemimpin lain. Harap kan muka jer tapi rupa2 nya otak macam budak sekolah..!!

Rock Steady said...

Kepada pencacai PR yg masih dok melalak2 fasal SPR & tuntutan Bershit , lu orang baca dlm blog Jebat Must Die kat sini yg di baca oleh berbagai bangsa ..

http://jebatmustdie.wordpress.com/2011/07/13/bersih-2-0-for-dummies/

http://jebatmustdie.wordpress.com/2011/07/20/bersih-2-0-exposed-bersih-is-politics/

Itu pun kalau lu boleh faham English. Suruh Nurul Izzah pemimpin kesayangan korang banyak kan membaca .. kalau x,dia akan buat statement yg membodohkan diri dia sendiri macam kat atas tu.

Anonymous said...

bingai lagi najib Perdana Menteri umnO, bini beli cincin 74juta dia sendiri pun x sedar!!
dah berbunyi dalam umNO suruh dia letak jawatan cepat..kalo tak dia akan buat statement yg membodohkan umno...

Anonymous said...

50 Bekas Ahli Parlimen UMNO Mahu Najib Letak Jawatan..
Gerakan Mahathir dan Muhyiddin untuk jatuhkan Najib!!!
Umno terlebih bingai sbb simpan PM yg memang cukup bingai..itu pun kalo lu faham bahasa malaysia!!

Budu Ketereh said...

Surat terbuka Kepada YAB Datuk Sri Anwar Ibrahim Al Juburi ( opps..!bukan gua yg kasi gelaran ni .. ni Mat Sabu yg kasi sebelum dia tido sebantal dgn Anwar)

Gua ingin memberikan cadangan kepada YAB utk menukar nama parti YAB daripada PKR kepada PBKT iaitu singkatan kepada Parti Bergaduh dan Kerusi Terbang. Ini di sebabkan semasa Pemilihan PKR dulu, gua nampak terdapat trend baru & kecenderungan ahli-ahli parti PKR utk bergaduh & banyak kerusi-kerusi yg terbang di baling oleh ahli-ahli & rakyat pimpinan YAB.

Gua juga ingin mengambil kesempatan untuk YAB menasihat anak YAB untuk mencerminkan diri sendiri utk memperbetulkan dahulu sistem pemilihan dalaman PKR yg gempak jer lebih tu sebelum dia dok mengutuk tugas SPR yg jauh lebih besar dan kompleks. Gua harap YAB boleh nasihat kan dia supaya jangan cuma gunakan cermin utk berbedak & bergincu saja, tp kena muhasabah diri jgk sebelum mencari salah org lain.

Sekian terima kasih & di harap cadangan gua utk tukar nama parti YAB drp PKR kepada PBKT mendapat persetujuan YAB

Terima kasih

Gua
Lot 10A, Jalan PAS Barua DAP/PKR
Lembah Pantai,
54200 Kuala Lumpur

Anonymous said...

Organisasi yang dipanggil Penawar yang diketuai oleh bekas Menteri Kabinet Aziz Shamsuddin, yang merupakan Setiausaha Politik Mahathir dari tahun 1981 hingga 2002..telah menyuarakan kekurangan keyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletakkan jawatan.

islam hadhari dah tak sedar diri!!
1malaysia bakal jadi sia-sia!!
lepas ni ..apa pulak!!

Anonymous said...

lepas ni..pakat2 lompat kem la!!
tunggu kem najib..nak mampoS!!
yang tingal..hisamudin dgn mesin biometrik dia..& semua pendatang haram!!

Anonymous said...

azmin,saifudin n zraida pon rupenye tgh2 ic dieorg nombr 71 gak..dieorg ni msti pati n dieorg ni msti pengundi hantu ni..hahahah..kes mismah dh pon kantoi korng mnipu..sudah2 la tu poji oi..

Anjang Aki said...

Geng Muhyidin dah mula bising tentang keborosan dan salah guna wang negara oleh Rosmah.
Mereka menyifatkan ini petanda kerosakkan UMNO sendiri.

Apo nak kato Jang woiiiii...

Anonymous said...

Dakwat kekal tu x leh ilang 3 ari..nk solat cm ne wahai mnusia yg pndai. Org pas tentang ni pon x peka, dok ikut tlunjuk ambiga je. http://en.m.wikipedia.org/wiki/Election_ink

Anonymous said...

Berapa punya bodoh la.. 2.05. Itu dakwat bukam kalis air da....komen ko utk nenek/atuk umur 75 keatas ok la. Goblok.

Kangkung said...

Anon 2:05 tu belum sunat lagi...sbb tu bengap nak mampos..

wakakaka....

Nana Tanjung said...

Woiii Anon2:05,
Kalau bengong sangat, dakwat tu calit kat dahi hang la. Apa punya bangang la hang ni. Asyik nak menipu ja kerjanya.

cil said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mr Joker said...

Harap saudara cil dapat mengemailkan segala maklumat berkaitan dengan komen saudara terus kepada email saya kerana file yang telah saudara siapkan telah hilang dari hosting tuan.

email kepada poji2ya@gmail.com

terima kasih atas maklumat anda.

Anonymous said...

gerakan mahyudin mula bergerak disemua Bahagian, PRU13 dia akan senasib mcm paklah..kena sabo..!! mesin biometrik tu lepas pilihanraya bole p himpun dpn rumah hisam..timbang kilo juaL HARGA SCRAP!!!

Kangkung said...

Kem Muhyideen telah nampak suatu kompromi kekeluargaan antara Najib dan Hishamuddin utk kepimpinan negara akan cuba membantutkan usahanya kelak utk mencapai menjadi PM Melaysia. Ranjau berduri akan dilalui oleh Muhyideen jika tidak dilakukan dgn segera. Oleh itu kompromi kepimpinan kekeluargaan ini mesti di tolak utk memudahkan perjalanan kepimpinan beliau.

Anonymous said...

Bersih 3 perlu d segerakan. Kerajaan umno-bn sememangnya pembohong. Tdk blh d percayai sanggup mengadai negara demi kepentingan diri. Laknattullah.

Anonymous said...

Weiiii..
Pekerja aku mat banggalapun dah dapat ic biru. Baru dok msia 3 thn ja.
Apa nak jadi dgn Msia ni.
PM nak jual msia ka?
Semata2 nak menang PRU 13 ka maka automatik blh dpt ic biru.

MANA AKU NAK NGADU HAH...!!!!
Bila dpt ic biru maka mat banggala aku tu boleh ngundi tau mcm aku jugak

Anonymous said...

Hoi umno bn ko ingat nei negara bapak ko. Knp tamakkan sgt kuasa ko sehingga sampai mengadaikan negara. Mana polis! Barua punya polis. Apa tanggumgjawap ko kpd negara. Senyap tanpa bahasa. Kalau rakyat ko belasah ckp2. Sememangnya ko nei layak d panggil anjing.

Anonymous said...

Ambiga. Lancarkan sj bersih 3. Tetapkan sj masa dan tempat biar kami banjiri kuala lumpur.

cil said...

Tuan,

Sila buka email.

BEKAS AHLI PESAKA said...

Kerana kuaSa BN sanggup lacurkan KEWARGANEGARAAN Melaysia sebenar.

Keris akan memakan diri BN sendiri kelak. sebagaimana mereka telah memberi kewarganegaraan pada penduduk yang memiliki IC Merah di tahun 70 an dahulu dan kini BN telah merasa akibatnya Itupun masih tak sedar2.

INGAT,
Bila seseorang itu telah diberi IC Biru, maka secara automatiknya mereka mempunyai HAK yang sama rata seperti penduduk asal Malaysia ini.

TAK INSAFKAH LAGI WAHAI UMNO.???