"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 26, 2011

Pemuda PAS Cuma Layak Tawan Puduraya & Hentian Putra

Reactions: 
Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Jam 10:44 minit malam tadi gua terima 1 email "Kenyataan Media Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia" berkenaan dengan kes Rasuah Khir Toyo.

Baca dulu derrr...:

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
KES KHIR TOYO SELESAI, GILIRAN SIAPA PULA SELEPAS INI..?
29 Muharram 1433 bersamaan 25 Disember 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah membuktikan telahan rakyat selama ini bahawa benarlah beliau terlibat dengan rasuah semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Tiada yang memeranjatkan dalam kes Dr Khir Toyo kerana ramai telah menjangkakan lebih awal apakah nasib yang akan diterima beliau. Kes beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Bagi DPP Malaysia, isu rasuah melibatkan pemimpin besar negara bukanlah suatu isu yang mengejutkan kerana telah acapkali kes rasuah dibicarakan di mahkamah terhadap pemimpin negara. Sehingga timbul persepsi rakyat, bahawa pemimpin negara hari ini adalah sinonim dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan kuasa.

Apa yang membimbangkan adalah akan berlakunya krisis kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara. Lama-kelamaan ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini. Rakyat akan merasa muak untuk memilih dan mengangkat pemimpin negara yang akhirnya ditangkap kerana pelbagai kesalahan rasuah. Pemimpin negara dilihat seperti berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri, bukan untuk rakyat yang dipimpinnya.

Dalam hal ini, DPP Malaysia menegaskan supaya pemimpin negara hari ini menjadikan kes Datuk Seri Dr Khir Toyo sebagai teladan bahawa amanah kepemimpinan perlu dijaga dan ditunaikan dengan baik. Kepemimpinan negara bukan suatu kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin harta rakyat dan negara demi kepentingan diri sendiri. DPP Malaysia suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negara agar menjaga diri mereka dari terpalit dengan apa juga skandal rasuah yang memalukan negara.

Mutakhir ini telah ada desas-desus beberapa skandal besar yang melibatkan projek besar negara yang sedang dibicarakan rakyat. Pelbagai pembongkaran telah dibuat dan satu persatu skandal didedahkan. Untuk itu, DPP Malaysia meminta mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan skandal rasuah agar segera berundur sebelum mereka didakwa oleh mahkamah rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 dan mahkamah sebenar yang akan menghukum mereka nanti.

Kini rakyat sudah mula mencongak-congak kes siapa pula yang akan tersangkut pula selepas ini untuk dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Mungkinkah ada lagi pemimpin negara akan menyusul Datuk Seri Dr Khir Toyo selepas ini?

Disediakan oleh;
DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Lepas gua baca 4-5 kali Kenyataan Media Naib Ketua Pemuda DPPM, gua geleng kepala dan dalam hati gua, gua cakap: Pemuda PAS sampai bila-bila pun memang tak kan cerdik.


Gua heran macam mana Naib Ketua Pemuda DPPM boleh keluarkan kenyataan yang agak "Kelakar", "Menjolok Mata", "Kurang Ilmu" dan bla bla bla bla bla...

Atas dasar apa Naib Ketua DPPM keluarkan kenyataan "Kes Beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan".

Penganggur curi 6 botol Syampoo bernilai RM100 lebih kena penjara 2 tahun, Penganggur Curi susu bayi bernilai tak sampai RM100 sebab kesempitan hidup dan tak de wang untuk beli keperluan anak kena penjara 3 tahun. Khir Toyo curi hartanah bernilai lebih dari RM3 juta kena Penjara 1 TAHUN SAHAJA.

Apa yang "setimpal dengan kesalahan"..? Naib Ketua DPPM ni demam ke apa..?

Pemuda PAS tak yah berangan nak tawan Putrajaya la kalau tahap IQ dan pemikiran tahap ni... Korang pergi tawan Puduraya dengan Hentian Putra sudah lah...

18 comments:

Anonymous said...

Gua sokong lu bro! Pemuda PAS memang akal singkat buat statement macam karangan tahap UPSR. Mungkin pasal serban besar sangat jadi berat kepala tu.

menantu mat mongol said...

lebai pun kita nak...bijak pun kita nak. Lebai saja tapi bodoh nak buat apa...kalau bijak pun perangai jahat tak ada guna jugak..So, bukan mudah nak jadi pemimpin..yang mengangkat pemimpin pula kena nilai dulu secara mendalam...

Anonymous said...

Biasalah ni ...Statement standard untuk menghentam tapi menghormati keputusan mahkamah...

Anon 6:50 pm.. Hati2 kerana serban adalah sunnah Rasul saw..jangan buat bahan gurauan ok....

Bosan said...

aku cukup suka pasal kau memberi contoh pasal kes curi susu tadi, cuma soalan aku adakah pas telah memberi khidmat bantuan guaman bagi menolong golongan sebegini. atau tak ambil peduli dengan alasan sapa suruh depa mencuri.

Anonymous said...

hidup barisan......

Yong said...

Bandang dengan SAMM, pemuda PAS memang memalukan. Tapi demer ni bodoh sombong.

bunbinban said...

Gua pun tak paham dgn pemuda PAS nih. Sesetengah tu mmg sombong tapi tak ramai la. Statement tak bleh blah punya. Betullah Azmin ckp tu sbb masa Hassan Ali ckp tu Hassan Ali adalah ahli PAS dan bukan setakat ahli biasa tapi exco agama dlm kerajaan negeri selangor dan juga seorang wakil rakyat PAS. Kalau Hassan Ali boleh menegur atau memperkecilkan parti lain secara terbuka kenapa tidak Azmin?. hahaha....Azmin ni pun sekor lagi, agak2la nak kuar statement, kan dah terasa hati kawan tu.hahaha...dah dah dah...jumpa sok kat jln duta...sama2 kita jatuhkan BN dlm PRU13 nnt. kalau BN ingat dia kuat, kita lagi kuat tapi kalau kita rasa kita kuat, maka ADA lagi yg lebeh kuat malah tidak ada yg lebeh kuat melainkan DIA. n

Anonymous said...

Hukuman setimpal??? Patut lenyek dgn steamroll jerr

Anonymous said...

eh macamana nih? ada title dr pun macam gitu je statement dia. mcm nak tolong bn je nmpak gaya pemuda nih??? ada makan ka?

kelonsong peluru said...

Salam. mohon tuan linkkan blog saya di blog tuan : kelonsongpeluru.blogspot.com.
blog tuan telah saya linkkan di kelonsongpeluru.blogspot.com

shukran.. bersama rakyat tumbangkan kezalimna, ABU

Anonymous said...

Apa-apa pun masuk penjara 100 tahun tetap tak hadir, bunuh pun tak adil selagi tak guna undang-undang hudud. Mana boleh undang-undang ikut emosi.

Anonymous said...

hok alorh~ hangpa ni yang bengap sangat napa? Dah pihak mahkamah tetapkan, takkan tak puas hati.. kalau pihak PR bangkang, dipolitikkan.. Disokong pun, dipolitikkan.. Bongap2 la hangpa nih~ satu lagi, dulu bukan ke korang yang dok sokong and agong2kan khir toyo ni? sekarang dah tukar angin monsun ke? heheh

Anonymous said...

Korang ni pemuda2 PKR apa kurangnya...itulah kalau terlalu sangat mengagung2kan Anwar Ibrahim..perjuangan korang semata2 utk sorang individu saja...apa yg Anwar buat semua baik , nampak betul .....bila keputusan Mahkamah 901 - Anwar tidak bersalah, KEADILAN TELAH DITEGAKKAN DI M'SIA..cuba 901 result - ANWAR BERSALAH & MASUK PENJARA...confirm la kata MAHKAMAH TELAH DIPENGARUHI OLEH PEMIMPIN UMNO....ha2..biasa lah ayat2 ni..PKR & UMNO pun apa kurangnya, semua pun bekas ahli UMNO jugak , dok puji pemimpin gila2 sampai tahap sembah kaki, bila dah keluar UMNO kutuk pulak kepimpinan UMNO...bila dah miskin poket kering, masuk UMNO balik, kutuk Pembangkang balik..ha2..ha2..itulah mentaliti ahli2 PKR ni..perjuangan yg bersifat sementara aje korang ni..time PRU/PRK, kalau takde sokongan PAS, terlingkup jugak la calon2 PKR ni...

Anonymous said...

tak setimpal langsung.patut kena penjara seumur hidup.

Anonymous said...

Dia macam nie...hukuman walau setahun kepada khir toyo...telah mendatangkan aib yang amat sangat kepadanya..balasan ALLAH.. dia telah dimalukan lebiah dari org biasa kerana dia adalah bekas pemimpin yang korup...semua org kenal..kalau org biasa kena setahun ok lagi sebab x dikenali semua org...sebabtulah guna hukum hudud untuk keadilan..

Anonymous said...

korang cakap macam la pkr bagus sangat. orang pun tak de.

kalau bukan sebab pas bagi support, tak de la pemimpin pkr nak merasa jd MB!

takkan kawan sendiri pun nak tembak. bodo tak leh nak ajor!

Anonymous said...

PAS adalah sebuah parti yang bankrup. Sudah tiada lagi Islam dalam PAS, segalanya sekadar mahukan kuasa.

Jika nak dikatakan PAS tak cerdik, adalah kurang tepat, kerana PAS selalu kena tipu, terutama dengan kafir.

PAS sama sahaja dengan UMNO, bezanya hanya pada nama.

Rasuah, pecah amanah, kronisme, masalah akhlak, semuanya berlaku dalam PAS, tetapi ia disapu ke bawah karpet.

Tiada beza PAS n UMNO.

Anonymous said...

Snon 1:04pm
Statement kau menunjukan kejahilan sendiri, better diam.