"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, March 27, 2009

ApA itU SeMbAh DeRhAkA... - malaysiakini

Cilok dari blog ...SemBanG - SemBanG BersaMa UsTaz

Salam sahabat blog...

Seminggu dua ni tak habis-habis lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan cerita derhaka... Yalah sebenarnya derhaka ni bukanlah kisah barupun... kalau kita lihat sejarah dan kisah-kisah lampau banyak cerita-cerita penderhakaan di kalangan masyarakat Melayu dulu kala... Pelbagai kisah penderhakaan... ada yang derhaka pada ibu bapa, ala cam kisah Si Tanggang tu... nak best lagi tonton Sinetron Indon Maling Kundang hehe... kisah penderhakaan pada ibu bapa bukanlah satu kepelikanpun. Sejak dari zaman nabi pun telah berlaku... renungi kisah Al-Qamah. Bukankah kisah penderhakaan???

Cuma sejak apa yang berlaku di Perak akhir-akhir ini kisah penderhakaan berulang lagi... lagi dan lagi. Kalau dulu mungkin sebiji nangka menjadi alasan pada sebuah penderhakaan tapi kini... huhu. Apa ya??? Entah... Namun apakah sebenar penderhakaan... setakat manakah yang dikatakan penderhakaan pada pemerintan raja atau sultan itu sendiri??? Ustazmuda cuba juga belek-belek di laman-laman web mencari dan memahami apakah yang dikatakan penderhakaan tersebut...

Alhamdualillah... ustazmuda temua satu temubual seorang wartawan dengan Dr Haron Din... seorang ulamak tersohor yang ustazmuda rasakan cukup hebat ilmunya. Ingin sekali untuk ustazmuda kongsikan dengan sahabat... apakah sebenarnya derhaka tersebut. Apakah pula yang dikatakan sembah derhaka...

Jom sama-sama kita hayati...

(Bahagian pertama)ImageBeliau adalah antara ulama terkemuka yang masih berhubung rapat dengan Istana dan Raja-Raja Melayu, tetapi tetap dekat di hati rakyat. Justeru, Dato' Dr Haron Din dirasakan tokoh paling sesuai yang boleh mengupas situasi gawat di Perak terutama berkaitan hal yang digembar-gemburkan media, iaitu isu taat setia kepada kepimpinan dan masalah derhaka kepada Raja-Raja Melayu, dari perspektif agama.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah AHMAD LUTFI OTHMAN dan Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN beserta jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH sempat mewawancara Timbalan Mursyidul Am PAS itu, di kediamannya di Bandar Baru Bangi, pagi 16 Februari lalu.

ImageIstilah 'sembah derhaka' yang dilafazkan Dato' Ser Nizar ketika menghadap Sultan telah menimbulkan tanggapan negatif, terutama oleh pihak media, walaupun sudah dijelaskan oleh pakar perundangan juga pakar bahasa. Malah Dato' sendiri turut mengulasnya, tetapi Menteri Besar Perak itu tetap dilabel penderhaka hanya kerana istilah istana itu. Mohon Dato' jelaskan lebih lanjut maksud sebenar istilah 'sembah derhaka' itu.

Istilah 'sembah derhaka' bukan bermaksud perbuatan menderhaka tetapi sengaja pihak-pihak tertentu dan media arus perdana 'menangguk di air yang keruh'. Mereka telah mengungkit dan membesar-besarkan bahawa apabila Nizar 'sembah derhaka', seolah-olah ianya 'confrim' derhaka kepada raja.

'Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat, sama ada kecil atau yang besar. Justeru, seseorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Ia bukan bermaksud perbuatan menderhaka, melawan atau menyakiti raja.

Contoh terdekat, minggu lepas saya dititah untuk mengadap seorang Raja di Kuala Lumpur. Tetapi saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain, lalu saya terpaksa memaklumkan bahawasaya terpaksa 'sembah derhaka' dan meminta tarikh lain untuk bertemu.Maknanya, kehendak raja saya tidak boleh tunai. Adakah itu maksudnya saya derhaka?

Begitu juga apabila saya mahu dilantik untuk menjadi Mufti di sebuah negeri, dan waktu saya nak menolak saya sebut 'patik terpaksa sembah derhaka'. Dan bukan sekali saya, dalam konteks berurusan dengan Tuanku Raja-Rama Melayu, yang mana saya terpaksa 'sembah derhaka'. Ia suatu istilah bahasa istana.Dan tidak timbul soal kemurkaan raja kerana itu istilah yang lazim diguna pakai.

Tidak sepatutnya pihak-pihak tertentu memperalatkan istilah yang dipakai Nizar, 'sembah derhaka' sebagai perbuatan derhaka yang sebenarnya. Dari sudut bahasa, ia dilafazkan apabila apa yang diminta raja itu tidak boleh ditunaikan. Apabila diberikan sebab-sebab yang munasabah kepada raja maka ia bukanlah derhaka.Kalau itu dianggap derhaka, sebenarnya banyaklah perbuatan derhaka kepada raja, tetapi ia tidak pernah ditonjolkan.

Saya tidak mahu sebut kronologi yang jelas tentang perbuatan menderhaka dan menyakiti raja ini kerana tidak mahu terdedah kepada umum wujudnya pihak-pihak tertentu yang memang benarderhaka kepada raja sehingga menggambarkan wujud masalah antara istana dan pihak-pihak tertentu itu.

Ada menteri besar yang sepatutnya tiap minggu pada hari tertentu menghadap raja untuk memberi taklimat tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang raja yang minta wang rakyat digunakan untuk projek demi kepentingan rakyat, tetapi menteri besar membazir untuk projek mega yang memperkayakan kroni.

Ada raja yang suruh menteri besar hentikan projek tertentu kerana membazir, tetapi tidak diendahkan. Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan menyalurkannya melalui projek tertentu, tetapi tetap diagihkan kepada kroni mereka

Malah ada seorang raja yang memberitahu saya, ada pemimpin di negerinya yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati dengan baginda. Bukankah itu satu tindakan yang jauh lebih menderhaka lagi.

Semoga sahabat memahami apa yang dikatakan dengan penderhakaan. Apa pula yang dikatakan dengan sembah derhaka... rasanya tak perlu ustazmuda untuk menghuraikan dengan lebih lanjut. Mungkin istilah "sembah derhaka" ini perlu diperkenalkan di dalam sukatan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah dalam bab Bahasa Istana... agar ia tidak menjadi asing kepada pelajar dan rakyat seluruhnya satu masa nanti.

Untuk akhirnya... bolehlah disimpulkan sembah derhaka sebagai... satu penolakan secara terhormat lagi berhemat kepada mana-mana permintaan dari raja atau sultan kepada kita rakyat biasa. Begitu boleh???

42 comments:

Anonymous said...

nampak sangat diorg tu bahasa istana pun tak reti nak bezakan.. ada hati nak teruskan PPSMI..ceh...

Anonymous said...

Mana dia orang paham bahasa Inggeris tau la... tu yang mereka nak PPSMI...

Bangsa aje melayu tapi bahasa melayu pun tak diperjuangkan...

Lin said...

salam

ni yang dua org bengap nak support ni apa pasal.. study dulu lah.. memang dasar pendengar ceramah pas yang setia.. semua yg pas cakap betul..

ni dengar ni..

Artikel said:

'Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat, sama ada kecil atau yang besar. Justeru, seseorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Ia bukan bermaksud perbuatan menderhaka, melawan atau menyakiti raja.

Tungaklangit reply:

Tu tak sama ke menderhaka jugak... derhaka ni kalau diarah tak patuh .. tu namanya derhaka lah bengap .. susah betul kalau dah tertutup pintu hati golongan bengap ni..

Artikel said:

Contoh terdekat, minggu lepas saya dititah untuk mengadap seorang Raja di Kuala Lumpur. Tetapi saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain, lalu saya terpaksa memaklumkan bahawasaya terpaksa 'sembah derhaka' dan meminta tarikh lain untuk bertemu.Maknanya, kehendak raja saya tidak boleh tunai. Adakah itu maksudnya saya derhaka?

Tungaklangit reply:

Kau ni bengap betul lah.. tu lain.. yang si nizar ni telah diarahkan supaya meletak jawatan bukannya tak dapat datang .. ooi jangan keliru fikiran orglah.. cukup ceramah pas mengeliru ramai insan yang tak faham apa2.

Artikel said:

Untuk akhirnya... bolehlah disimpulkan sembah derhaka sebagai... satu penolakan secara terhormat lagi berhemat kepada mana-mana permintaan dari raja atau sultan kepada kita rakyat biasa. Begitu boleh???

Tungaklangit reply:

Amboi-amboi sedap nya kau bercakap.. esok bolehlah aku sembah derhaka dengan arahan Allah untuk meninggalkan arahannya sebab sembah derhaka tu adalah satu penolakan secara terhormat.. pandai betul kau main dengan kata-kata ye.. menyesatkan orang kerja kau ni...

Anonymous said...

salam bang,

Yang memutarbelit dng ulasan putarbelit tu lebih menyesatkan lagi.

Anonymous said...

mintak perisik bagitau dimana tempat penamaan calon bukit gantang

Anonymous said...

Tungaklangit reply:

Amboi-amboi sedap nya kau bercakap.. esok bolehlah aku sembah derhaka dengan arahan Allah untuk meninggalkan arahannya sebab sembah derhaka tu adalah satu penolakan secara terhormat.. pandai betul kau main dengan kata-kata ye.. menyesatkan orang kerja kau ni...


.Tungaklangit...satu lagi paksi umno bodoh,mana bole nak samakan raja dengan allah,
Bro bawa mengucap...
Kalau bodoh pi belajar lagi jangan sombong...

Anonymous said...

Ini yg aku marah ni..Bodoh punye umno,aku baru je nak "memutihkan" umno, tapi ada lagi ahli yg celaka mcm mangkuk ni.. Ada ke kamu samakan sultan dengan ALLAH ?????? "Sembah Derhaka" tu hanya utk manusia yg bertaraf sultan, bukan utk ALLAH..Kalau kita tak dapat laksanakan perintah ALLAH, maka kita minta ampun dan bertaubat...
Kamu yg sebenarnye bermain dgn kata2 dan menyesatkan.. hai bodoh, bodoh punye ahli umno..
Sejahat2 aku yg bakal jadi PM ni, takde le aku nak samakan manusia dgn ALLAH..
Ahli mcm kamu ni le yg menjatuhkan umno..

Anonymous said...

tungaklangit..

Bagitau aku, islam hadhari tu sesat ke tidak??

kalau ko xjawab, memang ko boddo..

Anonymous said...

aku tak pernah tengok orang sebodoh Tungaklangit

nama pon bahasa istana. takkan bengagp sangat kot.
tak kan kalu anak isteri orang kalu sultan nak abik buat ded je. bagal. takde maruah ke.

itu la bahasa paling sopan bila tak bersetuju dengan dengan raja.

paklah pon penah sambah derhaka pada raja terengganu sebab tak setuju dengan perlantikan MB SAID. sebab dia nak jusof natang!

DULU SEKOLAH MANA?

takkan penjuang melayu tak tahu bahasa istana kot.
abis macam mana nak jumpa raja. kalu bahasa istana satu pon tak tahu!!!

ni aku nak tanya.

MANGKAT tu apa ?

BERSEMAYAM tu apa?

BERSAMTAP tu apa?

BETA, PATIK tu apa?

Anonymous said...

Salam sahabat, tungaklangit perintah Allah berani ko permainkan? Alamatlah celaka kamu. Nampak sangat otak kamu ni otak udang(tahi dalam kepala) wakaka.... Saya meminta jasa baik tuan punya blog sila tapis apa saja komen dari tungaklangit, kata2nya boleh sesat dan menyesatkan. Aku harap tungaklangit bersyahadat semula, bukan apa aku risau syahadat kamu sudah binasa. Kalau boleh tungaklangit cari ustaz yg benar2 tinggi ilmumya tanya bagaimana syahadat boleh binasa. Bila syahadat binasa automatik jadi murtad. nauzubilah....

blues untuk rakyat said...

BERSABARRRRR....

DENGAN TUNGAK LANGIT PON HAMPA NAK GADUH...

APA CLASSSSS....

DEBAT DENGANT CHE DET.... KHAIRY KE....

BARU LA ADA CLASS....

ORANG2 YANG TAKDE CLASS MACAM NI HAMPA NAK GADUH BUANG MASA JE....

Lin said...

SALAM

SAUDARA BLUES UNTUK RAKYAT MEMANG BERHEMAH.. SEBAB DIA NI ORANG ATASAN SEPERTI PEMIMPIN PAS YANG TAK DENGAR KATA ORANG..

BAGI JUAK BENGAP PAS DI ATAS.. DENGAR NI.. SEBELUM NAK MENUDUH ORANG FAHAM TULISAN AKU.. DI ATAS .. KAU ORANG NI BAK MEMUTAR BELIT FAKTA CUKUP PANDAI.. LEPAS MAKI HAMUN.. TUDUH MURTAD DAN KAFIR.. MEMANG SAH AHLI CERAMAH PAS KAU ORANG NI..

KAU ORANG TAK FAHAM KE BAHASA MENYINDIR KAT KAU ORG YANG AKU GUNA TU.. MAK OII BENGAP NYA KAU ORG NI.. SEBAB TAK TERTAHAN NAK MAKI HAMUN.. TUDUH MURTAD DAN KAFIR.. ORANG LAH TU.. AKU YANG MINTA KAU ORGT MENGUNCAP

FAHAM BAIK2

"Amboi-amboi sedap nya kau bercakap.. esok bolehlah aku sembah derhaka dengan arahan Allah untuk meninggalkan arahannya sebab sembah derhaka tu adalah satu penolakan secara terhormat.. pandai betul kau main dengan kata-kata ye.. menyesatkan orang kerja kau ni..."

TAK FAHAM LAGI KE.. KALAU TAK FAHAM MEMANG DASAR KETURUNAN SUKA MEMAKI HAMUN, FITNAH DAN MEMURTADKAN ORANG LAH KAU NI..

MACAM NI LAMBANG PEJUANG PAS ..ALAMAK BENGAPLAH KAU ORANG.. BARU AYAT MACAM NI DAH TAK NAMPAK KEBENARAN.. TERSERLAH KAKI MEMURTADKAN ORANG.. APA KAU ORANG INGAT SYURGA TU PAS YANG PUNYA KE? NI KAN SILAP TAFSIRLAH NI.. KAH KAH KAH

blues untuk rakyat said...

ok la....

macam ni la....

aku nak tanya ko....


"SEMBAH DERHAKA" TU APA.....?


kali ni ko jawab apa pun aku terima....

Anonymous said...

lorrr..

dah dijawab nak ditanya lagi..

baca dulu artikel sampai habis..

Kalau korang puak2 UMNO nak berjuang agama ISLAM, kenapa ada islam bidaah??islam hadhari korang tuh..

pirah..

kalau korang dah sesatkan orang, maksudnya korang lagi la sesat..

pemimpin korang tuh (UMNO) naper tak jadikan Al-Quran sunnah no satu dalam hidup??

nape nak duit jer??

boddoo..

bro, nak tunjuk boddo, biar bertempat..

Lin said...

salam

sdr blues untuk rakyat

jangan nak main perangkap bahasa dengan akulah ooi..

kau orang ni kan bengap terlampau betul la..

si nizar tu telah enggan mematuhi arahan atau titah Sultan.. maka kalau dah tak patuh tu kalau bahasa umumnya engkar kalau dalam bahasa Istana tu Derhaka lah bengap ooi

tak payahlah nak mohon derhaka.. engkau nikan kalau nak bebelit ayat sampai ayat al quran boss kau org boleh belit.. itu aku tak pelek kalau kau ikut sama..


susah sangat ke nak faham ni.. tak payah tanya haron din ahli politik tu lah.. dia tu bukan ulama dia tu ahli politik/ustaz.. faham..

jawapan yg diberikan adalah untuk memenangkan pas..

cuba ambil pakar yang leberal tak memihak mana2 parti..

bengaplah juak pas ni

Anonymous said...

"KAU ORANG TAK FAHAM KE BAHASA MENYINDIR KAT KAU ORG YANG AKU GUNA TU.. MAK OII BENGAP NYA KAU ORG NI.. SEBAB TAK TERTAHAN NAK MAKI HAMUN.. TUDUH MURTAD DAN KAFIR.. ORANG LAH TU.. AKU YANG MINTA KAU ORGT MENGUNCAP"


FAHAM BAIK2

"Amboi-amboi sedap nya kau bercakap.. esok bolehlah aku sembah derhaka dengan arahan Allah untuk meninggalkan arahannya sebab sembah derhaka tu adalah satu penolakan secara terhormat.. pandai betul kau main dengan kata-kata ye.. menyesatkan orang kerja kau ni..."

tu yg tunggak lagit kata... kalau kau nk menyindir pun jgnlah kau samakan dgn Allah.... mmg sah kau tu yg sesat.. Allah tidak boleh disamakan dgn apa2 mahluk dlm dunia ni.... kau buka Quran tengok tafsir Surah Al-Ikhlas... aku nk suruh kau baca surah tu takut kau xreti baca..maklumlah org mcm kau ni mana nk belajar semua tu hal2 taranum, tajwid, harakad dsb.... sbb tu aku suruh kau baca tafsirnya saja.. kalau kau baca ayat tu ntah tajwid kemana, harakad ntah tunggang langgang yg lain2 lg tu toksah cerita la... buat berdosa sja....

P/S ingat tu tengok tafsir surah Al-Ikhlas
(kalau kau tak faham apa tafsir tu kau cari makna, taktau apa dia makna cari maksud kalau x tau juga kau pi jumpa TP biaq dia bagi pelempang sedas....huhuhu)

Anonymous said...

tungaklangit..rasany lebih elok anda xyah melenguhkn jari jemari nk tulis komen kt cni..
cukuplah..
smakin byk anda komen..smakin mnunjukkan btapa cetekny pemikiran anda..
cukuplah..

blues untuk rakyat said...

ooooo macam tu.....

betul..betul....betul.....

apa raja cakap .. dan buat semua betul....

raja tak pernah buat silap... raja adalah maksum...


aku harap kalu berlaku situasi yang lain seperti raja rampas anak bini orang... biaq kan raja abik...

nanti derhaka....


salam... jumpa lagi....

pemerhati sepi said...

Salam kepada semua..

Apa kata, Tungaklangit tuh kita tak layan setiap ulasannya.. kita biokan jer.. ini kerana jika dilayan makin menjadi kenyataannya yang bukan-bukan.. boleh sesat pulak kita nanti.. jika tak subahat dan kita keluarkan fakta sendiri yang mungkin tak betul.. berdosa jadinya..

Tak per kalau Tungaklangit rasa dirinya hebat dan menang dengan hujahnya.. lantak pi.. kerana bercakap dengan dia pun, bukan dia paham..

Kita teruskan ulasan setiap komentar dengan cara yang lebih baik dan berfaedah..

Biarkan sahaja setiap ulasan Tungaklangit.. kalau dia rasa dirinya tak dilayan baru dia tahu yang dirinya hanya sampah dalam blog nih..

Anonymous said...

'kami ndak Deris natang'...ini juga sembah derhaka...

Anonymous said...

Mengundur bukannya bererti tewas.. mara bukan berertinya menang.. berjuang dengan orang yang dah tak nampak haper2 baik tak payah..


Atas Pagar

Anonymous said...

btl2..stuju ngan pemerhati sepi..
PEACE!!! ^-^

Unknown said...

Nanti bila TUNGAULANGIT dalam kapal terbang menuju ke london, seorang Raja memerintahkan utk terjun dan datang mengadap Tuanku Raja dengan segera....

Lalu si TUNGAU pun berkata, "Ampun tuanku, patik PATUH akan perintah tuanku itu. TAPI, patik kena landing kat london dulu, pastu shopping kejap... pastu kena tunggu lagi 5 hari sebelum boleh pulang ke tanah air, sebab tiket patik expired lepas game Man Utd lawan Liverpool...."

"Patik rasa, eloklah TUANKU rileks kejap... masalah negara bukan masalah patik, sebab TUANKUlah yang berkuasa, bukan patik...."

Lain kali kalu nak menderhaka, jangan le cakap "patik sembah derhaka".... derhaka je terus! apa susah?

Tapi, hanya memanda menteri yang bersopan dan beradat je yang berani cakap "PATIK SEMBAH DERHAKA"....

apa ada hal? ;-)

Anonymous said...

Ahakssss...

Sedara Tunagklangit...

Cukuplah tu... elakkan berdebat benda yang x berfaedah... mungkin niat dan isi perdebatan tu elok... tapi tetap x berguna kalau x kena pada tempatnya..

Seringkali saya katakan.. tiada manusia yang sempurna zahir dan batinnya.. mahu pun akal fikirannya..

Cuma yang saya setuju daripda kenyataan sedara ialah ahli politik x boleh di samakan dengan ulama.. ahli politik ini sedikit sebanyak hatinya telah terpengaruh dengan keduniaan.. Ulama pula hanyalah layak kepada mereka yang menghambakan diri kepada ALLAH S.W.T dan menyampaikan ilmu yang ada pada dirinya dengan penuh ikhlas.. dan penuh amanah..

Kepada bloggers yang sayang kepada PAS dan perjuangan asal nya.. hentikanlah cercaan kamu.. caci mencaci bukan ajaran PAS.. lebih2 lagi ajaran ISLAM sendiri..

Suka saya ingatkan berjuanglah atas nama AlLAH S.W.T.. atas nama ISLAM sebenarnya.. tapi bukan atas nama PAS semata2.. kerana tanpa agenda politik yang kamu perjuangkan pun ALLAH S.W.T akan tetap membantu umat ISLAM keseluruhannya andai ianya ikhlas dan benar ke jalanNYA..

WALLAHUALAM....

Anonymous said...

hahahaha..


ak pom rasa..xyah la kita layan tungaklangit..

hujah mmg xde isi lansgsung..


xyah dilayan...

salam

Anonymous said...

orang paling derhaka dengan raja adalah orang ammano,tapimereka cepat lupa kerana mereka orang ammano..
aku nk bagi contoh sikit je..
klau lah tiba hari tok jib mengangkat sumpah sebagai pm,dan yang dipertuan agong tk berkenan dan menolak tok jib dan digantikan ngan ds nizar....

seolannya...
adakah orang ammano berkata pada sultan..ampun tuanku patik terima titah perintah tuanku...

ingat lagi tk perlantikan menteri besar terengganu...
KAMI NAK DRIS NATANG
inilah ucapan orang ammano yang ditujukan kepada yang dipertuan agong..adakah ucapan sekeras ini tidak derhaka..
padahal yang hendak dilantik tu orang ammano,dan yang tk dilantik pun orang ammano..itu pun dah derhaka gila dengan sultan,apatah lagi klau sultan melantik dari kalangan orang pr...
aku ingat istana pun diaorang bakar

Anonymous said...

aku ni pemerhati je..aku dok perati gak situngaklangit tu...aku tengok macam bagus je...kalau dah pakar bahasa dah kata bahasa istana mmg gitu..hang nak kata apa lagi...nak kata bongok ..memang bongok pun..

nak tau derhaka ke tidak si nizar tu kita tengok sama2 kat bukit gantang..

walaupun aku tak kenai hang si tungaklangit...percayalah hang ni spesis yang semakin nak pupus...amno totok..kalau dah 4/5 negeri dah tumbang, hang nak citer apa lagi..la ni kuasa bukan kat amno/bn tapi ada pada rakyat..

ada otak pakai...lu fikirla sendiri bro..geli aku tengok hang ni..

cakap-lepas said...

To Tungaklangit,

Jom masuk PAS.Takbirrrrrrr!!!!

Anonymous said...

bile orang jahil cam tungaklangit bercakap bab agama,maka nmpaklah kebodohan beliau yg amat sgt.

yg disamakan Allah ngn makhluk tu pehal? x belajar sifat 20 ke?

Anonymous said...

tungaklangit,

setakat cakap pasai UMNO, ko tunjukkan pemimpin korang yang betul2 ikut Al-Quran dan Sunnah.

tunjukkan..

ko ni sebenarnya, xde modal nak xcriter..

camni la, ko ni kan boddo, pe kata ko tunjukkan ke'boddo'an ko kat tempat len..

amacam??
setujut??
set r??
o-o r??

bo said...

woi tungaklangit bangang, itu sembah derhaka utk raja...dgn Allah semua wajib d patuhi...knp ko ni bangang sgt...ko ni jenis spesis masuk sek lambat. masa belajar agama lari....mana blh ko sama kan raja dgn Allah. ko dungu betul lah.

kafe kenyalang said...

kepada sepat ronggeng,

jgn pisahkan agama dan politik.ahli politik yg perjuangkan agama pun ulama'..so,aku x marah sbb ko jahil,tp aku marah sbb ko x tau tp x nak mgaji..tapi la ni payah nak dapat ustaz yg sokong umno..hehe..

Anonymous said...

ko ni bongok la tunggaklangit. mane blh ko nak sindir2 guna nama ALLAH. mangkuk hayun btl la. tu la dienye, org2 UMNO nama ALLAH blh diorg main2. kepale hotak ko tunggaklangit.dah tunggaklangit, lain kali jgn nak sindir2 pakai nama ALLAH.....

Anonymous said...

hagin betul aku ngan tunggaklangit nih.rase cam nak debik jer.panas aku dengar dia ckp cmtu....

Lin said...

salam

bersabarlah saudara bengap PR di atas.. jangan marah dan kutuk hamba yang tiada upaya ni..

akau rasa sihat semacam aje .. menugkin kau org sedekah pahala kat aku kot.. oh yalah .. hasil kutukan bengap kau org yg tak nampak sinar yg aku cuba sampaikan ..

itulah ikut sangat ceramah pemipin pas bengap.. lepas tu takbir.. oooiii bengap takbir tu biarlah bertempat bangang bengap.. bodoh .. ni aku nak marah ni.. guna takbir tak bertempat cakap islam sangat.. piraahhh

kau sedar tak lepa pemimpin pas bengap kau org tu kutuk org islam lain.. yang punya bangang dan bengap tahap terlampau .. pergi laung takbir tu apa pasal bengap..

janganlah tutup pintu hai kau org dengan cita-cita ulama politik kau org tu yg bercita mendapat kuasa..

ni ciri-ciri Islam ke? nak kan kuasa.. kalau dulu org islam takut nak pikul tangungjawab tapi islam ala pas ni berlumba2.. lepas tu kutuk UMNO gila kuasa... piiirah

ooii bengap pas semua dengar ni.. KALAU BENAR NIZAR BERJIWA ISLAM DAN PERJUANGANNYA BERCIRI ISLAM.. KENAPA DIA TAK TERIMA APA YG BELAKU KE ATASNYA SEBAGAI TAKDIR ATAU HUKUM QADAR DARI ALLAH.. JAWAP BENGAP PAS..JAWAP BODOH BENGAP BETUL.. BUTA HATI KAU ORG NII..

Anonymous said...

ko tu yg buta hati sebenarnya wahai tunggaklangit oiii..... habis tu nk takbir masa masuk waktu, bila nk azan jer ke... mmg dasar manusia x mengaji.... kata org bengap kau tu 70 kali bengap. lain kali bila ustaz2 buat kuliah pila mengaji sama. aku rasa kau ni ustaz pun kau x kenal sbb dlm umno mana ada ustaz(menyamar ustaz adeler).

Lin said...

salam


anon 12.03

ooii bengap pas.. kau tahu tak maksud takbir tu.. amat suci nilainya..

aku nak tanya otak bengap kau tu.. lepas pemimpin bengap pas kau tu kutuk org .. apa pasal kau org sambut dengan laungan takbir.. itu memang di ajar oleh pemimpin bengap pas ke

bengap bodoh betul kau ni..

bodik said...

woi tungaklangit bangang campur buta hati....org pas bertakbir x ada terima rasuah, mkn duit rakyat secara haram, dan x ada hina islam. ko tau apa, jenis bengap dan bangang d campur dgn otak dungu ko tu bkn blh pakai sgt. org umno x suka bertakbir sb hati dah tolak islam, dia org tu hanya suka cium keris aje...(menghambakan diri pd keris bkn Al Quran).

Lin said...

salam

kau bodik sial bengap..

jangan kacau akulah.. kau ni hujah tak ada standard lah dan merapu.. cuba tengok mrl.. bekas universiti tu.. jangan main.. hujah pun ada standard..

kau setakat sekolah pasti pas pergi main jauh2 lah

Anonymous said...

pd penyokong PR, jgn layan sang gila.. biar kan sang gila hanyut di bawa arus menuju entah kemana umpama mimpi dalam mimpi mencari sesuap nasi untuk anak2nya yg tiada kesudahan akhirnya. MWmawiworld.

Lin said...

salam

sdr mwmawiworld

kau ni sungguh baik budi kau.. eloklah tu... utk makluman kau.. jangan tuduh org tak tentu pasal

aku mencari rezki bukan cara yg kau sangkakan.. rezki aku allah yg sediakan

aku menaip kerana ingin melaan kemungkaran yg ada dalam blog ni..

bagi yg nampak..

kau eloklah macam tu.. kau ni akau nasihatkan insaf dan jangan menuduh org lagi baik

cakap-lepas said...

To Tungaklangit,

UMNO dah bagi berapa juta kat ko?