3-4 hari ni ramai yang dok sms aku tanya macam mana keadaan stesen maya kami, ok ka tak ok. aku nak habaq tak reti sebab pada kami, asalkan boleh buat kerja, ada tempat tidur, tak kena hujan, panas sikit-sikit tu biasa kira ok sangat.
Jadi hari ni aku saja nak tunjuk keadaan dalam stesen maya 1.
Yang ni stesen aku, dekat sini la aku buat kerja, dekat sebelah tu jugaklah tempat aku tidur. bekalan paling penting dekat semua stesen maya 1, 2 dan 3 ialah yang asas iaitu rokok, minuman Redbull ataupun Ali Cafe dan yang paling penting ialah perkhidmatan jakur lebar (internet).
Putus mana 1 bekalan tu... jem..!
Yang ni pulak stesen Dugong Darat. benda paling penting dekat sini ialah earphone dan jugak wayar banyak-banyak untuk kerja-kerja mengedit dan pembikinan video.
Ini stesen Cyber Boron...benda paling penting dekat sini ialah tikar mengkuang dan jugak roti. jam tak payah. internet kadang-kadang wajib kadang-kadang tak dak pun tak dak hal... dekat sini semua kerja-kerja penyediaan maklumat dibuat.
Semua risalah-risalah penerangan datang dari otak genius Cyber Boron. kalau nak tau apa-apa pasal perlembagaan tubuh negeri Perak, hangpa tanya Cyber Boron... rasanya kurang 10 kali je Cyber Boron khatam dari Dr Aziz Bahri.
Yang paling simple sekali ni ialah stesen maya milik Prima Maya BloggersNetwork@Perak tuan Mat Saman Kati. paling penting mesti ada scanner dan jugak printer. dekat sini jugak la kami dok kumpul sampai pagi bincang startegi dan jugak gerak kerja untuk keesokan harinya.
Untuk pengetahuan korang jugak, kebanyakan barangan yang korang tengok dalam gambar tu adalah sumbangan orang ramai selama kami berada disini. semua tu bukan hak kami. tu semua hak rakyat Malaysia. kami tumpang sikit je.
Terima kasih semua yang membantu.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
TERIMA KASIH PERISIK RAKYAT...
Teruskan Perjuangan ....
Bersyukur dapat tenguk hasil sumbangan dimanafaatkan, InsyALLAH akan ada keberkatannya....
Gunakan segala kemampuan yang ada...
Sesungguhnya kemenangan datang dari kualiti/semangat...
bukan berdasarkan kuantiti material/fizikal...
Hayati peperangan Badar 313 yang berkualiti lebih menjamin kemenangan berbanding dengan 1000 lengkap dengan peralatan (material/fizikal)....
Nukilan aku yang cuma belajar sejarah Islam setakat sekolah menengah (tapi bukan PPSMI)...
insyallah nanti ambo nak cover BUKIT SELAMBAU sebab dekat dengan rumah aku , nanti tolong publish boleh?
unconnor - ok... harap dapat salur apa-apa info dari sana.
merokok membahayakan kesihatan..
bro, bhenti isap wokok woo..
bahaya, simpan tar dalam paru2 xleh wat keluar dah..
Salam sahabat, Taming Sarkas syahdunya ayat ko.... Orang kate bkn aku kate, Biar putus awek jgn putus rokok... Wakaka...
shyyyyyy...jual belashan kena ada lesen jual candu takpa..
wakakakakakka hebat2.... ooooo ada rokok winston merah? Pall Mall merah? wakakakakak bagi wa isap sebatang? wakakakka
Bukannya apa, sebelum g solat jumaat, eloklah hambo nasihat lu..
kepada bro TP tidak bertopeng,
Bhentilah isap wokok..
Kehilangan bro TP ti kang, umpama hilang permata dalam perjuangan PAS.
xpe TP, nak isap wokok, isaplah..
satu je kebaikan yang hambo jumpe, iaitu tak cepat tua..
pasai ape??
pasai sebelum TUA dia dah jalan dulu dah..
aduyai..
jgn marah ye TP, nasihat pedih skit jer nih..
aku sokong taming sarkas,merokok banyak mudharat dari manfaat
jgn terasa hati plak TP,nasihat menasihati kan amalan nabi dan para sahabat..
moga perjuangan mulia ini berterusan hingga akhir hayat..
kadang2 aku terfikir gak,sampai bila perjuangan ikhlas ni akan berkekalan..
adakah kita semua nanti akan jadi seperti puak2 umno,dulu datuk nenek kita berjuang mempertahankan parti dgn penuh keikhlasan,tanpa mengharapkan ganjaran,tp setelah berpuluh tahun perjuangan ikhlas semakin terbang melayang.
adakah anak cucu kita nanti akan berjuang mempertahankan yg HAK seikhlas seperti generasi kita sekarang??????????
wallahhua'lam
SYABAS PERISIK RAKYAT AND THE GANG..RAKYAT MALAYSIA MENDOAKAN KALIAN SIHAT DAN SMNGAT JUANG TIDAK AKAN LUNTUR SAMPAI BILA2..KAMI BANGGA DGN ANDA!!TAKBIRRR!!
Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz
KOTA BHARU 27 Mac - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — BERNAMA
hebat workstation ko rang bro. Tapi nak cakap sikitla. Red Bull tak berapa baik diambik banyak-banyak. Macam rokok juga, memudaratkan kesihatan. AliCafe to kira ok lagi.
aku tak dapat ke Bukit-bukit dan ke Batang, tapi aku sokong usaha semua blogger rakyat. Semoga korang selamat dan berjaya. Amin
pasal merokok aku no komen
apa pun tahniah dan terima kasih atas info2 terkini yg disalurkan selama ini...
walaupun cara berbeza tapi matlamat kita sama
SELAMAT BERTUGAS...
BERJUANGLAH SELAGI BN MASIH ADA
OPPS...SELAGI NYAWA MASIH ADA
Post a Comment