"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 16, 2008

Fakta Bodoh

Anak Watan Terengganu
Julai 16, 2008 at 3:22 am

Saya ingin menyentuh tentang fakta bodoh yang di kemukakan oleh Shabery mengenai harga minyak rendah tapi inflasi tinggi di negara Arab Saudi, Qatar dan UAE. Satu isu yang boleh dianggap diketengahkan oleh seorang pemimpin yang ketandusan ilham dan ilmu.

Bayangkan berapa ramai warga Malaysia dan juga warga negara-negara jiran Malaysia yang berhijrah ke negara-negara Arab yang disebut diatas. Di Arab Saudi sahaja, mengikut rekod yang tidak rasmi ada seramai 1500 warga Malaysia yang berhijrah dan berkerja di sini sudah bertahun-tahun. Disebabkan apa dan mengapa? Dan mereka adalah di kalangan golongan profesional. Ini adalah disebabkan penerimaan pendapatan yang lumayan dengan kadar harga minyak yang cukup rendah. Disebabkan inilah, kerajaan BN menganjurkan baru-baru ini satu program bagi menarik minat warga Malaysia pulang berkhidmat ke tanah air yang dipimpin oleh bekas Ketua Puteri UMNO. Bukankan ini percanggahan pendapat di dalam UMNO amnya dan dalam BN khasnya. Tak ke banggang namanya tu!

Cukup bodoh dan cetek sekali ulasan seorang Menteri Penerangan yang saya rasakan hanya layak untuk pulang ke Kuala Kemaman bagi menguruskan perniagaan keropok lekor.

Kepada DSAI, 'standing ovation' saya berikan. Memang layak beliau mengenengahkan segala kepincangan kerajaan yang telah dilakukan selama ini yang mana ramai yang tidak mengetahui cerita yang sebenar.

Salam Reformasi saya ucapkan kepada DSAI dengan harapan cekalkan semangat juang dan tabah menghadapi segala fitnah serta sumpah seranah pihak yang tak bertanggungjawab.

Wassalam dari Jeddah, Arab Saudi.

kenyataan DSAI ringkas & membawa maksud yang luas

email dari : zul

Pada pendapat peribadi saya, saya melihat kaitan topik harga minyak dgn harga makanan perlu dilihat dari perspektif yang lebih praktikal. Kawalan harga barangan menjadi pilihan topik sampingan didalam debat oleh Shabbery ... Namun ianya perlu dibalikkan semula pada intipati asal topik debat... Kenapa tak lihat kenyataan DSAI yang serba ringkas tetapi membawa maksud yang luas jika dikaji? ... Contohnya, Harga barangan seperti harga beras... Adakah ianya betul dikawal ? ... Apakah tiada kesan langsung kenaikan harga barangan tersebut selepas kenaikan mendadak harga minyak ? Kawalan yang macam mana yang dikatakan?.. Berapa % kenaikan yang berlaku jika dibandingkan dgn harga sebelum kenaikan ?....
Harga Minyak NAIK > Kos pengeluaran Naik ( Sekarang tak pakai kerbau lagi .. Petani pakai jentera... Jentera tue pakai tenaga solar ker? Pakai minyak kan? Maka naiklah harga kan?) > Selepas itu masuk kilang untuk diproses ( Kilang pakai apa? Pakai elektik kan?. Elektrik utk perkilangan baru2 ini naik 28% sebagai takrif baru..?.. Forklift & Lori untuk logistik..?..semua minyak kan?..) > Pemasaran ( Beras dihantar ke pemborong Dan peruncit..takde kos yg terlibat yang berkaitan minyak? ) ...
Lihat rantaian ini saja Kita boleh bayangkan apakah kesan langsung Dan tidak langsung akibat kenaikan yang mendadak... Ini baru cerita beras belum lagi produck2 "high tech"... Lagi pening...
Perlu diketahui .. Yang perlu dirujuk adalah "DUIT YANG DIBERI OLEH PETRONAS KEPADA KERAJAAN " Bukan duit yang Ada kat PETRONAS. Jelas sekali DSAI menyentuh pasal itu .. Saya melihat DSAI menekankan asas sebenar kepada kenaikan harga minyak yang mendadak... Iaitu " Kecelaruan dalam tadbir urus Wang yg diperolehi dari pertonas, tiada perancangan & pelan tindakan sebelum kenaikan dibuat".... Itu amat jelas pada pendapat saya... Maaf semua ini adalah pendapat peribadi saya sahaja...

KEPUTUSAN DEBAT : SHABERY MENANG SORAK, ANWAR MENANG FAKTA!

email dari : wanconex wanconex

Itulah gambaran awal yang dapat saya simpulkan berhubung perdebatan antara Shabery dan Anwar sebentar tadi. Seperti dijangka, Shabery akan mempergunakan pentas debat tersebut untuk menyerang peribadi Anwar. Isu IMF, IPP, hubungan Anwar – Mahathir dan sejarah silam Anwar yang 30 tahun dahulu pun menjadi bahan dan tumpuan isi hujah Shabery Cheek.

Anwar ternyata tidak terpengaruh dengan taktik Shabery. Sebaliknya Anwar berjaya menjelaskan kepada audien tentang 'tindakan awal' yang akan diambil olehnya untuk menurunkan harga minyak daripada RM 2.70/liter ke RM 2.20/liter. Tindakan awalnya itu turut disokong dengan angka dan juga kaedah yang akan digunapakai.

Manakala Shabery pula dilihat hanya mengulangi fakta dan alasan yang selalu digunakan oleh pihak kerajaan sebelum ini untuk mempertahankan keputusan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan. Misalnya, faktor kenaikan harga minyak mentah dunia dan juga jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan. Alasan sebegitu sudahpun dipersoalkan oleh rakyat sebelum ini. Shabery sepatutnya memberikan alasan baru yang lebih kukuh dan malangnya, itu tidak dapat dibuat oleh Shabery.

Oleh kerana waktu perdebatan itu hanya 50 minit sahaja, memang sukar untuk kedua-dua pihak menjelaskan semua isu yang berkaitan dengan tajuk perdebatan sebentar tadi iaitu "hari ini memerintah, esok turun harga minyak". Apapun, audien yang menonton perdebatan tadi tentunya sudah dapat mengetahui kaedah yang akan digunapakai oleh Anwar untuk menurunkan harga minyak di negara ini.

Debat DSAI dan Dato' Shabery

email dari : xstream

Salam,

fuhh debat terbaik pasal turun minyak dari DSAI, Shabery pihak
kerajaan terbukti tidak mahu dengar apa2 alasan dan cadangan bernas
DSAI. Hujah2 DSAI mantap dan menjurus kepada bagaimana harga minyak
dapat dikurangkan tanpa meminta menggunakan duit Petronas dan
cadangan turun 50 sen kepada RM2.20 adalah logik dan mampu
dilaksanakan sebagai pilihan permulaan sekiranya PR memerintah dan
Anwar mengumumkan untuk bertanding dalam masa terdekat. Hujah
shabery banyak yang membantah hujahnya sendiri dan banyak kepada
serangan peribadi kepada DSAI. Hujah shabery tidak menjawab dan
menyangkal logikal rancangan DSAI yang pratikal tetapi lebih
berhujah kepada habisnya minyak dan tingginya inflasi negara lain
walaupun harga minyak rendah. Anwar membalas dengan bersahaja
gayanya dengan memberikan formula -- minyak rendah inflasi tinggi,
minyak naik inflasi lagilah melampau naik sambil memberikan maklumat
terkini kajian berkenaan inflasi dan menyatakan unjuran inflasi
kerajaan tidak tepat dengan keadaan semasa, sambil berseloroh
menyuruh shabery membeli ikan dan sayu dipasar. Hujah shabery yang
memberitahu beras kita lebih murah dari thailand begitu menggelikan
hati, orang citer minyak dier citer beras. Panel shabery pun pelik
kerana cuba mengalihkan perhatian berkenaan IP bebas yang
dikatakannya tidak berkaitan dengan minyak tetapi anwar membalas ia
ada kaitan dengan gas dan gas ada kaitan dengan minyak, sungguh
memalukan. Secara ringkas debat tadi 1 DSAI dan 0 Shabery. Shabery
letak jawatan!!!!

ringkas dari saya.

Wassalam

ANWAR PERTAHAN RAKYAT, SHABERY PERTAHAN KERAJAAN

email dari : faizul abas

Lepas solat Isyak, aku ke rumah salah seorang penduduk kampung yang meminta buat solat hajat ibunya yang sakit tenat. Semalam aku ada mesyuarat. Tapi aku sms akan pergi lewat sebab ada jemputan solat hajat itu. Selepas solat hajat, tetamu menikmati juadah, tuan rumah pula 'on' tv, buka Debat Anwar vs Shabery. Ahli jama'ah surau yg sudah berkira2 mahu keluar awal, tidak jadi turun dari rumah sebab nak menghadap tv. Nasib baiklah ibunya yang uzur sudah ke KL untuk berubat. Kalau tidak, rasa canggung juga menghadap tv selepas solat hajat minta kesihatan untuk yang sakit.

SERANGAN PERIBADI

Debat sudah setengah jam berlalu, tapi kami masih sempat menikmati bakinya dengan penuh khusyuk. Aku kira debat kali ini dikendalikan dengan 'agak' baik oleh Datuk Johan Jaafar yang terkenal dengan 'bias'nya mengendalikan debat sebelum ini. Tapi yang dangkalnya ialah hujjah Shabery yang asyik menghentam peribadi Anwar. Aku bukanlah pencinta anwar. bahkan banyak perkara yang aku tak setuju dengan Anwar. Tapi hujah yang diutarakan Shabery semalam cukup membuat aku rasa menyampah sesampah sampahnya. Sepatutnya Shabery patut di'tongsampah'kan oleh Pak Lah selepas kejadian semalam.

Cuba ngkorang bayangkan apa kaitan perjuangan Anwar pada tahun 1974 dahulu dengan perbincangan semalam yang bertajuk, "Hari ini tukar kerajaan, esok turun harga minyak". Anwar bertindak tidak melayan serangan peribadi yang bertubi2 oleh Shabery kerana aku kira Anwar mahu menggunakan masa yang terhad untuk benar2 membongkar keadaan sebenar isu minyak naik. Kalau Anwar mahu, beliau boleh menyerang balik Shabery tetapi beliau tidak melakukannya kerana ia akan menampakkan kebodohan Anwar. Aku teringat waktu belajar politik di pondok dahulu, kata tok guru,
menyerang peribadi adalah ajaran Yahudi laknatullah! Apatah lagi dibuat di hadapan beribu penonton!

ANTARA BELA KERAJAAN DAN BELA RAKYAT

Yang ketara dalam hujah kedua2 pendebat ialah; Anwar konsisten dengan hujahnya untuk menurunkan harga minyak bagi kesejahteraan rakyat. Maknanya
Anwar ingin membela rakyat. Manakala Shabery pula konsisten dalam hujahnya membela tindakan kerajaan menaikkan harga minyak.Maknanya Shabery ingin membela kepentingan kerajaan. Biar rakyat yang berkorban dan terkorban. Soal inflasi diulang2. Diambil contoh Venezuela yang rendah harga minyaknya hingga ke tahap 10sen seliter (kata Shabery yg baru balik dari Venezuela...isy,isy,), tetap tinggi inflasinya. Begitu juga dengan negara2 pengeluar minyak yang lain. Nampaknya Shabery bermain dengan istilah inflasi untuk mengabui mata rakyat sedangkan hakikatnya, kadar inflasi yang tinggi sebenarnya tidak menggambarkan kos hidup rakyat yang sebenar.

RAKYAT CUKUP MAKAN

Shabery mendakwa walaupun minyak dinaikkan, rakyat Malaysia cukup makan. Aku rasa kalau si miskin yang tak cukup makan tengok tv semalam, mesti dia maki cukup2 si Shabery. Tapi kalau si miskin yang beriman, sudah tentu mengucap panjang dan beristighfar dengan dakwaan itu. Mujurlah kebanyakan si miskin yang tak cukup makan tak ada tv di rumah....Aku harian juga si Shabery ni tak sedar ke tv3 duk asyik tayang program BERSAMAMU. Bukan golongan yang tak cukup makan ke tu? episod makan siput babi, nasi berlaukkan garam, makan ubi kayu, itu semua ditayangkan sebelum kenaikkan minyak. Bagaimana agaknya sekarang? Rasanya makin ramai lah yang bertukar selera dari ikan tenggiri kepada ikan tongkol. Dari ikan tongkol kepada ikan kembung. Dari ikan kembing kepada ikan selayang. Dari ikan selayang kepada ikan bilis. Dari ikan bilis kepada telur. Dari telur kepada tak ada telur...dan seterusnya, seterusnya, seterusnya....

PENGGULUNGAN

Aku sudah jangkakan tujuan SHABERY tayangkan debat ini untuk menunjukkan bahawa kerajaan telus dan terbuka. Beliau gulungkan debat dengan berhujjah bahawa debat tersebut sebagai tanda kerajaan terbuka dan tidak dapat dinikmati keterbukaan itu di zaman Anwar jadi TPM. Sekali lagi beliau serang peribadi. Kali ini di saat Anwar tidak mampu lagi menjawab kerana program berakhir dengan penggulungannya. Bijak, bijak....

Kesimpulan aku ialah debat semalam jelas menunjukkan bahawa tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tidak lain tidak bukan hanya untuk melindungi kepentingan kerajaan dan syarikat kerajaan, jauh sekali untuk buat kebajikan untuk rakyat. Shabery mengakuinya. Inilah dunia yang dikongkong dengan idea kapitalisme. Manakala Pakatan Rakyat yang diwakili oleh suara Anwar inginkan kebajikan yang maksimum untuk rakyat.

Fikir-fikirkanlah....

Analisis: Debat yang menghiburkan, saling raih populariti

Oleh Mohd Sayuti Omar
Rabu, 16 Julai 2008

TEPAT seperti mana kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang debat antara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek tidak sepadan.

Kata Abdul Hadi semasa saya meziarahinya di IJN pagi tadi Anwar sepatutnya tidak layan Shabery, beliau sepatutnya berdebat dengan Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, baru padan kata Abdul Hadi.

Bagaimana pun sekalung tahniah perlu dihulurkan kepada Shabery. Walaupun sampai berbueh mulutnya untuk mematahkan hujah Anwar dan mempertahkan tindakan Perdana Menteri dan bosnya Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak, namun beliau mampu juga memberanikan dirinya.
Sepanjang kira-kira 50 minit perdebatan antara kedua mereka tadi ternyata tidak membawa penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini.

Ia tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat atau memberi tip untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Debat itu walaupun nampak ilmiah tetapi ia lebih kepada hiburan dalam sitkom Senerio.

Formula yang diharap akan dibentangkan Anwar untuk menurunkan harga minyak dan diharap akan digunapakai oleh kerajaan juga kabur. Anwar tidak memperincikan formulanya.

Mungkin itu adalah rahsianya yang akan dikemukakan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan 16 September depan.

Bagaimana pun perdebatan itu memberi keuntungan kepada kedua tokoh berkenaan. Ia mempopularkan mereka.

Anwar yang sudah popular menjadi semakin popular dan penampilan tadi juga menaikkan saham dirinya yang agak mendung sehari dua ini.

Dengan bersedia memenuhi janjinya (hadir berdebat) walaupun dalam keadaan dirinya ditimpa musibah menjadikan orang yakin kepadanya.

Seperti dikatakan tadi walaupun ia tidak memberi banyak faedah, tetapi perdebatan tadi menyeronokkan. Pastinya ia lebih bermanfaat dari rancangan Akademi Fantasi atau pun Jom Heboh.

Bagi Shabery dapat berganding dengan Anwar atas pentas satu tuah sepertilah orang kampung dapat bergambar dengan artis yang hadir di tempat kenduri.

Kesempatan itu diambil sebaik mungkin untuk Shabery meletakkan dirinya sebagai hebat dan akan dijaja kepada orang kampungnya di Kemaman, Terengganu.

Begitu juga, saya percaya penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat yang rindu untuk menatap wajah Anwar di skrin televisyen terubat. Sejak dipecat dari Umno 10 tahun lalu itulah tempoh terlama Anwar muncul di kaca tv dan secara langsung.

Jelas sekali pada semua pusingan Shabery tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya.

Apabila beliau membangkitkan soal peribadi Anwar, menyebabkan beliau menerima tepukan daripada penyokongnya dan menjadikan beliau seolah-olah setanding dengan Anwar yang terus mendapat tepukan, termasuk dari penyokong Shabery sendiri.

Jelas sekali pada semua pusingan Shabery tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya.
Bagaimana pun sekalung tahniah perlu dihulurkan kepada Shabery. Walaupun sampai berbueh mulutnya untuk mematahkan hujah Anwar dan mempertahkan tindakan Perdana Menteri dan bosnya Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak, namun beliau mampu juga memberanikan dirinya.

Kesanggupan itu satu kehebatan Shabery sebenarnya.

Ternyata baik dari segi umur, pengalaman, hubungan kemanusiaan dan cara berhujah Anwar jauh lebih matang dan bijak berbanding dengan Shabery.

Anwar tidak menjawab hal peribadi yang dilemparkan Shabery berkali-kali kepadanya. Dan Anwar juga menunjukkan semangat profesional dan bukan emosi berbanding Shabery yang nampak ego dan besar diri kerana jawatannya itu.

Shabery merujuk Anwar sebagai sdr, sebaliknya Anwar merendahkan diri dengan memanggil Shabery Datuk Shabery.

Di akhir perdebatan Anwar yang melangkah berjabat salam dengan Shabery yang terkaku di rostrumnya kerana masih teruja dengan apa yang berlaku.

Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shabery hanya dua (**) saja. [Berita asal]

Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

Komen Penonton Tentang Debat Anwar & Shabery.

Assalamu'alaikum...

Ni saje nak berkongsi komen, pandangan & pendapat rakan-rakan selepas menonton siaran langsung debat Anwar & Shabery malam tadi...

SMS dari Ramli - Best..

SMS dari Nasta Alviks - Dsai ptt ckp turunkn petrol sm b4 election o lbh rndh.btol?da kalah bab hga.isk

SMS dari Mat Rock Ewan - Hwa.. Hwa.. Hwa.. shabery chik dimalukan secara sinis. Mana x bbuih mulut... Sibuk nak serang peribadi org! Bukannya nak perjelas kemelut minyak. Ha.. Ha.. Menteri penerangan hati x terang

SMS dari Beranang Wan Zamzahidi - Terkedu shabery kena jawapan anwar. Balik balik shabery ckp pasal nak mintak lebih dari petronas padahal kita ckp pasal tak nak membazir duit yg petronas dah bagi kat kerajaan

SMS dari J**** - J**** nmpk shebiri bnyk lari.. Inilah masalah bila berdbt tanpa fakta..bg j****, segala hujah she biri2, lbh kpd serangan peribadi.. cuma j**** harap kan, golongan totok umno n bn sdr..

email dari umar faruqi -
Salam....... ....Erm baru tgk debat antara anwar ngan sabery... tahniah kepada keduanya. Bukan nak komen apa sangat cuma tak puas hati dengan jawaban Sabery tentang persoalan yang di utarakan oleh wakil anwar Saudara Zulkifli Sulong tentang kemana menghilangnya wang kerajaan yang kononnya hasil dari penjimatan adalah untuk kepentingan pengangkutan awam.... Sedara sabery melencong tidak menyentoh sedikitpun adois.... Sedih. Duk usik anwar ngan isu lama jerrrrrrrr.Apapun sekali lagi tahniah, Permulaan yang amat baik sekurangnya debat terbuka seperti ini akan membuka pemikiran rakyat kesluruhan.. .Terasa cam menonton debat antara Presiden Amerika dengan pembangkang di sana... Alangkah moleknya kalau selalu di adakan seperti ini. Takde lah demontrasi sana sini. huhu...Apa komen sahabat????

email dari malaysia news - bagus juga, walaupun (spt yg dijangka) shabery mengambil langkah serangan peribadi, tapi anwar dgn bijak telah mengenepikan segala emosi dlm dan mengambil langkah utk tidak menjawab balik serangan peribadi, perbuatan ini dipuji demi menjaga keharmonian dan matlamat debat itu, kalaulah mahu dijawab serangan peribadi, pasti shabery akan tunggang langgang kerna anwar bukan calang pemidato, juga debat akan lari dari topik.namun ini adalah langkah baik dan harus diteruskan dari semasa ke semasa, bukan hanya bagi meraih popularity waktu BN sedang mengalami kemerosotan .

email dari xstream
- Salam,fuhh debat terbaik pasal turun minyak dari DSAI, Shabery pihak kerajaan terbukti tidak mahu dengar apa2 alasan dan cadangan bernas DSAI. Hujah2 DSAI mantap dan menjurus kepada bagaimana harga minyak dapat dikurangkan tanpa meminta menggunakan duit Petronas dan cadangan turun 50 sen kepada RM2.20 adalah logik dan mampu dilaksanakan sebagai pilihan permulaan sekiranya PR memerintah dan Anwar mengumumkan untuk bertanding dalam masa terdekat. Hujah shabery banyak yang membantah hujahnya sendiri dan banyak kepada serangan peribadi kepada DSAI. Hujah shabery tidak menjawab dan menyangkal logikal rancangan DSAI yang pratikal tetapi lebih berhujah kepada habisnya minyak dan tingginya inflasi negara lain walaupun harga minyak rendah. Anwar membalas dengan bersahaja gayanya dengan memberikan formula -- minyak rendah inflasi tinggi, minyak naik inflasi lagilah melampau naik sambil memberikan maklumat terkini kajian berkenaan inflasi dan menyatakan unjuran inflasi kerajaan tidak tepat dengan keadaan semasa, sambil berseloroh menyuruh shabery membeli ikan dan sayu dipasar. Hujah shabery yang memberitahu beras kita lebih murah dari thailand begitu menggelikan hati, orang citer minyak dier citer beras. Panel shabery pun pelik kerana cuba mengalihkan perhatian berkenaan IP bebas yang dikatakannya tidak berkaitan dengan minyak tetapi anwar membalas ia ada kaitan dengan gas dan gas ada kaitan dengan minyak, sungguh memalukan. Secara ringkas debat tadi 1 DSAI dan 0 Shabery. Shabery letak jawatan!!!! ringkas dari saya.Wassalam

email dari fuzzy 1 - bukan setakat Shabery jer kena letak jawatan .. tu wakil dia org kuat universiti tu yang jadi wakil dia pun patut letak jawatan .. kelulusan dan jawatan jer tinggi tapi bodoh........bagi soalan entah apa2.....

email dari futra -
Tahniah Shabery !!! Berjaya mewakili dan menunjukan kebodohannya dan kabinet BN. UMNO bodoh.....

email dari Mohd Fadzil Hashim
-
Kepada Rakan Alam Maya!

Sungguh malang rakyat Malaysia mempunyai pemimpin dangkal seperti Menteri Penerangan yang jelas gagal mengemukakan hujah dan jawapan yang berasaskan fakta. Walaupun kita sememangnya sudah tahu bahawa beliau bukan lawan DSAI namun sepatutnya wadah debat ini dipergunakan oleh beliau sebagai medan mengemukakan hujah berasaskan fakta dan bukan retorik sejarah, hantam isu peribadi Anwar yang tidak kena mengena dengan tajuk debat.

Wakil Pak Lah tidak langsung menyebut nama rakyat dan rasa prihatin kepada rakyat terbanyak! Walau sudah dijangka tetapi dangkal sangat! Sedih betul melihat pemimpin muda Melayu yang begitu lemah menjadi Menteri Penerangan Malaysia. Memang sewajarnya beliau wajib meletak jawatan dengan seberapa segera.

Tahniah DSAI atas hujah dan etika debat yang cukup sopan dan amat menjiwai penderitaan rakyat terbanyak. Inilah contoh kepimpinan teladan yang patut dicontohi oleh wakil-wakil YB dari BN terutamanya Umno. Adalah diharap dengan ini YB-YB dalam Umno ayuhlah masuk ke Pakatan Rakyat agar perjuangan pembelaan rakyat dapat dibela dan masa depan negara lebih terjamin.

Ulasan-ulasan mengenai debat tersebut tadi:

a) Soalan yang ditujukan kepada Menteri Penerangan lansung tidak dijawab olehnya. (soalan pertama

b) Soalan Dr Nordin Kardin bukan berbentuk soalan, lebih kepada beliau hendak menjadi moderator dan tidak langsung bertanya soalan.

c) Soalan Saudara Zulkifli Sulong langsung tidak dijawab oleh Shabery (mana menghilangnya wang kerajaan yang kononnya hasil dari penjimatan adalah untuk kepentingan pengangkutan awam) dan persolan wang yang dijimatkan kononnya untuk memperbaiki sistem pengangkutan sampai kini tidak habis dibelanjakan.

d) Saudara Anwar telah menyatakan dengan jelas formula untuk mengurangkan harga minyak malah amat terbuka sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas menerima cadangan beliau dan pakatan rakyat. Kurangkan level IPP saving 3b dan ambil 2b dari dividen khas Petronas. DSAI langsung tidak mengatakan bahawa beliau mahu menggunakan wang petronas yang lain.

e) Masa terlalu pendek namun ianya sebenarnya harus dapat membuka minda rakyat siapa yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyat dan siapa yang hanya tahu menyusahkan rakyat.

Kesimpulan mudah dari debat tadi, rakyat harus mengenakan tekanan kepada YB BN samada mereka mengambil idea atau formula yang dibentangkan oleh DSAI untuk mengurangkan harga minyak dan mengurangkan beban rakyat terbanyak. Sekiranya mereka masih gagal dan tidak mahu menerima hakikat yang mereka tersalah langkah maka PRU13 BN wajib dikuburkan.

Ayuh Pejuang2 Rakyat!

Selamatkan Negara Kita--

Datuk Nu Jazlan Mohamad Yb Pulai lagi dangkal. Dia berpendapat Shabery Cik berjaya menundukkan DSAI dengan fakta... fakta apa? Hairan betul YB BN nie... sedih betul orang Pulai yang undi YB nie...Sedihnya bangsaku!

email dari abdul_fatah Abdullah -
Ternyata Anuar menang debat. Sabri patut letak jawatan (kalau dia anak lelaki).Tapi jangan lupa Sabri menang serangan peribadi yang kono dan tak berasas.

Itulah sikit sebanyak komen dari rakan-rakan yang sempat saya ambil untuk kita kongsi bersama...kesimpulannya - kredit penuh untuk DSAI & kredit penuh kita ambik dari Shabery sebab gagal...sekarang kita tunggu mamat ni letak jawatan...

Esok jawatan menteri penerangan kosong...sesiapa yang berminat untuk mengisi jawatan tu...boleh hantar resume direct ke rumah TPM Najib...sekian

Minyak: Pakatan janji turun 50 sen, Shabery anggap Anwar populis?

dipetik dari : mstar

Aku ambil sedikit kenyataan Shabery dalam debat semalam -
  • Sambil menyifatkan pendirian Pakatan Rakyat sebagai sesuatu yang populis, Ahmad Shabery memberitahu, berdasarkan kempen pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu, Anwar telah berjanji akan menurukan harga dengan mengambil kadar ketika itu.
  • "Sebelum pilihan raya harga hanya RM1.91 seliter (sehingga 4 Jun), tak timbul harga semasa sekarang.
  • "Kita kena pegang kepada keadaan asal sebelum pilihan raya umum," kata beliau yang memulakan debat bertajuk Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak anjuran portal berita Agendadaily, yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini bermula pada 9 malam.
Dan aku bagi pihak diri aku sendiri nak tanya balik beberapa soalan dekat Shabery & KERAjaan Malaysia...aku ambik soalan yang sama tapi aku ubah sikit beberapa ayat & aku nak tau apa kata puak-puak penyokong UMNO/BN...confirm soalan ni tak kan sampai pada Shabery tapi aku nak tau jugak apa la agaknya jawapan dari penyokong-penyokong UMNO/BN...

Soalan aku -
  • Sambil menyifatkan pendirian Barisan Nasional sebagai sesuatu yang populis, Topengperak_Xinwugi memberitahu, berdasarkan kempen pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu, Barisan Nasional telah berjanji bahawa tiada kenaikan harga minyak selepas PRU. tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya
  • "Sebelum pilihan raya harga hanya RM1.91 seliter (sehingga 4 Jun), tak timbul harga semasa sekarang.dimana janji KERAjaan dulu?
  • "Kita kena pegang kepada keadaan asal sebelum pilihan raya umum," kata beliau yang memulakan debat bertajuk Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak anjuran portal berita Agendadaily, yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini bermula pada 9 malam.
Cukuplah 1 soalan untuk sessi yang ni...kita tunggu apa jawapan dari pentaksub-pentaksub Barang Naik...

Berani ke depa nak jawab??? aku rasa thread ni akan lengang tanpa sampukan-sampukan dari pro BN...

Debat - Mulut Shabery Berbuih-Buih......

Assalamu'alaikum...

Ni...aku nak mintak tolong sapa-sapa yang ada tisu...tolooong la lap tepi bibir menteri penerangan tuh...pengotoq betoi...

Betul sungguh aku cakap aku tak reti nak komen langsung pasal debat Anwar & Shabery tadi...hampa, kosong, sengal & macam-macam yang tak patut ada dalam debat diutarakan oleh mamat Shabery tu & untuk pihak anwar kredit penuh aku bagi & dari situ aku & keluarga aku bertambah yakin bahawa apa yang Anwar war-warkan selama ni tentang "Hari ni bentuk Kerajaan, Esok Harga Minyak Turun" adalah benar sebenar benarnya, bukan 1 omong kosong & 1 langkah yang amat praktikal yang sepatutnya diambil oleh kerajaan yang memerintah.


Dari awal debat lagi dalam sessi ucapan pembukaan DSAI telah mula mejelaskan beberapa fakta penting yang lojik dijadikan panduan dalam menguruskan ekonomi Malaysia berbeza dengan Shabery yang dari awal ucapan pembukaan telah mula menyerang peribadi DSAI malah ucapan pembukaan beliau langsung tidak menangkis hujah DSAI & yang paling memalukan ialah - lari dari topik...orang suruh debat minyak...yang hang dok cerita pasal demonstrasi tu apahal?


Lap ayaq liyor tuh!


Masuk pusingan kedua pulak...soalan dari wakil Shabery bertukar jadi cemuhan@sindiran...aku pun tak paham apa sebenarnya yang Nordin ni nak tanya...yang aku paham ialah Nordin ni cuba berceramah...ni memang mentaliti UMNO/BN...selalu tak reti nak sesuaikan keadaan dalam majlis...majlis nasyid depa bantai dangdut... ( ni contoh je )...


Soalan dari wakil Anwar pulak ialah tentang langkah penjimatan yang KERAjaan umumkan pada tahun 2004 bagaimana ianya dibelanjakan kerana hakikatnya sampai kehari ini kita tak nampak langkah yang KERAjaan ambil & dimana ianya dibelanjakan tidak dijawab oleh Shabery tetapi sebaliknya mamat mulut berbuih ni telah melakukan aksi balik kuang & menyerang peribadi DSAI tanpa menjawab soalan dari Zulkifli.

Lap ayaq liyor tuh!


Masuk pusingan seterusnya soalan Cepumas pun hal yang sama terjadi...Anwar tetap konsisten dalam berhujah & hujah Anwar bertepatan dengan tajuk debat malam ini.boleh dikatakan Anwar memang berjaya membawa berbagai formula untuk meminimakan beban kepada rakyat melalui cara pengurusan dana-dana & sumber kewangan yang ada manakala Shabery pula hujahnya "0"...wakil Shabery pun 1 hal jugak bila terlalu nak tunjuk hebat mengutarakan soalan tetapi terlupa untuk meneliti fakta...akhirnya termakan diri...


Pusingan seterusnya aku dah malas nak ulas apa-apa...sama jugak dengan pusingan yang awal tadi...Anwar berhujah dengan fakta, Shabery pulak menyerang peribadi...ni betoi punya hablau...patut la si jebat blogger awal-awal dah panggil Shabery ni Strawberi@shebiri-biri...agak kurang sesuai pada awalnya tapi diakhirnya lepas tengok gelagat Shabery ni memang bertepatan...mengembek mengembek mengembek tak tahu kenapa...


Lap ayaq liyor tuh!


Kesimpulan pada debat tadi
  • dipihak wakil PR - fokus pada tajuk tidak lari dalam hujah-hujah yang diutarakan & yang amat membanggakan ialah fakta-fakta yang diutarakan oleh Anwar ada fakta-fakta yang lojik & diyakini sebagai 1 formula yang baik untuk menyelesaikan masalah harga minyak di Malaysia.
  • dipihak wakil BN - dari awal lagi fokus & hujah tidak ada kena mengena dengan tajuk debat tetapi lebih kepada hujah menyerang peribadi lawan & apa yang kita lihat ialah sememangnya kerajaan tidak punya formula untuk menyelesaikan krisis ini.
  • hujah Shabery juga sudah selalu kita dengar dari semua wakil UMNO/BN iaitu GLOBAL, GLOBAL, GLOBAL & GLOBAL...tanpa langsung ada penafian menyanggah hujah Anwar...kita debat isu minyak & sepatutnya Shabery kena sanggah hujah Anwar dengan fakta & bukannya menyerang peribadi yang tak ada kena mengena dengan isu minyak...
Entahlah...tak tau aku nak komen macam mana dah...yang pastinya, hasil melalui debat tadi dapat disaksikan & diadili oleh seluruh rakyat yang memerhati...kalau ikut pandangan aku...Shabery berjaya membuktikan 100% kepada rakyat bahawa KERAjaan UMNO?BN memang lemah baik dari segi politik mahupun pengurusan...disertai pulak oleh menteri-menteri otak kosong macam Shabery...lagilah hancur Malaysia lepas ni...

Aku tertarik pada 2 perkara dalam hujah Anwar & Shabery tadi...menarik dipihak Shabery bila dia jelaskan kekuatan Petronas hari ini adalah kerana KERAjaan UMNO/BN...tapi aku nak sangkal dakwaan tu dengan kenyataan ni - kalau parti lain yang membentuk kerajaan, Petronas juga akan berada pada tahap ini malah aku yakin kedudukan Petronas lebih baik dari hari ni dibawah kerajaan parti bukan UMNO/BN...


Menarik dipihak Anwar pula ialah kenyataannya - harga minyak di Arab Saudi rendah tetapi inflasinya tinggi manakala harga minyak di Malaysia pula tinggi tetapi kadar inflasi pula LEBIH TINGGI!...


fikir-fikirkan...


p/s - Datuk Nu Jazlan Mohamad Yb Pulai lagi dangkal. Dia berpendapat Shabery Cik berjaya menundukkan DSAI dengan fakta... fakta apa? Hairan betul YB BN ni...

Debat bersejarah Anwar-Shabery

Jul 15, 08 11:19pm - malaysiakini

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek mengambil bahagian dalam perdebatan bersejarah mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam ini.

Perdebatan tersebut yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.

Ia bermula jam 9 malam dan berakhir selama sejam.

anwar ibrahim and ahmad shabery cheek debate 150708 02Orang ramai menonton secara langsung perdebatan tersebut di Internet melalu Global Media Channel dan BernamaTV - atau di TV yang disiarkan oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV.

Perdebatan tersebut bermula dengan Anwar dan Shabery, masing-masing diberi masa empat minit sebagai pembuka bicara. Ia diikuti dengan soalan dari moderator, Datuk Johan Jaafar yang juga pengerusi DBP.

Kemudiannya dua ahli panel yang masing-masing mewakili Shabery dan Anwar bertanya soalan kepada kedua-duanyanya. Mereka ialah Editor Siasah, Zulkifli Sulong dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Nordin Kardi.

Anwar berkata kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40 peratus sekarang, kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurun harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat.

Dengan itu, katanya, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugiaan.

Di samping itu, katanya, lebih banyak lagi dapat diselamatkan jika dapat dikurangkan kebocoran yang berlaku, termasuk RM700 juta akibat kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel.

Menurutnya, kerajaan juga boleh memperuntukan RM1 bilion daripada dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak.

Berdasarkan cadangan tersebut, katanya, harga petrol boleh diturunkan sebanyak 50 sen kepada RM2.20 selitar.

anwar ibrahim and ahmad shabery cheek debate 150708 05"Saya minta dengan baik dan ikhlas, betulkan ini, kita boleh jimat ini," katanya.

Dalam ucapan pembukaannya, Anwar menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringan beban rakyat akibat kenaikan kenaikan mendakwa harga bahan bakar tersebut.

Menurutnya, pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.

Shabery pula menjawab kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 selitar dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.

Lagi pula, tambahnya, harga minyak dipengaruhi oleh faktor global. Beliau mengimbau krisis global pada 1973-74 di mana rakyat menyokong tindakan Tun Razak Hussein menubuhkan Petronas, tetapi mendakwa Anwar membantah, sepertimana yang dilakukannya sekarang.

Menurut Shabery lagi, jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntung orang berada dan juga rakyat asing. Oleh itu, katanya, mengapa tidak wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya.

Menurutnya lagi, Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.

Anwar bagaimanapun berkata, negara ini tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.

Menurutnya, kenaikan mendadak harga minyak telah membebankan golongan miskin dan yang terpinggir dan meningkatkan lagi beban hidup mereka.

Tambahnya, Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat minyak tertinggi dari segi keuntungannya.

Bagaimanapun, katanya, Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan 50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu. Malah, katanya, kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja.

Shabery kemudiannya menarik perhatian hadirin ke negara Venezuela dan Iran, yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi. Tetapi di Malaysia, katanya, kerajaan berjaya menangani krisis makanan, malah menurutnya harga beras di negara ini lebih murah dari Thailand. Jadi katanya tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan.

Anwar pula menegaskan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak, menghasilkan RM360 juta kepada negara. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara.

Shabery kemudiannya membangkitkan bahawa IPP wujud ketika Anwar dalam kerajaan, dan mendakwa bekas menteri kewangan itu mempertahankan kontrak mereka ketika itu.

Malah, katanya, Anwar menggunakan kaedah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk cuba menangani krisis pada 1997-98. Tambahnya, walaupun rakyat dalam kesukaran, tetapi mereka masih cukup untuk makan.

Anwar pula bertanya mengapa kerajaan memungkiri janji pilihanraya untuk tidak menaikkan harga minyak. Sebaliknya, kata beliau, kita harus melihat Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport minyak.

Shabery kemudiannya menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara utama pengeluar minyak dan menurutnya hanya 26 peratus keuntungan Petronas datangnya dari sumber tempatan dan syarikat minyak negara itu menggunakan keuntungannya untuk mencari minyak di luar negara. Dan Petronas kini muncul sebagai sebuah syarikat minyak terkemuka.

Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenai. Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan.

Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi yang menanggung kerugian adalah Petronas dan TNB.

Katanya, kebocoran dan kronisme boleh ditangani dan menjimatkan sejumlah RM3 bilion. Malah, kata Anwar lagi, tindakan menaikkan secara mendadak harga minyak adalah preskripsi IMF.

Oleh itu, katanya, adalah satu fitnah untuk mengatakan bahawa beliau tunduk kepada kehendak IMF sewaktu krisis ekonomi pada 1997-98.

Anwar berkata, terdapat dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar kepada kerajaan tahun ini, dan mengapa tidak boleh diambil RM1 bilion untuk mengurangkan harga minyak.