Apapun kami tetap berpijak dibumi yang nyata. Pemimpin PAS itu tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan demkian, dikala penubuhan kerajaan baru sedang rancak diusahakan. Apakah Anwar terlalu "bangang" dan "bodoh" untuk memusnahkan agama dan bangsanya sendiri. Apatah lagi agama Islam itu dalam menentukan hala tuju kerajaan baru yang bakal ditubuhkan nanti.
Bukankah beliau telah beberapa kali mengadakan perundingan dengan pemimpin Pakatan Rakyat dalam merealisasikan hasrat tersebut sebelum ini. Mengapakah isu ini dimainkan oleh media rasmi parti itu ? Bukankah ia satu petanda yang PAS masih sangsi untuk "duduk semeja" dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat?.
Kami melihat kenyataan Hj.Hadi ini, ada baiknya tetapi mengundang kegusaran yang melampau dikalangan kaum-kaum lain dalam Pakatan Rakyat sebenarnya. Apatah lagi beliau juga ada menyatakan bahawa PAS lebih mengharapkan wakil-wakil rakyat UMNO untuk menyertai mereka dalam membina kekuatan orang Melayu dan Islam di negara ini.
Biarpun ia agak menarik untuk diperkatakan, namun dalam keadaan sekarang kenyataan sebegini seolah-olah berbaur "perkauman". Bayangkan jika parti dan pemimpin kaum lain dalam Pakatan Rakyat turut mengeluarkan pandangan dan syarat yang sama untuk penubuhan kerajaan baru itu? Apakah akan terjadi kepada hasrat Anwar ini? Bukankah ianya akan "tersadai" begitu sahaja?
Kita mengambil contoh, andainya DAP dan beberapa kerat pemimpin kaum lain (Cina dan India) dalam PKR berubah haluan dan meminta syarat yang sama. Bukankah kecoh jadinya. Mungkin juga akan menjadi lebih parah lagi andainya DAP dan mereka berkomporomi pula dengan MCA dan Gerakan dalam pembentukan kerajaan baru?. Ini harus dilihat dari aspek yang lebih luas lagi.
Kenyataan Hj.Hadi itu boleh mengundah padah jika ia tidak ditangani dengan betul. Tajuk utama Harakah yang terpapar "AMARAN", jelas sekali ianya mengertak Anwar dalam hal ini. Sepatutnya perkara ini dibincangkan dengan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dan jangan dilontarkan kepada pihak media yang akhirnya ia akan disensasikan begitu sahaja. Kita khuatir "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" nanti. Akhirnya kita yang "akan berputih mata" begitu sahaja.
Maka itu, Pahang Daily melihat, akhbar lidah rasmi parti PAS itu tidak memainkan isu ini berterusan. Tambahan pula disiarkan dengan tajuk besar dimuka hadapan akhbar tersebut. Adalah lebih elok perkara sebegini dibincang diperingkat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat daripada dibiarkan "bocor" dan "heboh".
Kita khuatir musuh terutamanya pemimpin BN dan UMNO akan mencari kesempatan untuk mengeruhkan lagi suasanan yang sedang harmoni ini. Mereka juga melihat strategi yang digunakan sebelum ini, iaitu isu "mubahalah" ternyata gagal memikat parti Islamm itu untuk berkompromi dengan UMNO dalam memperjuangkan masa depan bangsa Melayu dan Islam di negara ini. Berhari--hatilah dalam membuat kenyataan yang ternyata bakal mengundang padah akhirnya.-Pahang Daily
[Kami memohon maaf sekiranya artikel ini tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak. Ini adalah "pandangan peribadi" Pahang Daily sendiri dan bukanlah kenyataan daripada pucuk pimpinan PKR. Ambillah ia sebagai satu tauladan dan sempadan. Kami hanya berbicara soal kebenaran, kerana laporan muka depan Harakah itu memang ternyata amat berat untuk diterima oleh sesetengah pihak. Janganlah menyalahkan kami sekadar kenyataan ini. Tkasih]
-Pahang Daily




Presiden penaja CYM, G Manivanan Gowin berkata hari ini, kempen mengutip tandatangan juga dilancarkan selama seminggu untuk mendapatkan sokongan bagi menuntut semula tapak tersebut.
Tanah tersebut telah diserahkan kepada kerajaan negeri, tetapi kemudiannya diperolehi oleh pihak-pihak persendirian termasuk MIC. Tanah tersebut telah dimajukan untuk tujuan komersial.
MIC, tegasnya, mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat India Malaysia.