"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, June 30, 2009

Bila TGNA Bicara

Jadi kecohlah kem UMNgOk bila TGNA dalam 1 siri ceramahnya di La'loh, Manek Urai menegaskan bahawa UMNgOk itu macam Komunis dan ajaran sesat Ayah Pin.

Pemuda UMNgOk kecoh siap buat laporan polis. veteran UMNgOk sampai hentak-hentak meja masa sembang dengan aku. "mana boleh TGNA tuduh UMNgOk macam komunis daan ajaran sesat Ayah Pin..!" kata veteran UMNgOk.

Bila aku panaskan lagi keadaan tu langsung veteran UMNgOk tu bangun berdiri macam nak bergocoh dengan aku. aku bantai gelak je... hahaha... langsung dia bawak keluar hujah dangkal dia pasal hudud.

Kata veteran UMNgOk tu - "PAS dah perintah Kelantan lebih 4 penggal, mana hukum hudud? berapa orang dah rakyat Kelantan yang kena potong tangan..?" kata veteran UMNgOk tu.

Aku jawab balik dekat dia macam yang TGNA cakap...

Aku lari sikit dari topik asal... aku tanya dia, apa beza kerusi kayu dengan kerusi plastik..? veteran tu jawab...
"2-2 sama je kerusi... rupa bentuk lain, tapi sifatnya sama, untuk kita duduk".

Jawapan tu dah jelaskan pada dia apa yang TGNA jelaskan... aku bagitau dia... sama la macam yang TGNA bagi tau... UMNgOk tu "macam" komunis... sifatnya sama.... tolak hukum Tuhan. tak betul ke? untuk me"macam"kan 1-1 dengan yg lain cukup ada 1 persamaan.

Telinga mamat tu kembang "macam" kuali. awek tu kurus "macam" lidi, gemuk badak, bodoh macam lembu... "macam"...

UMNgOk tolak hukum Tuhan "macam" ajaran Ayah Pin. UMNgOk zalim "macam" komunis sebab pertahankan ISA, jadi apa masalahnya?

Veteran tu senyap... muka dah merah "macam" udang kena bakar... "macam" jugak tu kan..?

Masuk bab hudud pulak... aku malas nak bagi hangat lagi cuma aku tanya dia adakah kalau dibuat hukum hudud tu semata-mata untuk nak potong tangan orang? veteran diam... sedut rokok lagi dalam-dalam.

Aku tanya dia, kalau hukum hudud dijalankan di Kelantan atau Malaysia, berapa ramai agaknya pemimpin UMNgOk yang kudung atau kena sebat..? dia soal balik aku, "kau ingat pemimpin UMNgOk ni jahat sangat ke sampai kau tanya aku macam tu..?"... hahaha...

Aku gelak je sambil soal balik dia - habis masa abang tanya soalan pasal hukum hudud tu abang ingat semua orang Kelantan jahat ke..? veteran tu terus duduk. paham kan?

Kah kah kah kah kah...!!! TKO.

Salam Dari Manek Urai.

Manek Urai: Bongoknya Penyokong UMNgOk - malaysiakini

Aku masih dalam mood nak membantai penyokong UMNgOk yang terbukti bongok.

Bukan marah, tapi sedih... sedih bila tengok orang-orang yang sepatutnya jadi bijak pandai terpaksa akur menjadi Bongok didalam Parti Ngok UMNgOk...

Bila aku paparkan jawatan yang dipegang oleh calon UMNgOk semasa berada dalam KESEDAR, rata-rata komen dari penyokong UMNgOk mempersoalkan jawatan tersebut. rata-rata bongok menolak kenyataan aku. "mana ada jawatan CEO dalam KESEDAR..?" lebih malang lagi bila ada yang mengaku kakitangan KESEDAR tapi tak tau pulak ada jawatan CEO dalam KESEDAR.

Bongok sungguh... maka timbul persoalan dalam kepala otak aku... yang mengaku kakitangan KESEDAR tu, dalam setahun, berapa kali je kamu masuk pejabat?

Aku yakin dalam post aku yang berkenaan dengan hal ni, tak ade Bongok UMNgOk akan menyampuk nak komen... kalau ada pun, mesti komennya jauh tersasar dari topik dalam post ni... tak caya kita tunggu...

TungakLangit akan tinggalkan komen pasal Hudud, Zali macam biasa la... 2-2 patah komen yang langsung tak bermakna... yang lain-lain korang tau la kan... UMNgOk...

Yang mengaku kakitangan KESEDAR langsung tak kan muncul... bz la kononnya... tak dapat online 2-3 hari ni... dalam post lain yang tak de isu CEO nanti muncul balik la tu...

Ala... tukar la id... bukan orang tau pun... Allah je tau... tu antara kamu dengan Allah... aku tak campur...

Kah kah kah kah kah ... !!!

KESEDAR tak de jawatan CEO..? Kah kah kah kah kah ... !!!

Betul-betul lembu Bongok...

Salam dari Manek Urai.

Manek Urai: 2 Soalan Untuk Penyokong UMNgOk - malaysiakini

Dekat bawah ni ada satu petikan berita... saja aku paparkan... 2 dalam 1. maksud 2 dalam bagi aku sebab ada 2 penjelasan dalam 1 berita. sebelum ni dalam post aku yang sebelumnya ada mangkuk ayun UMNgOk dok tembak aku kononnya aku paparkan berita tanpa fakta dan berita aku adalah palsu semata-mata.

Berita tanpa fakta yang dimaksudkan oleh mangkuk ayun UMNgOk ialah tentang jawatan CEO yang dipegang oleh calon UMNgOk Maanek Urai. kata mangkuk ayun UMNgOk, "mana ada jawatan CEO dalam KESEDAR.

Jadi korang baca dulu petikan berita dekat bawah...
Tamat berita... jadi aku nak tanya mangkuk ayun mangkuk ayun UMNgOk - ada atau tak ada jawatan CEO dalam KESEDAR..? kalau jawapan korang ialah TAK ADA, aku nak tanya balik, berita dekat atas yang aku ambik dari media perdana tu pun tipu ke?

Lagi satu soalan untuk mangkuk ayun UMNgOk - kalau jawapan korang - "oh... ada rupanya..."... maka soalannya ialah - KENAPA KORANG BODOH SANGAT..?

Mekasih...

Salam dari Manek Urai.

Manek Urai: Pangkah UMNgOk, Murtad..! - malaysiakini

Entah sape punya akal gila babi aku tak tau, menjelang Pilihanraya Kecil Manek Urai, kem UMNgOk dah mula berkempen dan antaranya melalui perang saraf. UMNgOk telah mewujudkan 1 kumpulan yang telah bertindak menyamar sebagai jentera Muslimin dan juga Muslimat PAS di Manek Urai.

Jentera samaran ini menyusup dari kampung ke kampung, rumah ke rumah dengan membawa imej dan juga watak jentera PAS. jentera "Muslimin klon" yang terpilih, berjubah, memakai serban dan berperwatakan seakan-akan geng-geng tabligh manakala "Muslimah klon" yang berjubah labuh ini bergerak dalam 1 kumpulan kecil.

Kempen mereka amat mudah, bertemu dengan bakal pengundi seolah-olah jentera PAS, bermodalkan beberapa ayat suci Al-Qur'an kemudian mengingatkan para bakal pengundi bahawa jika mereka mengundi UMNgOk, mereka dikira sebagai Murtad.

Taktik ini dipangggil taktik "reverse phsycology". membangkitkan kebencian melalui cara yang paling halus. mereka yang mendengar hujah dangkal dan bacaan ayat suci Al-Qur'an jentera gila ini akan merasa benci dengan cara kempen yang dianggap keterlaluan bagi sebuah parti yang mendokong Islam.

Tujuannya mudah... memupuk perasaan benci melalui kempen yang keterlaluan. jentera PAS dan penduduk Manek Urai sila ambil perhatian. jangan terpedaya dengan samaran mereka-mereka yang gila ini.

Kenali jentera anda sendiri.

Kalau perlu, tangkap mereka-mereka yang menyamar ini, dedahkan siapa mereka sebenarnya. kita lihat siapa yang kena..!

Salam dari Manek Urai.

Monday, June 29, 2009

Manek Urai: Tuan Aziz Dapat Durian Runtuh - malaysiakini

Aku tak nak cerita panjang lebar... cuma ada sikit persoalan, sape-sape yang rasa boleh jawab tolong jawab.

Calon UMNgOk untuk Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai berumur 39 tahun semasa dia meletak jawatan sebagai CEO KESEDAR. kalau ikut pada umur Tuan Aziz, dia tak layak menerima pencen kerana umurnya tak cukup 50 tahun semasa dia bersara.

Tapi yang bagusnya ialah, Tuan Aziz merupakkan ahli UMNgOk dan dia juga merupakan team Bijan, Perdana menteri Malaysia.

Oleh kerana itu, atas "Kuasa Istimewa Perdana Menteri", Tuan Aziz layak menerima pencen.

Aku tak arif sangat dalam hal ni, cuma yang aku paham, ahli UMNgOk ada "keistimewaan". apa barang pun boleh ejas.

Apa kata korang-korang yang lebih arif..? kalau ikut undang-undang macam mana? boleh ke macam tu? ada unsur-unsur salah guna kuasa Perdana Menteri ke dalam hal ni?

TEMBAK..!

Manek Urai: Tukar Calon, UMNgOk Kuala Krai Serabut - malaysiakini

Jadi semalam bersembanglah aku dengan orang kuat UMNgOk kelantan di 1 lokasi rahsia. topik utama sebaik saja aku mengadap otai ni ialah - macam mana nama calon boleh bertukar disaat-saat akhir..?

Belum lagi aku bukak mulut, otai depan aku dah bersuara "last minit tukar calon kita"... hahaha... aku bantai gelak bila dengar ayat "kita" tu... Khak Ptuih..! aku ludah... tapi dalam hati je la...

Saje aku bagi panas otai ni... aku cakap dah balik ke zaman flip flop Pak Lah pulak UMNgOk ni... ingat zaman flip flop dah abis, rupanya belum lagi sambil gelak.

Otai depan aku tepuk dahi sambil tarik nafas panjang... "ha...tu la dia... tengahari tu dah kemas dah orang kita dok pegang Che Jalal Muda jadi calon, tak tau macam mana bila Muhyiddin datang, terus tukar last minit..!"

Aku cuba selongkar apa sebab boleh bertukar saat-saat akhir. otai pun cerita la dengan panjang lebar... aku ringkaskan... malas nak cerita panjang-panjang hal dalam kain UMNgOk... bukan ada pekdah pun... Zali, Tungak Langit, Ziee Lipan dan lain-lain geng-geng UMNgOk kalau nak tau panjang lebar, jangan malu-malu turun Kelantan... aku bawak korang jumpa otai kita sembang... berani ke korang..?

Che Jalal Muda ni sebenarnya datang dari kem Pak Lah, sepanjang masa ni team ni dok sibuk berkempen melobi dan juga dok sibuk membeli jiwa orang-orang Manek Urai bersama dengan geng tingkat 4. dekat sini ada sikit komplikasi.

Aku tak dapat pastikan kedudukan KJ dalam hal ni sebab bila aku tanya macam mana reaksi Pemuda, otai cakap ok... Pemuda semua ok sebab Tuan Aziz ni memang orang Pemuda dan dapat sokongan Pemuda. Che Jalal pun dapat sokongan Pemuda jugak tapi sebab Che Jalal dah tabur... hahaha... Wang Malaysia la tu..!

KJ ni jenis 2 alam... mana-mana pun dia boleh masuk, asal boleh hidup. tak kan korang tak tau...

Nama Tuan Aziz ni dinamakan pada saat-saat akhir kerana nak mengelak dari perpecahan dan amukan dalam UMNgOk Kuala Krai. Che Jalal,Bosnya dan kuncu-kuncunya dikatakan terlibat dalam satu konspirasi dalam siri pemilihan Ketua Bahagian yang lepas.

Team Che Jalal dan bosnya terlibat dalam kerja membatalkan mesyuarat 28 bahagian UMNgOk Kuala Krai dalam usaha menjatuhkan atau menggagalkan keputusan mesyuarat bahagian yang telah diadakan setelah keputusan mesyuarat tersebut tidak memenuhi kehendak mereka.

Bermula dari situ, timbulnya dendam terhadap team ini kerana kerja jahat team ini. 28 bahagian UMNgOk Kuala Krai tidak sependapat dengan team ini kerana kerja jahat mereka dalam pemilihan Ketua Bahagian yang lepas dan dendam tersebut masih tersimpan sampai hari ni. agaknya dah sejuk sikit kot sebab pertukaran calon semalam.

Jadi kesimpulannya ialah, UMNgOk Kuala Krai dan juga UMNgOk Kelantan sekarang telah terbahagi kepada beberapa team... perpecahan tetap ada. kerja-kerja kempen pilihanraya tetap akan berjalan seperti biasa sebab masing-masing dah mengira habuan yang akan mereka dapat. kalah tetap kalah tapi yang penting... MASYUUUK..!

Calon UMNgOk untuk pilihanraya Manek Urai pula dah dapat durian runtuh dari awal lagi... nak tau apa dia..? tunggu post seterusnya...

Sunday, June 28, 2009

Manek Urai: Bertukar..!

Akhirnya, calon UMNgOk/Barisan Nasiyonal diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin di Markas UMNgOk Sungai Chor petang tadi.

Tidak mengejutkan bilamana calon yang diumumkan tidak menepati maklumat awal yang diperolehi dimana nama Tuan Aziz Tuan Mat diisytiharkan sebagai calon UMNgOk dan bukannya Che Jalal Muda yang sebelum ini telah memperolehi 95% undian dalam 1 pemilihan yang diadakan oleh UMNgOk Kelantan.

Perkara sebegini biasa berlaku didalam UMNgOk.

Tidak dapat dipastikan apa yang sebenarnya berlaku disaat-saat akhir tetapi seperti yang telah dimaklumkan didalam post sebelum ini -
Yang pastinya, ada "individu tertentu" yang terpaksa berputih mata akibat pertukaran nama calon tersebut.

Siapa "individu tertentu" yang dimaksudkan..? kita tunggu maklumat seterusnya. yang pastinya ialah, terdapat 3 nama yaang dicalonkan oleh tiga kumpulan dalam UMNgOk, ada yang dicalonkan dan ada juga yang menawarkan diri.

Ada juga yang telah "bersuara"... siapa yang telah "bersuara"..? klik disini kalau nak tahu.

Manek Urai: Taukeh Ikan Lawan Taukeh Getah - malaysiakini

Petang ni di Manek Urai jam 4 petang, UMNgOk akan mengumumkan calon mereka. Mahyuddin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan mengumumkannya calon tersebut. jika tiada aral melintang, akan bertembung 2 orang taukeh besar di Manek Urai...

PAS mempertaruhkan taukeh ikan dan UMNgOk pula mempertaruhkan taukeh getah. secara peribadi aku nampak kelebihan ada pada calon PAS yang merupakan seorang peniaga ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Calon UMNgOk pula nampaknya terpaksa bekerja keras untuk menambat hati bakal pengundi.

Kenapa aku cakap macam tu..? sebabnya pada pandangan kasar aku, taukeh ikan yang ditonjolkan oleh PAS lebih dikenali kerana majoriti penduduk Kuala Krai khasnya Manek Urai sudah kenal akan calon PAS. majoriti penduduk Kuala Krai pasti pernah berurusan dengan Fauzi Abdullah di pasar Kuala Krai dalam urusan jual beli ikan. kah kah kah kah kah ... !!!

Tapi rasa-rasa koran la... adakah majoriti penduduk Kuala Krai pernah berurusan dengan taukeh getah..? erm...

Secara lojik la... setiap rumah wajib ada dapur dan mustahil ada isi rumah yang tak makan ikan dan secara lojik juga, bukan setiap tuan rumah ada kebun getah... jadi...

Korang pikir la sendiri..! kah kah kah kah kah ... !!! pimpinan PAS memang bijak dalam memilih calon. tahniah.

Dekat bawah ni ialah gambar-gambar sekitar majlis pengisytiharan calon PAS di Manek Urai Lama yang tak sempat aku uploadkan haritu. agak-agak korang la... dapat ke UMNgOk kumpulkan jumlah penonton sebagaimana yang PAS dapat kumpulkan..?

Punggah pakai bas tak aci woi..!

Laluan masuk ke Manek Urai Lama sesak sepanjang 5km seawal jam 8:00 malam.

TGHH menyambut ketibaan TGNA.

Saifuddin Nasution membangkitkan isu royalti minyak kepada negeri Kelantan yang selama ini tidak dibayar dan disembunyikan dari pengetahuan umum melalui penyelewengan fakta.

TGNA - Ikon Rakyat Kelantan dan hampir seluruh rakyat Malaysia. Baik dari Pakatan Rakyat, mahupun UMNgOk, jarang yang tidak kenal TGNA. Husam pun apa kurangnya..? cukup digeruni oleh UMNgOk... kalau Husam naik, UMNgOk terkubur terus... kata orang UMNgOk... ooo... dekat Husam gerun, dekat Tuhan tak gerun a..? NGOOOk...!!!

PAS dan DAP di atas 1 pentas bukan 1 perkara baru lagi. konsep 1Malaysia sudah sebati lebih dari 10 tahun dalam Pakatan Rakyat sedangkan UMNgOk masih terkapai-kapai cuba menjelaskan apa itu 1Malaysia kepada ahli UMNgOk yang memang NGOOOK...!!!

Sebelah kanan pentas utama... melimpah dengan lautan manusia.

Sebelah kiri pentas utama juga penuh dengan lautan manusia...

Zoom out... Hampir 10.000 pengunjung... media perdana sembunyikan fakta sebenar.

Dato' Kamaruddin Jaafar.

Calon PAS, Fauzi Abdullah seorang peniaga ikan di Pasar Besar Kuala Krai. berumur 50 tahun, lahir di Guchil, mempunyai seorang isteri, bapa kepada 5 cahayamata (4 lelaki dan 1 perempuan), meneruskan perniagaan keluarga sejak tahun 1980.

Beliau adalah seorang yang amat mudah didekati oleh sesiapa sahaja. amat dikenali penduduk tempatan Kuala Krai kerana kebiasaannya yang mudah menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan atau apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang mengadu masalah kepada beliau. ini antara kelebihan yang ada pada Fauzi Abdullah.

Dari segi politik pula, beliau adalah seorang Ahli Majlis Daerah Kuala Krai dan juga sebagai Bendahari PAS Kuala Krai. dikatakan juga pernah memegang jawatan sebagai penyelia DUN.

Dari segi keperibadian pula, beliau adalah seorang yang taat menjalankan suruhan agama, mudah didekati baik kawan mahupun lawan, mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan amat bertanggungjawab didalam menjalankan amanah.

TGNA membacakan doa memohon keberkatan dari Allah kepada calon yang ditonjolkan olh PAS dalam pilihanraya DUN Manek Urai.

Lain semua ok... semua ngam... yang paling ngam dan sempoi ialah selipar jepun Dato' Husam... hahaha... sempoi... Hisham Rais Tukar Tiub mesti cakap "Husam Cool...!"... hahaha...!!!

Manek Urai: Che Jalal Muda Wakili BN - malaysiakini

Jam 4 petang ini bertempat di markas UMNgOk/Barisan Nasiyonal yang masih belum disahkan (dalam DUN Manek Urai), Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Mahyuddin Yasin akan mengumumkan nama calon yang akan mewakili UMNgOk/Barisan Nasiyonal menentang pencabarnya Fauzi Abdullah dari PAS.

Mengikut maklumat dari team risikan Perisik Rakyat, Naib Ketua UMNgOk Bahagian Kuala Krai, Che Jalal Muda telah terpilih untuk mewakili UMNgOk/Barisan Nasiyonal dalam satu pemilihan yang telah diadakan awal minggu ini oleh UMNgOk Kelantan setelah berjaya mendapat sebanyak 95% undi dari ketua-ketua bahagian yang memilih.

Tidak banyak maklumat yang diterima mengenai calon tersebut (Che Jalal Muda) setakat ini tetapi apa yang menariknya ialah, Pilihanraya Kecil Manek Urai bakal mencatat sejarah yang unik bilamana calon-calon yang mewakili parti masing-masing mempunyai latar belakang yang hampir sama.
  • PAS menampilkan Fauzi Abdullah, seorang peniaga ikan atau "taukeh ikan" yang terkenal di Kuala Krai manakala UMNgOk pula menampilkan Che Jalil Muda, seorang peraih getah atau "taukeh getah" yang juga dikenali di Kuala Krai.
Setakat ini, jika dilihat secara kasar, ke 2-2 calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Manek Urai mempunyai pengaruh masing.

Pihak kami juga telah mengadakan 1 survey di ke 2-2 kem iaitu PAS dan UMNgOk dan hasil survey kami didalam kem PAS berkeputusan bahawa penyokong-penyokong PAS tidak peduli siapa yang dicalonkan, asal sahaja menggunakan lambang Bulan Purnama, maka itulah pilihan mereka.

Di kem UMNgOk pula, kebanyakan survey tidak yakin UMNgOk boleh menang di Manek Urai dan ada juga yang mengatakan bahawa agak sukar untuk UMNgOk menang tetapi peluang untuk menang tetap ada.

Dalam satu perkembangan yang lain, pimpinan UMNgOk Kelantan masih tidak yakin bahawa calon yang dinamakan (Che Jalal Muda) akan mendapat sokongan menyeluruh dari para penyokong dan jentera UMNgOk sehingga calon UMNgOk diisytiharkan secara rasmi petang ini.
  • "ketika ini semua jentera kelihatan amat komited dengan kerja-kerja kempen pilihanraya, semua jadual yang diatur setakat ini, dapat diselesaikan dengan bantuan para petugas tetapi ini adalah situasi sebelum calon diisytiharkan. kita risau sekiranya selepas calon diisytiharkan dan ianya (calon tersebut) bukan pilihan akar umbi, maka jentera-jentera yang biasa bertugas akan menarik diri sebagai protes."
Hal ini ada benarnya juga kerana kami mendapat maklumat, berlaku kegiatan melobi calon oleh ketua-ketua bahagian yang memilih dan jika maklumat ini benar, maka jelas bahawa calon yang mendapat 95% undi ketua bahagian yang memilih bukan pilihan akar umbi sebaliknya pilihan mereka-mereka yang berkepentingan.

Apapun kita tunggu sehingga jam 4 petang ini dan perkembangan selanjutnya adakah calon UMNgOk diterima atau tidak oleh akar umbi akan diketahui sekurang-kurangnya petang esok.

Angin sepoi-sepoi bahasa dah mula bertiup membawa suara tidak puas hati dalam kem UMNgOk...

Salam dari Manek Urai.

Lagi perkembangan terkini dari Manek Urai di blog :-

Mahkamah tolak 11 Hakim Nizar -Malaysiakini

PUTRAJAYA [8.29 pm] - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Menteri Besar Perak, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin (foto) yang memohon supaya rayuan beliau didengar di hadapan sidang 11 hakim.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa sidang 11 hakim tidak dapat diadakan, kata peguam Leong Cheok Keng.

"Tiada sebab atau penjelasan diberikan mengapa permohonan kami ditolak," kata Leong. Mahkamah Persekutuan menetapkan kes rayuan Nizar akan didengarkan di hadapan sidang lima hakim.

"Ini adalah tempat terakhir untuk rayuan klien kami. Jika permohonan Nizar nanti juga ditolak oleh sidang lima hakim, maka tamatlah litigasi klien kami," kata Leong. Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada beliau atau Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.

Permohonan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Mahkamah Rayuan juga tidak mengemukakan alasan bertulis mengapa Zambry disytihar Menteri Besar.

Leong menjelaskan sidang 11 hakim adalah penting bagi menyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman negara tidak mengamalkan amalan berat sebelah, selain memastikan prosiding mahkamah yang bebas.

"Penolakan ini amat mendukacitakan kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada konsep kehakiman yang adil dan saksama," kata leong.

"Selagi ada unsur-unsur yang menampakkan amalan berat-sebelah, rakyat tidak akan menerima keputusan mahkamah tertinggi di negara ini sebagai keputusan muktamad," kata leong.